Yusry bin Abdul Halim

Yusry bin Abdul Halim (lahir 15 Jun 1973) merupakan penyanyi, pelakon, dan pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan KRU yang mana beliau ialah penyanyi utamanya. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2003, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, penerbit, pengarah dan pelakon.

Yusry KRU
YusryKRU
Yusry di ibu pejabat KRU Studios.
KelahiranYusry bin Abdul Halim
15 Jun 1973 (umur 46)
Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan) Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, komposer, penerbit, pengarah filem
Tahun aktif1992–kini
Terkenal keranaKumpulan KRU
PasanganErra Fazira (k. 2003–2006)
Lisa Surihani (k. 2012)
Anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, balada
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
KRU Records
Kegiatan berkaitan
KRU, Erra Fazira, Melly Goeslaw

Kehidupan awal

Yusry dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner. Yusry menghadiri Sekolah Rendah Sri Petaling dan kemudian pergi ke Sekolah Menengah Setapak. Beliau memperlajari Tahap 'O' di UK dan juga Peringkat 'A' di sebuah kolej UK (Leytonstone Sixth Form College, Leytonstone).

Kerjaya

KRU

Beliau bersama dua adik-beradiknya Norman dan Edry menubuhkan kumpulan KRU pada 1992, album sulung kumpulan ini, Canggih dikeluarkan pada tahun yang sama. Antara lagu nyanyian Yusry bersama KRU ialah "Awas", "Apa Saja", "I’ll Be Waiting", "The Way We Jam" dan lain-lain.

Pada 2003, Yusry melancarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu "Dekat Padamu" dipilih sebagai single solo pertama Yusry.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]

Kerjaya filem

Kerjaya filem Yusry bermula dengan berlakon bersama Norman dan Edry dalam filem Awas arahan Abdul Aziz Razak pada 1995. Ia kemudian diikuti oleh filem Cinta Metropolitan pada 1996.

Pada 2006, filem sulung arahannya Cicak-Man,[2] ditayangkan di pawagam pada Disember dan mendapat sambutan, ia kemudiannya diikuti oleh kesinabungan filem ini — Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)[3] dan Cicakman 3 (2015).[4]

Kehidupan peribadi

Beliau pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 15 Jun 2003.[5] Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.

Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.

Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.[6][7]

Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Lisa Surihani.[8] Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015.[9][10] Pada 23 April 2017, Yusry dan Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.[11][12]

Diskografi

Bersama KRU
Album solo
  • Yusry (2003)
Lagu-lagu
  1. Dekat Padamu
  2. Warna Kehidupan
  3. Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
  4. 3 Minggu
  5. Bermimpi Lagi
  6. Hari ini
  7. Mengapa
  8. Tamat
  9. Terbang Tinggi
  10. Tertewas Lagi
  11. Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
  12. Dibius Cinta (bersama Melly Goeslaw)
  13. Kekasih Abadi (bersama Lisa Surihani)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1995 Awas Yusry
1996 Cinta Metropolitan Irwan
2002 Gerak Khas The Movie II Syamil
Mr. Cinderella Hakimi
2003 Cinta Kolestrol Ahmad Yusri Hj Zaini
Mr. Cinderella 2 Hakimi
2004 Kuliah Cinta Faramy
Hingga Hujung Nyawa Dr. Aniq Kamil & Kamil
2005 Lady Boss Mazlan
2006 Cicak-Man Danny Juga sebagai pengarah dan penerbit eksekutif
2007 Cintaku Forever Joe
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Danny Pengarah, penerbit dan cerita asal
2009 Rasukan Ablasa Ishak
Jin Notti penerbit
My Spy penerbit
2010 Magika Pokok Bersaudara Penerbit
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Pengarah dan penerbit eksekutif
Ratu The Movie Pengacara Kemunculan Khas
Karak Pengarah dan penerbit
2012 Cinta Kura-Kura Penerbit
29 Februari Penerbit
2013 Vikingdom Pengarah dan penerbit eksekutif
Ular Remy
2014 Ribbit Filem animasi; penerbit eksekutif
Dendam Orang Mati Penerbit
2015 Cicakman 3 Pengarah
2018 Wheely Filem animasi; pengarah

