Teknologi

Teknologi (Tulisan Jawi: تيكنولوڬي) merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

link=Portal:{{{1}}} Portal Teknologi
Bruce McCandless II during EVA in 1984
Teknologi pertengahan abad ke-20: teknologi angkasa lepas.

Teknologi dalam ideologi

Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

Rujukan

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera
Batu Rakit

Batu Rakit ialah sebuah mukim dan bandar kecil di daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Batu Rakit mendapat namanya daripada pembentukan batu yang berbentuk rakit yang terletak berhampiran pantainya.

Terdapat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Institut Teknologi Petronas Batu Rakit (INSTEP) di sini.

Cereka sains

Cereka sains atau fiksyen sains (Bahasa Inggeris: science fiction, dipendekkan sebagai SF atau sci-fi) merupakan satu genre cereka luas yang sering melibatkan spekulasi berdasarkan sains dan teknologi sekarang dan masa hadapan. Cereka sains sering mengetengahkan kesan teknologi kepada individu manusia, masyarakat, negara dan dunia. Boleh dijumpai dalam buku, seni, televisyen, filem, permainan video, teater dan media lain.

Dalam konteks organisasi atau pemasaran, cereka sains boleh sinonim dengan makna yang lleih luas bagi cereka spekulatif, melingkungi karya kreatif yang mengandungi unsur imaginatif yang tidak ditemui dalam realiti kontemporari; ini termasuklah fantasi dan seram.

Elektronik

Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau sebarang partikel bercaj elektrik. Ia adalah sebahagian daripada cabang sains dan teknologi yang melibatkan litar elektrik serta komponen elektrikal aktif seperti tiub vakum, transistor, diod dan litar bersepadu. Sifat bukan linear komponen-komponen ini serta kemampuannya mengawal aliran elektron membolehkan penguatan isyarat lemah dapat dilakukan dan sering diaplikasikan dalam telekomunikasi dan pemprosesan isyarat. Elektronik berbeza dengan elektrikal dan elektrik mekanikal yang melibatkan penjanaan, pengagihan, pensuisan dan penyimpanan dan penukaran disamping menggunakan banyak menggunakan peralatan seperti wayar, motor, generator, bateri, suis, transformer, perintang dan pelbagai komponen pasif. Perbezaan antara elektrikal dan elektronik ini bermula pada tahun 1906 apabila Lee De Forest telah berjaya merekacipta triod yang pertama, ini membawa kepada kemampuan untuk menguatkan isyarat radio dan isyarat audio tanpa menggunakan peranti bukan mekanikal. Sebelum dekad 1950-an, bidang ini dipanggil sebagai teknologi radio kerana penggunaannya menggunakan prinsip rekabentuk dan teori pancaran gelombang radio, penerimaan gelombang radio dan juga tiub vakum.Pada hari ini, kebanyakan peralatan elektronik menggunakan komponen semikonduktor untuk melakukan pengawalan elektron. Pengajian mengenai peranti semikonduktor dan juga teknologi yang berkaitan dengannya adalah termasuk di dalam bidang fizik keadaan pepejal. Untuk rekabentuk dan pembinaan litar elektronik untuk menyelesaikan masalah secara praktikal pula, ia termasuk di dalam bidang kejuruteraan elektronik.

Sesetengah orang mengkaji bagaimana peranti sedemikian berfungsi secara am, sebagai sebahagian dari fizik.

Sesetengah yang lain mereka dan membina litar elektronik untuk menyelesaikan masalah praktikal. Ini merupakan sebahagian tugas jurutera elektrik, elektronik dan jurutera komputer.

Geografi

Geografi (Tulisan Jawi: ڬيوڬرافي) ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Hospital Besut

Hospital Besut merupakan sebuah hospital yang terdapat di bandar Jerteh, Terengganu. Hospital ini terletak 1 km dari pusat bandar Jerteh, 115 km dari Hospital Kuala Terengganu, 62 km dari Hospital USM Kubang Krian dan 60.2 km dari Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Hospital Besut memberi perkhidmatan kepada penduduk daerah Besut, sebahagian dari penduduk daerah Setiu dan daerah Pasir Puteh, Kelantan. Hospital ini adalah hospital yang mempunyai 140 katil dan ia adalah hospital daerah yang tiada perawatan pakar, hanya menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam.

