Tunisia

Tunisia (Bahasa Arab: تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada gurun Sahara, dengan kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanih subur. Kedua-dua kawasan tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthage Phoenicia yang termasyhur dan kemudiannya, sebagai Provinsi Afrika yang kemudian dikenali sebagai bakul roti Empayar Rom. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.

Nama [Tunis] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (bahasa Arab untuk kedua-dua negara dan ibu negara) dianggap berasal daripada bahasa Barbar yang membawa pengertian "tanjung tinggi" atau "menghabiskan malam".

Republik Tunisia

الجمهورية التونسية‎
Al-Jumhūriyyah at-Tūnisiyyah
Flag of Tunisia
Jata negara of Tunisia
Bendera Jata negara
Cogan kata: Kebebasan, Kedamaian dan Keadilan
Lagu kebangsaan: Himat Al Hima
Tunisia in its region
Ibu kotaTunis
Bahasa rasmiBahasa Arab
PemerintahanRepublik
• Presiden
Beji Caid el Sebsi
Youssef Chahed
Kemerdekaan 
daripada Perancis
• Diisytiharkan
20 Mac 1956
• Air (%)
5
Populasi
• Anggaran 2019
13,267,904 (70)
• Bancian 1994
8,785,711
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Total
$171.96 bilion (72)
• Per kapita
$14,017 (75)
HDI (2019)0.767
tinggi · 86
Mata wangDinar Tunisia (TND)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan+216
Internet TLD.tn
Tunis hafsid flag
Bendera Tunisia di bawah Dinasti Hafsid (k.k. 1375).
Tunis church
Gereja St. Vincent de Paul, Tunis

Sejarah

Pada permulaan sejarah tercatat, Tunisia dihuni oleh puak Barbar. Pantainya kemudian dihuni oleh orang-orang Phoenicia bermula seawal abad ke-10 SM lagi. Pada abad ke-8 SM, kota Carthage diasaskan oleh peneroka-peneroka dari Tyre (Lebanon kini). Legenda mengatakan bahawa Ratu Dido mengasaskan kota ini, sebagaimana diceritakan oleh Aeneid, mahakarya Rom. Peneroka-peneroka Carthage membawa kebudayaan dan agama mereka daripada kaum-kaum Phoenicia dan Kanaan.

Selepas suatu siri peperangan dengan Yunani pada abad ke-6 SM, Carthage bangkit untuk berkuasa dan akhirnya menjadi peradaban yang utama di Mediterranean. Masyarakat Carthage menyembah dewa-dewa Timur Tengah yang termasuk Baal dan Tanit. Lambang Tanit, bentuk wanita yang muda dengan pakaian panjang serta tangan yang dihulurkan, merupakan ikon yang popular yang banyak terdapat di tapak-tapak kuno. Para pengasas Carthage juga mengasaskan kota Tophet yang diubah pada zaman Rom. Walaupun Rom merujuk kepada empayar baru yang bertumbuh di kota Carthage sebagai Punik atau Phoenicia, empayar tersebut merupakan sebuah entiti politik merdeka yang berbeza daripada petempatan-petempatan Phoenicia yang lain di Mediterranean Barat.

Suatu serangan Carthage ke atas Itali oleh Hannibal semasa Perang Punik Kedua, sebuah siri peperangan dengan Rom, hampir melumpuhkan kebangkitan Empayar Rom. Carthage akhirnya ditaklukkan oleh Rom pada abad ke-2 SM, suatu titik peralihan yang menyebabkan peradaban Mediterranean kuno dipengaruhi khususnya oleh orang-orang Eropah berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan Afrika. Selepas penaklukan Rom, kawasan itu menjadi salah satu jelapang Rom. Ia ditaklukkan oleh puak Vandal pada abad ke-5 dan ditaklukkan semula oleh komander Belisarius pada abad ke-6 semasa pemerintahan Justinian, maharaja Empayar Rom Timur.

