Texas

Texas adalah salah sebuah negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Ia digelar "lone star state" kerana benderanya mempunyai satu bintang. Ia pernah menjadi sebuah Republik sebelum menjadi sebahagian Amerika Syarikat.

Texas mula diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka pada 1836 dan diserap ke dalam Amerika Syarikat pada 1845.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Texas
Flag of Texas Seal of Texas
Gelaran Lain:

"Lone Star State"

Keluasan 250,941 km²
Penduduk

9,938,444 (2000)

Ibu negeri Austin
Bandaraya terbesar Houston
Gabenor Rick Perry
Tarikh Kemasukan 29 Disember, 1845
Zon Waktu Eastern: UTC-5/-4
(Sebahagian daerah di Upper Peninsula bersempadan dengan Wisconsin menggunakan zon waktu Central
Latitud

Longitud

41°41'U ke 47°30'U

82°26'B ke 90°31'B

16 April

16 April merupakan hari ke-106 (hari ke-107 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 259 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari juga merupakan Hari Emansipasi di Washington, D.C.

19 Februari

19 Februari merupakan hari ke-50 dalam kalendar Gregory. Tinggal 315 hari (atau 316 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Angkatan Tentera di Mexico.

1 Februari

1 Februari merupakan hari ke-32 dalam kalendar Gregory. Tinggal 333 hari (atau 334 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Imbolc di Hemisfera Utara

Hari St. Brigid dalam Kristian Barat

Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Malaysia

Hari Kebebasan Kebangsaan (Amerika Syarikat).

21 April

21 April merupakan hari ke-111 (hari ke-112 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 254 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Tiradentes di Brazil.

Hari Grounation dalam gerakan Rastafari.

29 Disember

29 Disember merupakan hari ke-363 (hari ke-364 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 2 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Mongolia (1911).

2 Oktober

2 Oktober merupakan hari ke-275 (hari ke-276 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 90 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Guinea (1958)

Gandhi Jayanti di India.

Hari Tanpa Kekerasan Antarabangsa

Awal Muharam 1438 Hijrah (Islam 2016)

6 September

6 September merupakan hari ke-249 (hari ke-250 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 116 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968)

Hari Pertahanan di Pakistan

Hari Kesatuan di Bulgaria

Hari Pengingatan Lahir Mati di Amerika Syarikat dan Kanada.

Arlington, Texas

Arlington merupakan sebuah bandar di kawasan Dallas-Fort Worth Metroplex, negeri Texas. Ia terletak 19 km di timur Fort Worth dan 32 km di barat Dallas.

Antara tarikan utama Arlington ialah taman tema Six Flags over Texas, Six Flags Hurricane Harbor dan stadium sukan seperti Rangers Ballpark in Arlington dan Cowboys Stadium.

Austin, Texas

Austin ialah ibu negeri Texas, Amerika Syarikat di Daerah Travis dengan sebahagiannya yang berterusan ke Daerah Hays dan Williamson.

Austin, Daerah Travis dan Daerah Williamson dijadikan tapak petempatan manusia sejak sekurang-kurangnya 9200 SM. Austin yang merupakan ibu negeri yang paling selatan antara 48 negeri di daratan Amerika Syarikat, terletak di Texas Tengah. Berdasarkan bancian Amerika Syarikat pada tahun 2010, peratusan keturunan di Austin ialah 68.3% orang putih, 35.1% Latino, 8.1% Amerika-Afrika, 6.3% Asia, 0.9% orang asli Amerika, 0.1% orang asli Kepulauan Pasifik dan 3.4% kacukan. Kawasan statistik metropolitan Austin mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $86 bilion pada tahun 2010.

"Kekalkan Kepelikan Austin" ialah cogan kata setempat sejak beberapa tahun, dan ini ditonjol di pelekat kereta dan baju kemeja-T. Banyak penduduk Austin menyokong program olahraga Universiti Texas di Austin yang dikenali sebagai Longhorn Texas. Jabatan Taman dan Rekreasi Austin menerima Anugerah Kecemerlangan Akuatik pada tahun 1999 dan Anugerah Pingat Emas pada tahun 2004 daripada Persekutuan Rekreasi dan Taman Kebangsaan. Penyelidik di Universiti Negeri Connecticut Tengah menilai Austin sebagai bandar yang ke-16 paling celik huruf di Amerika Syarikat bagi tahun 2008. Surat khabar utama Austin ialah Austin American-Statesman. Pada tahun, 72.7% daripada pekerja Austin memandu kereta bersendirian, dan cara selainnya: 10.4% berkongsi kereta, 6% bekerja dari rumah, 5% menggunakan pengangkutan awam, 2.3% berjalan kaki dan 1% berbasikal.

