Tentera Laut Diraja Australia


Tentera Laut Diraja Australia atau Royal Australian Navy (RAN) merupakan sebuah cabang laut di dalam Pasukan Pertahanan Australia. Berikutan penyatuan koloni-koloni Australia pada tahun 1901, bekas pasukan tentera laut digabungkan bagi membentuk Pasukan Laut Komonwel. Bermula daripada angkatan ini, Tentera Laut Diraja Australia kemudian secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1913 bagi membentuk pasukan tentera laut baru bagi Komonwel Australia.

Tentera Laut Diraja terus menyokong RAN dan menyediakan tambahan keupayaan pertahanan laut biru di Pasifik sehingga awal tahun-tahun Perang Dunia II. Kemudian, pengembangan masa perang yang pantas menjadikan perolehan sejumlah besar kapal-kapal permukaan dan pembinaan banyak kapal-kapal perang dan bot peronda. Dalam dekad-dekad selepas perang, RAN telah memperoleh sejumlah kecil kapal pengangkut pesawat, yang terakhir pada tahun 1982.

Pada hariini, RAN adalah merupakan sebuah pasukan tentera laut terbesar dan paling canggih di kawasan Pasifik, dengan penglibatan penting di Lautan Hindi dan operasi-operasi di seluruh dunia bagi menyokong kempen-kempen ketenteraan dan misi-misi menjaga keamanan.

Vice Admiral Russell Crane kini merupakan Panglima Tentera Laut; beliau telah dilantik ke pangkat ini pada tahun 2008. Beliau telah mengantikan Vice Admiral Russ Shalders pada 4 Julai, 2008.[1]

Tentera Laut Diraja Australia
Naval Ensign of Australia

Panji Tentera Laut Diraja Australia
Aktif 1913–kini
Negara Australia Australia
Jenis Tentera laut
Sebahagian daripada Pasukan Pertahanan Australia
Perang/pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Perang Korea
Darurat Tanah Melayu
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Perang Vietnam
Perang Teluk
Perang di Afghanistan
Perang Iraq
Komander
Panglima Pasukan Pertahanan Ketua Marshal Udara Angus Houston AC, AFC
Panglima Tentera Laut Vice Admiral Russell Crane AM, CSM

Rujukan

  1. ^ Ministerial media release[1] accessed 14 June 2008

Pautan luar

Templat:RAN Templat:Australian Defence Force

10 Februari

10 Februari merupakan hari ke-41 dalam kalendar Gregory. Tinggal 324 hari (atau 325 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.

AgustaWestland AW109

AgustaWestland AW109 (dahulunya A109) adalah sebuah helikopter yang dikeluarkan oleh Agusta (kini AgustaWestland) dari Itali. A109 adalah sebuah helikopter pelbagai guna, berat ringan dan memiliki enjin berkembar. Ia mampu memuatkan seramai 8 orang penumpang. Versi berenjin tunggal iaitu AW119 Koala kini sedang dibangunkan.

Anthony Monckton Synnot

Laksamana Sir Anthony Monckton Synnot KBE, AO, JMN ialah seorang laksamana Tentera Laut Diraja Australia dan pernah menjadi panglima angkatan tentera Australia. Beliau juga pernah menjadi Ketua Turus Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1962. Jawatan itu kini dikenali sebagai Panglima Tentera Laut.

Force Z

Force Z adalah sebuah detasmen kapal Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut Diraja Australia terdiri daripada kapal perang HMS Prince of Wales, penjajap tempur HMS Repulse dan empat buah kapal pembinasa, HMS Electra, HMS Express, HMS Tenedos, dan HMAS Vampire. Force Z diletakkan di bawah pemerintahan Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips, seorang pegawai ternama Tentera Laut Diraja British.

Force Z dihantar ke Singapura bagi mengukuhkan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu dan mengelakkan serangan penaklukan oleh pihak Jepun. Pasukan ini tiba di Singapura pada 2 Disember 1941.

Apabila menerima laporan bahawa pasukan serangan Jepun sedang bergerak ke arah Semenanjung Tanah Melayu, Laksamana Tom Phillips membawa Force Z ke arah utara untuk berdepan dengan pasukan laut Jepun tersebut. Tetapi pada 10 Disember 1941, Force Z telah diserang oleh kapal terbang pengebom Jepun. HMS Prince Of Wales dan HMS Repulse ditenggelamkan. 840 orang pegawai dan kelasi daripada kedua-dua kapal berkenaan terbunuh, termasuk Laksamana Tom Phillips yang tenggelam bersama-sama kapal Laksamana, HMS Prince of Wales.