Pada abad ke-7, kawasan ini ditaklukkan pula oleh kaum Muslim Arab yang mengasaskan kota Kairouan. Dinasti-dinasti Muslim yang berturut-turut memerintah, digendalakan sekali-sekala oleh pemberontakan-pemberontakan Barbar. Pemerintahan Dinasti Aghlabid (abad ke-9) dan Dinasti Zirid (sejak 972), pengikut-pengikut Kerajaan Fatimiyyah Barbar, amat makmur. Apabila Zirid menyebabkan Fatimid di Kaherah (1050) marah, Fatimid menghantar puak Banu Hilal untuk menjarah Tunisia.

Pada abad ke-12, pantai-pantai Tunisia ditakluk oleh kaum Norman dari Sicily buat tempoh yang singkat. Tunisia kemudian ditakluk oleh para khalifah Al-Muwahhidun pada tahun 1159. Mereka digantikan oleh kaum Hafsid Barbar (k.k. 12301574) dan di bawah kaum ini, Tunisia berkembang maju. Pantai tersebut menjadi sebuah kubu lanon (sila lihat Negara-negara Barbary) pada akhir abad ke-16. Pada tahun-tahun terakhir Dinasti Hafsid, Sepanyol merampas banyak daripada kota-kota pantai, tetapi kota-kota tersebut kemudian didapat balik oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Di bawah para Bey, gabenor-gabenor Turki, Tunisia mencapai kemerdekaan sebenarnya. Dinasti Hussein para Bey yang diasaskan pada tahun 1705 wujud sehingga tahun 1957.

Imperialisme Perancis

Pada pertengahan dekad 1800-an, kerajaan Tunisia di bawah pemerintahan Bey menjejaskan kewajarannya dengan membuat beberapa keputusan kewangan yang penuh dengan perbalahan dan yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya. Perancis mula merancang untuk menguasai Tunisia apabila Bey meminjam banyak wang dalam percubaannya untuk membaratkan Tunisia. Negara yang gagal ini memudahkan serangan-serangan Algeria yang berlaku tidak lama kemudian. Bey yang lemah tidak berupaya untuk mengatasi serangan-serangan tersebut ataupun menentang penjajahan Eropah.

Pada tahun 1878, suatu urus janji rahsia antara United Kingdom dan Perancis memutuskan takdir negara Afrika ini. Asalkan Perancis mengakui penguasaan British terhadap Cyprus yang baru-baru itu diberikan kepadanya, pihak British akan membalas dengan mengakui penguasaan Perancis terhadap Tunisia. Ini meyakinkan pihak Perancis dan menyebabkan penguasaannya ke atas Tunisia pada tahun 1880. Tunisia secara rasmi dijadikan sebuah negeri naungan Perancis pada 12 Mei 1881.

Perang Dunia II

Pada tahun 19421943, Tunisia merupakan tempat untuk operasi-operasi utama yang pertama antara Amerika Syarikat dan sekutu Britishnya semasa Perang Dunia II. Bahagian utama tentera British di bawah kuasa pemerintahan Marsyal Tentera Darat Montgomery yang mara daripada kemenangan mereka dalam Pertempuran el-Alamein masuk ke Tunisia dari selatan, manakala Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain menyerang dari barat selepas serangan-serangan mereka ke atas Algeria dan Maghribi dalam Operasi Obor.

Jeneral Rommel, komander angkatan tentera Kuasa Paksi di Afrika Utara, mengharap-harapkan kejayaan ke atas tentera Pihak Berikat di Tunisia yang serupa dengan kejayaan angkatan tentera Jerman dalam Pertempuran Perancis pada tahun 1940. Sebelum pertempuran untuk menaklukkan Tunisia, angkatan-angkatan tentera Pihak Berikat umumnya tidak dapat bertahan daripada blitzkrieg Jerman ataupun menyeleraskan operasi-operasi mereka dengan baik. Oleh itu, pertempuran untuk Tunisia merupakan sebuah ujuian utama bagi Pihak Berikat. Mereka membelajari bahawa supaya dapat menewaskan Jerman, mereka harus menyeleraskan tindakan-tindakan mereka dan memulihkan dengan cepat daripada sebarang halangan yang dikenakan pada mereka oleh angkatan tentera Jerman yang berpengalaman.

