Umie Aida

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida (lahir 18 Januari 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia.[1] Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia.

Sering digandingkan dengan hero filem Melayu Rosyam Nor, beliau pernah tiga kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin manakala di layar perak, Umie pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem "Embun" (2002) dan "Sembunyi: Amukan Azazil" (2013) . Beliau juga pernah dua kali dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik [2]. Pernah mendapat jolokan Ratu Filem Epik kerana kerap membintangi filem dan drama epik, Umie juga antara aktres paling mahal bayarannya untuk membintangi sesebuah drama TV.

Datin Seri
Umie Aida
UmieAida(KMBM)
Umie sebagai Cik Puteh dalam Kala Malam Bulan Mengambang
KelahiranUmi Khalsum binti Rahmad Ali
18 Januari 1973 (umur 46)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif1991–kini
PasanganKhairuddin Abu Hassan (k. 2010)
SaudaraErma Fatima (kakak)

Kerjaya

Dari model komersial ke Emas Melayu (1989–1999)

Umie mula berjinak dalam bidang seni sebagai model komersial di bawah kelolaan model terkenal Azah Aziz ketika beliau baru berusia 16 tahun pada 1989. Populariti yang ditempa oleh kakaknya, aktres & pengarah Erma Fatima sedikit sebanyak membantu memberi pendedahan kepada Umie pada ketika itu. Namun kerjaya awalnya lebih cemerlang sebagai model baik dalam komersial TV mahupun video muzik. Antara MTV yang pernah menampilkan Umie adalah Nusantara nyanyian Sheqal pada tahun 1990. Bagi mencari wang saku Umie sering mengikuti Erma ke lokasi dan akhirnya berjinak-jinak sebagai pelakon tambahan dengan bayaran minima.

Pada tahun 1990 Umie menggunakan nama komersial Ermy Zura untuk menyertai pertandingan pencarian gadis popular Dewi Remaja 1990/91. Umie berjaya mara ke final bersama gadis lain yang kini popular sebagai aktres Jasmin Hamid, Kuza dan supermodel Irene Santiago di mana acara ini dimenangi model Jasmine Dhillon. Bertitik tolak daripada itu nama Umie mula popular di kalangan penerbit. Drama TV pertama lakonan beliau adalah Maafkan Mama yang ditayangkan di TV3 manakala pada tahun 1991 juga Umie muncul dalam filem debutnya berjudul Memori arahan Datuk Rosnani Jamil. Peluang muncul dalam filem tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Umie untuk menuntut ilmu lakonan daripada barisan pelakon hebat yang turut membintangi filem itu seperti Jins Shamsuddin, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dam penyanyi popular Nash Elias.

Nama Umie sering membintangi drama-drama popular di kaca TV antara yang paling popular adalah drama Hello bersama M. Nasir & Tiara Jacquelina pada tahun 1993. Pada tahun 1994 bakat Umie mula diberi perhatian apabila dicalonkan sebagai Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa menerusi watak klasik dalam drama Rupawan. Seterusnya Umie memberi persembahan hebat dalam trilogi drama Selamat Hari Jadi Su yang mana beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin menerusi sekual kedua siri tersebut. Pada tahun 1995 Umie kembali ke layar perak menerusi watak Sharifah Hasnah dalam filem muzikal Jimi Asmara arahan Erma. Menerusi watak pembantu dalam filem tersebut Umie dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995. Umie juga menempa nama di Indonesia menerusi drama popular bersama aktor Slamet Rahardjo seperti Jodon & Bukan Itu...Bukan Ini....

Umie terlibat sebagai teraju utama filem Emas Melayu atau judul antarabangsanya Pure Gold arahan pengarah Inggeris Bart Righters namun filem itu tidak ditayangkan biarpun sepatutnya menemui penonton pada tahun 1997. Beberapa buah drama lakonan Umie ketika itu juga tidak dapat ditayangkan ekoran masalah bersama LPF, antaranya drama Hartini & Jangan pada 1997 juga pada tahun 2000 iaitu drama 5 Hari Raya & Ma Rabbuka. Bagi memantapkan lagi skill lakonan Umie aktif dalam pementasan teater pada penghujung 90-an. Antara teater yang mengangkat nama beliau adalah Lantai T. Pinkie, Mencari Salina, Pelayaran Nur Atma & Dejavu Seorang Perempuan.

Umie meraih kemuncak populariti pada lewat tahun 1990an menerusi penampilan hebatnya dalam drama Metafizik bersama aktor Ahmad Yatim dan Surah Terakhir arahan Sidi Oraza. Drama Surah Terakhir menghadiahkan beliau trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999. Pada tahun 1999 juga Umie muncul dalam drama bersiri TV paling popular pada tahun itu iaitu Romeo & Juliet bersama aktor/pengarah Ahmad Idham. Populariti Umie dibantu dengan penghasilan album solo studio pertama Umie mengambil nama sempena drama tersebut yang juga menjalani penggambaran di United Kingdom. Album solo studio pertama Umie menampilkan hits seperti Kepadamu Kekasih dan Redup Kerinduan menambahkan lagi pengaruh beliau sebagai artis serba boleh. Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 Umie dijulang sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) menewaskan pelakon-pelakon senior seperti Aida Khalida & Haliza Misbun.