Frigat Kelas Anzac

Frigat Kelas Anzac adalah unit-unit permukaan utama bagi Tentera Laut Diraja Australia (RAN) dan Tentera Laut Diraja New Zealand (RNZN). Kapal-kapal ini dibina berdasarkan rekabentuk ubahsuai MEKO Type 200 buatan Jerman. Terdapat 10 buah kapal kesemuanya di dalam kelas ini, di mana lapan darinya berkhidmat dengan RAN dan dinomborkan bermula dari FFH 150 - FFH 157. Dua buah lagi berada di dalam berkhidmatan dengan RNZN dan bernombor F77 dan F111.

Frigat Kelas Oliver Hazard Perry

Frigat Kelas Oliver Hazard Perry adalah sebuah kelas frigat yang dinamakan bersempena Komodor Oliver Hazard Perry, seorang wira Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Pertempuran Tasik Erie. Frigat ini juga dikenali sebagai kelas Perry atau FFG-7. Kapal perang ini asalnya direka oleh Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1970-an sebagai sebuah kapal pengiring pelbagai guna yang tidak mahal yang akan dibina dalam jumlah yang besar bagi mengantikan kapal pembinasa dari era Perang Dunia II. Sebanyak 55 buah kapal telah dibina di Amerika Syarikat: 51 buah untuk Tentera Laut A.S dan empat buah untuk Tentera Laut Diraja Australia. Sebagai tambahan, lapan buah kapal dibina di Republik China (Taiwan), enam di Sepanyol dan dua di Australia untuk kegunaan armada-armada tentera laut mereka. Kapal perang bekas Tentera Laut A.S dari kelas ini juga ada yang dijual atau didermakan kepada tentera laut dari Bahrain, Mesir, Poland, dan Turki.

Frigat kelas Adelaide

Frigat Kelas Adelaide adalah sekumpulan enam buah kapal frigat peluru berpandu yang dibina di Australia dan Amerika Syarikat untuk Tentera Laut Diraja Australia. Kelas ini merupakan terbitan dari frigat kelas Oliver Hazard Perry yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, tetapi diubahsuai untuk memenuhi keperluan Australia. Empat buah kapal pertama telah dibina di Amerika Syarikat, sementara dua buah lagi dibina di Australia.

Kapal pertama mula memasuki perkhidmatan pada bulan November 1980, dan empat daripada enam buah kapal masih aktif setakat tahun 2010. Canberra dan Adelaide telah dilucutkan tauliah pada tahun 2005 dan 2008, serta dijadikan tukun tiruan: pelucutan tauliah kapal-kapal ini dilakukan bagi memberi laluan tingkat upaya senjata dan kelengkapan bernilai AU$1 bilion pada empat buah kapal yang masih ada.

HMAS Australia (D84)

HMAS Australia (D84), dilancarkan pada tahun 1927, adalah merupakan sebuah penjajap berat Kelas County yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Kapal ini dipercayai menjadi kapal pertama yang dirosakkan dalam satu serangan kamikaze, dan memiliki rekod seri dengan USS Laffey bagi kapal yang paling banyak diserang oleh kamikaze.

KRI Sigurot

KRI Sigurot (864) merupakan sebuah kapal perang milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) dari kelas Sibarau. Ia dahulunya adalah HMAS Assail (P-89) sebuah kapal peronda Kelas Attack milik Tentera Laut Diraja Australia (RAN). KRI Sigurot memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Sigurot dibina oleh Evans Deakin, Ltd., Australia. Ia dilancarkan pada 1968.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Sibarau, KRI Siliman, KRI Sigalu, KRI Silea, KRI Siribua, KRI Siada dan KRI Sikuda. KRI Sigurot mempunyai 22 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Sigurot dilengkapi untuk misi pertempuran permukaan ke permukaan di laut.

Kapal KRI Sigurot sepanjang 32.76 m; 6.2 meter * 1.9 meter ( 107.5 kaki panjang * 20.3 kaki * 6.2 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 21 batu nautikal. KRI Sigurot mempunyai seseran 146 tan penuh atau 115 tan ketika kosong.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

Kapal selam Kelas Collins

Kapal selam Kelas Collins merupakan satu kelas yang terdiri daripada enam buah kapal selam berkuasa diesel-elektrik yang dibina dan dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Australia. Kelas-Collins mendapat namanya dari Timbalan Laksamana John Augustine Collins; kesemua enam buah kapal selam telah dinamakan bersempena nama anggota Tentera Laut Diraja Australia yang penting dan terkenal semasa Perang Dunia II. Kapal selam ini sekarang merupakan kapal selam konvensional yang terbesar di dunia, dan menjadi kapal selam yang pertama dibina di Australia, secara tidak langsung membawa peningkatan di dalam industri Australia.