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Bio-Nik TV3 Penerbit eksekutif; 26 Episod
2010 Hotel Mania Penerbit eksekutif; 26 Episod
Arjuna Penerbit eksekutif; 26 Episod
2017 Saka Sisters Astro Warna Juga sebagai pengarah dan penerbit eksekutif
2018 Alamatnya Cinta Astro Ria
Kan Kukejar Cinta Kamu

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Sangga Saadah TV3
2016 Rongples Rongtaim Astro Mustika HD Pengarah, penerbit eksekutif

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Dicapai 18 April 2018.
  2. ^ Itar, Abd. Aziz (9 Disember 2006). "Cicak-Man kutip RM350,000 hari pertama tayangan". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2015.
  3. ^ Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan Diarkibkan 22 July 2011 di Wayback Machine.
  4. ^ Karim, Haryati. "Cicakman 3 penuh konflik". KOSMO!. Dicapai 29 November 2015.
  5. ^ Yusry and Erra to get engaged The Star Online. 27 Februari 2003.
  6. ^ Yusry-Erra Fazira sah bercerai Norazlita Mohd. Sies. Utusan Malaysia. 17 Jun 2006.
  7. ^ Erra, Yusry sah cerai talak satu Norazlita Mohd. Sies. Utusan Malaysia. 11 Julai 2006.
  8. ^ Yusry KRU Luah Rasa Bersyukur Jadi Suami Lisa Surihani RotiKaya. 25 Mac 2015.
  9. ^ Yusry KRU Kongsi Gambar Terbaru Anak Di Instagram RotiKaya. 22 Jun 2016.
  10. ^ Yusry KRU Sebak Cerita Saat Sambut Kelahiran Yahaira Astro Gempak. 20 April 2016.
  11. ^ Zaidi Mohamad (1 Mei 2017). "Lisa, Yusry namakan anak kedua Yusof Leonne". Berita Harian. Dicapai 2 Mei 2017.
  12. ^ Alif Fadli Mohd Sori (1 Mei 2017). "Yusof Leonne nama anak Yusry, Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai 2 Mei 2017.

Pautan luar

2.5 Sayang

2.5 Sayang merupakan album kedua penyanyi Erra Fazira yang dikeluarkan pada 1996 oleh Polygram Records. Album ini merupakan album terakhir Erra bersama Polygram sebelum menyertai Sony Music, antara lagu popular ialah "Pertemuan".

Aku dan Dia

Aku dan Dia merupakan album sulung penyanyi Erra Fazira yang dikeluarkan pada 1995 oleh Polygram Records. "Yang Terindah Hanyalah Sementara" ialah single pertama album ini.

Big Stage (musim 2)

Big Stage 2 atau Big Stage 2019 kini kembali menggegarkan industri hiburan tanahair untuk musim yang kedua. Menariknya kali ini, ia turut menampilkan peserta-peserta dari luar negara untuk menghangatkan lagi persaingan terdiri daripada Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei.

Big Stage merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti terbaru yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up (BBNU)' & 'Dominasi BBNU' dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan mahupun antarabangsa.

Gelaran Juara Big Stage musim pertama yang lalu jatuh kepada Sarah Suhairi yang berasal daripada Rawang, Selangor.

Gelaran Juara Big Stage musim kedua pula disandang oleh Han-byul yang berasal daripada Korea Selatan.

Diskografi Erra Fazira

Diskografi Erra Fazira mengandungi maklumat mengenai tujuh buah album rakaman studio secara solo Erra Fazira serta beberapa buah album runut bunyi yang dinyanyikan oleh pelakon wanita popular Malaysia ini sejak 1994.

