Vokal tengah

Vokal tengah ialah bunyi vokal yang mana lidah terletak di separuh jarak dari vokal luas dan vokal sempit. Satu-satunya vokal tengah yang diberi aksara khusus dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) ialah vokal pusat tengah [ə], iaitu aksara yang juga digunakan untuk vokal schwa.

IPA membahagikan ruang vokal kepada tiga pertiga, iaitu vokal separuh sempit ([e], [o]) dan vokal separuh luas ([ɛ], [ɔ]) sama jarak ruang formannya antara vokal luas ([a]) dan vokal sempit ([i], [u]). Oleh itu, vokal depan tengah sebenar boleh ditulis sebagai vokal diturunkan [e̞] atau dinaikkan [ɛ̝].

Kecil sekali bilangan vokal yang membezakan ketiga-tiga ketinggian vokal tengah, kerana sesebuah bahasa jarang membezakan lebih daripada empat ketinggian vokal depan atau belakang yang sebenar. Salah satunya ialah loghat Amstetten dalam bahasa Jerman Bavaria, yang membezakan empat ketinggian vokal depan tak bundar, depan bundar dan belakang selain satu vokal pusat luas, keempat-empatnya ditulis dengan aksara IPA berikut /i e ɛ æ/, /y ø œ ɶ/, /u o ɔ ɑ/, dan /a/.

Loghat Bavaria Amstetten
(transkripsi)
Sempit i y u
Separuh
sempit
e ø o
Separuh
luas
ɛ œ ɔ
Hampir
luas
æ ɶ̝ ɑ̝
Luas a

Bagaimanapun, vokal-vokal yang ditulis /æ ɶ ɑ/ adalah satu pertiga jarak dari vokal luas /a/ dan vokal sempit /i y u/, maka menepati definisi vokal separuh luas oleh IPA [ɛ œ ɔ]. Oleh itu, loghat Bavaria Amstetten boleh diterima sebagai contoh bahasa yang membezakan vokal tengah dengan vokal separuh luas dan separuh sempit.

Amstetten Bavarian
(ruang forman)
Sempit i y u
Separuh
sempit
e ø o
Tengah ø̞
Separuh
luas
ɛ œ ɔ
Luas a
  Depan Hampir depan Pusat Hampir belakang Belakang
Sempit
Blank vowel trapezoid.svg
i · y
ɨ · ʉ
ɯ · u
ɪ · ʏ
ɪ̈ · ʊ̈
e · ø
ɘ · ɵ
ɤ · o
ɛ · œ
ɜ · ɞ
ʌ · ɔ
a · ɶ
ɑ · ɒ
  Hampir sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Hampir luas
Luas
A

Huruf A ialah huruf pertama dalam Abjad Rumi. Namanya dalam Bahasa Inggeris ialah ei (IPA /eɪ/).

Abjad Fonetik Antarabangsa

Abjad Fonetik Antarabangsa (International Phonetic Alphabet; IPA) atau singkatannya AFA merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan, serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa. Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada vokal and konsonan, manakala diakritik dan suprasegmental dibahagikan menurut pelambangan artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau penekanan. Dari masa ke semasa, lambang-lambang ini ditambah, dihapus, atau diubah sual oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa.

Meskipun AFA dimaksudkan untuk hanya mewakiki ciri-ciri penuturan yang relevan kepada bahasa itu sendiri (seperti kedudukan lidah, cara artikulasi, dan pengasingan dan pemelatan perkataan dan suku kata), satu set simbol tambahan dipanggil Extended IPA turut dicipta olej pakar fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).

Alto

Di dalam definasi muzik, seorang alto atau kontralto ialah penyanyi dalam lingkungan suara di antara suara tenor dan mezzo-soprano. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada suara wanita terendah dalam nada nyanyian atau suara nyanyian lelaki yang menggunakan teknik pemalsuan suara (falseto) yang juga dikenali sebagai penyanyi kauntertenor. Nota penyanyi alto kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di dalam suara terendah dalam lingkungan suara mereka, suara penyanyi alto lelaki adalah hampir sama dengan suara penyanyi tenor.

Sesetengah penyanyi alto mempunyai lingkungan yang lebih besar iaitu dari C di bawah C tengah hingga ke C dua oktaf atas (C3-C6 jika C tengah ialah C4), tetapi seperti penyanyi-penyanyi lain, jenis suara alto dikenal pasti melalui "vokal tengah" dan bukan dari lingkungan mereka. Sebagai contoh, seorang soprano, boleh menyanyikan nada yang lebih rendah dari penyanyi alto tetapi tidak akan merasa selesa menyanyikan nada sebegitu. Dalam kumpulan 4 penyanyi koral harmoni (koir), suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”.

Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef.

Walau bagaimanpun, di awal era nyanyian koir, penyanyi alto lelaki dewasa juga dipanggil sebagai kauntertenor. Jikalau penyanyi alto tersebut adalah lelaki yang juga seorang tenor semulajadi tetapi memilih untuk membuat falseto, mereka akan digelar sebagai seorang kauntertenor; manakala jikalau penyanyi lelaki itu adalah penyanyi bersuara “alto” sejati (menerusi berat suara yang berkemampuan dinamik), mereka adalah penyanyi bariton atau bes. Penyanyi kontralto adalah amat jarang dalam opera memandangkan tidak banyak kerja gubahan yang ditulis untuk suara ini.