Kapal selam Kelas Oberon

Kapal selam Kelas Oberon merupakan satu kelas kapal selam berkuasa diesel-elektrik yang terdiri dari 27 buah kapal selam buatan Britain yang mana rekabentuknya adalah berdasarkan pada Kelas-Porpoise.

Sebanyak 13 buah kapal selam telah dibina untuk Tentera Laut Diraja, sementara 14 buah lagi dibina dan dieksport ke luar negara iaitu: enam buah kepada Tentera Laut Diraja Australia, tiga buah kepada Tentera Laut Diraja Kanada (kemudian Perintah Maritim Tentera Kanada) dengan kemudiannya dua buah tambahan kapal selam milik Britain ditambah, tiga buah kepada Tentera Laut Brazil dan dua buah kepada Tentera Laut Chile.

Sehingga tahun 2006, sekurang-kurang 14 buah kapal selam Kelas-Oberon disahkan masih tinggal dalam beberapa bentuk: tujuh buah sebagai muzium kapal atau tarikan pelancong, dua buah dipulihara dalam sebagaian bentuk monumen, sementara lima buah yang lain ditukarkan menjadi muzium kapal, atau menunggu masa untuk dilupuskan.

Komodor

Komodor atau Commodore ialah pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut. Ia digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British, Tentera Laut Diraja Australia dan kebanyakan tentera laut negara-negara Komanwel. Satu ketika dahulu, Tentera Laut Diraja Malaysia juga menggunakan pangkat ini tetapi telah digantikan dengan pangkat Laksamana Pertama. Dari segi istilah maritim, Komodor ialah Kepten Kanan ataupun Senior Captain justeru bukan seorang Laksamana mahupun Pegawai Berbendera. Dalam Tentera Laut Amerika pula Komodor ialah lantikan sementara, dan bukannya satu pangkat tetap. Apabila kapal-kapal disusun di dalam sebuah skuadron, dan jika tiada seorang Laksamana, maka Kepten yang paling kanan dilantik menjadi Komodor bagi mengetuai pasukan itu. TLDM mempunyai jawatan yang berfungsi seperti komodor Tentera Laut Amerika, dipanggil Pegawai Kanan Armada atau Senior Officer Afloat (SOFA).

NHI NH90

NHI NH90 merupakan sebuah helikopter tentera pelbagai peranan, bersaiz sederhana, enjin berkembar dan berteknologi fly-by-wire yang dikeluarkan oleh NHIndustries. Helikopter NH90 boleh diterbangkan oleh hanya seorang juruterbang dan direka untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca, pada waktu siang dan malam. Ia telah dipesan oleh beberapa negara dan mula memasuki perkhidmatan sejak 2007.

Panglima Tentera Laut

Panglima Tentera Laut (Tulisan Jawi: ڤڠليما تنترا لاوت; singkatan: PTL) ialah ketua bagi perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak selepas Merdeka hingga kini kita telah mempunyai 15 orang panglima. Pada mulanya Panglima Tentera Laut terdiri dari pegawai-pegawai dari Tentera Laut Diraja British dan Tentera Laut Diraja Australia. Hanya pada tahun 1967, Komodor (Commodore) Dato' K.Thanabalasingam, anak watan pertama dilantik ke jawatan ini.

Pegawai Juruterbang

Pegawai Juruterbang (Pilot Officer atau Plt Off dalam RAF; PLTOFF dalam RAAF dan RNZAF; kadang kala P/O dalam semua cabang perkhidmatan, dan masih kerap digunakan dalam RAF) ialah pangkat pegawai terbawah dalam Tentera Udara Diraja dan tentera udara banyak negara-negara Komanwel yang lain. Ia berkedudukan rapat dibawah Pegawai Pesawat. Ia lazimnya menandakan seseorang pegawai yang telah dipilih masuk sebagai pegawai kemasukkan terus bukan siswazah, kerana mereka yang mempunyai ijazah biasanya berkhidmat hanya seminggu di pangkat ini selepas tamat pengajian dari Maktab RAF Cranwell. Sesetengah pegawai bertauliah baru telah memegang pangkat gred paling terbawah iaitu Pemangku Pegawai Juruterbang.

