Timah

Timah atau Stanum (daripada bahasa Latin Stannum; Bahasa Inggeris: Tin) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Sn dan nombor atom 50. Timah adalah logam lemah yang berwarna keperakan dan mudah tertempa. Timah sukar untuk dioksidakan oleh udara. Timah juga tahan kakisan dan digunakan untuk menyadur logam-logam lain agar tahan karat. Timah merupakan unsur dalam banyak jenis aloi, contohnya dengan tembaga untuk menghasilkan gangsa. Aloi piuter mengandungi kira-kira 85% hingga 99% timah. Kebiasaannya, timah diperolehi dalam bentuk oksida logam daripada mineral kasiterit.

50 indiumtimahantimoni
Ge

Sn

Pb

Sn-TableImage

Jadual berkala piawai - Jadual berkala terlanjut
Am
Nama, simbol, nombor timah, Sn, 50
Siri kimialogam lemah
Kumpulan, kala, blok 14, 5, p
Rupakelabu keperakan berkilat
Sn,50
Jisim atom piawai 118.710(7)g·mol−1
Tatarajah elektron [Kr] 5s25p2
Elektron pada setiap petala 2, 8, 18, 18, 4
Fasapepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik)(putih) 7.635 g·cm−3
Ketumpatan (pada suhu bilik)(kelabu) 5.769 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur6.99 g·cm−3
Takat lebur505.08 K
(231.93 °C, 449.47 °F)
Takat didih2875 K
(2602 °C, 4716 °F)
Haba lakuran(putih) 7.03 kJ·mol−1
Haba pengewapan(putih) 296.1 kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) (putih)
27.112 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1497 1657 1855 2107 2438 (2893)
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan4, 2
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan1.96 (skala Pauling)
Jejari atom145 pm
Jejari atom terhitung145 pm
Jejari kovalen141 pm
Jejari Van der Waals217 pm
Lain-lain
Sifat magnettiada data
Kerintangan elektrik(0 °C) 115 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 66.8 W·m−1·K−1
Pengembangan terma(25 °C) 22.0 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) (guling)
2730 m·s−1
Modulus Young50 GPa
Modulus ricih18 GPa
Nisbah Poisson0.36
Kekerasan Brinell51 MPa
Nombor CAS7440-31-5
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop timah
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
112Sn 0.97% Sn stabil dengan 62 neutron
114Sn 0.66% Sn stabil dengan 64 neutron
115Sn 0.34% Sn stabil dengan 65 neutron
116Sn 14.54% Sn stabil dengan 66 neutron
117Sn 7.68% Sn stabil dengan 67 neutron
118Sn 24.22% Sn stabil dengan 68 neutron
119Sn 8.59% Sn stabil dengan 69 neutron
120Sn 32.58% Sn stabil dengan 70 neutron
122Sn 4.63% Sn stabil dengan 72 neutron
124Sn 5.79% Sn stabil dengan 74 neutron
126Sn syn ~1 E5 thn Beta- 0.380 126Sb
Rujukan

Sifat-sifat utama

Timah mudah tertempa, mulur, sangat terhablur dan berwarna putih keperakan. Sekeping logam timah yang dibengkokkan akan menghasilkan bunyi retakan. Bunyi ini disebabkan oleh pengembaran hablur. Logam ini tahan kakisan daripada air paip lembut, air laut dan air yang disuling. Timah bertindak dengan asid kuat, alkali kuat dan garam-garam asid. Timah bertindak sebagai mangkin kepada oksigen dalam larutan, lalu mempercepatkan tindakan serangan kimia. Timah membentuk SnO2 (Stanum dioksida) apabila dipanaskan dalam udara. SnO2 bersifat asid lemah dan bertindak dengan oksida bes untuk menghasilkan garam stanat (SnO32-) Timah boleh digilap penuh. Timah digunakan sebagai saduran pelindung untuk logam-logam lain bagi mengelakkan kakisan atau tindakan-tindakan kimia lain. Logam ini bertindak secara langsung dengan klorin dan oksigen dan menyesar hidrogen daripada asid-asid cair. Timah mudah tertempa pada suhu-suhu biasa (suhu bilik) tetapi rapuh pada suhu rendah.