Di puncak populariti dan kemasyhuran (2000–2009)

Pada tahun 2000 Umie muncul sebagai aktres dengan kutipan box-office tertinggi iaitu menerusi dua buah filem lakonannya, Senario Lagi & Leftenan Adnan berjaya mengumpul keseluruhan RM7.6juta menewaskan kutipan box-office filem Erra Fazira yang hanya berjumlah RM 3.6juta pada tahun itu. Namun dari segi populariti individu Erra berjaya menewaskan Umie di ABPBH 2000 untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH). Dalam acara yang sama Umie juga dicalonkan sekali lagi untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular namun tewas kepada aktres Abby Abadi. Karier lakonan Umie banyak dipacu oleh kejayaan seimbang di layar kaca, layar perak, seni suara & pementasan teater. Umie muncul dalam drama bersiri yang masih memegang rekod sebagai drama bersiri termahal di Malaysia iaitu Salam Taj Mahal sebanyak 32 episod. Umie juga menyanyikan lagu tema siri ini dengan judul serupa, lagu tersebut menjadi lagu pertama nyanyian beliau yang menjuarai Carta Era oleh Radio Era.fm serta menjuarai beberapa carta radio lain termasuk Muzik.fm sekitar bulan Ogos hingga September 2000.

Tidak cukup dengan itu lakonan Umie dalam filem-filem box - officenya juga meraih perhatian juri Festival Filem Malaysia apabila Umie dicalonkan dalam kedua-dua kategori lakonan iaitu Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Sophia Pakih Muda dalam Lt. Adnan manakala watak penyanyi kelab malam bernama Linda dalam Senario Lagi menerima pencalonan untuk kategori pembantu. Biarpun tewas dalam kedua-dua kategori tersebut, Umie mengubat luka apabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2000/2001 menerusi drama Ayuni. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut beliau dalam acara yang sama. Populariti dan kredibiliti Umie terus mekar sehingga beliau terpilih melakonkan watak Embun Harun dalam filem emansipasi Embun pada tahun 2002. Menerusi filem inilah lakonan Umie mendapat pujian menyeluruh pengkritik. Umie disifatkan memberi jiwa yang jujur untuk watak gadis Melayu ketika zaman pendudukan Jepun yang berjuang menentang kezaliman penjajah. Umie meraih pencalonan Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 42 di Seoul, Korea Selatan namun tewas kepada aktres Makiko Esumi dari Jepun menerusi filem Inochi. Biarpun tewas Umie berjaya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 16 & Anugerah Skrin 2003. Kesinambungan daripada fenomena watak Embun, Umie bergandingan sekali lagu bersama Erma menerbitkan drama bersiri Haryati yang diadaptasi daripada novel tulisan Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk. Drama bersiri 25 episod ini berlatar belakangkan Tanah Melayu & Sumatera pada era 20-an hingga 50-an diterajui Umie yang membawa watak Haryati. Sambutan hebat daripada orang ramai membuahkan sebuah lagi musim iaitu Haryati 2 yang disiarkan 2 tahun selepas itu.

Pada tahun 2002 dan 2003 Umie muncul dalam beberapa buah produksi TV yang popular seperti telefilem Rumah Di Tengah Sawah, Tarantula serta drama bersiri lakonan Umie yang paling panjang siarannya, Dalam Hati Ada Cinta yang bersiaran sebanyak 150 episod dalam 5 musim selama 4 tahun di Astro Ria. Pada tahun 2004 beliau muncul dalam filem Bintang Hati bersama aktres komedi Amy Mastura.Namun pada tahun 2004 populariti Umie turut sama naik dengan populariti drama bersiri Rindu Semakin Jauh yang dilakonkannya bersama Rosyam Nor, Eja & Hairie Othman. Drama yang mengisi slot Samarinda itu menyaksikan lakonan Umie sebagai antagonis menerima reaksi positif. Drama ini juga menyaksikan kerjasama secara profesional beliau bersama bekas teman lelaki (Hairie) setelah kali terakhir digandingkan dalam drama 5 Hari Raya. Umie mengukuhkan kedudukan sebagai aktres yang berpengarauh apabila bergandingan bersama Rosyam Nor dalam filem Gangsster pada tahun 2005 yang meraih kutipan pecah panggung tertinggi pada tahun itu. Pun begitu sebuah lagi filem beliau pada tahun tersebut iaitu Qaisy & Laila meraih kutipan kurang memberangsangkan. Filem mengenai sekumpulan sukarelawan yang berkhidmat di kem pelarian perang Afghanistan itu membawa tema yang berat. Walau bagaimanapun lakonan Umie diiktiraf apabila menerima pencalonan kedua di Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Kuala Lumpur. Umie dicalonkan untuk kategori Aktes Pembantu Terbaik dan tewas kepada aktres Indonesia, Rima Melati (Ungu Violet). Seterusnya Umie muncul dalam filem arahan Afdlin Shauki berjudul Buli Balik pada 21 Januari 2006 bergandingan bersama Afdlin, Hans Isaac dan Nasha Aziz. Selepas itu beliau sekali lagi bergandingan bersama Nasha dalam filem seram Puaka Tebing Biru. Ketika memulakan penggambaran filem tersebut Umie diserang penyakit apendiks yang mengakibatkan beliau terpaksa menarik diri daripada filem tersebut. Namun atas kehendak penerbit dan pengarah filem itu sendiri, Osman Ali, produksi filem itu sanggup menangguhkan pengambaran sehingga Umie betul-betul pulih. Umie juga muncul dalam drama bersiri Aku, Dia & Cape Town di slot Samarinda. Drama ini menjalani penggambaran di Afrika Selatan menyaksikan gandingan Umie bersama Eizlan Yusof, Lisdawati dan Sheila Rusly.