Ia mempunyai kod pangkat OF-1 NATO dan setaraf dengan Leftenan Muda dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Tentera Laut Diraja tidak mempunyai pangkat setara yang tepat, dan pangkat Pegawai Juruterbang lebih tinggi daripada Pegawai Kadet Kanan Tentera Laut Diraja dan berada lebih rendah dari Leftenan Muda Tentera Laut Diraja. Dalam Angkatan Tentera Australia, pangkat Pegawai Juruterbang adalah setaraf dengan Pemangku Leftenan Muda dalam Tentera Laut Diraja Australia.

Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force (WAAF) ialah "asistan pegawai seksyen".

Projek pengantian kapal selam Kelas Collins

Projek pengantian kapal selam Kelas Collins adalah merupakan satu usaha oleh Tentera Laut Diraja Australia atau Royal Australian Navy (RAN) bagi mengantikan enam buah kapal selam Kelas-Collins dengan 12 buah kapal selam baru yang direka dan dibina oleh Australia pada tahun 2025. Projek ini dianggarkan akan menelan kos sehingga $A25 bilion, satu projek perolehan termahal yang pernah dikendalikan oleh kerajaan Australia.

Pada bulan Disember 2007, Menteri Pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon, telah memberikuasa kepada RAN bagi memulakan perancangan projek. Sebuah pejabat projek telah diwujudkan pada bulan Oktober 2008 dan projek ini telah diberi designasi sebagai SEA 1000. Di dalam Kertas Putih Pertahanan 2009, kerajaan Australia mengesahkan niat mereka untuk menggandakan armada kapal selamnya kepada 12 buah bagi mengimbangi peningkatan jumlah kapal selam di kawasan Australia.

Sikorsky SH-60 Seahawk

Sikorsky SH-60/MH-60 Seahawk adalah sebuah helikopter maritim pelbagai misi dengan enjin turbin aci berkembar yang kini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Seahawk dibangunkan berasaskan kerangka helikopter UH-60 Black Hawk yang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan terbitan daripada keluarga Sikorsky S-70. Antara pengubahsuaian yang paling penting adalah ekornya yang boleh dilipat bagi mengurangkan keluasan yang diperlukan semasa di atas kapal.

Tentera Laut A.S. menggunakan kerangka H-60 dengan designasi model SH-60B, SH-60F, HH-60H, MH-60R, dan MH-60S. Seahawk boleh diatur gerak daripada sebarang kapal dari jenis frigat, pembinasa, penjajap, kapal sokongan tempur laju, kapal serangan amfibia atau kapal pengangkut pesawat. Antara peranan dan misi yang boleh dilaksanakan oleh Seahawk adalah peperangan anti-kapal selam (ASW), peperangan bawah laut (USW), peperangan anti permukaan (ASUW), peperangan khas laut (NSW), Cari dan Selamat (SAR), Cari dan Selamat Tempur (CSAR), vertical replenishment (VERTREP) dan pengeluaran perubatan (MEDEVAC). Kesemua helikopter H-60 tentera laut boleh membawa sama ada tali menyelamat Lucas Western atau Breeze Eastern untuk misi SAR/CSAR.

Sistem Tempur Aegis

Sistem Tempur Aegis adalah sebuah sistem persenjataan bersepadu tentera laut buatan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh Divisyen Radar Permukaan dan Peluru Berpandu, RCA yang kini dikeluarkan oleh Lockheed Martin. Ia menggunakan komputer dan teknologi yang berkuasa untuk menjejak dan memacu senjata panduan untuk memusnahkan sasaran musuh.

Asalnya, ia digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, kini Aegis juga digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, Tentera Laut Sepanyol, Tentera Laut Diraja Norway, Tentera Laut Republik Korea dan Tentera Laut Diraja Australia. Lebih daripada 100 buah kapal telah dipasang dengan sistem Aegis. Ia juga merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan peluru berpandu yang digunakan oleh NATO di Eropah.

Teluk Jervis

Teluk Jervis ( atau tempatan ) adalah teluk lautan dan kampung 102-kilometer-persegi (39 bt persegi) di pantai selatan New South Wales, Australia, dikatakan memiliki pasir paling putih di dunia.Kawasan seluas 70-kilometer-persegi (27 bt2) di seluruh selatan tanjung teluk ialah wilayah Komanwel Australia dikenali sebagai Wilayah Teluk Jervis. Pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Creswell, terletak dalam Wilayah Teluk Jervis di antara Kampung Teluk Jervis dan Greenpatch Point.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.