Usia Kapur

Usia Kapur ialah tempoh dan sistem geologi daripada kira-kira 145.5 ± 4 hingga 65.5 ± 0.3 juta tahun dahulu (Ma). Dalam geologi skala masa, Usia Kapur mengikuti tempoh Jura dan diikuti tempoh Paleogene. Ia adalah tempoh termuda bagi era Usia Mesozoik, dan selama 80 juta tahun, tempoh terpanjang eon Phanerozoic. Akhir Usia Kapur mentakrifkan sempadan antara Usia Mesozoik dengan era Usia Senozoik.

Pautan luar

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Albia

Albia ialah satu umur dalam skala masa geologi, iaitu bahagian yang termuda atau dalam epok Awal Usir Kapur. Julat masanya adalah sekitar 112.0 ± 1.0 hingga 99.6 ± 0.9 juta tahun dahulu. Albia didahului oleh Aptia dan disusuli oleh Senomania.

Aptia

Apt merupakan umur dalam skala masa geologi yang merupakan sebahagian daripada epok Awal Usia Kapur yang merangkumi zaman dari 125.0 ± 1.0 hingga 112.0 ± 1.0 juta tahun dahulu. Aptia menyusuli Barremia dan mendahului Albia, ketiga-tiganya dalam Awal Usia Kapur.

Bactrosaurus

Bactrosaurus (/ˌbæktroʊˈsɔːrəs/; }; bererti "cicak belantan," "baktron" = belantan + sauros = cicak) merupakan satu genus bagi dinosaur maun yang hidup di timur China semasa akhir Akhir Usia Kapur, sekitar 70 juta tahun, sungguhpun sebahagian fosil Bactrosaurus telah diberi tarikh sehingga 90 juta tahun. Kedudukan Bactrosaurus duduki pada Usia Kapur menjadikannya salah satu hadrosauroid terawal, dan sungguhpun ia tidak diketahui dari rangka sempurna, Bactrosaurus merupakan salah satu awalan sebelum hadrosaur yang paling baik diketahui.

Belut

Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.

Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.

Eudikot

Eudikot atau Eudikotiledon ialah sejenis klad monofiletik (atau kumpulan berkaitan secara evolusi) tumbuhan berbunga yang pernah dipanggil trikolpat atau dikot bukan-Magnoliid oleh penulis terdahulu. Istilah botani ini diperkenalkan pada 1991 oleh ahli botani evolusi James A. Doyle dan ahli paleobotani Carol L. Hotton untuk menekankan pencapahan evolusi kemudian oleh dikotiledon trikolpat daripada dikotiledon awal. Istilah ini bermakna "dikotiledon benar" kerana ia mengandungi majoriti pokok yang dianggap dikotiledon dan memliki ciri dikotiledon. Istilah "eudikot" kemudian telah digunakan secara meluas dalam botani untuk merujuk kepada salah satu klad terbesar angiosperma (mewakili lebih 70% spesies angiosperma), dengan satu lagi ialah monokot. Angiosperma yang lain kadangkala dipanggil angiosperma basal atau paleodikot namun kedua perkataan ini tidak digunakan secara meluas atau tekal kerana tidak merujuk kepada kumpulan monofiletik.

Banyak tumbuhan yang biasa dilihat tergolong dalam eudikot, termasuk pohon makanan, pokok balak dan hiasan. Contohnya seperti anggota keluarga bunga matahari seperti dandelion, kobis dan anggota lain keluarganya, durian, epal, buterkup, mapel dan makadamia.

Eupodophis

Eupodophis ialah satu genus ular pupus dari zaman Akhir Usia Kapur. Ia mempunyai sepasang kaki belakang dan dianggap sebagai peralihan antara biawak Usia Kapur dan ular tanpa kaki. Akan tetapi, kaki-kaki itu dipercayai tidak berguna pada Eupodophis. Spesies jenis Eupodophis descouensi dinamakan pada tahun 2000. Nama spesifiknya dinamai sempena ahli alamiah Perancis, Didier Descouens.Spesimen fosil yang menjadi asas kepada keterangan spesies jenisnya berpanjang 85 cm (33.5 in) dan berumur sekitar 92 juta tahun. Ia ditemui dalam batu kapur zaman Senomania dekat kampung al-Nammoura di Lubnan.

Haasiophis

Haasiophis yang terdiri daripada spesies tunggal Haasiophis terrasanctus merupakan satu genus ular pupus yang bertungkai belakang. Ia merupakan satu daripada tiga genus ular Senomania yang diketahui bertungkai belakang selain Pachyrhachis dan Eupodophis.

