Zul Ariffin

Zulkifli bin Ariffin[1] (lahir 25 Oktober 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak Inspektor Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.[4]

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Zul Ariffin
ZUL ARIFFIN
Zul semasa gala tayangan perdana J Revolusi pada Januari 2017.
KelahiranZulkifli bin Ariffin
25 Oktober 1986 (umur 32)
Taiping, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif2008–kini
Terkenal keranaRindu Awak 200%
Ketinggian1.85 m (6 ka 1316 in)
Berat102 kg (225 lb; 16.1 st)
Laman webwww.zaofficial.com

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik,[5] beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengambil latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen.[6]

Kerjaya

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama Gerak Khas arahan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu “direhatkan” dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Inspektor Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.[7]

Selepas Gerak Khas "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama pelakon jelita Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya—filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200%[8] bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014.[9] Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Bekerja di bawah arahan Pierre Andre, beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, Jin terbitan Empat Samudera.[10]

Pada tahun 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%.

Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.[11]

Pada tahun 2017, filem lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).[12] Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.[13][14][15] Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.[16]

Seterusnya, beliau membintangi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[17][18] Zul muncul bersama Farid Kamil dalam filem pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[19][20][21][22][23]

Beliau bersama Izara Aishah kemudiannya menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Aidid.[24]

Projek filem beliau seterusnya ialah filem seram komedi Hantu Kak Limah 3 arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018.[25] Zul bersama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membintangi filem seram thriller, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019, beliau memegang watak sebagai Jefri.[26][27][28]

Zul muncul kembali sebagai Inspektor Ashraf dalam Gerak Khas selepas lebih 8 tahun. Beliau ialah salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas musim 19 termasuk Mustaqim Bahadon dan dua pelakon asalnya, Farid Amirul dan Abby Abadi.

Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[29][30]

Penajaan

Populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan juga mendapat perhatian pelbagai produk berjenama di mana beliau berkhidmat sebagai duta dan jurucakapnya. Antara produk yang mendapatkan khidmat beliau sebagai jurucakapnya ialah Fisherman's Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng.[31] Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON.[32] Produk lain termasuk Gatsby, Lipton (bersama Nur Fathia), Systema, Mont Cabana dan Code 10.

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.[33][34][35] Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[36][37][38]

Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.[39] Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.[40][41] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan.

Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.[42]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2010 Lukisan Hati Filem bebas
Evolusi KL Drift 2 ASP Zam Syamsul Yusof Filem pertama
2013 Bikers Kental Arbi Helmi Yusof
Penanggal Syed Umar Al-Attas Ellie Suriati
2014 Balistik Ketua Mafia Silver Chung
Jin Syafiq Pierre Andre
2016 Evolusi Persona Faz Ghaz Abu Bakar Filem pendek
#ER3 Ertiga
2017 J Revolusi Jay Zulkarnain Zulkarnain Azhar
Tombiruo: Penunggu Rimba Tombiruo/Ejim Nasir Jani
2018 Hantu Kak Limah Ustaz Solihin Mamat Khalid
2019 Misteri Dilaila Jefri Syafiq Yusof
Sangkar Adam "The Ace" Abdullah Kabir Bhatia
TBA J Retribusi Filem dan drama yang belum dikeluarkan Jay Zulkarnain Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Apa Itu Cinta Astro Prima
Awan Dania Astro Ria
Renjis
2009 Yusuff TV3
Segalanya Ku Terima
Jodoh Oh Jodoh Astro Warna
2009-11 Gerak Khas Inspektor Ashraf TV2
2010 Mayang Mengurai Dr. Roslee TV3
Tudung Ekspres Syahrul Izhar Astro Prima
Tiramisu Zain TV3
2011 Karma Aduka TV9
Moreh
Hilang Azrul
Laila Manja Imran TV3
Nora Elena Eid/Saiful Idham
2012 Cikgu Kemisah Kirby Asmadi TV2
Anak Raja Dongeng
Lagenda Langkawi Amin TV2
Terlanjur Cinta Izam TV9
2013 Sangkar Tuan Syed TV3
Cikgu Kemisah Kirby Musim 2 Asmadi TV2
Janji Adam Adam TV3
Luluhnya Sebuah Ikrar Azhar TV9
Firdausi Cinta TV1
Debunga Lalang Halim TV3
Jodoh Itu Milik Kita Redza Astro Mustika HD
2014 Rindu Awak 200% Zill Faezrul TV3
Istikharah Cinta Airil
Walau Sedetik Cuma Azhan TV AlHijrah
2015 M.A.I.D. Harris Astro Ria
2016 Uda & Dara Izzat Hilman Astro Prima
2017 Menanti Februari Arie TV3
Titian Cinta Umayr Harris
2018 Mr. London, Ms. Langkawi Aidid Astro Warna
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Iskandar Astro Ria
Seribu Rindu Irfan TV3
2019 Gerak Khas Inspektor Ashraf TV2
Setelah Ku Dimiliki Filem dan drama yang belum dikeluarkan Adriz TV3
TBA 13 Jam A380 Filem dan drama yang belum dikeluarkan Syed Haydar Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2009 Angan Si Along TV2
2010 Anak Rintih Roni Ahmad Astro Prima
2011 7 Lagu Raizal Astro Citra
Mendongak Ke Langit Zikri/Aliff Astro Ria
Hatiku Di Kinabalu Anuar Astro Citra
Sayang Abah Along Astro Prima
2012 Cik Paris Diva Kampung Rahim Astro Prima
Jujur Aku Dayus TV3
2013 Mr. Feminin Fahmi TV9
Kabin Di Tepi Tasik Rushid Astro Ria
Mimpi Fara Farid TV9
Kasih Bersulam Daun Palas Fazli Astro Prima
2014 Panik Astro First Eksklusif
Kemaafan Terindah Aliff Firdaus TV1
Hati Untuk Siapa Zul Astro Prima
Habibah vs Baby Badrul TV9
Aira Airil Abdullah TV1
2015 Rindu Awak 200% Raya Zill Faezrul TV3
Lokum Untuk Mama Shahrul TV9
Lilinkah Aku Iskandar
2016 M.A.I.D Pun Nak Raya Harris Astro Ria
Lara Hadi Hadi TV2
2017 Permata Hatiku Aizuddin Astro First Eksklusif
2019 Sempurnakah Aku Johan Astro Ria