Pada 19 Februari 1943, Jeneral Rommel melancarkan sebuah serangan ke atas angkatan tentera Amerika Syarikat di kawasan Genting Kasserine yang terletak di Tunisia Barat, dengan harapan untuk mencapai suatu kekalahan yang dapat mematahkan semangat dan memecahkan Pihak Berikat yang serupa dengan apa yang dikenakan oleh Jerman pada Poland dan Perancis. Keputusan-keputusan awal merupakan suatu bencana kepada Amerika Syarikat, dengan kawasan di sekitar Genting Kasserine merupakan suatu tapak untuk banyak kubur perang Amerika Syarikat dari masa ini.

Bagaimanapun, angkatan tentera Amerika akhirnya dapat menterbalikkan pengunduran mereka. Selepas membelajari pengajaran yang genting dalam perang kereta kebal, tentera Pihak Berikat mematahkan barisan Mareth Jerman pada 20 Mac 1943. Angkatan-angkatan tentera Pihak Berikat akhirnya bergabung pada 8 April 1943 dan dengan itu, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis Bebas, dan Poland (serta angkatan-angkatan tentera yang lain) dapat memenangi sebuah pertempuran utama sebagai suatu angkatan tentera bersekutu.

Perang ini, walaupun sering dibayangi oleh perang Stalingrad, mewakili sebuah kejayaan Pihak Berikat yang utama dalam Perang Dunia II kerana ia mengikat Pihak Berikat yang kemudian membebaskan Eropah Barat.

Kemerdekaan

Sebelum zaman penjajahan,Tunisia diperintah oleh satu rentetan Bey sehingga tahun 1881. Sehingga saat itu, para Bey meminjam wang untuk membiayai pemodenan Tunisia. Wang itu dipinjam daripada Eropah dan apabila penduduk-penduduk berasa geram terhadap kenaikan-kenaikan cukai untuk membiayai pembayaran pinjaman, negara itu mendapati diri muflis. Adalah ketika itu bahawa kuasa-kuasa besar Perancis, Britain dan Itali meletakkan kewangan Tunisia di bawah kuasa pentadbiran melalui perjanjian antarabangsa.

Pada mula-mulanya, Itali merupakan negara yang menunjukkan paling banyak minat untuk menjajahkan Tunisia, dengan pelaburan, warganegara, dan dekatnya lokasi itu sebagai dorongan. Bagaimanapun, ini ditolak apabila Britain dan Perancis bekerjasama untuk menghalangnya antara tahun-tahun 18711878 yang berakhir dengan Britain menyokong pengaruh Perancis di Tunisia sebagai balasan untuk Perancis mengiktiraf penguasaan British ke atas Cyprus. Perancis masih menghadapi persoalan pengaruh Itali dan oleh itu, memutuskan untuk mencari-cari suatu alasan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu. Dengan dalih serangan mendadak Tunisia ke atas Algeria, Perancis memarakan angkatan tenteranya yang terdiri daripada kira-kira 36,000 orang masuk ke Tunisia dan memaksa Bey untuk memeterai Perjanjian Bardo (Al Qasr as Sa'id) pada tahun 1881. Perjanjian itu memberikan Perancis penguasaan terhadap Tunisia dan menyebabkannya menjadi sebuah negeri naungan de-facto.

Tunisia mendapat banyak faedah daripada pemerintahan Perancis. Walaupun begitu, keinginan untuk pemerintahan sendiri masih wujud dan pada tahun 1910, Ali Bach Hamba dan Bechir Sfar menubuhkan sebuah kumpulan pemuda Tunisia yang kemudian menyebabkan penubuhan parti “Destour” (perlembagaan) pada tahun 1920. Untuk mengawal gerakan yang baru ini, pihak Perancis mempergunakan gabungan taktik ganjaran dan hukuman yang walaupun berkesan, tidak berupaya untuk menghentikan desakan untuk kemerdekaan. Pada tahun 1934, unsur-unsur parti Destour yang lebih muda dan lebih membara, muncul dengan Habib Bourguiba, Dr. Mahmoud Materi, Tahar Sfar, dan Bahri Guiga sebagai pemimpin-pemimpinnya. Dipanggil Neo-Destour, parti yang baru itu diharamkan dengan segera oleh pentadbiran Perancis.