Setelah lebih 15 tahun bergelar pelakon, akhirnya Umie bergelar penerbit filem menerusi produksinya Amazon Entertainment Production yang menerbitkan filem Diva Popular arahan Erma Fatima. Biarpun dihimpit kontroversi kononnya Umie ditaja kenamaan untuk menerbitkan filem itu, Umie tampil berterus terang memberitahu dia mendapat bantuan daripada SME Bank. Umie sendiri melakonkan watak utama yang merupakan watak kesinambungan daripada drama Pelakon Popular pada tahun 1994 iaitu Erna Teteye Tuminah Jongkoh, seorang aktres ternama. Filem komedi yang membariskan Afdlin, Sheila, Awie, Ezlynn & Azean Irdawaty menceritakan mengenai persaingan merebut populariti diantara artis realiti TV dan artis lama itu ditayangkan pada Aidilfitri dan meraih kutipan box-office. Sebelum itu Umie juga membawakan sebuah lagi naskhah bertema serupa namun lebih serius berjudul Pesona Bintang yang disiarkan di TV2 sebanyak 26 episod. Kontroversi melanda Umie sekali lagi apabila pengarah A.R Badul mengkritik beliau dan pelawak Saiful Apek yang dikatakan gagal memberi komitmen kepada filem lakonan mereka berjudul Salah Bapak yang ditayangkan lewat 2 minggu daripada Diva Popular. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya filem Puaka Tebing Biru menemui penonton pada 18 Februari 2007.

Dari menerjah era ekslusif ke masa kini (2010–kini)

Genap 15 tahun pembabitan beliau dalam industri, pelbagai pihak meletakkan Umie di tahap yang cukup tinggi sebagai aktres. Sejak itu Umie mula menjadi lebih selektif dalam berkarya. Muncul dengan tiga buah filem iaitu epik noir Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid, komedi romantik Cuci (Hans Isaac) dan komedi urban Pisau Cukur (Bernard Chauly), Umie berhasil membuktikan bahawa beliau masih mampu menggugat aktres-aktres muda yang sedang mencipta nama. Di kaca televisyen pula beliau cemerlang dengan beberapa siri TV yang meraih tontonan tertinggi seperti melodrama arahan Shahrul Ezad Mohammedin Kerana Cintaku Saerah bersama Benjy & Noorkhiriah Ahmad Shapie, drama berkisar tentang keagamaan & saudara baru Abadi Sebuah Cinta bersama Faizal Hussein, Janet Khoo & Rosyam Nor, juga drama mengenai persamaan gender arahan Aziz M. Osman berjudul Vice Versa serta drama seram yang mencipta fenomena tersendiri, Kekasihku Seru arahan Kabir Bhatia. Menerusi drama bersiri 26 episod terbitan Filmscape itu, Umie dilaporkan menerima bayaran tertinggi untuk seorang aktres di kaca TV dimana pengarahnya, Kabir Bhatia menyifatkan ia setimpal dengan hasil kerja yang diberikan Umie dalam menghidupkan watak Mas Suri dalam drama tersebut.

Tidak lagi sekadar menjadi wajah penyeri layar perak / kaca TV, Umie kini diberi peranan yang signifikan dalam karier lakonannya. Pada tahun 2009 beliau muncul kembali di pentas teater apabila memegang watak Che Aminah Mohammad, ibu angkat kepada gadis yang mencetuskan revolusi Islam di Nusantara iaitu Natrah (Nadia Bertough) dalam pementasan Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Meraih pelbagai pujian daripada pengkritik, teater yang turut dilakonkan bintang-bintang besar seperti Maya Karin, Remy Ishak, Samantha Schubert dan Sofia Jane itu disambung ke pementasan kali kedua setahun selepas itu. Teater itu menjadi teater bukan muzikal yang paling lama dipentaskan di Istana Budaya.

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, ruang lingkup pembabitan Umie dalam dunia lakonan juga banyak bertumpu kepada percubaan beliau untuk menghidupkan watak-watak kompleks dan ia diunjurkan dalam persembahan hebat beliau menerusi beberapa drama televisyen seperti Bukan Bidadari (Aziz. M Osman) dimana beliau meraih pujian apabila membawakan watak wanita yang mengalami kekeliruan identiti setelah berpisah dengan suami. Menerusi drama Masyitah yang dicalonkan di Anugerah Skrin 2010 pula, beliau diberi watak seorang ibu yang menguruskan anak yang menghidap autisme. Pada tahun 2010 juga drama Airmata Nur Salina yang disiarkan sempena Aidilfitri di TV3 pula meraih tontonan hingga 3.2 juta penonton apabila Umie bergandingan bersama pelakon muda Remy Ishak untuk menghidupkan watak Salina, isteri yang dihukum gantung setelah disabit kesalahan membunuh suaminya sendiri. Drama tersebut juga dijadikan sekuel berjudul Karma Salina dimana Umie tampil sebagai bintang undangan.