Web drama

Tahun Tajuk Watak Siaran
2015 Cinta Karan Zul Tonton

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
Anugerah Seksi – Lelaki N/A Dicalonkan
2014
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama
Hero & Heroin Pilihan (bersama Elfaeza Ul Haq) Janji Adam Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Penanggal Menang
Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem Dicalonkan
2015
Anugerah MeleTOP Era ke-2
Pelakon TV MeleTOP Rindu Awak 200% Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Menang
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat) Dicalonkan
Barisan Pelakon Drama Pilihan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Pelakon Filem Lelaki Popular Penanggal Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo N/A Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat) Rindu Awak 200% Menang
HLive! Special
Artiste Of The Month N/A Menang
Anugerah Melodi ke-2
Artis Lelaki Pilihan Menang
2016
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Dicalonkan
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Popular Rindu Awak 200% Dicalonkan
2017
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak N/A Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon Filem Lelaki Popular J Revolusi Menang
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Popular Uda & Dara Dicalonkan
2018
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Bintang Filem MeleTOP J Revolusi Dicalonkan
Tombiruo: Penunggu Rimba Dicalonkan
Pelakon MeleTOP Titian Cinta Dicalonkan
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5
Aktor Pilihan Menang
Pasangan Pilihan (bersama Farah Nabilah) Dicalonkan
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Filem Terbaik Tombiruo: Penunggu Rimba Dicalonkan
Pelakon Lelaki Filem Popular Dicalonkan
Pelakon Lelaki Telenovela Popular Titian Cinta Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular Tombiruo: Penunggu Rimba Menang
Pasangan Serasi Filem (bersama Nabila Huda) Dicalonkan
Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura) J Revolusi Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Farah Nabilah) Titian Cinta Dicalonkan
Artis Sensasi Popular N/A Dicalonkan
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6
Aktor Pilihan Seribu Rindu Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Azira Shafinaz) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Artis Sensasi Popular Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Profil Zul Ariffin
  2. ^ Zul Ariffin tangkis tanggapan
  3. ^ Norhidayyu Zainal (13 Julai 2017). "Zul Ariffin mahu kekal watak utama". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017.
  4. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (June 27, 2017). Set being Hero New Straits Times. Retrieved on July 21, 2017.
  5. ^ Nurul Khaleeda Rashikin (30 Ogos 2017). "'Ya, saya memang rapat dengan mak'". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017.
  6. ^ "Zul Ariffin is more than just a pretty face". The Malay Mail. 8 September 2017. Dicapai 6 Oktober 2017.
  7. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai 2010-03-30.
  8. ^ Kemalia Othman (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% Bawa Karier Zul Ariffin Ke Tahap Lebih Tinggi mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015.
  9. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2015.
  10. ^ "Jin temukan Zul Ariffin, Mon Ryanti". Kosmo!. 19 Ogos 2014. Dicapai 30 Ogos 2014.
  11. ^ http://www.mreena.com/2015/10/drama-uda-dan-dara.html
  12. ^ Zul Arrifin leads action movie, "J Revolusi" The Hive Asia (20 April 2016). Retrieved on 1 May 2016.
  13. ^ Zul Ariffin beli motor untuk diguna dalam filem 'J Revolusi' Berita Harian SG (18 Februari 2017). Diperoleh pada 6 Mac 2017.
  14. ^ Mohd Haikal Isa (28 Mac 2017). Zul Ariffin mahu jadi hero filem aksi Kosmo! (18 Februari 2017). Diperoleh pada 23 April 2017.
  15. ^ Aref Omar (20 January 2017). "Hunky J Revolusi star Zul Ariffin says "Oh, Hell no!" to theatre". New Straits Times. Dicapai 3 Oktober 2017.
  16. ^ Kenneth Chaw (18 April 2017). Menanti Februari stars Zul Ariffin and Nur Fathia challenge each other Star2. Diperoleh pada 23 April 2017.