Habib Bourguiba menghabiskan banyak masa di dalam penjara-penjara Perancis. Bagaimanapun, ini tidak dapat menyekat pengaruhnya ataupun menghentikan desakan untuk perubahan. Perang Dunia II memanfaatkan Bourguiba ketika beliau dipindah dari penjara-penjara Vichy Perancis ke Rom, dan kemudian ke Tunisia apabila Kuasa Paksi menempah pengaruhnya di Tunisia. Bourguiba tidak pernah melayani permintaan-permintaan tersebut. Dua bulan kemudian, Pihak Berikat menawan Tunisia.

Pada tempoh sepuluh tahun yang berikut, perjuangan untuk kemerdekaan semakin bertambah kuat. Antara tahun-tahun 19521954, Bourguiba sekali lagi dipenjarakan, dan mengakibatkan serangan-serangan oleh para penyokongnya. Keadaan berubah dengan tiba-tiba pada tahun 1954, apabila Pierre Mendes-France menjadi ketua kerajaan Perancis dan mengejarkan dasar untuk menarik diri daripada tanah-tanah jajahan Perancis, dengan Tunisia termasuk dalam kategori ini. Ini menyebabkan perjanjian April 1955 yang memberikan autonomi dalaman kepada Tunisia, manakala hubungan antarabangsanya diurus oleh Perancis, suatu keadaan yang serupa dengan kaedah pemerintahan Bey Turki sebelum tahun 1881.

Parti Neo-Detour kini memiliki penguasaan, tetapi Bourguiba enggan mengetuainya sehingga pihak Perancis melepaskan segala kuasanya terhadap Tunisia. Beliau tidak perlu menunggu lama, apabila Perang Kemerdekaan Algeria yang dahsyat mengubah minat Perancis terhadap penjajahan dan menyebabkan pemansuhan Perjanjian Bardo. Tunisia mencapai kemerdekaan penuh pada 20 Mac 1956. Bourguiba menjadi Perdana Menteri dan selepas tahun 1957, beliau menjadi presiden pertama Republik Tunisia ketika peranan perlembagaan Bey dibubarkan.

Pembahagian pentadbiran

Tunisia sm03
Peta Tunisia

Tunisia dibahagikan kepada 24 kawasan kegabenoran seperti yang berikut:

  1. Ariana
  2. Béja
  3. Ben Arous
  4. Bizerte
  5. Gabès
  6. Gafsa
  7. Jendouba
  8. Kairouan
  9. Kasserine
  10. Kebili
  11. Kef
  12. Mahdia
  13. Manouba
  14. Medenine
  15. Monastir
  16. Nabeul
  17. Sfax
  18. Sidi Bou Said
  19. Siliana
  20. Sousse
  21. Tataouine
  22. Tozeur
  23. Tunis
  24. Zaghouan

Geografi

Tunisia terletak di Afrika Utara, antara Laut Mediterranean dan Gurun Sahara. Ia disempadani oleh Algeria di barat dan Libya di tenggara. Kebanyakan kawasannya merupakan kawasan separa gersang dan padang pasir. Bahagian utaranya bergunung-ganang, dengan iklim sederhana yang terdiri daripada musim sejuk sederhana yang berhujan dan musim panas yang kering. Sebahagian besar bahagian selatan negara ini terdiri daripada Gurun Sahara.

Demografi

Tabouna (Piotr Kuczynski)
Roti tradisional Tunisia dibuat.

Sedangkan kebanyakan orang Tunisia moden menganggap diri sebagai orang Arab, kebanyakan mereka sebenarnya berketurunan daripada kaum Barbar yang asli: kurang daripada 20% takung gen berasal dari Timur Tengah. [1] Banyak peradaban telah menyerang, berhijrah, dan diserap ke dalam masyarakat Tunisia pada sepanjang alaf-alaf yang lalu. Pemasukan penduduk yang banyaknya telah disebabkan oleh penaklukan oleh Phoenicia, Rom, Vandal, Arab, Turki Uthmaniyyah, dan Perancis. Banyak orang Moor dan Yahudi Sepanyol juga tiba pada akhir abad ke-15.