Pada tahun 2011 Umie muncul membawakan watak Lang, ibu kepada pengasas kerajaan Melayu Langkasuka dalam filem epik terunggul arahan Yusry Abdul Halim berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Biarpun muncul dalam babak imbasan semula, lakonan Umie disifatkan sebagai antara faktor penarik kepada filem tersebut yang mengutip RM 6.8 juta ketika ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini kemudiannya ditayang serta diedarkan di 13 buah negara di seluruh dunia. Seterusnya beliau kembali bekerjasama dengan Kabir Bhatia sebagai teraju utama filem epik zaman pendudukan Jepun berjudul Azazil bersama Diana Danielle dan Remy Ishak. Sememangnya filem tersebut dinanti-nanti oleh peminat Umie lebih-lebih lagi genre epik sangat sinonim dengan Umie. Beliau juga kembali ke Istana Budaya apabila diberi peranan sekali lagi sebagai ibu kepada Aaron, kali ini menerusi teater adaptasi daripada novel karya Khadijah Hashim pada tahun 1968 berjudul Badai Semalam. Menariknya, beliau bergandingan bersama rakan baiknya sendiri Erra Fazira sebagai menantu dan mentua dan mereka berdua menerusi Frensis Production bergabung bersama penerbit Ziela Jalil sebagai penerbit bersama. Terdahulu sebelum teater tersebut, Umie dan Erra bergandingan dalam drama TV bergenre komedi Mak OK Jer! arahan Micheal Ang untuk siaran Aidilfitri 2011.

Anugerah Skrin 2011 menyaksikan Umie mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) menerusi drama Airmata Nur Salina menewaskan lakonan hebat Erra dalam drama Sanggul Beracun. Ini merupakan kemenangan kategori yang sama buat kali ketiga di ASK. Menyusul di tahun 2012, Umie memperlahankan radar seninya apabila hanya memberi fokus kepada drama bersiri Waris yang merupakan kesinambungan kepada drama Kekasihku Seru yang telah ditayangkan pada 2008. Ini bermakna sekali lagi Umie menjelmakan watak Mas Suri ke layar kaca. Pada tahun 2011, Umie bersama rakan artis seperti Ziela Jalil dan Erra Fazira menubuhkan syarikat produksi teater Frensis Sdn Bhd di mana mereka menerbitkan teater berskala besar seperti Badai Semalam (2011) dan Bahayanya Wanita (2012). Disamping itu beliau tetap tidak lupa untuk muncul dalam beberapa drama TV seperti Sepatu Merah (2012), Aku Bukan Malaikat (2013), Hajar dan Sarah (2013) dan drama bersiri Mana Hilangnya Juwita (2012) & Ummi (2013). Menerusi drama Sepatu Merah dan Aku Bukan Malaikat (kedua-duanya arahan Erma Fatima), beliau mendapat nominasi Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2012 dan 2013. Umie juga menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Malaysia 2013 dan Festival Filem Malaysia menerusi watak Ibu Yani, pengamal paranormal di era 40an dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Untuk rekod, gelaran untuk Umie Aida ialah Datin Umie Aida dan bukan Datin Paduka Umie Aida sebagaimana pihak media sering laporkan. Gelaran Datin Paduka ialah darjah kebesaran kurniaan DYMM Sultan Selangor untuk wanita (cth: Datin Paduka Shuhaimi Baba) sementara Datuk Paduka ialah untuk indivdiu lelaki. Disebabkan Umie meminjam gelaran suaminya iaitu Datuk Paduka, gelaran untuk Umie tidak boleh disebut Datin Paduka sebaliknya ialah Datin sahaja melainkan Umie menerima darjah kebesaran daripada Sultan Selangor yang membawa gelaran Datin Paduka.

Kehidupan peribadi

Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima serta adik ipar kepada pengarah Badaruddin Azmi. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan tetapi tidak sepenuh masa. Betty banyak menguruskan kerjaya seni Umie disamping membuka perniagaan bersama. Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama mohd Daniel Firdaus (lahir 1993) & Mohd Dzulhelmy (lahir 1994) setahun kemudian.[3] Umie juga merupakan rakan rapat kepada Primadona Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira yang juga rakan persekolahannya serta aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nor Aliah Lee dan Zahida Rafik.[4]

Sejak mula menceburkan diri dalam bidang perfileman, nama Umie tidak lekang daripada gossip percintaan. Pada era 90an, Umie dikaitkan dengan penyampai TV dengan aktor berkarektor Sidi Oraza dan penerbit Mohd Nor Kadir yang banyak menggilap bakatnya ketika Umie aktif berlakon untuk drama-drama terbitan Kuasatek. Paling meraih perhatian media dan peminat adalah ketika Umie menjalinkan hubungan dengan aktor popular Hairie Othman ketika berada di kemuncak populariti sekitar akhir 90an, dan kemudian bersama aktor muda Aqasha. Kisah putus cinta Umie dan Hairie pernah menggemparkan media massa ketika itu dimana Aqasha dikaitkan sebagai punca.

