Zaman Gangsa

Zaman Gangsa atau Zaman Perunggu ialah zaman prasejarah semasa orang membuat alat-alat daripada sejenis logam yang dipanggil gangsa. Gangsa ialah pancalogam tembaga dengan sedikit timah. Ketika itu, kayu, batu, dan bahan-bahan lain juga dipergunakan untuk membuat alat-alat, tetapi gangsa adalah jauh lebih baik untuk kegunaan memotong serta membelah, dan lebih mudah untuk dibentuk.

Bukti-bukti terawal tentang kerja logam gangsa wujud sejak pertengahan milenium ke-4 SM dalam budaya Maykop di Kaukasus. Dari situ, teknologi tersebar dengan pesat ke Timur Dekat dan selepas itu, ke Peradaban Lembah Indus (sila lihat Meluhha).

Zaman Gangsa tidak terjadi pada masa yang sama di seluruh dunia kerana kelompok manusia yang berbeza memulakan penggunaan gangsa pada masa-masa yang berbeza. Di Eropah Barat, Zaman Gangsa berlangsung sejak 2000 SM hingga 800 SM, dan di Timur Tengah, Zaman Gangsa bermula seribu tahun lebih dahulu.

Ahli-ahli arkeologi mempercayai bahawa manusia menjadi lebih teratur pada Zaman Gangsa kerana membuat alat-alat logam adalah sesuatu kerja yang susah dan memerlukan kemahiran khas. Oleh itu, orang-orang yang mempunyai kemahiran baru ini dianggap sebagai orang yang penting. Kemudian, apabila alat-alat besi menjadi popular, Zaman Gangsa berakhir dan Zaman Besi bermula.

Collier de Penne
Zaman Gangsa - Muséum de Toulouse

Zaman Gangsa Timur Dekat

Zaman Gangsa di Timur Dekat dibahagikan kepada tiga subzaman yang utama (tarikh-tarikh adalah tarikh hampiran sahaja):

  • EBA - Zaman Gangsa Awal (k.k. 3500-2000 SM)
  • MBA - Zaman Gangsa Pertengahan (k.k. 2000-1600 SM)
  • LBA - Zaman Gangsa Akhir (k.k. 1600-1200 SM)

Setiap zaman utama itu boleh dibahagikan lagi kepada subkategori yang lebih pendek, umpamanya EB I, EB II, MB IIa, dan sebagainya.

Metalurgi berkembang pertama sekali di Anatolia, Turki moden. Gunung-ganang di tanah tinggi Anatolia mempunyai mendapan tembaga dan timah yang kaya. Tembaga juga dilombong di Cyprus, Mesir, gurun Negev, Iran, serta di sekitar Teluk Parsi. Tembaga biasanya dicampur dengan arsenik, tetapi permintaan timah yang semakin bertambah menyebabkan pengasasan laluan perdagangan jauh dari dan ke Anatolia. Tembaga yang amat berharga juga diimport melalui laluan laut ke kemaharajaan-kemaharajaan Mesir Kuno dan Mesopotamia.

Zaman Gangsa Awal juga melihatkan kebangkitan perbandaran menjadi negara-negara kota yang teratur dan rekaan penulisan (zaman Uruk pada milenium ke-4 SM). Pada Zaman Gangsa Pertengahan, pergerakan orang-orang mengubahkan sebahagian pola politik Timur Dekat (Amorite, Hittites, Hurrians, Hyksos dan mungkin juga orang Israel). Zaman Gangsa Akhir dicirikan oleh kemaharajaan-kemaharajaan bersaing yang kuat dan negeri-negeri lindungannya (Mesir Kuno, Assyria, Babylonia, Hittites, Mitanni). Hubungan yang meluas dipupuk dengan peradaban Aegia (Ahhiyawa, Alashiya). Perdagangan tembaga memainkan peranan yang utama dalam hubungan ini. Zaman ini berakhir dengan kejatuhan meluas yang menjejaskan kebanyakan daripada Mediterranean Timur dan Timur Tengah.

Besi telah bermula dikerjakan di Anatolia pada Zaman Gangsa Akhir. Peralihan ke Zaman Besi pada kira-kira 1200 SM lebih merupakan suatu perubahan politik di Timur Dekat, berbanding dengan perkembangan baru dalam kerja logam.