Hampir semua orang Tunisia (98% daripada jumlah penduduknya) adalah orang Muslim. [2] Terdapat sebuah masyarakat Yahudi di pulau Djerba di selatan sejak dari 2,500 tahun lagi. Walaupun jumlahnya telah berkurangan secara ketara, masih terdapat sebuah masyarakat Yahudi yang kecil di Tunis yang berketurunan daripada pelarian Sepanyol pada akhir abad ke-15. Adanya juga sebuah masyarakat Kristian asli yang kecil. [3] Kebanyakan golongan minoriti nomad asli yang kecil telah diserap ke dalam masyarakat yang lebih besar.

Ekonomi

Tunisia mempunyai sebuah ekonomi yang berbeza-beza, dengan pertanian, perlombongan, tenaga, pelancongan, petroleum, dan perkilangan merupakan sektor-sektor yang penting. Kawalan kerajaan terhadap hal-ehwal ekonomi, walaupun masih ketat, beransur-ansur berkurangan pada sepanjang dekad yang lalu dengan penambahan penswastaan, pemudahan struktur cukai, dan pendekatan yang cermat terhadap hutang. Pertumbuhan benar adalah 5.0% pada puratanya pada dekad 1990-an, dengan inflasi semakin berkurangan.

Pertumbuhan perdagangan dan pelancongan merupakan unsur-unsur yang utama dalam pertumbuhan ekonomi yang tetap ini. Perjanjian perhubungan Tunisia dengan Kesatuan Eropah (EU) yang merupakan persetujuan pertama antara EU dengan sebuah negara Mediterranean, dikuatkuasakan pada 1 Mac 1998. Di bawah perjanjian ini, Tunisia akan beransur-ansur menghapuskan halangan perdagangannya terhadap EU pada sepanjang dekad yang berikut. Penswastaan yang lebih luas, pembebasan kod pelaburan yang lebih lanjut untuk meningkatkan pelaburan asing, serta pembaikan-pembaikan kecekapan kerajaan adalah antara cabaran-cabaran untuk masa hadapan Tunisia. Menurut buku peta universiti Philip British pada tahun 2000, Tunisia juga memiliki simpanan fosfat yang utama di bahagian tengah negara itu.

Pendidikan

Sebelum tahun 1958, pendidikan di Tunisia hanya boleh diperolehi oleh sekumpulan minoriti (14%). Bagaimanapun, ia kini diberikan keutamaan yang amat tinggi, dengan peruntukan sebanyak 6% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Pendidikan asas untuk kedua-dua lelaki dan perempuan antara umur 6 dan 16 tahun diwajibkan sejak tahun 1991.

Sedangkan kanak-kanak umumnya memperoleh bahasa Arab Tunisia di rumah, mereka diajar bahasa Arab Klasik ketika memasuki sekolah pada umur 5 tahun. Dari umur 8 tahun, mereka diajar bahasa Perancis, dengan bahasa Inggeris diperkenalkan ketika mereka berumur 10 tahun.

Kolej-kolej dan universiti-universiti di Tunisia termasuk:

  • Universiti Tunis Antarabangsa
  • Universite Libre de Tunis
  • Universiti Penerbangan dan Teknologi, Tunisia

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Kajian DNA mendedahkan hubungan Phoenicia-Malta". National Geographic. 1 Oktober 2004. Dicapai 9 September 2006.
  2. ^ "Buku Fakta Dunia CIA — Tunisia". Dicapai 13 Januari 2007.
  3. ^ "TUNISIE — Ils ont choisi le christianisme[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Perancis]]" (dalam bahasa Perancis). 7 Julai 2005. Dicapai 9 September 2006. Konflik URL–wikilink (bantuan)

Pautan luar

Kerajaan

Berita

Gambaran keseluruhan

Pelancongan

.tn

.tn domain peringkat tinggi kod negara Internet untuk Tunisia.