  17. ^ Aqmar Mustaza (29 September 2017). "Titian Cinta terima sambutan hangat". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017.
  18. ^ "Titian Cinta sarat konflik". Kosmo!. 1 Oktober 2017. Dicapai 3 Oktober 2017.
  19. ^ Ramlah Zainal (8 September 2017). "Bukan jual tubuh". Harian Metro. Dicapai 3 Oktober 2017.
  20. ^ Syanty Octavia Amry (29 September 2017). "Beraksi dalam butan". Harian Metro. Dicapai 3 Oktober 2017.
  21. ^ Norhidayyu Zainal (12 September 2017). "Zul Ariffin puas kerana Tombiruo: Penunggu Rimba". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017.
  22. ^ Aqmar Mustaza (5 Mac 2017). "Profesionalisme Zul Ariffin & Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017.
  23. ^ Muhamad Fairoz Azizan (27 September 2017). "Zul sedia dikritik tayang badan dalam Tombiruo". Berita Harian. Dicapai 13 Oktober 2017.
  24. ^ "Mr London Ms Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah". KepalaBergetar. 1 November 2017. Dicapai 17 Mac 2018.
  25. ^ Dennis Chua (12 Disember 2017). Zul Ariffin realises dream of starring in Mamat Khalid film New Straits Times. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  26. ^ "Cinta lokasi Zul-Lizzy". Harian Metro. 29 April 2018. Dicapai 21 Mei 2018.
  27. ^ Ramlah Zainal (20 Januari 2019). "Karya khas buat Zul". Harian Metro. Dicapai 20 Januari 2019.
  28. ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 14 February 2019.
  29. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  30. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  31. ^ Jessie Lim (11 November 2015). New telco line in town The Star. Retrieved on 14 November 2015.
  32. ^ Fazura and Zul Arifin star in action packed Proton Persona ad video The Malay Mail. Retrieved on 3 October 2017.
  33. ^ Mohd Al Qayun Azizi (19 Jun 2014). "Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai 12 November 2015.
  34. ^ Mohd Al Qayun Azizi (17 Disember 2011). "Zul Ariffin Akui Masih Sayangkan Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai 12 November 2015.
  35. ^ "Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan". Rotikaya. 19 Jun 2014. Dicapai 12 November 2015.
  36. ^ [Gayatri beri amaran kepada Zul Ariffin Rotikaya.
  37. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Julai 2015). "'Saya mahu bersikap telus'". Harian Metro. Dicapai 12 November 2015.
  38. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (5 June 2015). "Zul Ariffin hot tempered". New Straits Times. Dicapai 12 November 2015.
  39. ^ https://www.bharian.com.my/node/268723
  40. ^ Nurul Fadila Awaludin (4 November 2017). "Zul Ariffin mahu penjelasan terperinci Zahirah". Kosmo!. Dicapai 12 November 2017.
  41. ^ Norhidayyu Zainal (14 Januari 2015). "Zul Ariffin: Belum masa berkahwin". Sinar Harian. Dicapai 12 November 2017.
  42. ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Disember 2017). Ibu Zul Ariffin meninggal dunia Harian Metro. Diperoleh pada 6 Ogos 2018.

Pautan luar

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-28 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Bertemakan "Semarak Cinta", anugerah ini diadakan pada 5 April 2015 di Arena of Stars, Genting Highlands. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 2017) (juga dikenali sebagai Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31) ialah anugerah yang diberikan untuk penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-31 oleh Berita Harian. Tema bagi ABPBH tahun ini ialah Infiniti. Anugerah ini diadakan pada 7 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan secara langsung melalui TV3, Hot FM dan Kool FM.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 atau Anugerah DFKL 2015 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad. Ia diadakan pada Ahad, 22 Mac 2015 , jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Majlis diacarakan oleh pengacara AG Selamat dan pelakon Yana Samsudin dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.

Astro Shaw

Astro Shaw ialah syarikat penerbitan filem Malaysia, ditubuhkan pada 2005 sebagai pembahagian kepada Tayangan Unggul. Syarikat ini mengkhususkan kepada filem bergenre drama, romantik, seram, aksi dan cereka sains.