Jurasik

Zaman Jurasik ialah zaman gelologi yang menjangkau dari 201.3± 0.6 juta tahun dahulu hingga 145± 4 juta tahun dahulu, iaitu dari akhir Trias ke awal Usia Kapur. Zaman Jura merupakan zaman pertengahan Mesozoik yang juga dikenali sebagai Zaman Reptilia. Permulaan Jurasik ditandai oleh peristiwa kepupusan Trias–Jura. Satu lagi peristiwa kepupusan iaitu peristiwa Akhir Piensbakia/Awal Toarsia berlaku pada awal Jurasik, dan peristiwa kepupusan yang ketiga iaitu Akhir Titonia berlaku di akhir Jura, tetapi kedua-dua kepupusan itu bukanlah antara lima peristiwa kepupusan besar-besaran yang utama. Jurasik dinamakan sempena Pergunungan Jura di banjaran Alps di mana stratum batu kapur dari zaman itu mula-mula dikenal pasti.

Menjelang permulaan Jurasik, superbenua Pangaea telah mula berpecah menjadi dua bidang daratan yang berasingan, iaitu Laurasia di utara dan Gondwana di selatan. Ini membentuk banyak lagi garis pinggir pantai serta menganjakkan iklim kebenuaan dari kering ke lembap, sementara kebanyakan gurun gersang pada zaman Trias diganti oleh hutan hujan yang subur. Di darat, persada faunanya berubah daripada yang dikuasai oleh arkosaur dinosaurmorf dan krokodilomorf kepada yang dikuasai oleh dinosaur. Burung-burung yang terawal juga muncul sewaktu zaman Jurasik setelah berevolusi dari secabang dinosaur teropod. Lain-lain peristiwa utama termasuk munculnya biawak terawal dan evolusi mamalia pelahir anak, termasuk haiwan beruri yang primitif. Makhluk-makhluk buaya purba beralih dari hidup di daratan ke hidup yang lebih akuatik. Lautan-lautan diduduki oleh reptilia samudera seperti Ichthyosaur dan Plesiosaur, sementara pterosaur menjadi vertebrat terbang yang dominan.

Marisaurus

Marisaurus (bererti "Biawak Mari", sempena puak Mari di Pakistan) merupakan genus sauropod titanosaurian dari Lewat Usia Kapur di Balochistan, barat Pakistan. Jenis spesies adalah M. jeffi, digambarkan oleh M. Sadiq Malkani pada 2006, dan merupakan holotaip berasaskan vertebra ekor, yang dijumpai pada usia-Maastrichtian Vitakri Member kepada Formasi Pab. Banyak bahan tambahan, termasuk sebahagian tengkorak, banyak tulang vertebra, dan sedikit tulang kaki belakang, telah ditunjukkan kepadanya.

Mosasaur

Mosasaur (dari bahasa Latin Mosa = 'Sungai Meuse', dan Yunani σαύρος sauros = 'biawak') merupakan reptilia laut gergasi yang pupus. Tinggalan fosilnya mula-mula sekal ditemui di sebuah kuari batu kapur di Maastricht dekat sungai Meuse pada tahun 1764. Mosasaur mungkin berevolusi dari makhluk skuamata separa akuatik yang dikenali sebagai aigialosaur yang lebih serupa wajahnya dengan biawak zaman sekarang pada awal Usia Kapur. Dalam 20 juta tahun yang terakhir dalam Usia Kapur (Turonia-Maastrichtia), dengan kepupusan Ichthyosaurus dan kemerosotan plesiosaur, mosasaur menjadi pemangsa laut yang utama.

Najash

Najash ialah sejenis ular pupus dari Akhir Usia Kapur yang ditemui di Patagonia . Seperti ular-ular lain yang wujud pada Usia Kapur mahupun sekarang, Najash bertumbuh tungkai belakang, tetapi luar biasa kerana tumbuh kaki yang menjangkau keluar dari sangkar rusuk, dan pelvis yang bersambung dengan tulang belakang. Fosil Najash ditemui dalam Bentukan Candeleros di Wilayah Rio Negro, Argentina, dan bertarikh sekitar 90 juta tahun yang dahulu. Tengkorak dan tulang belakang Najash menunjukkan adaptasi untuk hidup di bawah tanah, sejajar dengan hipotesis bahawa badan yang panjang dan tungkai yang bantut merupakan adaptasi untuk mengorek tanah.

Haiwan pengorek ini tidak gugur sakrumnya, iaitu tulang pelvis yang terdiri daripada beebrapa vertebra yang terlakur, mahupun girdel pelvisnya yang tiada pada ular zaman sekarang dan juga ular-ular purba lain yang dikenali. Sesetengah analisa filogenesis mentakrifkan Najash sebagai ular paling primitif yang dikenali , ataupun dekat asas radiasi ular, tetapi di luar kesemua ular yang hidup.

