Zaman Batu

Zaman Batu (Tulisan Jawi: زمان باتو)ialah satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia menggunakan batu untuk membuat alat-alat.

Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flin dan rijang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisar. Kayu, tulang, cangkerang, tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan (seperti tanah liat) telah digunakan untuk membuat tembikar. Satu rentetan inovasi teknologi logam mencirikan Zaman Tembaga, Zaman Gangsa dan Zaman Besi yang kemudian.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam evolusi manusia serta penyebaran kemanusiaan dari savana Afrika Timur ke bahagian-bahagian lain di dunia. Zaman ini berakhir dengan pengembangan pertanian, pembelajinakan sebilangan haiwan, dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan — permulaan sejarah yang tradisional, iaitu sejarah tercatat.

Istilah "Zaman Batu" telah digunakan oleh ahli-ahli arkeologi untuk menandakan zaman pra-metalurgi yang alat-alat batunya (artifak-artifak) jauh lebih tahan berbanding dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang lebih lembut). Zaman ini ialah zaman pertama dalam sistem tiga zaman. Dalam buku klasiknya, Zaman-zaman Prasejarah, pada tahun 1865, John Lubbock membahagikan lagi Zaman Batu kepada tiga subzaman, iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik. Walaupun demikian, ketiga-tiga subzaman ini masih boleh dibahagikan lagi. Sebenarnya, turutan fasa-fasa amat berbeza dari satu wilayah (dan kebudayaan arkeologi) ke satu wilayah. Sebenarnya, kemanusiaan berkembang ke bidang-bidang baru secara berterusan semasa zaman-zaman logam dan oleh itu, adalah lebih baik untuk seseorang mengatakan sesuatu Zaman Batu (bahasa Inggeris: a ), berbanding dengan si Zaman Batu (bahasa Inggeris: the).

Arrowhead
Mata panah Obsidian

Lihat juga ليهت جوݢ

  • Evolusi manusia
  • Megalit
  • Pengurangan litik
  • Muzik prasejarah
  • Perang prasejarah

Rujukan روجوعن

  • Scarre, Christopher (ed.) (1988). Past Worlds: The Times Atlas of Archaeology. London: Times Books. ISBN 0-7230-0306-8.
  • Schick, Kathy D. (1993). Making Silent Stones Speak: Human Evolution and the Dawn of Technology. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-671-69371-9. Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)

Pautan luar ڤاءوتن لوار

Sistem tiga zaman: Zaman Batu | Zaman Gangsa | Zaman Besi

Senarai zaman arkeologi

Angiosperma

Tumbuhan berbunga merupakan kumpulan tumbuhan moden utama, merangkumi tumbuhan yang menghasilkan benih dalam organ pembiakan khusus yang dikenali sebagai bunga, di mana ovulari atau karpel tertutup. Dalam tumbuhan berbiji benih yang lain (spermatofit), dikenali sebagai gimnosperma, ovul tidak tertutup ketika pendebungaan.

Mekanik (filem)

Mekanik merupakan filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem warna dan mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Dilakonkan oleh Azmil Mustapha dan ramai lagi. Ia turut menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah yang dirakamkan di Taman Tema Mimaland, Malaysia.

Nias

Nias, adalah tempat tinggal suku Nias yang masih memiliki budaya megalitik (zaman batu). Daerah ini merupakan ( obyek wisata ) warisan penting.

Paleolitik Akhir

Templat:Paleolithic

Paleolitik Atas (Zaman Batu Hujung) ialah subbahagian ketiga dan terakhir Paleolitik atau Zaman Batu Lama seperti difahami di Eropah, Afrika dan Asia.

Pemburu-pengumpul

Masyarakat pemburu-pengumpul mengutamakan amalan sara diri yang melibatkan pemerolehan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang boleh dimakan terus dari hutan, mencari dan memburu tanpa sumber yang cukup untuk mengusahakan pertanian atau penternakan. Pemburu-pengumpul lebih banyak mengumpul daripada memburu makanan; sebanyak 80% makanan diperoleh daripada mengumpul.

Garis pemisah antara pemburu-pengumpul dan masyarakat lain yang lebih bergantung pada domestikasi (seperti pertanian dan penternakan) tidak begitu jelas, kerana kebanyakan masyarakat masa kini menggabungkan kedua-dua percaturan untuk menampung kependudukan masing-masing.

Pisau

Pisau ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau telah digunakan sebagai alat dan senjata sejak Zaman Batu lagi.

Pisau terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih yang tepinya dibuat tajam; tepi yang tajam ini disebut mata pisau. Pegangan pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.

Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bezanya adalah bahawa bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau.

Bila pisau terlalu kecil untuk memotong sesuatu, gergaji atau kapak mungkin diperlukan.