Akhirnya pada 29 September 2009 Umie mengambil keputusan untuk mengingat tali pertunangan dengan usahawan terkemuka Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua darinya dan seterusnya berkahwin pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah. Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama. Majlis tersebut turut dihadiri pembesar negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri serta ramai artis-artis nama besar tanah air. Khairuddin yang pada mulanya hanya rakan perniagaan Erma Fatima, sebelum diperkenalkan dengan Umie. Beliau juga merupakan sepupu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.[5]

Beberapa pihak nyata tidak berpuas hati dengan pemilihan busana pengantin Umie yang dicipta khas oleh pereka Jovian Mandagie. Gaun pengantin yang mendedahkan bahagian bahu dan dada itu dikritik hangat kerana tidak bersesuaian dengan status Umie yang baru saja melangsungkan majlis pernikahan di Mekah. Setelah mendirikan rumahtangga, Umie menjadi lebih selektif dalam kerjayanya kerana mahu memberi fokus kepada rumahtangganya bersama Khairuddin dan anak-anaknya Daniel dan Dzul serta dua orang anak tiri (hasil perkahwinan Khairuddin terdahulu).

Pada penghujung tahun 2013, Umie membayangkan hasrat untuk bersara dari bidang lakonan setelah diasak dengan kontroversi pergolakan rumahtangganya. Namun menjelang bulan Ramadan tahun 2014, beliau dan suami dilihat kembali bersama. Umie juga mula mengenakan tudung secara sepenuh masa.

Cabang lain

Selain daripada berlakon dan menyanyi, Umie juga menceburi bidang perniagaan. Sejak muda Umie mengumpul sejumlah aset berupa rumah, pangsapuri dan deretan kedai sebagai pelaburan hartanahnya. Pada tahun 2001, Umie membuka UK Kickboxing di Taman Malawati yang menyediakan tempat latihan tinju. Manakala pada tahun 2004 Umie menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amazon Entertainment Production yang menerbitkan naskhah seperti filem Diva Popular (2006) dan drama Takdir Terindah (2007). Pada tahun 2008 Umie bersama adiknya Betty menubuhkan butik kafe Beelicious yang mula beroperasi di One Utama dan kini di Ampang.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1991 Memory Ina Datin Hajah Rosnani Jamil
1994 Femina Azura Aziz M. Osman
1995 Jimi Asmara Sharifah Erma Fatima
2000 Senario Lagi Linda Aziz M. Osman
Leftenan Adnan Sophia Pakih Muda
2002 Embun Embun Harun Erma Fatima
Mr. Cinderella Melor Ahmad Idham
2003 Mr. Cinderella 2 Din C.J
2004 Bintang Hati Jelly Aziz M. Osman
Cinta Luar Biasa Aida Rashid Sibir
2005 Gangster Dewi Bade Hj. Azmi
Qaisy & Laila Dr. Suria Raja Ahmad Alauddin
2006 Buli Balik Dr. Selina Dato' Afdlin Shauki
Diva Popular Erna Teteye Tuminah Jongko Erma Fatima Sebagai penerbit
Salah Bapak Inai / Seroja AR Badul
2007 Puaka Tebing Biru Ayu Osman Ali
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Cik Puteh Mamat Khalid
Cuci Farah Datuk Hans Isaac
Apa Kata Hati Datin Saw Teong Hin
2009 Pisau Cukur Naini Bernard Chauly
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Lang Yusry Abdul Halim
2012 Sembunyi: Amukan Azazil Ibu Yani Kabir Bhatia
2014 Dollah Superstar Kekasih Dollah
2015 Jwanita Dukun Osman Ali Kemunculan khas
2018 Dukun Diana Dahlan Dain Iskandar Said

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1992 Maafkan Mama
1993 Air Pasang Dalam
Masih Ada Harapan
1994 Pengantin Popular
Hello
Rupawan
1995 Hartini
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 1)
Doa
Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 2)
1996 Selamat Hari Jadi Su (Bahagian 3)
Bukan Itu...Bukan Ini Produksi Malaysia-Indonesia
Kompromi
Metamorfosis
Resolusi
Mencari Pertemuan
Jodon Produksi Indonesia, arahan Slamet Rahardjo
1997 Siti...Terang Bulan Di Kuala
Dominan
Jangan Diharamkan tayangan
1998 Resolusi II
Metafizik
Isketambola
Cemeti Di Hati
1999 Hati Ini
Surah Terakhir Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
2000 Dot.com Sana Dot.my Sini
Ayuni Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Menjaring Matahari (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Sri Angkasa
Seliuh Anak Seluang
5 Hari Raya Diharamkan tayangan
2001 Ma Rabbuka Diharamkan tayangan
Kek Lapis Kak Ida
Seruling Kasih
2002 Rumah Di Tengah Sawah
Intan Mahsuri
Tarantula I & II
2003 Cinta SMS
Nur Fitri
2004 Kesetiaan
Feloni Aka Ecstasy
2007 Takdir Sedang Berbisik
2008 Takdir Tercipta Sebagai penerbit
2009 Serpihan Laungan Takbir
Bukan Bidadari
Korban Kasih Marlisa
2010 Masyitah
Airmata Nur Salina Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Karma Salina Penampilan khas
2011 Mak OK Jer
2012 Lobak
Sepatu Merah (Pencalonan) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
2013 Aku Bukan Malaikat (Menang) Aktres Terbaik - Anugerah Skrin
Aku Tahu
Hajar & Sarah
2015 Sawadeeka Mak Cun
2017 Ana Anak Ibu
Izinkan Aku