Penemuan ini tidak menyokong hipotesis yang mula-mula diusulkan oleh ahli paleontologi abad ke-19, Edward Drinker Cope, bahawa ular berkongsi leluhur samudera dengan mosasaur. Hipotesis susur-galur samudera ini telah menerima dorongan baru dengan penemuan ular purba yang bertungkai vestij dalam endapan laut di Lubnan pada 1990-an.

Nama Najash berasal dari ular berkaki dalam Kitab Kejadan, iaitu "Nahash" yang menghasut Adam dan Hawa untuk memakan buah khuldi.

Pachyrhachis

Pachyrhachis ialah satu genus ular pupus yang cukup kembang kaki belakangnya mengikut fosil yang ditemui di Ein Yabrud dekat Ramallah di tengah Tebing Barat. Ia merupakan sejenis ular yang agak kecil, iaitu sekitar 1 m panjangnya. Pachyrhachis nampaknya merupakan sejenis ular laut purba kerana fosilnya ditemui dalam endapan batu kapur laut, apalagi tulang rusuk dan vertebra yang tebal mungkin berfungsi sebagai pemberat untuk mengurangkan keapungan haiwan ini supaya ia boleh menjunam ke dalam laut-laut purba yang pernah didiaminya.

Pachyrhachis ialah satu daripada tiga jenis ular Senomania yang bertungkai belakang. Walaupun banyak ular sawa dan boa masa kini masih mengekalkan saki-baki kaki dalam bentuk susuh yang halus, namun kaki kecil Pachyrhachis lengkap dengan pinggul, lutut dan sendi pergelangan kaki. Pachyrhachis asalnya diperikan oleh has Haas (1979, 1980) yang berhujah bahawa ia memupunyai ciri-ciri biawak dan ular yang bercampur-aduk; statusnya sebagai ular purba akhirnya disahkan (Caldwell and Lee 1997).

Kedudukan Pachyrhachis dalam ular banyak dibahaskan (e.g. Lee and Scanlon 2002; Rieppel et al. 2003). Pachyrhachis adalah antara ular-ular tertua yang diketahui dan mengekalkan tungkai belakang yang cukup kembang, oleh itu menggambarkan bentuk peralihan yang mengaitkan ular dengan biawak laut(Lee and Scanlon 2002), tetapi ada yang meletakkan Pachyrhachis di dalam radiasi ular moden Macrostomata (Zaher & Rieppel, 1999).

Paleosen

Templat:Paleogen

Paleosen (simbol Pε) merupakan epok geologi yang berada dari sekitar Templat:Ma/2 juta tahun dahulu (65.5±0.3 hingga 55.8±0.2 Ma). Ia merupakan epok pertama dalam kala Paleogen dalam zaman Senozoik. Seperti dengan kebanyakan kala geologi yang lebih lama, stratum-stratum yang mentakrifkan permulaan dan penghujung epok ini telah dikenal pasti dengan betul tetapi tarikh tamat yang sebenarnya masih belum diketahui.

Epok Paleosen segera menyusul peristiwa kepupusan besar-besaran di hujung Usia Kapur, iaitu sempadan Usia Kapur–Paleogen yang menandakan pupusnya dinosaur bukan keunggasan, reptilia laut gergasi serta kebanyakan fauna dan flora yang lain. Kepupusan dinosaur meninggalkan kosong ceruk-ceruk ekologi di seluruh dunia, dan nama "Paleosen" datang dari bahasa Yunani dan memaksudkan fauna "lama" (παλαιός, palaios) – "baru" (καινός, kainos) yang timbul sewaktu epok ini sebelum order-order mamalia moden muncul dalam Eosen.

Semut

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.

Senomania

Senomania ialah umur yang tertua dalam skala masa geologi pada epok Akhir Usia Kapur yang jangka masanya antara 99.6 ± 0.9 hingga 93.5 ± 0.8 juta tahun dahulu. Senomania didahului oleh Albia dan diikuti oleh Turonia.

Di penghujung Senomania berlakunya sebuah peristiwa anoksik iaitu peristiwa sempadan Senomania-Turonia atau "Peristiwa Bonarelli" yang dikaitkan dengan peristiwa kepupusan yang kecil buat spesies-spesies samudera.

Sotong

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

Tertier

Tertier merupakan istilah yang lapuk secara rasmi tetapi masih digunakan secara meluas untuk kala geologi dari 65 juta ke 1.806 juta tahun dahulu, iaitu jangka masa yang terletak di antara kala Sekunder dan Kuaterner. Tertier tidak lagi diterima sebagai unit formal oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa, yang mana jangka masanya terbahagi kepada Kala Paleogen dan Neogen, dan peringkat pertama Pleistosen di Era Senozoik.