Prasejarah Malaysia

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba.

Pulau

Sebuah pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Gugusan kepulauan dinamakan kepulauan.

Dalam segi takrifan bahasa, hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Tetapi menurut perundangan, terdapat perbezaan istilah yang berbeza diguna pakai antara batu timbul dan pulau. Contohnya, menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi.

Secara ringkas, definisi pulau mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hukum Laut Antarabangsa, tahun 1982 (UNCLOS ’82), fasal 121 adalah "daratan yang dibentuk secara alami dan dikelilingi oleh air, dan selalu berada di atas muka air tinggi". Sebuah pulau tidak boleh ditenggelami pada saat air pasang.

Southampton

Southampton (AFA: (/saʊθˈæmptən/) merupakan sebuah bandar di Hampshire, England dan merupakan bandar paling besar di Tenggara England, dan terletak 70 km barat daya dari London dan 24 km barat laut dari Portsmouth.Penemuan arkeologi mencadangkan bahawa kawasan ini telah dihuni sejak Zaman Batu. Selepas penubuhan Majlis Daerah Hampshire selepas adanya akta pada tahun 1888, Southampton menjadi bandar daerah dalam daerah Hampshire dan bermakna bahawa bandar ini mempunyai ciri daerah tetapi pentadbirannya dikongsi bersama pertubuhan di Southampton dan majlis daerah baru. Geografi Southampton dipengaruhi laut dan sungai. Anggaran jumlah penduduk pada tengah 2016 mencadangkan bahawa terdapat 254275 orang dalam kawasan Southampton. Pada Mac 2007, terdapat 120305 pekerjaan di Southampton, dan 3570 orang memohon elaun pencari pekerjaan, iaitu kira-kira 2.4% daripada penduduk bandar ini.

Bandar ini memperlihatkan barisan dinding Zaman Pertengahan yang paling panjang dan masih ada di England, serta banyak muzium seperti Muzuim Rumah Tudor yang dibuka semula pada tahun 2011 selepas pemuliharaan dan penambahbaikan lanjut. Perkhidmatan polis di Southampton disediakan Markaz Konstabel Hampshire. Berdasarkan angka daripada Markaz Konstabel Hampshire, Southampton kini lebih selamat daripada masa sebelumnya dengan penurunan mendadak dalam jenayah ganas selama 3 tahun sebelum ini. Southampton ada 2 universiti, iaitu Universiti Southampton dan Universiti Southampton Solent. Southampton merupakan sebuah pelabuhan UK utama yang mempunyai rangkaian pengangkutan baik dengan seluruh negara.

Spits Jerman kecil

Spits Jerman kecil (Bahasa Jerman: Kleinspitz; Bahasa Inggeris: German spitz klein) ialah satu baka anjing jenis spits Jerman. Ia biasanya dikelaskan sebagai baka mainan atau utiliti.

Baka anjing jenis spits ini berbadan padat, dengan bulu tidak rapat, ekor melingkar ke atas belakang dan penampilan kepala kerubahan. Jumpaan arkeologi menentukan tarikh spits Jerman kepada anjing yang berbinaan dan saiz serupa semasa Zaman Batu.[petikan diperlukan]

Sweden

Sweden rasminya Kerajaan Beraja Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia, di Eropah Utara. Negara ini bersempadankan Norway di barat, Finland di timur laut, Skagerrak dan Kattegat di barat daya, dan Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Disebabkan penduduknya yang sedikit, Sweden terkenal dengan bentuk muka buminya yang aman dan kaya dengan hutan dan gunung ganang yang belum terusik oleh pembangunan.

Sweden menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1995. Ibu negaranya Stockholm.

Luas nya 449,964 km², merupakan negara ke-3 terbesar di Eropah Barat. Penduduknya sedikit dan 84 % tertumpu di bandar-bandar. Hanya 1.3 % mukabumi digunakan untuk petempatan. Gaya hidup di sana tinggi, moden, liberal, tersusun dan berbudaya kerjasama berbanding dengan negara Anglo-Saxon yang lain. Mereka sangat mengutamakan pemeliharaan alam sekitar, perlindungan hidupan liar dan penggunaan tenaga elektrik yang sistematik. Sweden secara tradisinya pengeluar besi, tembaga dan balak,

Sweden tergolong sebuah 'negara kebajikan' dalam Indek Pembangunan Kemanusiaan PBB (HDI). Sweden kaya dengan tenaga air.

Sweden moden dibentuk dari gabungan Kalmar Union pada 1397 oleh Raja Gustav Vasa abad ke-16. Abad ke-17 Sweden berkembang menjadi Empayar Sweden. Beberapa wilayah baru dijajah pada abad 18. Awal abad 19, Finland dan beberapa wilayah lain di Semenanjung Scandinavia telah hilang. Pada 1814 Sweden dan Norway membentuk pakatan sehingga 1905. Sejak 1814, Sweden aman damai, mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak ketika peperangan.