Debunga Lalang

Drama Debunga Lalang disiarkan pada 2 Januari 2013, diarahkan oleh Azma Aizal Yusoof dan nukilan skrip oleh Nieza Nahar terbitan Asia Media Content (AMC).

Menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Noorkhiriah, Zul Ariffin, Ku Fridah, Wan Sharmila, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat.

Faye Kusairi

Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi (lahir pada 19 Jun 1987) atau lebih dikenali sebagai Faye Kusairi (Jawi: فاياي كوسايري) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia dari Miri, Sarawak Negeri Bumi Kenyalang. Beliau mula dikenali selepas membintangi Istikharah Cinta yang bersiaran di TV3 pada tahun 2014, bergandingan dengan Zul Ariffin.

Hidup Semula

"Hidup Semula" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 21 Februari 2019 oleh Warner Music Malaysia. Ia merupakan runut bunyi untuk filem Misteri Dilaila lakonan beliau bersama Zul Ariffin arahan Syafiq Yusof.

Idris Khan

Idris Khan bin Abdul Ghaffar Khan (Jawi: إدريس خن; lahir 15 Disember 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal melalui drama Uda & Dara lakonan bersama Siti Saleha dan Anis Al-Idrus serta Zul Ariffin. Idris pernah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2007/2008 dan berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Terdapat juga, beberapa artis popular yang menyertai pertandingan ketika itu seperti Fizo Omar dan Kamal Adli.

Istikharah Cinta

Istikharah Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan menampilkan sekali lagi Zul Ariffin sebagai hero dalam slot Akasia dan akan bergandingan dengan Faye Kusairi. Ia bersiaran dari 23 Disember 2014 hingga 6 Februari 2015 menggantikan Bila Hati Berbicara, dan digantikan oleh Teman Lelaki Upahan.

J Revolusi

J Revolusi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil. Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.Treler rasmi filem ini telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi Grand Brilliance pada 22 Januari 2017. Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017.

Jin (filem)

Jin merupakan sebuah filem Seram yang diarahkan oleh Pierre Andre dan dibintangi oleh Zul Ariffin, Mon Ryanti, Harun Salim Bachik. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Seram. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 21 Ogos 2014.

Filem ini mula ditayangkan pada 21 Ogos 2014 dan pengedarannya diuruskan oleh Ram Entertainment. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Menanti Februari (drama)

Menanti Februari adalah sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Ia menggantikan drama bersiri Misteri Wan Peah dalam slot Samarinda itu.Drama bersiri Menanti Februari ini menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari ini, sebanyak 15 episod, mula disiarkan pada bulan April 2017.

Lagu tema Menanti Februari ini dinyanyikan oleh kumpulan Forteen melalui single terbaharu mereka berjudul Apa Ini Cinta.Lagu ciptaan kompser Edry Abdul Halim. Lagu ini mengisahkan kekeliruan perasaan yang baharu ingin bercinta.[petikan diperlukan]

Nur Fathia

Nur Fathia Binti Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.

Panik (filem)

Panik merupakan sebuah filem ngeri / suspen yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo dan dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Zul Ariffin, Naomi Ivo, Dony Alamsyah, Mikee Luckok. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak ngeri / suspen. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 10 April 2014.Filem ini mula ditayangkan pada 10 April 2014 dan pengedarannya diuruskan oleh . Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu

Pelakon Filem Popular (ABPBH)

Pelakon Filem Popular merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian yang mengiktiraf populariti pelakon filem yang telah memberikan persembahan menerusi tayangan filem cereka yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pelakon filem dalam kategori ini telah ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pelakon filem kegemaran masing-masing.

Rindu Awak 200% (drama)

Rindu Awak 200% ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2014 adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Liyana Zahim, terbitan Creative Skill Solution dan ditayangkan menerusi Slot Akasia di TV3 dari 15 Julai sehingga 1 September 2014 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam.Drama ini dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Lagu Jaga Dia Untukku nyanyian Datuk Siti Nurhaliza menjadi lagu tema drama ini.

Sangkar (filem)

Sangkar merupakan sebuah filem drama aksi Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia serta dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah. Filem ini mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing.Filem ini ditayangkan pada 29 Ogos 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Seribu Rindu

Seribu Rindu merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 yang ditayangkan di Slot Akasia bermula 12 November 2018 menggantikan drama Vila Ghazara. Drama ini dibintangi oleh Azira Shafinaz dan Zul Ariffin.

Drama ini juga telah diadaptasi kepada sebuah novel dengan tajuk yang sama karya Hani Fazuha. Novel ini diterbitkan oleh Karyaseni.

1980an
1990an
2000an
2010an
1987–91
1992–kini

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.