Blue Lacy

Lacy dog atau blue Lacy dog ialah satu baka anjing pekerja yang berasal dari Texas pada pertengahan abad ke-19. Lacy Dog pertama kali diiktiraf pada 2001 oleh Senat Texas. Dalam Ketetapan Senat Bil. 436, Perundangan Ke-77 menganugerahi Lacy dog sebagai "baka Texas jati". Pada Jun 2005, Gabenor Rick Perry menandatangani perundangan itu menerima blue Lacy sebagai "Baka Anjing Negeri Rasmi Texas". Seperti terjangka, Lacy dog kebanyakannya dijumpai di Texas. Walau bagaimanapun, sebaik baka ini menjadi lebih teriktiraf, ada populasi pembiakbakaan diasaskan merentasi Amerika Syarikat, dan di Kanada.

Bruce Beutler

Bruce Alan Beutler (lahir 29 Disember 1957) adalah seorang ahli imunologi dan genetik Amerika. Bersama-sama dengan Jules A. Hoffmann, beliau menerima separuh daripada Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2011, untuk "penemuan mereka mengenai pengaktifan imuniti semula jadi" (separuh lagi diberikan kepada Ralph M. Steinman untuk "diketahui sel dendritik dan peranannya dalam imuniti adaptif ").Beutler kini menjadi Pengarah Pusat Genetik Pertahanan Hos di Pusat Perubatan Southwestern Universiti Texas di Dallas, Texas.

Dallas

Dallas (jumlah penduduk 1.2 juta) merupakan bandar raya ketiga terbesar di negeri Texas serta kelapan terbesar di Amerika Syarikat. Ia merupakan pusat ekonomi kawasan metropolitan Dallas-Forth Worth yang didiami seramai 6.3 juta orang.

Houston

Houston [ˈhjuːstən, hiu-stĕn] ialah bandar raya keempat terbesar di Amerika Syarikat dan bandar raya terbesar di negeri Texas. Mengikut anggaran Bancian Amerika Syarikat pada tahun 2008, bandar raya ini diduduki oleh 2.2 juta orang dalam kawasan seluas 600 batu persegi (1,600 kilometer persegi). Houston ialah pusat pentadbiran Harris County dan pusat ekonomi kawasan metropolitan Houston–Sugar Land–Baytown, iaitu kawasan metropolitan keenam terbesar di A.S. dengan lebih 5.7 juta penduduk.

Houston diasaskan pada 30 Ogos 1836 oleh adik-beradik Augustus Chapman Allen dan John Kirby Allen di atas sebidang tanah berhampiran tebing Buffalo Bayou. Bandar raya ini diperbadankan pada 5 Jun 1837, dan dinamakan sempena Presiden Republik Texas ketika itu, iaitu bekas Jeneral Sam Houston yang pernah melibatkan diri sebagai komander dalam Pertempuran San Jacinto, yang berlangsung 25 batu (40 kilometer) di timur tapak bandar raya ini. Industri pelabuhan dan kereta api yang berkembang bersama penemuan minyak pada tahun 1901 telah meningkatkan bilangan penduduknya tanpa henti. Pada pertengahan abad ke-20, Houston menempatkan Pusat Perubatan Texas, iaitu kawasan penumpuan institusi penjagaan kesihatan dan penyelidikan yang terbesar di dunia, dan Pusat Angkasa Lyndon B. Johnson binaan NASA di mana terletaknya Pusat Kawalan Misi.

Dengan taraf bandaraya global beta, ekonomi Houston bertapak kukuh dalam sektor-sektor tenaga, perkilangan, aeronautik, pengangkutan, dan kesihatan di samping menjadi pusat utama pembinaan kelengkapan lapangan minyak; hanya Bandaraya New York yang lebih menempatkan ibu pejabat syarikat Fortune 500 dalam lingkungan batas sempadan kotanya. Port of Houston merupakan pelabuhan yang paling banyak tanan bawaan air antarabangsa dan kedua terbanyak tanan kargo yang diuruskan di Amerika Syarikat. Para penduduknya berbilang keturunan dan agamanya di samping komuniti antarabangsa yang semakin berkembang. Bandaraya ini menempatkan banyak institusi dan pameran kebudayaan yang menarik lebih 7 juta pengunjung setahun ke Houston Museum District. Houston juga berbangga dengan persada seni visual dan persembahan yang kaya di Theater District, tidak lupa juga merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya A.S. yang menawarkan syarikat setempat yang beroperasi sepanjang tahun untuk semua seni persembahan utama.

Jack St. Clair Kilby

Jack St. Clair Kilby (dilahirkan pada 8 November 1923 di Jefferson City, meninggal dunia 20 Jun 2005 di Dallas, Texas) ialah seorang jurutera elektrik Amerika Syarikat yang terkenal kerana mereka cipta (bersama Robert Noyce) litar bersepadu ketika bekerja di Texas Instruments (TI) pada 1958. Beliau juga merupakan pencipta kalkulator pegang dan pencetak terma.

Pada 10 Disember 2000 Jack Kilby dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik di Stockholm, Sweden sebagai tokoh pertama merekacipta litar bersepadu monolitik atau dikenali sebagai mikrocip.