Usia Kapur

Usia Kapur ialah tempoh dan sistem geologi daripada kira-kira 145.5 ± 4 hingga 65.5 ± 0.3 juta tahun dahulu (Ma). Dalam geologi skala masa, Usia Kapur mengikuti tempoh Jura dan diikuti tempoh Paleogene. Ia adalah tempoh termuda bagi era Usia Mesozoik, dan selama 80 juta tahun, tempoh terpanjang eon Phanerozoic. Akhir Usia Kapur mentakrifkan sempadan antara Usia Mesozoik dengan era Usia Senozoik.

Zaman Jōmon

Zaman Jōmon (縄文 時代, Jōmon-jidai) merupakan satu zaman prasejarah Jepun dari kira-kira 14,000 SM hingga 300 SM. Zaman ini terjadi tepat pada akhir Zaman Pleistosen hingga Holosen (bersamaan dengan zaman batu pertengahan dan zaman batu akhir).

Zaman Mesolitik

Templat:Zaman Batu

Zaman Mesolitik (Bahasa Yunani: mesos "tengah", lithos "batu") ialah zaman perkembangan teknologi manusia antara zaman-zaman Paleolitik dan Neolitik. Istilah Mesolitik diperkenalkan oleh John Lubbock dalam kertas kerja Pre-historic Times terbitan tahun 1865. Walaupun begitu, istilah tersebut jarang digunakan sehingga dilariskan oleh V. Gordon Childe dalam buku The Dawn of Europe (1947).

Zaman Neolitik

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, manusia mula bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan. Zaman ini bermula kira-kira sekitar 9500 SM di Timur Tengah dan secara tradisionalnya dianggap sebagai fasa terakhir Zaman Batu. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter.

Zaman Paleolitik

Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.

Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.

Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.

Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka.

Zaman Paleolitik Akhir

Zaman Paleolitik Akhir ialah subbahagian ketiga dan yang terakhir dalam Zaman Paleolitik atau Zaman Batu Tua, sebagaimana yang difahami di Eropah, Afrika, dan Asia. Secara umum, zaman ini berlangsung antara 40,000 dan 10,000 tahun dahulu.

Manusia moden (iaitu Homo sapiens sapiens), dipercayai muncul sejak sekitar 100,000 tahun dahulu dan mula berhijrah dari Afrika ke kawasan-kawasan lain semasa Zaman Paleolitik Pertengahan. Sehingga sekitar 40,000 tahun dahulu, gaya hidup manusia tidak banyak berbeza daripada gaya hidup leluhurnya. Tetapi dengan agak tiba-tiba, mereka mula menghasilkan budaya-budaya tersendiri mengikut kawasan, dan menggunakan teknologi-teknologi baru, teknik-teknik pemburuan yang lebih cekap, serta memiliki deria estetik yang lebih halus. Peralihan ini dari Zaman Paleolitik Pertengahan ke Zaman Paleolitik Akhir dipanggil Revolusi Zaman Paleolitik Akhir. Bagaimanapun, orang-orang Neanderthal terus menggunakan teknologi alat batu Mouster. Tinggalan-tinggalan terawal bagi petempatan-petempatan teratur dalam bentuk tapak khemah yang kekadangnya dilengkapi dengan lubang-lubang simpanan ditemui pada zaman ini. Kesemua ini sering terdapat di bahagian-bahagian bawah lembah yang sempit, mungkin untuk memudahkan pemburuan kawanan-kawanan yang lalu. Sesetengah tapak mungkin diduduki pada sepanjang tahun walaupun secara umum, tapak-tapak ini nampaknya hanya digunakan secara bermusim, dengan orang-orang bergerak antara satu sama lain untuk mengeksploitasikan sumber-sumber makanan yang berbeza pada masa-masa tertentu.

Kemajuan teknologi termasuk perkembangan-perkembangan yang penting dalam pengeluaran alat flin, dengan industri-industri berasaskan mata alat flin yang halus dan bukannya serpihan yang lebih mudah dan lebih pendek. Burin dan racloir membuktikan bahawa adanya pertukangan tulang, tanduk rusa, dan kulit haiwan pada masa itu. Damak dan tempuling yang lebih baik juga muncul dalam zaman ini.

Kerja seni juga mekar dengan patung-patung kecil Venus, lukisan gua, dan petroglif. Bahan-bahan mentah yang didapati jauh daripada sumber-sumbernya membayangkan bahawa hubungan-hubungan perdagangan telah berkembang pada masa itu. Pengelompokan sosial yang lebih rumit muncul, disokong oleh sumber-sumber makanan dan jenis-jenis alat khusus yang lebih berbeza-beza dan lebih boleh dipercayai. Ini mungkin menyebabkan peningkatan pengenalpastian kelompok atau keetnikan, dengan identiti-identiti kelompok ini menghasilkan lambang-lambang dan upacara-upacara amal tersendiri yang merupakan sebahagian penting tingkah laku manusia moden.