Pesakit yang memerlukan pakar dirujuk di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu atau Hospital Kota Bharu,di kubang kerian Kelantan.

Perkhidmatan yang terdapat di Hospital Besut termasuk:

Perkhidmatan Klinikal

• Unit Pengimejan Diagnostik

• Unit Perkhidmatan Patologi

• Unit Farmasi dan Bekalan

• Unit Kecemasan

• Unit Pesakit dalam

• Unit fisioterapi

• Unit Pesakit Luar

Perkhidmatan Bukan Klinikal

• Unit Rekod Perubatan

• Unit Pentadbiran

• Unit Teknologi Maklumat

Jementah

Jementah adalah pekan Kecil yang terletak paling barat di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Lokasinya terletak lebih kurang 21 km dari bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan. Jementah adalah pekan ketiga terbesar di daerah Segamat selepas Bandar Segamat dan Labis. Lebih kurang 10 km dari Jementah terletak Universiti Teknologi MARA Kampus Johor yang menjadikan Segamat sebagai pusat pendidikan kedua terpenting di Johor selepas Skudai.

Jementah juga adalah tempat berlakunya perang saudara pertama dalam sejarah Johor iaitu Perang Saudara Jementah pada 25 Oktober 1879.

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) (Tulisan Jawi: كمنترين تناڬ، ساءينس، تيكنولوڬي، عالم سكيتر دان ڤروبهن اقليم) merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk hasil susunan semula tiga kementerian selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14). MESTECC terdiri daripada keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

MESTECC diterajui oleh YB Yeoh Bee Yin, selaku Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan YB Isnaraissah Munirah Majlis selaku Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018.

Koridor Raya Multimedia

Koridor Raya Multimedia (Inggeris: Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.

Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.Dengan ukuran kira-kira 15 kilometer lebarnya dan 50 kilometer panjangnya, yakni seluas 750 kilometer persegi, zon ini terbentang dari Menara Kembar Petronas di utara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di selatan dan merangkumi bandar-bandar Putrajaya dan Cyberjaya.

Juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.

Lawatan Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC.

Lunas, Kedah

Lunas juga merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di selatan Kedah, Malaysia, bersempadan dengan negeri Pulau Pinang seperti Kulim. Lunas juga dikira sebahagian daripada daerah Kulim. Di sini terdapat kampung Cina.

Tegasnya, pekan Lunas ini juga boleh dikatakan sebagai 'bandar membaca'. Lunas juga sangat berdekatan dengan Bukit Mertajam seperti Jawi, Pulau Pinang dengan Parit Buntar. Lunas juga sangat berdekat dengan Ara Kuda, negeri Pulau Pinang.

Sebaliknya, wakil rakyat Lunas adalah dimasukkan ke dalam kawasan parlimen Padang Serai semasa pilihan raya. Kedudukan Lunas adalah terletak di persimpangan ketiga terakhir di Lebuhraya Butterworth-Kulim sebelum persimpangan Sg. Seluang atau Kawasan Perindustrian Kulim dan persimpangan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Lebuhraya Butterworth-Kulim ini sepatutnya adalah tamat di kawasan Lunas, bukannya dekat dengan bandar Kulim. Persimpangan Lunas di BKE boleh dikatakan terletak jauh lagi dari bandar Kulim. Perjalanan bandar Kulim untuk sampai di persimpangan Lunas BKE adalah kira-kira 8km lagi. Sebuah kawasan perumahan yang bernama Kulim Square juga terletak di Jalan Lunas. Sebuah pekan lagi iaitu Paya Besar juga adalah di bawah kawasan Lunas.

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press merupakan sebuah syarikat penerbitan buku di Malaysia

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsهل

يوروومچ

زنلث

لتغاتسa atau International Air Transport Association atau singkatannya IATA adalah satu organisasi perdagangan antarabangsa yang beribu pejabat di Montreal, Quebec, Kanada.

