Al-Shaghour

Al-Shaghour (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: الشاغور‎‎) adalah sebuah perbandaran dan kejiranan di bandar raya Damsyik, Syria. Ia terletak di selatan dan timur Kota Lama dan timur al-Midan. Al-Shaghour merupakan salah satu kejiranan yang tertua direkodkan di dalam bandar raya. Kejiranan tradisional ini terbahagi kepada bahagian yang terletak di dalam tembok Kota Lama, yang dikenali sebagai Shaghour al-Juwani dan bahagian yang lebih besar terletak di luar tembok. Bahagian yang terkemudian itu menjadi satu perbandaran yang dikenali sebagai "al-Shaghour" dan meliputi daerah Shaghour al-Barrani, Bab Sharqi, al-Zuhur, al-Wihdah, al-Bilal, al-Nidal, Ibn al-Asakir dan Rawdat al-Midan.

Alfred Ezra

Alfred "Chips" Ezra, OBE (1872 - 1 Ogos 1955) adalah seorang peternak berbangsa Inggeris dan penjaga burung. Beliau membina koleksi burung yang jarang dijumpai di Foxwarren Park di selatan England yang dianggap sebagai yang terbaik daripada jenisnya.

Brigitte Bierlein

Brigitte Bierlein (lahir 25 Jun 1949) adalah seorang ahli juri Austria. Beliau merupakan peguam pendakwaraya di Pejabat Pendakwaraya, akhirnya menjadi ketua pendakwaraya awam negara bermula pada tahun 1990 sehingga tahun 2002, dan seorang anggota lembaga eksekutif Persatuan Pendakwaraya Antarabangsa bermula pada tahun 2001 sehingga 2003. Pada tahun 2003, Bierlein telah dilantik menjadi anggota Mahkamah Perlembagaan Austria. Sejak bulan Januari 2018, beliau telah berkhidmat sebagai presiden, dan merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan ini.

Canselor Austria

Canselor Persekutuan Republik Austria (Bahasa Jerman: Bundeskanzler der Republik Österreich, kadang-kala disingkatkan sebagai Kanzler) ialah ketua pemerintah bagi Republik Austria. Dalam kapasitinya sebagai pengerusi Pemerintah Persekutuan Austria, canselor mewakili pihak berkuasa persekutuan yang tertinggi bagi cabang eksekutif. Walaupun secara rasminya sebagai ahli yang setara di dalam kabinet, canselor dianggap sebagai kedudukan paling berkuasa dalam siasah Austria, dan oleh itu adalah dianggap ketua eksekutif de facto negara.

Damsyik

Damsyik (bahasa Inggeris: Damascus; bahasa Arab: دمشق Dimashq; Bahasa Indonesia: Damaskus) ialah ibu kota Syria dan merupakan antara kota tertua di dunia. Populasi Damsyik di jangka sekitar 3.67 juta orang. Damsyik terletak pada ketinggian 680 m, ±80 km dari Laut Tengah.

Ghouta

Ghouta (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: غوطة‎) adalah sebuah kawasan perkampungan dan pinggir bandar di barat daya Syria, yang mengelilingi bandar raya Damsyik di sepanjang sembir timur dan selatan.

Hasan al-Kharrat

Abu Muhammad Hasan al-Kharrat (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: ابو محمد حسن الخراط) atau lebih dikenali sebagai Hasan al-Kharrat (1861–25 Disember 1925) ialah salah seorang ketua pemberontak Syria utama dalam Pemberontakan Syria Besar terhadap Mandat Perancis. Kawasan operasi utama beliau adalah di Damsyik dan perkampungan Ghouta. Beliau telah terbunuh dalam penentangan dan dianggap sebagai seorang wira oleh rakyat Syria.Sebagai qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, al-Kharrat mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan dari keluarga paling berpengaruh dalam kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, al-Kharrat menyertai pemberontakan pada Ogos 1925 lalu membentuk sekumpulan pejuang dari al-Shaghour dan kejiranan lain di sekitarnya. Beliau memimpin serangan pemberontakan terhadap Damsyik, mengambil alih kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail sebelum menarik diri di tengah pengeboman oleh pihak Perancis.

Jordan Henderson

Jordan Brian Henderson (lahir 17 Jun 1990) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris dan kapten pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Dia juga bermain untuk pasukan kebangsaan England dan kebiasaanya bermain sebagai pemain tengah. Dia menjadi naib-kapten Liverpool pada tahun 2014 dan menjadi kapten pada 10 Julai 2015 selepas rakan sepasukan, Steven Gerrard berpindah ke LA Galaxy.

Liverpool F.C.

Liverpool F.C. (biasanya dipanggil sebagai Liverpool sahaja) adalah sebuah kelab bola sepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England.

Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan

Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan (1923–1946) adalah satu mandat Liga Bangsa yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama dan pemisahan Empayar Uthmaniyyah mengenai Syria dan Lubnan. Sistem mandat sepatutnya berbeza berbanding dengan penjajahan dengan negara yang mentadbir bertindak sebagai pemegang amanah sehingga penduduk negara yang diamanahkan itu mampu berdiri sendiri. Pada ketika itu, mandat tersebut akan ditamatkan dan sebuah negara merdeka akan lahir.Semasa dua tahun selepas berakhirnya perang pada 1918 – dan mengikut Perjanjian Sykes–Picot yang ditandatangani oleh pihak Britain dan Perancis semasa perang – British mengawal kebanyakan kawasan Mesopotamia Uthmaniyyah (Iraq moden) dan bahagian selatan Syria Uthmaniyyah (Palestin dan Transjordan), manakala Perancis mengawal bahagian Syria Uthmaniyyah yang lain, Lubnan, İskenderun (Hatay) dan kawasan lain di tenggara Turki. Pada awal 1920-an, kawalan British dan Perancis di wilayah-wilayah tersebut menjadi rasmi melalui sistem mandat Liga Bahasa dan pada 29 Septemer 1923, Perancis diberikan mandat Liga Bangsa di Syria, yang termasuk juga wilayah Lubnan pada masa kini dan İskenderun.Pentadbiran wilayah di bawah Perancis telah dijalankan melalui beberapa pemerintah dan wilayah, termasuklah Persekutuan Syria, Negeri Syria dan Republik Syria, serta beberapa negeri kecil: Negeri Lubnan Besar, Negeri Alawiyah dan Negeri Jabal Duruz. Hatay diilhakkan oleh Turki pada 1939. Mandat Perancis berakhir pada 1943 apabila dua negara merdeka bergabung, Syria dan Lubnan. Angkatan Perancis meninggalkan Syria dan Lubnan sepenuhnya pada 1946.

Maurice Sarrail

Maurice-Paul-Emmanuel Sarrail (6 April 1856 – 23 Mac 1929) adalah seorang jeneral Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Hubungan politik sosialis terbuka Sarrail adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan penganut Katolik, pendukung konservatif dan monarki yang mendominasi kor-kor pegawai Tentera Darat Perancis di bawah Republik Ketiga sebelum perang, dan antara sebab utama mengapa beliau dilantik untuk memerintah di Salonika.Pada awal peperangan, Sarrail memerintah Kor VI kemudiannya Tentera Ketiga di Ardennes dan sekitar Verdun, di mana tentera beliau memainkan peranan penting dalam peringkat terakhir Pertempuran Marne. Beliau dipecat kerana isu kepimpinan yang teruk, di tengah-tengah pergolakan politik yang berlaku pada Julai 1915.

Nasib al-Bakri

Muhammad Nasib bin Atta Allah al-Bakri (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: محمد نسيب بن عطاء الله البكري‎) atau lebih dikenali sebagai Nasib al-Bakri (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: نسيب البكري‎; 1888–1966) adalah seorang ahli politik dan pemimpin nasionalis dari Syria. Beliau telah memainkan peranan yang besar dalam menubuhkan al-Fatat, sebuah pertubuhan bawah tanah yang menuntut kemerdekaan dan penyatuan wilayah-wilayah Arab Empayar Uthmaniyyah. Sebagai ketua utusan di antara al-Fatat dan keluarga Hasyimiyah dari Hijaz, al-Bakri menjadi pembantu rapat kepada Amir Faisal apabila beliau menjadi Raja Syria berikutan kejayaan Pemberontakan Arab pada tahun 1916. Al-Bakri menentang penubuhan Mandat Perancis di Syria dan menjadi salah seorang ketua komander dalam Pemberontakan Syria Besar, memimpin para pemberontak untuk menawan Damsyik. Beliau melarikan diri setelah waran mati di Syria dikeluarkan pada 1927, tetapi beliau kembali pada tahun berikutnya selepas diberi keampunan.

Pemberontakan Syria Besar

Pemberontakan Syria Besar (Bahasa Arab: الثورة السورية الكبرى‎) atau Pemberontakan Duruzi Besar adalah suatu pemberontakan yang berlaku di Mandat Syria dan Lubnan, bertujuan untuk menghalau penjajah Perancis yang telah mengawal kawasan itu sejak penghujung Perang Dunia Pertama. Pemberontakan itu tidak dilakukan secara berpusat; ia merupakan cubaan daripada pelbagai pihak antaranya golongan Sunni, Duruzi, Alawiyah, Kristian dan Syiah, di mana tujuan utama mereka adalah untuk menamatkan pemerintahan Perancis. Ia akhirnya berjaya dipatahkan oleh angkatan Perancis.

Ramadan al-Shallash

Ramadan Pasha al-Shallash (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: رمضان باشا الشلاش‎) (1879–1946) adalah seorang pegawai tentera dalam angkatan Uthmaniyah dan Sharif. Beliau juga adalah salah seorang komander yang terlibat dalam Pemberontakan Syria Besar pada tahun 1925.

Sa'id al-'As

Sa'id al-'As (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: سعيد العاص‎‎; 1889 – 6 Oktober 1936) adalah seorang pejuang kebangsaan Syria, bekas pegawai tentera Uthmaniyah dan komander berpangkat tinggi angkatan pemberontak semasa Pemberontakan Syria Besar, menentang pemerintahan Perancis di Syria dan pemberontakan tahun 1936 menentang pemerintahan British di Palestin. Beliau telah terbunuh dalam pertempuran berdekatan Baitulmuqaddis dalam pemberontakan yang kemudian.

Teluk Oman

Teluk Oman atau Laut Oman (Bahasa Arab: خليج عمان‎ khalīj'umān; {{lang-fa|دریای عمان} daryâ-ye omân) adalah sebuah jurang yang menghubungkan Laut Arab dengan Selat Hormuz, yang kemudiannya menuju ke Teluk Parsi. Ia bersempadan dengan Iran dan Pakistan di bahagian utara, Oman di bahagian selatan, dan Emiriah Arab Bersatu di bahagian barat.

Tottenham Hotspur F.C.

Tottenham Hotspur Football Club ialah sebuah kelab bola sepak Inggeris berpangkalan di Tottenham, London. Kelab ini beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ini bermain di Stadium Wembley untuk musim 2017–18 selepas stadium White Hart Lane dirobohkan untuk pembinaan stadium baru di tapak yang sama.

Baca dalam bahasa lain