Alasan-alasan bagi perubahan-perubahan tingkah laku manusia ini telah dikatakan berkait dengan perubahan-perubahan iklim semasa zaman yang merangkumi sebilangan kejatuhan suhu sejagat mengakibatkan iklim yang lebih teruk daripada iklim zaman ais terakhir yang sudah begitu pahit. Ini mungkin mengurangkan bekalan kayu yang boleh digunakan manakala flin menjadi rapuh pada suhu-suhu yang rendah dan tidak boleh digunakan sebagai alat.

Kemunculan bahasa juga telah diperdebatkan sebagai sebab untuk perubahan-perubahan tingkah laku ini. Kerumitan keupayaan-keupayaan manusia yang baru ini juga membayangkan bahawa manusia tidak begitu pandai merancang sebelum 40,000 tahun dahulu, dan pertuturan telah menukarkan keadaan ini. [1] Bagaimanapun, cadangan ini tidak diterima secara meluas kerana pemisahan filogenetik manusia berlaku sejak Zaman Paleolitik Pertengahan (lihat bahasa proto).

Zaman Paleolitik Pertengahan

Zaman Paleolitik Pertengahan (atau Paleolitik Tengah) merupakan subdivisi Paleolitik kedua atau Zaman Batu Lama seperti yang difahami di Eropah, Afrika dan Asia. Istilah Zaman Batu Pertengahan digunakan sebagai setara atau sinonim untuk Paleolitik Tengah dalam bidang arkeologi Afrika. Paleolitik Pertengahan dan Zaman Batu Pertengahan meluas merentangi dari 300,000 kepada 30,000 tahun yang lalu. There are considerable dating differences between regions. Paleolitik Pertengahan/Zaman Batu Pertengahan telah digantikan oleh pembahagian Zaman Paleolitik Akhir yang pertama kali bermula di antara 50,000 dan 40,000 tahun yang lalu.Menurut teori asal manusia moden Afrika terbaru, manusia anatomi moden mula berhijrah keluar dari Afrika pada Zaman Batu Pertengahan/Paleolitik Pertengahan sekitar 100,000 atau 70,000 tahun yang lalu dan mula menggantikan awal pra-wujud spesies Homo seperti Neanderthal dan Homo erectus.

Zaman prasejarah

Zaman prasejarah (Tulisan Jawi: زمان ڤراسجاره) secara harfiah bermaksud "sebelum sejarah", daripada perkataan Latin untuk "sebelum," præ, dan Yunani ιστορία.Ia juga dimaksudkan dengan zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. Prasejarah manusia adalah tempoh dari masa tingkah laku dan anatomi manusia moden pertama kali muncul

sehingga kemunculan sejarah bertulis berikutan ciptaan sistem tulisan. Memandangkan kedua-dua masa penempatan manusia moden dan evolusi tamadun manusia, berbeza dari kawasan ke kawasan, bermula dan berakhir prasejarah pada detik-detik yang berbeza dalam alur masa, bergantung kepada kawasan berkenaan.

Sumer di Mesopotamia dan Mesir purba adalah tamadun pertama yang memajukan skrip mereka sendiri, dan untuk menyimpan rekod-rekod sejarah; ini sudah berlaku semasa awal Zaman Gangsa. Tamadun bersebelahan Timur Tengah Purba adalah yang pertama mengikutinya. Kebanyakan tamadun lain mencapai hujung prasejarah semasa Zaman Besi.

Permulaan bahan bertulis (dan begitu permulaan "zaman bersejarah" tempatan) berbeza-beza; dalam banyak kebudayaan, terutamanya di luar Eurasia, ia mengikut penaklukan oleh budaya yang mempunyai tulisan, dan sering menjadi sumber bertulis terawal budaya pra-celik huruf yang datang dari jiran celik huruf mereka. Tempoh apabila sesuatu budaya itu ditulis oleh yang lain, tetapi tidak memajukan tulisan sendiri sering dikenali sebagai the protosejarah sesuatu budaya.

Mengikut definisi, tiada rekod bertulis dari prasejarah manusia, jadi pentarikhan bahan prasejarah adalah penting. Teknik yang jelas untuk pentarikhan tidak maju sehingga abad ke-19.Rencana ini adalah berkenaan dengan prasejarah manusia seperti yang ditakrifkan di sini. Terdapat rencana yang berasingan bagi keseluruhan sejarah Bumi dan sejarah kehidupan sebelum manusia.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.