Zaman Gangsa India

Zaman Gangsa di subbenua India bermula di sekitar 3300 SM, dengan permulaan Peradaban Lembah Indus.

Zaman Gangsa Asia Timur

Artifak-artifak gangsa telah digali di tapak sejarah budaya Majiayao (3100 SM - 2700 SM). Bagaimanapun, Zaman Gangsa China biasa dianggap sebagai bermula dari sekitar 2100 SM semasa Dinasti Xia. Di Ban Chiang, Thailand, artifak-artifak gangsa yang wujud sebelum 2100 SM [1] telah ditemui. Budaya Erlitou, Dinasti Shang dan budaya Sanxingdui pada zaman China awal menggunakan bekas-bekas gangsa untuk upacara amal, serta sebagai alat pertanian dan senjata. [2].

Budaya Zaman Tembikar Mumun Pertengahan di Semenanjung Korea Selatan beransur-ansur menerimaguna pengeluaran gangsa pada sekitar [700-600?] SM, selepas pisau belati gangsa gaya Liaoning dan artifak-artifak gangsa yang lain telah ditukarkan sehingga jauh ke dalam bahagian pedalaman Semenanjung Selatan pada kira-kira 900-700 SM. Pisau-pisau belati memberi prestij dan kuasa kepada pembesar-pembesar yang menggunakannya dan dikebumikan bersama-sama dalam pengebumian megalit bertaraf tinggi di pusat-pusat pantai selatan seperti tapak Igeum-dong [3]. Gangsa merupakan satu unsur yang penting dalam istiadat-istiadat dan sebagai persembahan kepada orang yang mati sehingga 100 Masihi.

Bibliografi

  • Pernicka, E., G.A. Wagner, dll. "Early Bronze Age Metallurgy in the Northeast Aegean." dalam Troia and the troad: scientific approaches. Berlin, London: Springer; 2003. m.s. 143-172. ISBN 3-540-43711-8

Pautan luar

Sistem tiga zaman: Zaman Batu | Zaman Gangsa | Zaman Besi

Senarai zaman arkeologi

Bahasa Proto-Indo-Eropah

Templat:PIE notice

Proto-Indo-Eropah (PIE) ialah pembinaan semula linguistik bahasa moyang bahasa-bahasa Indo-Eropah yang sepunya, bahasa yang paling banyak dituturi di dunia.

Banyak kerja dijalankan dalam pembinaan semula PIE daripada mana-mana bahasa proto yang lain, dan ia setakat ini yang paling senang difahami daripada semua bahasa-bahasa kuno pada usianya. Majoriti kerja linguistik ketika abad ke-19 ditumpukan pada pembinaan semula PIE atau bahasa-bahasa proto turunannya (seperti Proto-Germanic dan Proto-Indo-Iranian), dan kebanyakan teknik moden pembinaan semula linguistik (seperti kaedah perbandingan) telah dikembangkan akibatnya. Kaedah ini membekalkan semua pengetahuan kini tentang PIE memandangkan tiada tulisan bahasa itu terakam.

PIE dianggarkan dituturi sebagai bahasa yang tunggal dari 4500 SM ke 2500 SM ketika Akhir Neolitik ke Awal Zaman Gangsa, walaupun anggaran berlainan lebih daripada seribu tahun. Menurut hipotesis Kurgan yang lazim, tanah air asal orang Proto-Indo-Eropah mungkin pernah berada di steppe Pontus–Kaspia di Eropah Timur. Pembinaan semula linguistik PIE juga ada membekalkan wawasan ke dalam budaya dan agama penuturnya.Semenjak orang Proto-Indo-Eropah menjadi terpencil antara satu sama lain melalui penghijrahan Indo-Eropah, bahasa Proto-Indo-Eropah telah dituturi oleh kumpulan yang pelbagai dalam loghat kawasan yang kemudian mengalami pelencongan hukum bunyi Indo-Eropah, dan sama dengan perubahan dalam morfologi, loghat-loghat ini pindah bentuk secara perlahan namun akhirnya juga ke bahasa-bahasa Indo-Eropah kuno yang diketahui. Dari sana, pelencongan linguistik lanjutan menyebabkan perkembangan bahasa turunan sekarang iaitu bahasa-bahasa Indo-Eropah yang moden. Kini, bahasa turunan, daripada PIE dengan penutur asli yang teramai ialah Sepanyol, Inggeris, Portugis, Hindustani (Hindi dan Urdu), Bengali, Rusia, Punjabi, Jerman, Parsi, Perancis, Itali dan Marathi. Beratus-ratus bahasa turunan hidup yang lain daripada julat PIE range daripada bahasa-bahasa pelbagai seperti Albania (gjuha shqipe), Kurdi (کوردی‎), Nepali (खस भाषा), Tsakonian (τσακώνικα), Ukraine (українська мова), dan Wales (Cymraeg).