IATA menentukan Kod untuk lapangan terbang (3-huruf, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: KUL) dan penerbangan-penerbangan (2-huruf, seperti Penerbangan Malaysia: MH). ICAO juga menentukan kod-kod ini.

Seremban 3

Seremban 3 ialah sebuah bandar satelit terletak hampir 6 kilometer di barat daya pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Seremban 3 kini mempunyai pusat pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara kampus Seremban. Selain itu, Seremban 3 juga akan mempunyai membeli-belah popular iaitu UniCity Mall dan ia sedang dalam pembinaan. Seremban 3 terletak berhampiran dengan Rasah Jaya dan terletak di kawasan parlimen P 130 Rasah dan N23 Mambau.

Seri Iskandar

Seri Iskandar merupakan sebuah bandar baru yang pesat membangun yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Ianya berdekatan dengan pekan Bota, Bota Kanan, dan Tronoh. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan kampus Universiti Sains Malaysia cawangan Negeri Perak. USM Cawangan Negeri Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.

Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini dan akan dijadikan bandar pentadbiran kerajaan negeri menjelang tahun 2030.

Teknologi maklumat

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu

Telefon bimbit berkamera

Nama telefon kamera atau camphone diberikan kerana telefon berkenaan didatangkan bersama kamera dalam satu rekaan. Fungsinya bukan saja untuk menangkap gambar, malahan mampu memindahkan imej berkenaan ke telefon lain.

Sharp Corporation melancarkan telefon kamera pertama seumpamanya di dunia iaitu di Jepun pada November 2000. Model yang dikenali J-SH04, menawarkan mesin pengimbas imej sehingga 110,000 piksel.

Kejayaan camphone mula berkembang selepas itu, khususnya bagi tujuan pengiklanan dan pada hari ini begitu banyak pengeluar telefon bimbit akan mengadakan sekurang-kurangnya satu camphone dalam setiap rekaan.

Tronoh

Tronoh merupakan sebuah bandar di bawah pentadbiran daerah Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Bandar yang hampir dengan Tronoh ialah Seri Iskandar, Batu Gajah , Kampung Gajah, Bota Kanan dan Tanjung Tualang.

Tronoh merupakan bandar yang dibangunkan semula dengan adanya Universiti Teknologi Petronas.

Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang keseluruhan berjumlah 35 kampus. Dengan 17,488 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. UiTM merupakan rumah kepada seramai 170,514 pelajar (tempatan, bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.

Waktu Piawai Jepun

Waktu Piawai Jepun (日本標準時, Nihon hyōjunji) (bahasa Inggeris: Japan Standard Time, disingkat JST) ialah zon waktu yang digunakan di seluruh Jepun, dengan perbezaan waktu sebesar UTC+9:00. Nama rasminya adalah "Waktu Piawai Bahagian Tengah" (Chūō hyōjunji). Tidak ada waktu musim panas (DST) di Jepun, walaupun pengenalannya telah diperdebatkan beberapa kali.

Waktu piawai Jepun didasarkan pada jam atom milik Badan Nasional Teknologi Informasi dan Komunikasi (Jōhō Tsūshin Kenkyū Kikō). Sebelumnya, Waktu Piawai Jepun dihitung berdasarkan waktu matahari rata-rata setempat di Planetarium Perbandaran Akashi yang terletak di kota Akashi, Wilayah Hyōgo. Planetarium Akashi dilewati longitud 135° T dan pernah memiliki jam besar yang menunjukkan Waktu Piawai Jepun. Akibat gempa bumi Kobe 1995 tahun 1995, jam tersebut rosak dan sekarang menjadi barang pameran di Universiti Kobe Gakuin. Jam besar yang sekarang terpasang di atas menara Planetarium Perbandaran Akashi merupakan hadiah dari syarikat jam Seiko.

Waktu musim panas (DST) pernah berlaku di Jepun antara tahun 1948 hingga tahun 1951. Pada tahun-tahun tersebut, waktu musim panas dimulai Sabtu minggu pertama bulan Mei hingga Sabtu minggu kedua bulan September, dengan pengecualian waktu musim panas tahun 1949 yang dimulai bulan April.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.