12 Disember

12 Disember merupakan hari ke-346 (hari ke-347 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 19 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Kenya (1963).

20 Mac

20 Mac merupakan hari ke-79 (hari ke-80 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 286 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Tunisia (1956)

Ekuinoks (2019) di garisan khatulistiwa.

Musim bunga di hemisfera utara.

Musim luruh di hemisfera selatan.

7 Zulkaedah

7 Zulkaedah merupakan hari ke-307 dalam kalendar Hijriah.

Afrika

Afrika (Tulisan Jawi: افريك) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.

Benua Afrika disempadani:

di sebelah utara: Eropah, oleh Laut Mediterranean dan Selat Gibraltar

di sebelah timur, Asia, oleh Terusan Suez dan teluk, dan juga Lautan Hindi

di sebelah barat: Lautan AtlantikKata Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), 'afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

Afrika Utara

Afrika Utara merupakan kawasan yang secara umum merangkumi:

Algeria

Mesir

Libya

Mauritania

Maghribi

Sudan

Tunisia

Sahara BaratAzores, kepulauan Canary, Ethiopia, Eritrea, Malta, Ceuta, Melilla, Gibraltar, dan Madeira kadang-kala dianggap sebagai sebahagian Afrika Utara.

Sebahagian Magribi (juga dikenali sebagai Afrika Barat Laut atau Tamazgha) adalah bahagian Afrika Utara yang membentuk Morocco, Sahara Barat, Algeria, Tunisia, Libya, dan Mauritania (dengan itu menyingkir Lembah Nil). Dalam kegunaan biasa - terutama dalam bahasa Perancis - istilah ini seringkali terhad kepada tiga negara pertama, kerana kesemuanya merupakan bekas koloni Perancis. Dalam bahasa Arab, istilah ini turut merujuk kepada Morocco sahaja.

Sesetengan negara di Afrika utara, terutamanya Mesir dan Libya, sering kali dimasukkan sekali dalam istilah biasa Timur Tengah, kerana ia dari satu segi mempunyai ikatan rapat kepada Asia barat berbanding Maghreb. Tambahan lagi, Semenanjung Sinai di Mesir merupakan sebahagian Asia, menjadikan Mesir sebagai negara antara benua.

Algeria

Algeria terletak di barat-laut Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean disebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat. Nama Algeria di ambil dari nama ibunegaranya Algiers yang bermaksud kepulauan (al-jazā’ir, dalam bahasa Arab). Ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan Algiers. Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.

Carthage

Carthage (bahasa Greek purba: Καρχηδών Karkhēdōn, Berber: Kartajen, Bahasa Latin: Carthago atau Karthago, dari Phoenicia Qart-ḥadašt bermaksud kota baru) merupakan sebuah negara kota purba yang kini terletak di pinggir bandar Tunis, Tunisia. Kota Carthage terletak di bahagian timur Tasik Tunis yang terbentang dari pusat Tunis. Berdasarkan lagenda Rom, kota ini dibina pada tahun 814 SM oleh koloni Phoenicia di bawah pemerintahan Elissa (Ratu Dido). Ia kemudian menjadi kota yang besar dan kaya dan oleh itu merupakan satu kuasa besar di Mediterranean. Ini menyebabkan persaingan dengan Syracuse dan Rom dengan berlangsungnya beberapa perang dengan serangan ke atas satu sama lain. Serangan Hannibal dari Itali dalam Perang Punic Kedua membawa kemenangan kepada orang Carthage di Cannae dan yang mana kemudian memberi ancaman serius kepada keberlangsungan pemerintahan Rom di Itali. Selepas Perang Punic Ketiga, kota ini telah dimusnahkan oleh Rom pada tahun 146 SM. Bagaimanapun, orang-orang Rom membina semula Carthage, yang mana kemudian menjadi satu daripada tiga kota paling penting Empayar Rom dan merupakan ibu negara bagi kerajaan Pemusnah yang singkat. Ia kekal menjadi satu daripada kota-kota terpenting Rom sehingga penaklukan Islam apabila ia telah dimusnahkan buat kali kedua pada tahun 698.