Bercham

Pekan Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan Sungai Kinta. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur.

Pekan Bercham terletak berhampiran dengan Ipoh, pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.

Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco,Tesco Extra (dulu dikenali sebagai Makro), Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.

Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.

Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. Setelah terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di sini.

Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan dan perindustrian. Hampir 99 % rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-nama Cina dan tulisan Cina.

Bismut

Bismut (daripada Bahasa Inggeris: Bismuth) ialah sejenis unsur yang mempunyai nombor atom 83 dan diberikan simbol Bi . Istilah sains bismut yang lama ialah bisman. Dalam Bahasa Melayu, bismut juga dikenali sebagai timah wurung. Logam ini berat, rapuh dan berwarna merah jambu. Bismut digolongkan dalam kumpulan logam lemah dan mempunyai sifat kimia yang serupa dengan arsenik dan antimoni. Antara kesemua logam, kediamagnetan bismut adalah yang paling asli, manakala kekonduksian terma bismut adalah kedua terendah selepas merkuri. Logam ini pada amnya dianggap sebagai logam paling akhir dalam susunan jadual berkala yang bersifat stabil dan tidak beradioaktif, walaupun sebenarnya bismut adalah sedikit radioaktif tetapi mempunyai separuh hayat dengan jangka masa yang sangat lama.

Sebatian bismut digunakan dalam bidang kosmetik (bahan solek) dan perubatan. Aloi bismut pula menjadi semakin penting dalam bidang perdagangan dan komersil sebagai pengganti kepada plumbum, lebih-lebih lagi setelah plumbum dijumpai mempunyai kesan-kesan toksik dan adalah berbahaya kepada manusia.

Bukit Timah

Bukit Timah, juga dikenal sebagai District 11, ialah salah satu daerah rasmi dalam pulau negara bandar Singapura. Bukit Timah juga tempat yang menempatkan banyak tanah milik yang mahal seperti kondominium. Banyak ekspatriat (khususnya dari Barat) tinggal di daerah ini. Lalu daerah ini diperluas dan Upper Bukit Timah (District 21) terbentuk. Keretapi Tanah Melayu dari Malaysia memiliki stesen putaran di sini sepanjang jaringan relnya dari Johor Bahru ke Tanjong Pagar.

Bukit Timah juga adalah nama sebuah bukit di Singapura. Dengan ketinggian 164 meter merupakan titik tertinggi di Singapura.

Kampar

Rencana ini memaparkan penerangan tentang daerah Kampar di Perak, Malaysia. Sila klik Kampar, Sumatera untuk Kabupaten Kampar, Riau, Sumatera, Indonesia.Daerah Kampar terletak di negeri Perak, Malaysia kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah.

Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak.Antara tempat-tempat yang terletak berhampiran dengan Kampar ialah Chenderiang, Temoh, Banir, Ayer Kuning, Mambang Di Awan, Kampung Kinjang, Malim Nawar dan Kuala Dipang. Gunung Bujang Melaka ( 1242 m) terletak kira-kira 8 km di timur laut Kampar. Sungai Kampar dan Sungai Kinjang mengairi kawasan ini. Suatu ketika dahulu kedua-dua sungai ini menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang penting.

Kampar merupakan sebuah bandar di tepi jalan raya. Jalan raya menghubungkan Kampar dengan Ipoh di Utara dan Tapah, Langkap, Teluk Intan , Tanjung Malim dan Kuala Lumpur di selatan. Lebuh raya Utara Selatan turut melintasi kawasan ini, susur keluarnya ialah Plaza tol Gopeng.