Drama

Tahun Tajuk Peranan Episod Saluran TV Catatan
1996 Apa Sebenarnya
1998 Istana Kristal
1999 Romeo & Juliet Julia / Juliet 25 Episod TV3
2000 Senario
Episod: Puteri Cenderalolok Bahagian 1 & 2
Puteri Cenderalolok 2 Episod TV3 Sitkom 30 minit, 2 episod bersama kumpulan Senario
Salam Taj Mahal Fatihah 28 Episod TV3 Siri Drama TV paling tinggi kos di Malaysia (RM 0.8 juta)
2001 Melarik Kasih Idah 13 Episod TV1
2002 Gerak Khas
Episod: Karina Bahagian 1 & 2
Karina 2 Episod TV1 Muncul sebagai pelakon undangan untuk 2 episod istimewa.
2003-04 Haryati Haryati 52 Episod
2 musim
TV2 Adaptasi novel Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk
2003-06 Dalam Hati Ada Cinta Alia 150 Episod
5 musim
Astro Ria
2004 Rindu Semakin Jauh Azura 24 Episod TV3
Akademi Khalida 13 Episod Astro Ria
2005 Aku, Dia & Cape Town Zalia 24 Episod TV3
2006 Pesona Bintang Meera 26 Episod TV2
2007 Kerana Cintaku Saerah Saerah 24 Episod TV3
2008 Vice Versa Johanna 13 Episod TV3
Kekasihku Seru Mas Suri 26 Episod TV3 Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009
Abadi Sebuah Cinta Ayu 24 Episod TV3
2010 Spa Qistina Penampilan Khas 13 Episod TV3
2012 Waris Mas Suri 26 Episod TV3
Mana Hilangnya Juwita? Inspektor Yuni 15 Episod Astro Ria
2013 Ummi Ummi 26 Episod TV3
Ammara Batrisya 14 Episod TV9
2015-18 Mak Cun Zeenat Manisah 53 Episod
4 musim
TV3
2018 Folklore Episod: "Toyol" HBO Asia

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Artis undangan Peranan
1990 Nusantara Sheqal Model
1992 Sembilu Ella Model
2002 Embun Aqasha Model

Dokumentari dan penerbitan khas

Tahun Tajuk Saluran TV Terbitan
2000 Dokumentari Disebalik Wajah Umie Aida TV1 Box Office Malaysia S/B
2002 Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina TV Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
2009 Program Realiti TV Gugu Gaga Erra (Episod 2) Astro Ria Box Lite Film
2010 Program Nona Khas Raya TV3 Primeworks Studio
2011 Program Astana Aidilfitri bersama Anita Sarawak di teratak Umie Aida Astro Ria Astro
2012 Program Realiti Pilih Kasih musim ketiga (sebagai penasihat bersama Rosyam Nor & Erra Fazira) TV2 Suhan & TM

Teater

Tahun Tajuk Catatan
1991 Sampai Bila MATIC
1995 Peran
1997 Lantai T. Pinkie
Anak Tanjong
1998 Mencari Salina
Mencari Juita
Penyerahan Puteri
1999 Pelayaran Nur Atma
Dejavu Seorang Perempuan
2000 Lantai T. Pinkie Pementasan Semula
2005 Konsert Kasih Monolog
2009 Suara Palestine Laman Sari, Istana Budaya
Natrah Panggung Sari, Istana Budaya
2010 Natrah (Musim Kedua) Panggung Sari, Istana Budaya
2011 Badai Semalam Panggung Sari, Istana Budaya
2013 I Am... (Akulah) Theater Hall, Esplanade Singapura
Bahayanya Wanita Panggung Sari, Istana Budaya
2014 Bahayanya Wanita STAR, Singapura

Diskografi

Album Solo

Album Studio
Tahun Tajuk Single
1999 Romeo & Juliet

Kuasatek Music / Sony Music

  • Redup Kerinduan
  • Harapan Satu Cinta
  • Kepadamu Kekasih
  • Terima Kasih
  • Redup Kerinduan (feat Azman Abu Hassan)
2002 Gema Kasih

EMI Music

  • Salam Taj Mahal
  • Semakin Pasti
  • Cinta Kita
  • Kasih

Single

Tahun Tajuk Album Kedudukan Terbaik Carta
1999 Redup Kerinduan Romeo & Juliet # 2 (Era.fm)
Kepadamu Kekasih # 13 (Muzik.fm)
2000 Harapan Satu Cinta # 20 (Muzik.fm)
Salam Taj Mahal Single # 1 (Era.fm & Muzik.fm)
2002 Semakin Pasti Gema Kasih # 8 (Era.fm)
Cinta Kita # 17 (Muzik.fm)
Kasih # 19 (Muzik.fm)
2006 Diva Bermimpi Single
(kolaborasi bersama Afdlin Shauki, Ezlynn,Sheila Rusly & Azean Irdawaty)
N/A
2013 Hanya Kamu Single
(duet bersama Erra Fazira)
N/A