PIE ada sistem morfologi terperinci yang memasukkan akhiran fleksi (seperti bahasa Inggeris life, lives, life's, lives'‍) as well as ablaut (vowel alterations, contohnya, seperti yang terpelihara dalam bahasa Inggeris sing, sang, sung) dan aksen. namaan dan kata ganti nama PIE ada sistem tasrif nama yang kompleks, dan kata kerja serupa ada sistem konjugasi yang kompleks. phonology, partikel, angka, dan copula PIE juga dibina semula dengan baik

Simbol asterisk digunakan bagi menandakan perkataan yang dibina semula, seperti *wódr̥ 'water', *ḱwṓ 'dog' (bahasa Inggeris hound), atau *tréyes 'three (maskulin)'.

Gangsa

Gangsa merujuk kepada sekumpulan jenis aloi tembaga, biasanya timah sebagai bahan tambahan utama, tetapi kadang kala bersama unsur kimia seperti fosforus, mangan, aluminium, atau silikon. Ia sangat kuat dan tahan lama dan digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi dalam industri. Ia sangatlah penting dari segi sejarah, dan perkataan gangsa digunakan untuk merujuk satu zaman dalam sejarah manusia iaitu Zaman Gangsa.

Gong

Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Di kalangan masyarakat Dayak Sarawak terutama orang Iban, gong yang besar dikenali sebagai "tawak". Gong yang lebih kecil dan nipis dikenali sebagai "bebendai" dan yang paling kecil ialah "engkerumong". Gong bukan sekadar alat muzik tradisional bagi masyarakat Dayak, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat berharga bagi masyarakat Iban di Sarawak.

Hieroglif Mesir

Hieroglif Mesir (dari Bahasa Yunani Purba ἱερογλύφος "ukiran suci") merupakan tulisan formal yang dipakai oleh orang Mesir Purba yang merangkumi gabungan unsur-unsur logogram dan abjad. Orang Mesir menggunakan hieroglif kursif untuk mengarang sastera keagamaan pada bahan papirus dan kayu. Bentuk-bentuk alin tulisan ini yang kurang formal, iaitu tulisan hieratik dan demotik, bukannya hieroglif dari segi teknik.

Lembu Jantan (buruj)

Lembu Jantan, Kerbau Jantan, Lembu, Jantan, Saur (Bahasa Arab: الثور‎ al-Ṯawr), Wrisaba (Bahasa Sanskrit: वृषभ Vṛṣabhá), atau Taurus (Tau; Lambang: , Unicode: ♉) ialah salah sebuah buruj zodiak, iaitu buruj ini disilangi oleh satah ekliptik. Taurus ialah buruj besar dan prominen di langit musim sejuk hemisfera utara. Buruj ini merupakan salah sebuah buruj paling lama, bertarikh kembali sekurang-kurang ke Zaman Gangsa Awal apabila Taurus menandakan lokasi Matahari semasa ekuinoks musim bunga. Kepentingannya kepada takwim pertanian mempengaruhi beberapa figura lembu dalam mitologi-mitologi Sumer Purba, Akkad, Assyria, Babilon, Mesir, Yunani, dan Rom.

Milenium ke-2 SM

Milenium ke-2 SM menandakan peralihan daripada Zaman Gangsa Pertengahan ke Zaman Gangsa Akhir. Separuh pertamanya dikuasai oleh Kemaharajaan Pertengahan Mesir dan Babylon. Kawasan Indo-Iran berkembang sehingga dataran Parsi dan subbenua India dan memperkenalkan rata ke kawasan-kawasan tersebut. Abjad diperkembangkan. Perang rata dan pergerakan-pergerakan penduduk mengakibatkan perubahan-perubahan yang hebat pada pertengahan milenium, dan suatu ketenteraman yang baru muncul dengan penguasaan Aegea oleh Yunani dan kebangkitan Empayar Hittite. Akhir milenium melihat peralihan ke Zaman Besi. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan mencapai 50 juta menjelang 1000 SM. Era ini juga merupakan masa apabila agama Yahudi dikatakan muncul.