Kasiterit

Kasiterit atau bijih timah adalah satu galian timah oksida , SnO2. Secara umumnya ia adalah legap, tetapi ia adalah lutcahaya dalam kristal-kristal nipis. Kekilauannya dan antara muka kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik. Kasiterite adalah bijih timah yang utama pada masa kini.

Kinta

Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.

Kecemerlangan daerah ini bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad ke-19. Ini menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah menjadi batu loncatan Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke-20. Namun, disebabkan pembangunan pesat di negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang, ramai rakyat Perak berhijrah.

Lukut

Lukut merupakan sebuah bandar yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia dipercayai dibuka oleh Raja Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah. Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini, Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama.

Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot.

Lukut juga pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus Nipah di Bukit Pelanduk.

Di Lukut juga terdapat sebuat kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.

Mambang Di Awan

Mambang Di Awan merupakan sebuah pekan hasil kewujudan lombong bijih timah di negeri Perak. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar . Sebagai sebuah kawasan bekas lombong bijih timah, kawasan ini ramai orang Cina mendudukinya. Sebahagian bekas-bekas lombong ini telah ditebusguna atau dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar. Kilang kacang tanah terkenal, Ngan Yin (cap Tangan) terletak di sini.

Plumbum

Plumbum (daripada bahasa Latin: Plumbum) ialah sejenis unsur yang mempunyai nombor atom 82 dan diberikan simbol Pb. Plumbum dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai timah hitam. Plumbum adalah logam lembut dan mudah tertempa. Logam ini tergolong dalam kumpulan logam lemah. Plumbum juga merupakan sejenis logam berat. Plumbum yang baru dikerat berwarna putih kebiru-biruan, tetapi dengan serta-merta menjadi kusam (sebam) apabila terdedah kepada udara. Apabila dilebur menjadi cecair, plumbum berwarna perak krom berkilau.

Nombor atom plumbum adalah yang paling tinggi antara kesemua unsur-unsur stabil. Namun demikian, bismut yang mempunyai nombor atom yang lagi tinggi daripada plumbum, juga dianggap sejenis unsur yang stabil walaupun sebenarnya adalah sedikit radioaktif (mempunyai separuh hayat dengan jangka masa yang sangat lama).

Plumbum mempunyai banyak kegunaaan/aplikasi dalam pembinaan bangunan, pembuatan bateri asid plumbum, peluru, bebola plumbum dan pemberat. Aloi-aloi boleh lakur seperti piuter dan pateri juga mengandungi unsur plumbum.

Plumbum merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya), sama seperti raksa. Plumbum cenderung untuk bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang..

Rasah

Rasah merupakan sebuah bandar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak 3 kilometer dari pusat bandar Seremban. Rasah merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada abad ke-18. Sebelum itu, Rasah pada asalnya merupakan sebuah perkampungan tradisional dan berkembang menjadi kawasan ekonomi penting ketika abad ke-18. Ia menjadi perhentian penting bagi laluan perdagangan bijih timah melalui Sungai Linggi yang menghubungkan Sungai Ujong hingga ke Kuala Linggi.

Kawasan Rasah kini adalah Bandar Rasah, Kampung Baru Bukit Chedang, Taman Bukit Chedang, Kampung Dato' Mansor, Kampung Pasir, Kampung Rasah, Kampung Chedang, Taman Mok Sum, Kampung Pondok, Taman Rasah, Rasah Jaya, Seremban 3 dan Jalan Loop.

Rasah telah mengalami perubahan insfrastruktur dengan terbinanya Lingkaran Tengah Seremban yang melalui jalan utama Rasah. Ia juga telah mengurangkan kesesakan trafik yang berlaku sejak tahun 1997 akibat pertambahan kenderaan kerana berlaku pertambahan penduduk sekitar Rasah.

Rawang, Selangor

Rawang ialah sebuah bandar dan mukim yang terletak dalam daerah Gombak, Selangor.

Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Hal ini terjadi semula terhadap Putrajaya pada 1995. United Estate Project seterusnya telah dijalankan untuk memajukan ladang kelapa sawit yang sebelumnya ladang getah dan kawasan perlombongan bijih timah kepada USJ dan Sungei Way-Subang (SS) yang terletak di daerah Petaling dan Shah Alam. Projek ini merupakan usaha antara syarikat Sime Darby dengan kerajaan negeri Selangor kerana ladang-ladang dan lombong merosot.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semenyih

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Sungai Lembing

Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Kehijauan hutan amat terasa di sini.

Sungai Ujong

Sungai Ujong ( jawi; سوڠي اوجوڠ) ialah nama lama bagi Seremban. Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong".Sungai Ujung merupakan daerah adat yang meliputi kawasan Labu, Pantai, Ampangan, Rantau, Mambau dan Kuala Sawah. Oleh kerana kawasan ini kaya dengan bijih timah, kawasan ini menjadi rebutan hangat antara pemimpin tempatan dan juga Inggeris. Kawasan yang dipanggil Luak Sungai Ujung ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu waris di darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk waris di air.

Tambun

Tambun terletak berdekatan dengan bandar Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta perlancongan yang penting di Perak. Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan , Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, Jaya Jusco dan pasar hiper Tesco. Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terletaknya Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang (STAR), Institut Penyelidikan Haiwan yang terbesar di Asia Tenggara, Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit Ayam ASEAN, Mes Pegawai Kanan Polis dan Lain-lain.

Antara lokasi yang menarik di sini ialah Muzium Geologi, Gua Tambun dan pusat rekreasi Lost World of Tambun. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.

Timah sari

Zink (daripada bahasa Jerman Zink) atau timah sari ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Zn dan nombor atom 30. Zink tulen yang dihasilkan secara komersil dikenali sebagai Special High Grade (SHG) iaitu Gred Istimewa Tinggi yang mempunyai ketulenan sebanyak 99.995%.

Trong

Trong ialah sebuah bandar di Perak, Malaysia. Bandar ini terletak diantara Changkat Jering dan Pantai Remis. Ianya terkenal dengan kualiti airnya dan penemuan air terjun. Bijih timah juga pernah dilombong di tempat ini hingga tahun 1980.

Terong juga mempunyai Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil tetapi kemasukan murid telah menurun sebegitu banyak. Bandar ini dikelilingi ladang getah dan pokok kelapa sawit. Terdapat banyak kedai lama di pusat bandar.

Tronoh

Tronoh merupakan sebuah bandar di bawah pentadbiran daerah Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Bandar yang hampir dengan Tronoh ialah Seri Iskandar, Batu Gajah , Kampung Gajah, Bota Kanan dan Tanjung Tualang.

Tronoh merupakan bandar yang dibangunkan semula dengan adanya Universiti Teknologi Petronas.

 Jadual berkala
H   He
Li Be   B C N O F Ne
Na Mg   Al Si P S Cl Ar
K Ca   Sc Ti V Cr Mn Fe Co Ni Cu Zn Ga Ge As Se Br Kr
Rb Sr   Y Zr Nb Mo Tc Ru Rh Pd Ag Cd In Sn Sb Te I Xe
Cs Ba La Ce Pr Nd Pm Sm Eu Gd Tb Dy Ho Er Tm Yb Lu Hf Ta W Re Os Ir Pt Au Hg Tl Pb Bi Po At Rn
Fr Ra Ac Th Pa U Np Pu Am Cm Bk Cf Es Fm Md No Lr Rf Db Sg Bh Hs Mt Ds Rg Cn Nh Fl Mc Lv Ts Og
Logam alkali Logam alkali bumi Lantanid Aktinid Logam peralihan Logam lain Metaloid Bukan logam lain Halogen Gas adi
Versi terperinci 

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.