Endorsmen

  • Sirna Sari (1998-2002)
  • Nature Sunshine (2001)
  • Nivea Visages (2006)
  • Dermalogica (2006 - 2007)
  • Julie's Biscuit (2006 - 2007)
  • Marie France Bodyline (2010- kini)
  • Swiss Phytoscience Stemcell (2013 - kini)

Bidang penulisan

Kolum Salam Umie di dalam akhbar Metro Ahad setiap hari Ahad bermula 4 Februari 2001 hingga 30 Jun 2002. Umie merupakan artis keempat yang diberi peluang menjadi kolumnis di dalam Metro Ahad selepas Ziana Zain dengan Pentas Ziana pada 1996, diikuti Awie (Rentak Awie) & Siti Nurhaliza (Lenggok Siti). Bermula 7 Julai 2002, rakan baik Umie, Erra Fazira pula mengambil alih tugas menerusi kolum Bersama Erra.

Anugerah dan pencapaian

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2001 (FFM 15) Leftenan Adnan Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Senario Lagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2003 (FFM 16) Embun Pelakon Wanita Terbaik Menang
2005 (FFM 18) Qaisy & Laila Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2014 (FFM 26) Sembunyi : Amukan Azazil Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2019 (FFM 30) Dukun Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1995 Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular Dicalonkan
1996/97 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
1999 Pelakon TV Wanita Popular Menang
2000 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2001 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2002 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2003 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2004 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2006 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1996/97 Selamat Hari Jadi Su III Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
1999 Surah Terakhir Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2001 Ayuni Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
Leftenan Adnan Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Senario Lagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2003 Embun Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2011 Airmata Nur Salina Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
2012 Sepatu Merah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
2013 Aku Bukan Malaikat Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Menang
Sembunyi (Amukan Azazil) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2018 Dukun Pelakon Wanita Terbaik Filem Menang
Festival Filem Asia Pasifik
Tahun Lokasi Karya Tercalon Kategori Keputusan
2002 (FFAP 47) Seoul, Korea Selatan Embun Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2005 (FFAP 50) Kuala Lumpur, Malaysia Qaisy & Laila Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Sri Angkasa, RTM
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
1994 Rupawan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2013 Sembunyi (Amukan Azazil) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
Pengiktirafan daripada majalah / media
  1. Dinamakan sebagai salah seorang daripada "20 Wanita Paling Glam 2004" oleh majalah Glam.
  2. Diberi penghargaan khas sebagai salah seorang daripada 4 orang Primadona Filem Melayu era 2000-an oleh majalah Glam pada 2007 dan 2013.

Rujukan

  1. ^ Umie kuat merajuk, menangis
  2. ^ (Inggeris) No pain but gain
  3. ^ Datin Paduka Umie Aida Kongsi Pengalaman Besarkan Anak Angkat
  4. ^ Umie Aida Mahu Anak-Anak Faham Hidup Susah
  5. ^ Umie Aida Reda Jika Tiada Anak Kandung

Pautan luar

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Erra Fazira
menerusi Soal Hati
Festival Filem Malaysia - Aktres Terbaik
2003
menerusi Embun
Diikuti oleh:
Nasha Aziz
menerusi Trauma
Didahului oleh
Haliza Misbun
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Pelakon TV Wanita Popular
1999
Diikuti oleh:
Abby Abadi
Didahului oleh
Azean Irdawaty
menerusi Najiha
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
1999
menerusi Surah Terakhir
Diikuti oleh:
Umie Aida
menerusi Ayuni
Didahului oleh
Umie Aida
menerusi Surah Terakhir
Anugerah Skrin TV3 - Aktres Terbaik
2001
menerusi Ayuni
Diikuti oleh:
Zizie Ezette
menerusi Aduhai Esah!
Anugerah Skrin 2001

Edisi ketujuh Anugerah Skrin TV3 diadakan pada tahun 2001, dua tahun selepas majlis sebelumnya.

Buli Balik

Buli Balik ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2006 yang ditayangkan kepada umum pada 26 Januari 2006 di seluruh negara, ia merupakan kesinambungan kepada filem Buli yang ditayangkan pada 2004. Buli Balik ialah filem ketiga arahan Afdlin Shauki dan terbitan bersama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions.Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Nasha Aziz, Hans Isaac dan turut dibintangi oleh Umie Aida, AC Mizal dan Patrick Teoh, seperti dua filemnya terdahulu iaitu Buli (2004) dan Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik juga mendapat sambutan menggalakkan di pawagam.

Diva Popular

Diva Popular ialah filem Malaysia tahun 2006 arahan Erma Fatima.