James P. Allison

James Patrick Allison (lahir pada 7 Ogos 1948) ialah seorang ahli imunologi Amerika dan pemenang Nobel yang memegang jawatan sebagai profesor dan pengerusi imunologi dan Pengarah Eksekutif platform imunoterapi di Pusat Kanser MD Anderson di University of Texas. Penemuannya telah menyebabkan rawatan kanser baru untuk kanser yang paling dahsyat. Beliau juga merupakan pengarah Institut Penasihat Sains Penyelidikan Kanser (CRI). Beliau mempunyai minat yang lama dalam mekanisme pembangunan dan pengaktifan sel T, perkembangan strategi novel untuk imunoterapi tumor , dan diakui sebagai salah satu orang pertama yang mengasingkan protein kompleks reseptor antigen sel T. Pada tahun 2014, beliau dianugerahkan Hadiah Kejayaan dalam Sains Hayat; pada 2018, beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan bersama Tasuku Honjo.

Joseph L. Goldstein

Joseph Leonard Goldstein ForMemRS (lahir 18 April 1940) ialah ahli biokimia Amerika. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1985, bersama dengan penyelidik Universiti Texas, Michael Stuart Brown, untuk kajian mereka mengenai kolesterol. Mereka mendapati bahawa sel manusia mempunyai reseptor lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) yang menghilangkan kolesterol dari darah dan apabila reseptor LDL tidak hadir dalam bilangan yang mencukupi, individu-individu akan mengalami hiperkolesterolemia dan menjadi berisiko untuk penyakit berkaitan kolesterol, terutamanya jantung koronari penyakit. Kajian mereka membawa kepada perkembangan ubat statin.

Richard Smalley

Richard Errett Smalley (6 Jun 1943 - 28 Oktober 2005) ialah Profesor Kimia Gen dan Norman Hackerman dan Profesor Fizik dan Astronomi di Universiti Rice, di Houston, Texas. Pada tahun 1996, bersama-sama dengan Robert Curl, seorang profesor kimia di Rice, dan Harold Kroto, seorang profesor di Universiti Sussex, beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kimia untuk penemuan bentuk baru karbon, buckminsterfuleren, juga dikenali sebagai buckyballs. Beliau ialah penganjur nanoteknologi dan aplikasinya.

San Antonio

San Antonio (/ˌsænænˈtoʊni.oʊ/) merupakan sebuah bandar di selatan Texas dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Ia terkenal kubu Alamo, tempat pertempuran hebat dalam Perang Kemerdekaan Texas pada 1836.

San Antonio dinamakan sempena Anthony dari Padua, seorang santo Katolik dari Portugal.

Texas Instruments

Texas Instruments Inc. (TI) ialah sebuah syarikat teknologi Amerika yang merekabentuk dan mengeluarkan semikonduktor dan pelbagai litar bersepadu, yang dijual kepada pereka dan pengilang elektronik di seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Dallas, Texas, Amerika Syarikat. TI adalah salah satu daripada sepuluh syarikat semikonduktor di seluruh dunia, berdasarkan jumlah jualan. Fokus Texas Instruments adalah untuk membangunkan cip analog dan pemproses terbenam, yang menyumbang lebih daripada 80% pendapatan mereka. TI juga menghasilkan teknologi teknologi pemprosesan cahaya (DLP) TI dan produk teknologi pendidikan termasuk kalkulator, mikrokawalan dan pemproses pelbagai guna. Setakat ini, TI mempunyai lebih daripada 43,000 paten di seluruh dunia.TInstrumen Texas muncul pada tahun 1951 selepas penyusunan semula Geophysical Service Incorporated, sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 1930 bahawa peralatan pembuatan untuk digunakan dalam industri seismik, serta elektronik pertahanan. TI menghasilkan transistor silikon komersil pertama di dunia pada tahun 1954, dan direka dan mengeluarkan radio transistor pertama pada tahun 1954. Jack Kilby mencipta litar bersepadu pada tahun 1958 ketika bekerja di Laboratorium Penyelidikan Pusat TI. TI juga mencipta kalkulator yang dipegang pada tahun 1967, dan memperkenalkan mikrokontroler cip tunggal pertama (MCU) pada tahun 1970, yang menggabungkan semua unsur pengkomputeran ke satu bahagian silikon.Pada tahun 1987, TI mencipta peranti pemprosesan cahaya digital (juga dikenali sebagai cip DLP), yang berfungsi sebagai asas bagi teknologi DLP yang memenangi anugerah syarikat dan Cinema DLP. Pada tahun 1990, TI keluar dengan kalkulator TI-81 yang popular yang menjadikan mereka pemimpin dalam industri kalkulator grafik. Pada tahun 1997, perniagaan pertahanannya dijual kepada Raytheon, yang membolehkan TI memperkuat fokusnya pada penyelesaian digital. Selepas pemerolehan National Semiconductor pada 2011, syarikat itu mempunyai portfolio gabungan hampir 45,000 produk analog dan alat reka bentuk pelanggan, menjadikannya pembuat teknologi analog terbesar di dunia.

Negeri
Daerah persekutuan
Kawasan pulau
Pulau terpencil

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.