Milenium ke-3 SM

Milenium ke-3 SM menjangkau Zaman Gangsa Awal hingga Zaman Gangsa Pertengahan dan mewakili zaman imperialisme yang minat penaklukan bertumbuh dengan ketara, bukan sahaja di negara-negara kota Timur Tengah, tetapi juga di seluruh Eurasia, dengan peluasan Indo-Eropah ke Anatolia, Eropah dan Asia Tengah. Peradaban Mesir Kuno mencapai kemuncaknya dengan Kemaharajaan Lama. Jumlah penduduk dunia dianggarkan bertambah sekali ganda pada milenium ini sehingga lebih kurang 30 juta orang.

Milenium ke-4 SM

Milenium ke-4 SM mengalami banyak perubahan utama dalam kebudayaan manusia. Ia menandakan permulaan Zaman Gangsa dan penulisan. Negara kota Sumer dan kemaharajaan Mesir diasaskan dan menjadi terkenal. Pertanian tersebar ke Eurasia. Jumlah penduduk dunia pada sepanjang milenium ini bertambah sekali ganda dari kira-kira 7 juta sehingga 14 juta orang.

Norway

Norway adalah nama rasmi Kerajaan Beraja Norway. Nordic ialah Raja berperlembagaan yang menduduki bahagian barat Semenanjung Scandinavia, Jan Mayen, Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada Perjanjian Antartika). Norway seluas 385.207 kilometer persegi. Penduduk

seramai 4.9 juta sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak, iaitu seberang Denmark. Ibu kota Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak fiod.

Selama dua abad dikuasai Viking Kristian iaitu Raja Olav Tryggvason pada 994. Perang saudara berakhir pada abad ke-13 apabila Norway keluar dari gabungan Kepulauan British , Iceland dan Greenland. Pada 1380, Norway diserap ke dalam kesatuan Denmark selama empat abad. Pada 1814, Norway menentang diserahkan kepada Sweden dan membentuk Perlembagaan baru.Lalu Sweden menyerang Norway dan membenarkan Norway dengan janji menerima raja Sweden . Referendum 1905 membawa kepada kemerdekaan Norway.

Norway kekal berkecuali dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II kemudian menjadi ahli pengasas NATO. Penemuan minyak dan gas pada 1960-an meningkatkan kekayaan ekonomi Norway. Referandum 1972 dan 1994, Norway menolak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang imigresen dan integrasi etnik minoriti, jaminan warga tua dan mengekalkan daya saing ekonomi.

Dasar Norway adalah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja Harald V menjadi sebagai ketua negeri. Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri Norway setelah memenangi pilihan raya.

Negara Norway terbahagi kepada daerah (fylker) dan majlis perbandaran (kommuner). Walaupun menolak menjadi ahli Kesatuan Eropah menerusi dua referrandum tetapi Norway mengekalkan hubungan rapat dengan EU dan Amerika Syarikat. Norway meneruskan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan menghantar tentera kepada negara bergolak seperti Afghanistan

, Kosovo, Sudan dan Libya. Norway adalah antara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NATO, Majlis Eropah, dan Majlis Nordic, Kawasan Ekonomi Eropah, WTO, OECD dan Kawasan Schengen.

Rezab Norway banyak dalam bentuk petroleum, gas asli, mineral, [[kayu], makanan laut, air tawar, dan kuasa hidro. Norway adalah pengeluar terbesar minyak dan gas asli di luar Timur Tengah. Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat, subsidi pendidikan tinggi, dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif. Pada 2001 hingga 2007, dan pada tahun 2009 dan 2010, Norway diletakkan pada ranking indeks pembangunan manusia tertinggi di dunia.

Pedang

Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam.

Puak-puak Jermanik

Puak-puak Jermanik adalah sebuah cabang linguistik dan etnik puak-puak Indo-Eropah, berasal dari Eropah Utara dan dikenali dengan kegunaan bahasa Germanik mereka yang berketurunan dari Proto-Jermanik. Puak-puak Jermanik berhijrah meluas ke seluruh Eropah, bercampur dengan penduduk tempatan yang ada (seperti Celt, Slav/Vend dan Rom), membentukkan asas bagi apa yang ada kini di beberapa buah negara.