Dukun (filem)

Dukun ialah filem drama seram thriler Malaysia 2018 arahan Dain Iskandar Said terbitan Astro Shaw. Filem ini merupakan filem sulung arahan Dain dan berdasarkan secara longgar dari kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 80-an. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi pada 2018, LPF menarik balik pengharaman filem ini dan telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 5 April 2018.Filem ini mendapat perhatian 12 tahun kemudian selepas salinan filem ini bocor dalam talian dan dipantau oleh FINAS, polis dan Astro Shaw. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Dukun sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.

Embun (filem)

Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Erma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Filem ini merupakan usahasama Filem Negara Malaysia dan FINAS.

Erma Fatima

Erma Fatima (dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad; 14 Mac 1968) merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Festival Filem Malaysia ke-16

Festival Filem Malaysia ke-16 diadakan di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur pada 19 April 2003, membawa tema "Filem Malaysia Era Globalisasi".

Jwanita

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Khairuddin Abu Hassan

Yang Berbahagia Dato' Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan atau 'Abang K' (47) merupakan jutawan yang juga suami kepada aktres tersohor tanah air Umie Aida.

Dato' Seri Paduka Khairuddin berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau menduda selama 15 tahun dan mempunyai dua anak.

Leftenan Adnan (filem)

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000.

Lotter P.Edwin Edin

Lotter P.Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter (lahir 30 April 1986) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.

Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan Amy Search. Pelakon kegemarannya pula ialah Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Maya Karin, dan Umie Aida. Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.

Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Masters' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu'.

Mak Cun (siri drama)

Mak Cun (juga dieja Mok Cun daripada sebutan loghat Kedah) merupakan sebuah rancangan televisyen drama campur komedi bersiri yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan ditayangkan di TV3 mulai tahun 2014. Terdiri daripada telefilem dan siri (drama berantai), bermula dengan telefilem raya yang berjudul Spain Uolls yang mengisahkan Mak Cun ingin membuat kejutan untuk beraya dengan anaknya, Atun, yang sedang belajar di Sepanyol.

Dibintangi oleh Erma Fatima, Datin Umie Aida, Datuk Rahim Razali antara lainnya, kisahnya tentang seorang penduduk kampung bernama Mak Cun yang bercita-cita untuk meluaskan perniagaan bedak sejuknya di luar batas kampung. Musim ketiga drama bersiri Mak Cun berjaya meraih 11 juta penonton bagi semua 21 episod.

Pelakon TV Popular (ABPBH)

Pelakon TV Popular merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian yang mengiktiraf populariti pelakon TV yang telah memberikan persembahan menerusi tayangan program drama di kaca televisyen yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pelakon TV dalam kategori ini telah ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pelakon TV kegemaran masing-masing.

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2, TVi), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta WBC.

Aktres terkenal Umie Aida merupakan pemenang terbanyak untuk kategori ini iaitu sebanyak 4 kali, dan beliau satu-satunya pelakon yang memenangi anugerah lakonan terbaik di ASK dalam 3 dekad berbeza (90an, 00an dan 10an). Haliza Misbun merupakan pelakon yang gagal memenangi sebarang anugerah untuk kategori ini biarpun menerusi 4 pencalonan. Pelakon komedi Jasmin Hamid merupakan satu-satunya aktres yang memenangi kategori ini menerusi watak komedi, sementara Puteri Balqis Azizi merupakan pemenang termuda kategori ini menerusi kemenangan pada tahun 2014 ketika berusia 7 tahun. Rekod sebelum itu dipegang Jasmin bersama Zizie Ezette apabila menang pada usia 25 tahun masing-masing pada tahun 1997 dan 2003. Pemenang tertua kategori ini pula adalah Ruminah Sidek yang menang pada tahun 2012 ketika berusia 69 tahun.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon lelaki.

Puaka Tebing Biru

Puaka Tebing Biru ialah filem seram Malaysia tahun 2007 arahan Osman Ali.

Senario Lagi

Senario Lagi ialah sebuah filem komedi dari Malaysia tahun 2000 arahan Aziz M. Osman. Filem ini merupakan lakonan kedua Kumpulan Senario dan filem pertama yang menampilkan Yassin Senario sebagai watak utama.

Syamsul Hirdy bin Muhid

Syamsul Hirdi bin Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy (lahir 5 Oktober 1985) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kuala Lumpur.

Penyanyi kegemarannya ialah Anuar Zain, Marc Anthony, dan James Ingram. Pelakon kegemarannya pula ialah Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida dan Erma Fatima. Beliau lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarganya.

Sekarang menetap di Lodge Lane, Liverpool dan sedang melanjutkan pengajian pascaijazah dalam muzik di University of Liverpool, England.

Vice Versa

Vice Versa (atau ViceVersa) ialah tajuk bagi sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Ace Motion Pictures untuk TV3. Drama ini unik kerana di samping menceritakan susah senang tiga pasangan, setiap episod dibahagi kepada dua bahagian: separuh pertama menceritakan kisah isteri (Vice Versa I) sementara separuh lagi menumpu pada kisah suami (Vice Versa II). Vice Versa dibintangi Umie Aida, Fahrin Ahmad, Abby Abadi, Jason Chong, Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee.

1980an
1990an
2000an
2010an
1980an
1990an
2000an
2010an
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
1990an
2000an
2010an
Pemenang Aktres TV Terbaik - Anugerah Skrin TV3

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.