Islam di Tunisia

Islam merupakan agama rasmi dan majoriti di Tunisia, dengan kira-kiranya 99% penduduknya mengamalkan ajaran Islam.

Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia

Kuartet Dialog Kebangsaan Tunisia (Bahasa Arab: الرباعي التونسي للحوار الوطني‎, Bahasa Perancis: Quartet du dialogue national) ialah sekumpulan empat organisasi yang menjadi pusat dalam percubaan untuk membina demokrasi pluralistik di Tunisia berikutan Revolusi Jasmine pada 2011.Kuartet ini telah ditubuhkan pada musim panas tahun 2013. Pada 9 Oktober 2015, kuartet ini telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2015.Kuartet Dialog Kebangsaan merangkumi organisasi-organisasi berikut dalam masyarakat awam Tunisia:

UGTT, Kesatuan Générale Tunisienne du Melahirkan

UTICA, Kesatuan Tunisienne de l'industrie, du Dagang et de l'Artisanat

LTDH, La Liga Tunisienne pour la Défense des Droits de l'homme

Ordre Negara des Avocats de Tunisia

Libya

Libya atau rasminya Republik Arab Libya Bersatu (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.

Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 2011, Libya terjebak dalam suatu perang saudara yang merupakan akibat daripada tempiasan Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Pihak pro-demokrasi mengisytiharkan penubuhan Pemerintah Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Kebangsaan pimpinan Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.

Moor

Orang Moor atau Puak Moorish yang berbangsa Eropah ialah penduduk Muslim zaman pertengahan di barat Mediterranean dan barat Sahara, termasuklah: al-Maghrib (kawasan pantai dan gunung Maghribi dan Algeria sekarang, serta Tunisia walaupun Tunisia sering secara berasingan digelar Ifriqiya, daripada nama bekas provinsi Rom Afrika); al-Andalus (bekas kawasan-kawasan pemerintahan Islam, kini daerah Andalusia di selatan Sepanyol, dan juga tengah Sepanyol dan Portugal); selatan Sahara ke tengah (Mauritania dan Mali, selatan Maghribi dan Algeria, sebahagian Niger, Chad dan Libya); dan, bandar-bandar selat Gibraltar, Ceuta dan Melilla; dan mungkin juga Kepulauan Canary dan Sicily.

Sewaktu zaman pertengahan, perkataan Moor dapat digunakan untuk merujuk pada seorang Muslim dari kawasan-kawasan ini, dan juga pada seorang Afrika, Arab, Barbar atau Afrika Utara.

Pasukan bola sepak kebangsaan Tunisia

Pasukan bola sepak kebangsaan Tunisia (Bahasa Arab: منتخب تونس لكرة القدم‎), nama samaran Les Aigles de Carthage (Helang dari Carthage atau Helang Carthage atau The Carthage Burung helang), ialah pasukan kebangsaan Tunisia dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Tunisia. Mereka telah layak empat kali dalam Piala Dunia FIFA, yang pertama pada tahun 1978, tetapi masih belum pernah keluar dari pusingan pertama. Walau bagaimanapun, mereka mencipta sejarah dalam kejohanan 1978 di Argentina dengan menjadi pasukan zon Afrika yang pertama memenangi perlawanan di Piala Dunia, menewaskan Mexico 3-1. Mereka juga menahan juara bertahan Jerman Barat dengan keputusan seri tanpa jaringan sebelum tersingkir. Mereka telah layak tiga kejohanan berturut-turut, dalam 1998, 2002 dan 2006: mereka ialah satu-satunya pasukan Afrika yang hadir pada kejohanan kedua-dua tahun 2002 dan 2006.

Tunisia juga memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2004, apabila mereka menjadi tuan rumah kejohanan itu.

Piala Negara-Negara Afrika

Piala Negara-Negara Afrika (atau rasminya Bahasa Perancis: Coupe d'Afrique des Nations, CAN) ialah kejohanan bola sepak antarabangsa utama di Afrika. Ia dianjurkan oleh CAF sejak 1957, dan diadakan setiap dua tahun mulai 1968.