Kala ini bermula dengan kepupusan dinosaur bukan avian pada peristiwa kepupusan Usia Kapur–Paleogen, di permulaan Era Senozoik, dan menjangkau hingga bermulanya pengglasieran Kuaterner di penghujung epok Pliosen. Tertier turut merangkumi awal Pleistosen.

Triceratops

Triceratops merupakan dinosaur herbivor yang hidup dalam kawanan. Sepanjang 9 meter (sekitar 30 kaki), dinosaur ini mempunyai tanduk yang terbesar dan menggunakannya sebagai senjata.

Triceratops merupakan genus bagi dinosaur Ceratopsidae maun yang pertama kali muncul pada peringkat akhir Maastricht peringkat lewat tempoh usia Kapur, kira-kira 68 juta tahun yang lalu di apa yang kini Amerika Utara. Ia merupakan salah satu dari genus dinosaur bukan burung terakhir diketahui dan pupus dalam peristiwa kepupusan usia Kapur-Paleogen 66 juta tahun yang lalu. Istilah Triceratops, yang secara harafiah bermakna "muka bertanduk tiga", merupakan hasilan dari perkataan Yunani τρί- (tri-) bererti "tiga", κέρας (kéras) bererti "tanduk", dan ὤψ (ops) bererti "muka".Mempunyai jumbai leher bertulang besar dan tiga tanduk pada badannya yang besar dan berkaki empat, dan memiliki persamaan dengan badak sumbu moden, Triceratops merupakan dinosaur paling dikenali dan ceratopsid yang paling dikenali. Ia berkongsi landskap dengan dan kemungkinannya telah menjadi mangsa pada Tyrannosaurus, sungguhpun ia kurang pasti bahawa kedua mereka bertempur sebagaimana digambarkan dalam pameran muzium tradisi dan imej popular.

Kedudukan sebenar genus Triceratops dalam kumpulan ceratopsid telah diperdebatkan oleh ahli ahli paleontologi. Dua spesies, T. horridus dan T. prorsus, dianggap sahih, sungguhpun banyak spesies lain telah diberi nama. Penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 2010 mencadangkan bahawa konteporari Torosaurus, satu ceratopsid yang telah lama dinaggap genus berasingan, mewakili Triceratops dalam bentuk matangnya. Pandangan tersebut segera dipertikaikan dan kajian bagi lebih banyak bukti fosil dijangka akan menyelesaikan perdebatan.

Triceratops telah direkod melalui banyak peninggalan fosil yang dikumpulkan sejak genus ini pertama kali digambarkan pada tahun 1889, termasuk sekurang-kurangnya satu rangka individu lengkap. Ahli paleontologi John Scannella mengamati: "Sukar untuk berjalan keluar ke Formasi Hell Creek dan tidak tersandung pada Triceratops yang luluhawa keluar dari lereng bukit." Empat puluh tujuh tengkorak lengkap atau sebahagiannya telah ditemui di kawasan itu dari tahun 2000 hingga 2010. Spesimen tersebut mewakili peringkat kehidupan dari penetasan hingga dewasa telah dijumpai.Fungsi ropol dan tiga tanduk di muka yang tersendiri pada kepalanya telah lama menjadi perdebatan. Secara tradisinya, ini dianggap sebagai senjata pertahanan terhadap pemangsa. Teori baru-baru ini, dengan memperhatikan kehadiran pembuluh darah di tulang tengkorak ceratopsid, mendapati ia lebih besar kemungkinan bahawa ciri-ciri ini digunakan terutamanya bagi pengenalan, pameran dan pameran dominasi, sama seperti tanduk rusa moden, kambing gunung, atau badak Kumbang. Teori ini akan mendapat sokongan tambahan jika Torosaurus didapati sebagai bentuk matang Triceratops, kerana ini bermakna ropol itu juga telah mengembangkan lubang ( fenestrae ) ketika individu mencapai kematangan, menjadikan struktur lebih berguna untuk dipamerkan berbanding sebagai pertahanan.Sebagai ceratopsid arketik, Triceratops adalah salah satu dinosaur yang paling popular, dan telah dipaparkan dalam filem, setem pos, dan banyak jenis media lain.

Ular

Ular (Tulisan Jawi: اولر) merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran.

Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil — antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand, serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik. Lebih daripada 20 famili ular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500 genus dan sekitar 3,400 spesies. Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ular benang yang hanya berukuran 10 cm, hingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka). Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahan Usia Kapur; fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zaman Paleosen (sekitar 66–56 juta tahun dahulu).

Kebanyakan spesies tidak berbisa; yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.