Rata

Rata adalah sejenis pedati kuda yang paling awal dan ringkas. Ia digunakan di waktu aman dan perang sebagai ketua kenderaan dari kebanyakan orang purba. Pedati lembu dan rata-proto telah dibina di Mesopotamia seawal tahun 3000 SM. Rata kuda asal adalah laju, ringan, terbuka, beroda dua atau empat dan ditarik oleh dua atau lebih ekor kuda yang diikat sebelah-menyebelah. Rata, dengan dipandu oleh seorang penunggang rata digunakan dalam peperangan purba pada zaman Gangsa dan Besi. Ia biasanya dilengkapi dengan perisai. Kenderaan ini terus digunakan untuk perjalanan, perbarisan dan permainan dan perlumbaan selepas ia tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan. Dari segi ketenteraan, penggunaan rata menjadi lapuk setelah usaha-usaha pembiakan untuk menghasilkan kuda cukup besar bagi ditunggang ke medan peperangan.

Sejarah penulisan

Sejarah Penulisan merujuk kepada sejarah tentang penulisan untuk mengambarkan sesuatu bahasa. Sejarah sistem penulisan telah berkembang dalam pelbagai jenis peradaban manusia yang berbeza ,sistem penulisan didahului dengan penulisan purba, iaitu sistem penulisan yang bersifat ideograf atau simbol mnemonic, penulisan jenis ini berbeza dengan sistem fonetik. Penulisan Sebenar, atau penulisan fonetik, direkodkan dibangunkan oleh empat peradaban berbeza di dunia, iaitu Sumeria, Mesir, China, dan Mesoamerica.

Tamadun Lembah Indus

Tamadun Lembah Indus (IVC) ialah tamadun Zaman Gangsa (3300-1300 SM; fasa matang 2600-1900 SM) yang berpusat terutamanya di bahagian barat subbenua India dan yang berkembang maju di sekitar lembangan Sungai Indus. Tamadun ini yang berpusat terutamanya di sepanjang Sungai Indus dan wilayah Punjab kemudian diperluas ke lembah Sungai Ghaggar-Hakra dan Doab Gangga-Yamuna, lalu merangkumi sebahagian besar daripada apa yang kini merupakan Pakistan, serta juga negeri-negeri barat India zaman moden, Afghanistan tenggara, dan bahagian paling timur di Balochistan, Iran.

Fasa matang Tamadun Lembah Indus dikenali sebagai Tamadun Harappa, sempena nama Harappa, kotanya yang pertama yang digali. Penggalian itu dilakukan pada tahun 1920 di apa yang pada saat itu merupakan provinsi Punjab India British (kini Pakistan). Penggalian tapak-tapak IVC telah berlangsung sejak 1920, dengan kejayaan cemerlang yang paling terkini tercapai pada 1999. Mohenjo-Daro, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, merupakan satu lagi tapak arkeologi IVC yang terkenal.

Bahasa Harappa tidak dapat dibuktikan secara langsung, dengan hubungannya dengan bahasa yang lain tidak diketahui. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan bahasa Proto-Dravidia, Elamo-Dravida, atau (Para-) Munda telah dicadangkan oleh para cendekiawan seperti Iravatham Mahadevan, Asko Parpola, |F.B.J. Kuiper, dan Michael Witzel.

Timur Dekat Kuno

Templat:Ancient history

Timur Dekat Kuno merujuk kepada ketamadunan awal di dalam wilayah yang merangkumi kawasan Timur Tengah moden: Mesopotamia (Iraq dan timur laut Syria), Mesir Kuno, Greece Kuno, Iran Kuno (Elam, Media, Parthia dan Parsi), Armenia, Anatolia (Turki) dan Levant (Syria, Lebanon, Israel, Palestin, Jordan, Cyprus, dan Crete). Oleh itu, istilah ini digunakan secara meluas di dalam arkeologi Timur Dekat dan sejarah purba. Ia bermula dengan kebangkitan Sumer pada milenia ke-4 BCE, meskipun begitu tarikh mempunyai banyak tarikh akhir: sama ada merangkumi Zaman Gangsa dan Zaman Besi di wilayah ini, sehingga penaklukan oleh empayar Achaemenid pada kurun ke-6 BCE atau Alexander Agung pada kurun ke-4 BCE.