Vokal

Dalam bidang fonetik, vokal ialah satu komponen penting dalam bahasa lisan yang disebut dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-mana di atas glotis, berbeza dengan konsonan yang mana adanya tutupan atau sumpatan di mana-mana sepanjang saluran vokal. Vokal juga difahami sebagai sukuan; bunyi dari mulut terbuka tetapi bukan sukuan dipanggil separuh vokal.

Perkataan vokal berasal dari perkataan Latin vocalis yang bermaksud "bertutur", kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal. Vokal juga merujuk kepada huruf-huruf yang digunakan untuk menuliskan bunyi vokal (A, E, I, O, U).

Vokal bundar belakang separuh luas

Vokal bundar belakang separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɔ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan O dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya merupakan huruf "c" kecil yang terbalik, atau huruf "o terbuka".

Vokal bundar belakang separuh sempit

Vokal bundar belakang separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara o dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan o dalam X-SAMPA. Aksara [o] juga merujuk kepada vokal bundar belakang tengah yang turut dibincangkan dalam rencana ini.

Dalam bahasa Melayu, vokal [e] dilambangkan oleh huruf o, contoh: olah, bodoh, video.

Vokal bundar depan separuh luas

Vokal bundar depan separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara œ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 9 dalam X-SAMPA. Aksara œ ialah huruf kembar gabungan huruf kecil o dan e. ɶ, iaitu huruf kembar Œ besar yang dikecilka, digunakan untuk vokal bundar depan luas.

Vokal bundar depan separuh sempit

Vokal bundar depan separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ø dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 2 dalam X-SAMPA.

Vokal bundar hampir depan hampir sempit

Vokal bundar hampir depan hampir sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʏ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan Y dalam X-SAMPA. Vokal ini dibahagikan lagi kepada dua, iaitu terjulur (endolabial) dan terketap (eksolabial).

Vokal bundar pusat separuh luas

Vokal bundar pusat separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berupa huruf epsilon kecil terbalik yang ditutup.

Vokal bundar pusat separuh sempit

Vokal bundar pusat separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɵ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 8 dalam X-SAMPA.

Vokal pusat tengah

Vokal tengah-tengah ialah sejenis bunyi vokel yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ə dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan @ dalam X-SAMPA. Aksara yang sama boleh digunakan untuk vokal tengah-tengah yang bundar dan tak bundar.

Dalam bahasa Melayu, vokal pusat tengah diwakili oleh huruf e pepet, contohnya: enam, berat, liter. Huruf e dalam bahasa Melayu ada dua kegunaannya, iaitu e pepet [ə] dan e taling [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit).

Vokal separuh luas

Vokal separuh luas ialah jenis bunyi vokal yang mana lidah terletak sepertiga jarak dari vokal luas ke vokal sempit, atau dua pertiga jarak dari vokal luas ke vokal tengah. Vokal-vokal separuh luas yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) ialah:

vokal tak bundar depan separuh luas [ɛ]

vokal bundar depan separuh luas [œ]

vokal tak bundar pusat separuh luas [ɜ]

vokal bundar pusat separuh luas [ɞ]

vokal tak bundar belakang separuh luas [ʌ]

vokal bundar belakang separuh luas [ɔ]

Vokal separuh sempit

Vokal separuh sempit ialah jenis bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan sepertiga jarak dari vokal sempit ke vokal luas, atau dua pertiga jarak dari vokal sempit ke vokal tengah. Vokal separuh sempit yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa ialah:

vokal tak bundar depan separuh sempit [e]

vokal bundar depan separuh sempit [ø]

vokal tak bundar pusat separuh sempit [ɘ]

vokal bundar tengah pusat sempit [ɵ]

vokal tak bundar belakang separuh sempit [ɤ]

vokal bundar belakang separuh sempit [o]

Vokal tak bundar belakang separuh luas

Vokal tak bundar belakang separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʌ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan V dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berbentuk huruf "v" yang terbalik.

Vokal tak bundar belakang separuh sempit

Vokal tak bundar belakang separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɤ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa, dan 7 dalam X-SAMPA.

Vokal tak bundar depan separuh sempit

Vokal tak bundar depan separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh e dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan e dalam X-SAMPA. Aksara [e] juga merujuk kepada vokal tak bundar depan tengah yang turut dibincangkan dalam rencana ini.

Dalam bahasa Melayu, vokal [e] dilambangkan oleh huruf e taling (ditulis é dengan tanda aksen tirus dalam sesetengah kamus dan bahan pelajaran bahasa), contohnya: enak, pendek, sate. Huruf e juga digunakan sebagai e pepet yang melambangkan bunyi vokal tengah-tengah [ə].

Vokal tak bundar pusat separuh luas

Vokal bundar depan separuh luas ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɜ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan 3 dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya berupa huruf epsilon kecil yang diterbalikkan.

Vokal tak bundar pusat separuh sempit

Vokal tak bundar pusat separuh sempit ialah sejenis bunyi vokal yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ƍ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan @\ dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.