Erra Fazira

Fazira binti Wan Chek (lahir 9 Februari 1974) atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang peragawati, pelakon, penyanyi, pengacara, penerbit dan bekas ratu cantik Malaysia. Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut. Setelah itu beliau mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Pada tahun 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi popular Awie dan Ziana Zain. Tidak lama selepas penggambaran, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya "Cinta Abadi" pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya dengan lakaran kejayaan apabila filem sulungnya itu mencatat kutipan pecah panggung, sejak itu beliau diberi jolokan sebagai "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" sejak tahun 1994 hingga kini apabila deretan filem-filem lakonannya selepas itu turut mencatat kejayaan, suatu pencapaian yang sukar dicapai oleh mana-mana aktres tempatan selepasnya.

Erra telah muncul dalam beberapa filem terkenal termasuk Gerak Khas The Movie (2000), Janji Diana (2004), KL Menjerit 1 (2005), Cuci (2007) dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan pecah panggung keseluruhan filemnya sudahpun mencecah RM100 juta. Menerusi dua buah filem, Soal Hati (2000) dan Hingga Hujung Nyawa (2004) , Erra telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di dalam kerjaya muziknya, Erra telah menerbitkan sebanyak 6 album studio, 2 album EP serta beberapa album runut bunyi dan album himpunan. Sepanjang kerjayanya, Erra telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin.

Beliau berkahwin sebanyak dua kali, iaitu bersama penyanyi Yusry Abdul Halim (kini berkahwin dengan Lisa Surihani) dari 2003 hingga 2006, dan perkahwinan keduanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin (kini berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella) dari 2007 hingga 2014, dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Erra Fazira (EP)

Erra Fazira merupakan album EP sulung penyanyi Erra Fazira, dikeluarkan pada 1994 oleh Polygram Records.

Filemografi Erra Fazira

Erra Fazira merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang tampil dalam pelbagai kredit lakonan dan televisyen. Beliau diberi jolokan sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baharu kerana kemampuannya mempertahankan takhta sebagai pelakon wanita terlaris dalam tempoh masa yang lama.

KRU

KRU (bukan singkatan; tiada makna khusus bagi huruf-huruf K,R, dan U. Ianya secara sebutan menterjemah perkataan Inggeris crew) merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.

Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang dijadual akan diadakan pada 6 Mei.

Kini (album Erra Fazira)

Kini merupakan album studio ketiga Erra Fazira, diterbitkan oleh Sony Music. Album ini merupakan album pertama Erra bersama Sony Music selepas menerbitkan tiga album terdahulu bersama Polygram Records.

Kini Kembali

Kini Kembali merupakan album studio kelima penyanyi Erra Fazira yang dikeluarkan pada 16 Januari 2004 oleh Sony Music Entertainment. Antara lagu popular ialah "Hanya Di Mata" dan "Jika Kau Tiada".

Norman bin Abdul Halim

Dato' Norman bin Abdul Halim (lahir 5 Februari 1970) merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios. Beliau juga menjadi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia mulai tahun 2010.

Sampai Bertemu

Sampai Bertemu merupakan album studio keempat penyanyi Erra Fazira yang dikeluarkan pada 2002 oleh Sony Music Entertainment. Antara lagu popular ialah "Sampai Bertemu" dan "Lepaskanlah".

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Erra Fazira

Berikut ialah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, Erra Fazira.

Senarai orang dari Selangor

Berikut adalah senarai orang-orang terkemuka yang lahir pada atau pernah tinggal di negeri Malaysia Selangor Darul Ehsan, atau Selangor adalah sebahagian besar daripada identiti mereka.

Ya Atau Tidak

Ya Atau Tidak merupakan album studio keenam penyanyi Erra Fazira yang dikeluarkan pada 12 Jun 2006 oleh Sony Music Entertainment. Antara lagu popular ialah "Harapan Hanya Impian" dan "Ya Atau Tidak", album ini turut membuatkan sebuah lagu yang dirakamkan dalam bahasa Bangkahulu, iaitu "Wang Kite Gale". Album ini merupakan album terakhir beliau di dalam kerjaya muziknya.

Album studio
Rencana berkaitan
1987–kini
Filem arahan Yusry Abdul Halim

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.