Zaman Batu

Zaman Batu (Tulisan Jawi: زمان باتو)ialah satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia menggunakan batu untuk membuat alat-alat.

Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flin dan rijang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisar. Kayu, tulang, cangkerang, tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan (seperti tanah liat) telah digunakan untuk membuat tembikar. Satu rentetan inovasi teknologi logam mencirikan Zaman Tembaga, Zaman Gangsa dan Zaman Besi yang kemudian.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam evolusi manusia serta penyebaran kemanusiaan dari savana Afrika Timur ke bahagian-bahagian lain di dunia. Zaman ini berakhir dengan pengembangan pertanian, pembelajinakan sebilangan haiwan, dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan — permulaan sejarah yang tradisional, iaitu sejarah tercatat.

Istilah "Zaman Batu" telah digunakan oleh ahli-ahli arkeologi untuk menandakan zaman pra-metalurgi yang alat-alat batunya (artifak-artifak) jauh lebih tahan berbanding dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang lebih lembut). Zaman ini ialah zaman pertama dalam sistem tiga zaman. Dalam buku klasiknya, Zaman-zaman Prasejarah, pada tahun 1865, John Lubbock membahagikan lagi Zaman Batu kepada tiga subzaman, iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik. Walaupun demikian, ketiga-tiga subzaman ini masih boleh dibahagikan lagi. Sebenarnya, turutan fasa-fasa amat berbeza dari satu wilayah (dan kebudayaan arkeologi) ke satu wilayah. Sebenarnya, kemanusiaan berkembang ke bidang-bidang baru secara berterusan semasa zaman-zaman logam dan oleh itu, adalah lebih baik untuk seseorang mengatakan sesuatu Zaman Batu (bahasa Inggeris: a ), berbanding dengan si Zaman Batu (bahasa Inggeris: the).

Zaman Besi

Rencana ini adalah mengenai zaman arkeologi yang dikenali sebagai Zaman Besi; untuk Zaman Besi mitologi, sila lihat Zaman Manusia.

Dalam bidang arkeologi, Zaman Besi ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Penggunaan bahan ini kebetulan dengan perubahan-perubahan yang lain di sesetengah masyarakat purba, seringnya diiringi oleh pengamalan pertanian, kepercayaan agama, dan gaya kesenian yang berbeza-beza, walaupun tidak semestinya.

Zaman Besi merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa dalam sistem tiga zaman yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah. Tarikh dan konteksnya berbeza-beza, bergantung kepada negara atau kawasan geografinya. Secara klasik, Zaman Besi dianggap bermula pada abad ke-12 SM di Timur Dekat kuno, India kuno (bersama-sama Tamadun Veda Rigveda) dan Yunani (bersama-sama Zaman Kelam Yunani). Di kawasan-kawasan Eropah yang lain, Zaman Besi dimulakan lebih kemudian. Zaman Besi bermula pada abad ke-8 SM di Eropah Tengah dan pada abad ke-6 SM di Eropah Utara. Penggunaan besi untuk melebur dan menempa alat-alat muncul dalam tamadun Nok di Afrika Barat menjelang tahun 1200 SM. Zaman Besi biasanya dianggap tamat di Mediterranean dengan bermulanya:

tradisi sejarah pada Zaman Keyunanian dan Empayar Rom;

agama Buddha dan Jainisme di India;

Konfusianisme di China;

Zaman Pertengahan Awal di Eropah Utara.Zaman Besi adalah lebih kurang sama dengan tingkat ketika pengeluaran besi merupakan jenis kerja logam yang paling canggih. Kekerasan dan takat lebur yang tinggi, dengan banyaknya sumber bijih besi, menyebabkan besi lebih diingini dan "lebih murah" berbanding dengan gangsa, dan amat menyumbangkan kepada penerimaannya sebagai logam yang paling biasa digunakan. Pengenalan penggunaan besi untuk berbagai-bagai bidang disenaraikan di bawah mengikut urutan kronologi secara umum. Oleh sebab penggunaan besi diperkenalkan secara langsung kepada Amerika dan Australasia melalui penjajahan Eropah, tidak adanya sebarang Zaman Besi di kedua-dua lokasi tersebut.