Presiden Tunisia

Presiden Nathan E Billips

Presiden Republik Tunisia adalah ketua negara Tunisia . Tunisia adalah sebuah republik presiden di mana presiden menjadi ketua eksekutif dalam kerajaan dengan bantuan Perdana Menteri Tunisia , secara rasmi ketua kerajaan . Di bawah Perkara 44 Perlembagaan Tunisia, presiden juga komander-in- chief Angkatan Tentera Tunisia .

Menurut perlembagaan, presiden dipilih oleh rakyat bagi tempoh lima tahun. Pada masa ini, presiden boleh semula dipilih untuk tempoh yang tidak terhad di pejabat. Ini berbeza dengan had tiga penggal sebelum Jun 2002, tidak termasuk jawatan presiden antara 1975 dan 1982 .

Sebagai sebuah negara yang merdeka , Tunisia tidak mempunyai kebebasan politik dan telah melihat pelanggaran hak asasi manusia . Oleh kerana itu, pilihan raya Presiden Tunisia , seperti tahun 2009 , tidak mempunyai kredibiliti antarabangsa kerana pilihan raya dikuasai oleh parti pemerintah , Perhimpunan Demokratik Perlembagaan dan jelmaan sebelumnya sebagai parti Destour Neo dan Parti Sosialis Destourian .

Sejak pengisytiharan Perlembagaan republik pada bulan Jun 1959, tiga tahun selepas mencapai kemerdekaan dari Perancis , Tunisia mempunyai hanya dua presiden yang dipilih . Presiden pertama ialah Habib Bourguiba (1959-1956) . Beliau telah dipecat daripada jawatan dalam satu Rampasan kuasa Tunisia 1987, di mana beliau dikatakan tidak sihat.Penggantinya Zine El Abidine Ben Ali menjadi presiden dari 1987 sehingga 2011.Mulai 12 Disember 2011, Presiden semasa ialah Moncef Marzouki .

Tunis

Tunis (تونس, Tūnis) merupakan ibu negara dan bandar terbesar Tunisia. Tunis terletak di bahagian timur laut negeri Muslim itu, tempatnya di penghujung Teluk Tunis, pada koordinat 36°48′LU 10°10′BT. Penduduknya berjumlah 1,200,000 orang (2008).

Pada tahun 146, Empayar Rom menguasai kota ini. Kekuasaan pindah ke tangan bangsa Arab pada abad ke-7. Perancis menjajahi Tunis pada 1881 hingga 1956.

Beberapa bangunan kuno di Tunis ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1979.

Tunisia di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Tunisia akan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 hingga 21 Ogos 2016.

Waktu Eropah Tengah

Waktu Eropah Tengah (CET) ialah salah satu nama bagi zon waktu yang 1 jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Ia digunakan lazimnya oleh negara-negara Eropah dan Afrika Utara.

Waktu ofsetnya lazimnya ialah UTC+1. Ketika Waktu musim panas, Waktu Musim Panas Eropah Tengah sebaliknya digunakan (UTC+2).

Zine El Abidine Ben Ali

Zine El Abidine Ben Ali (Bahasa Arab: زين العابدين بن علي‎ Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936-19 September 2019) adalah Presiden Republik Tunisia yang kedua antara 7 November 1987 dan 14 Januari 2011. Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudian sentiasa terpilih semula dengan majoriti besar dalam setiap pilihan raya, kali terakhir pada 25 Oktober 2009 untuk penggal kelimanya.Pada 14 Januari 2011, mengikuti Revolusi Tunisia, beliau terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi bersama isterinya Leïla Ben Ali dan tiga anak mereka. Ini menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan.Kerajaan sementara Tunisia telah meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap, mendakwanya untuk pelaburan wang haram dan pengedaran dadah. Beliau dan isterinya dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun pada 20 Jun 2011.

Liga Arab – جامعة الدول العربية
Ahli AlgeriaEmiriah Arab BersatuArab SaudiBahrainComorosDjiboutiIraqJordanKuwaitLubnanLibyaMauritaniaMaghribiMesirOmanPalestinQatarSomaliaSudanSyria • Tunisia • Yaman
Pemerhati HabsyahIndia
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Afrika

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.