Tentera Darat Mesir

Tentera Darat Mesir adalah cabang terbesar dalam Angkatan Tentera Mesir. Kekuatannya dianggarkan seramai kira-kira 468,000 orang, selain sekitar 480,000 anggota simpanan dengan jumlah kekuatan seramai 948,000 orang.[2] Pasukan tentera darat moden telah diasaskan pada tahun 1830-an, dan pada kurun ke-20 melalui empat peperangan dengan Israel iaitu pada tahun 1948, 1956, 1967, dan 1973. Pada tahun 1991, Tentera Darat Mesir telah mengambil bahagian dalam Operasi Ribut Padang Pasir, satu operasi untuk membebaskan Kuwait dari pendudukan Iraq.

Egyptian Army
Flag of the Army of Egypt

Panji Tentera Darat Mesir
Ibu pejabat Heliopolis
Kepimpinan
Komander Tertinggi Hosni Mubarak, Presiden Mesir
Menteri Pertahanan Fil Marshal Mohamed Hussein Tantawi
Usia masuk tentera 18-49 tahun
Pengerahan 1-3 tahun (bergantung pada tahap pendidikan)
Sedia berkhidmat
dalam tentera
18,347,560, usia 18–49 (2005)
Sesuai untuk
berkhidmat
15,540,234, usia 18–49  (2005)
Capaian usia masuk
tentera tahunan
802,920 (2005) (2005)
Kakitangan aktif 450,000 (Kedudukan ke-11)
Perbelanjaan
Bajet AS$ 5.85 bilion (2009) + AS$1.3 bilion dalam bentuk bantuan ketenteraan (tahunan) [1]
Peratusan KDNK ~3.12% (2009)
DF-SD-03-04442
Ifantri Mesir semasa Operasi Bintang Terang

Rujukan

  1. ^ http://www.janes.com/articles/Janes-Sentinel-Security-Assessment-North-Africa/Defence-budget-Egypt.html
  2. ^ International Institute for Strategic Studies, The Military Balance 2006, p.183

Bacaan lanjut

Templat:Military of Egypt

Akademi Tentera Mesir

Akademi Tentera Mesir (Bahasa Arab: الكلية الحربية‎) merupakan akademi ketenteraan tertua dan terkemuka di Mesir dan Afrika. Secara tradisinya, akademi ini mentauliahkan pegawai Tentera Darat Mesir. Namun, mereka turut menyediakan untuk cabang lain dalam pembinaan tentera Mesir.

Kolonel Jeneral

Kolonel Jeneral ialah pangkat tiga bintang atau empat bintang dalam sesetengah tentera darat, biasanya setaraf dengan jeneral penuh dalam tentera darat lain. Korea Utara dan Rusia telah menggunakan pangkat tersebut di sepanjang sejarah mereka. Pangkat ini juga berkait rapat dengan Jerman, dimana Generaloberst dahulunya adalah pangkat lebih tinggi dari Jeneral penuh tetapi dibawah Generalfeldmarschall.

M1 Abrams

M1 Abrams adalah sebuah kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. M1 dinamakan sempena nama Jeneral Creighton Abrams, bekas Ketua Staf dan komander bagi Rejimen Armor ke-37. Kereta kebal ini lengkap bersenjata, berperisai kuat, dan kereta kebal yang mempunyai mobiliti tinggi yang direka untuk menghadapi peperangan armor darat yang moden. Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa, penggunaan armor komposit yang canggih, dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew. Ia merupakan antara kereta kebal terberat yang berada dalam perkhidmatan, iaitu seberat hampir 70 tan.

M1 Abrams memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, untuk mengantikan kereta kebal M60 Patton dan M48A5. M1 Abrams bagaimanapun telah berkhidmat bersama-sama dengan M60A3 yang dipertingkatkan selama sedekad, bermula pada tahun 1978. 3 versi utama M1 Abrams telah dihasilkan iaitu M1, M1A1, and M1A2, yang menggabungkan persenjataan, perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan. Peningkatan ini termasuk juga tingkat upaya berkala yang dilakukan terhadap kereta kebal sedia ada telah memanjangkan jangka hayat perkhidmatan untuk membolehkannya diaturgerak ke barisan tempur hadapan. Secara prinsipnya, M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Darat Mesir, Tentera Darat Kuwait, Tentera Darat Arab Saudi, dan Tentera Darat Australia.

Mortar M120

Mortar M120 adalah sejenis mortar berkaliber 120 mm yang dibangunkan oleh syarikat Soltam Systems dari Israel. Ia merupakan terbitan terkini daripada mortar M-65 dan telah mengantikan M30 berkaliber 107 mm di dalam unit-unit infantri dan berperisai Tentera Darat Amerika Syarikat. Ia adalah lebih ringan daripada M30, jarak lebih jauh, dan menembak pada kadar 4 butir setiap minit sedangkan hanya tiga butir pada mortar M30.

Senarai tentera udara

Senarai tentera udara ini disusun mengikut huruf abjad. Nama negara dalam huruf italik menandakan bahawa ia secara umumnya tidak diakui oleh antarabangsa sebagai sebuah negara merdeka, meskipun berjaya menubuhkan perkhidmatan aktif udara.

Sistem Pelancar Roket Berganda M270

Sistem Pelancar Roket Berganda M270 (SPRB M270) adalah merupakan sebuah pelancar roket berganda dan dikelaskan sebagai artileri roket. M270 telah dikeluarkan oleh syarikat Lockheed Martin dari Amerika Syarikat dan Diehl BGT Defence dari Jerman. Sistem roket pertama telah diserahkan kepada Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1983. Sistem ini kemudian digunakan secara meluas di negara-negara NATO di Eropah. 1,300 unit sistem M270 telah dikilangkan bersama-sama dengan 700,000 roket. Sistem ini juga digunakan di dalam Perang Teluk, di mana ia berjaya membuktikan ia sebagai satu sistem senjata yang pratikal dan berkesan. Pengeluaran M270 ditamatkan pada tahun 2003, dengan penghantaran kumpulan terakhir dibuat kepada Tentera Darat Mesir.

The Ten Commandments (filem 1956)

The Ten Commandments ("Sepuluh Rukun") ialah sebuah filem sejarah agama berbahasa Inggeris tahun 1956 arahan Cecil B. DeMille untuk produksi Paramount Pictures. Ia merupakan filem yang menggambarkan riwayat hidup Nabi Musa menurut kepercayaan agama Kristian didasarkan kepada penceritaan dalam Kitab Keluaran serta juga beberapa buku lain termasuk Prince of Egypt karya Dorothy Clarke Wilson, Pillar of Fire karya J.H. Ingraham dan On Eagle's Wings karya A.E. Southon; ia sendiri merupakan pembikinan semula filem berjudul sama diarahkan beliau pada tahun 1923.

Filem ini dibikin menggunakan teknologi VistaVision (dengan pewarnaan sistem Technicolor. Ia merupakan karya terakhir dan terkenal Cecil DeMille. Ia merupakan filem termahal dibuat pada ketika itu dengan latar paling besar pernah dibina untuk pembikinannya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.