Zaman Tembikar Mumun

Zaman tembikar Mumun adalah era arkeologi dalam prasejarah Korea yang bermula pada 1500-300 SM. Tempoh ini dinamakan dengan nama Korea untuk bekas masak dan penyimpanan yang tidak bercorak atau biasa yang membentuk sebahagian besar perkumpulan seni tembikar sepanjang tempoh keseluruhannya, terutama sekali 850-550 SM.

Zaman Mumun dikenali kerana asal usul pertanian yang intensif dan masyarakat kompleks di Semenanjung Korea dan Kepulauan Jepun. Tempoh ini atau sebahagian daripadanya kadang kala dilabelkan sebagai "Zaman Gangsa Korea", selepas pengelasan sistem tiga zaman Thomsen abad ke-19 untuk prasejarah manusia. Walau bagaimanapun, penerapan terminologi sedemikian dalam kes Korea adalah mengelirukan kerana pengeluaran gangsa tempatan tidak berlaku sehingga kira-kira akhir abad ke-8 SM, artifak tembaga jarang wujud, dan taburan gangsa sangat serantau sehingga selepas 300 SM. Ledakan dalam penggalian arkeologi tapak Mumun sejak pertengahan tahun 1990-an baru-baru ini telah meningkatkan pengetahuan ahli sejarah mengenai tempoh formatif yang penting dalam prasejarah Asia Timur.

Zaman Mumun didahului oleh Zaman tembikar Jeulmun (kk. 8000-1500 SM). Jeulmun adalah zaman pemburuan, pengumpulan, dan penanaman tanaman kecil. Asal-usul Zaman Mumun tidak diketahui, tetapi kuburan megalit, tembikar Mumun, dan penempatan besar yang terdapat di Lembangan Sungai Liao dan Korea Utara kk. 1800-1500 mungkin menunjukkan asal-usul Tempoh Mumun Selatan Korea. Penggembur tebang-bakar yang menggunakan tembikar Mumun menggantikan orang yang menggunakan pola sara diri zaman Jeulmun.

Zaman prasejarah

Zaman prasejarah (Tulisan Jawi: زمان ڤراسجاره) secara harfiah bermaksud "sebelum sejarah", daripada perkataan Latin untuk "sebelum," præ, dan Yunani ιστορία. Prasejarah manusia adalah tempoh dari masa tingkah laku dan anatomi manusia moden pertama kali muncul

sehingga kemunculan sejarah bertulis berikutan ciptaan sistem tulisan. Memandangkan kedua-dua masa penempatan manusia moden dan evolusi tamadun manusia, berbeza dari kawasan ke kawasan, bermula dan berakhir prasejarah pada detik-detik yang berbeza dalam alur masa, bergantung kepada kawasan berkenaan.

Sumer di Mesopotamia dan Mesir purba adalah tamadun pertama yang memajukan skrip mereka sendiri, dan untuk menyimpan rekod-rekod sejarah; ini sudah berlaku semasa awal Zaman Gangsa. Tamadun bersebelahan Timur Tengah Purba adalah yang pertama mengikutinya. Kebanyakan tamadun lain mencapai hujung prasejarah semasa Zaman Besi.

Permulaan bahan bertulis (dan begitu permulaan "zaman bersejarah" tempatan) berbeza-beza; dalam banyak kebudayaan, terutamanya di luar Eurasia, ia mengikut penaklukan oleh budaya yang mempunyai tulisan, dan sering menjadi sumber bertulis terawal budaya pra-celik huruf yang datang dari jiran celik huruf mereka. Tempoh apabila sesuatu budaya itu ditulis oleh yang lain, tetapi tidak memajukan tulisan sendiri sering dikenali sebagai the protosejarah sesuatu budaya.

Mengikut definisi, tiada rekod bertulis dari prasejarah manusia, jadi pentarikhan bahan prasejarah adalah penting. Teknik yang jelas untuk pentarikhan tidak maju sehingga abad ke-19.Rencana ini adalah berkenaan dengan prasejarah manusia seperti yang ditakrifkan di sini. Terdapat rencana yang berasingan bagi keseluruhan sejarah Bumi dan sejarah kehidupan sebelum manusia.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.