Tanah runtuh

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Landslide
Tanah runtuh di Pakistan

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:

  • hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
  • letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
  • Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
  • pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.

Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walau bagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

runtuhan salji menyerupai dari segi mekanisma dengan tanah runtuh dan membabitkan sejumlah besar air batu, salji dan batu yang jatuh dengan pantas dari sisi gunung. Biasanya air batu terkumpul di tubir (cornices) atau di atas lapisan salji lemah, menimbulkan bahaya runtuhan salji.

Aliran piroklastik (pyroclastic) berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas daripada gunung berapi yang meletus.

Sejarah Tanah Runtuh

Lihat juga

  • buangan banyak (mass wasting)
  • kejuruteraan geoteknikal
  • kestabilan cerun

Rujukan

  • First-draft text taken from USGS fact sheet, public domain

Pautan luar

26 Syaaban

26 Syaaban merupakan hari ke-236 dalam kalendar Hijriah.

27 Rabiulakhir

27 Rabiulakhir merupakan hari ke-117 dalam kalendar Hijriah.

6 Rabiulawal

6 Rabiulawal merupakan hari ke enam puluh enam dalam kalendar Hijriah.

Bukit Antarabangsa

Bukit Antarabangsa merupakan sebuah bandar yang terletak di Ampang, Ulu Klang, Selangor, Malaysia.

Bukit Fraser

Bukit Fraser (Bahasa Cina: 福隆港, Bahasa Tamil: பிரேசர்_மலை) terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, bukit ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah candu dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimenkan. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tiada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan, banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan. Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu. Menariknya tandas awam beroperasi 24 jam dan bersih.Filem Misteri Dilaila (2019) terbitan Skop Productions dan Astro Shaw pernah menjalani penggambaran di Bukit Fraser.

Daerah Simunjan

Simunjan adalah salah sebuah daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,077 km persegi. Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching dengan menggunakan jalan darat dan 103 km melalui jalan air (sungai). Sebuyau dan Gedong adalah di bawah Pentadbiran Daerah Simunjan

Maktab Rendah Sains MARA Bentong

Maktab Rendah Sains MARA Bentong (singkatan: MRSM Bentong) merupakan sebuah MRSM yang terletak di Bentong, Pahang.

Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis

Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis berlaku pada 21 Oktober 1993, berdekatan Pantai Remis di Perak, Malaysia. Runtuhan ini berlaku di sebuah bekas lombong dedah timah berdekatan dengan pantai. Kawasan di Malaysia ini dikenali dengan industri perlombongan timah. Sedutan video menunjukkan runtuhan kilat pada dinding yang paling hampir dengan laut, membanjirkan keseluruhan lombong dan membentuk satu teluk kecil berukuran kira-kira 0.5km kali 0.5km.

Taman Hillview

Taman Hillview ialah perbandaran di Lembah Klang yang bersempadan dengan kawasan kediaman Taman Sri Ukay di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Lokasinya tidak jauh dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur, dan terletak hampir di pertengahan jalan antara Jalan Ampang dan Taman Melawati.

Pada suatu ketika, Taman Hillview merupakan salah satu kawasan kediaman popular untuk banyak orang ekspatriat Barat, akan tetapi sejak akhir-akhir ini, kawasan ini semakin diambil alih oleh orang tempatan, akibat kemerosotan bilangan ekspatriat.

Taman Hillview terletak di kalangan bukit-bukau dan justera itu, terdapat banyak rumah dan pangsapurinya yang dibina di bukit-bukit itu. Akibat tanah yang lembut dan mudah dihakis, kawasan ini telah menyaksikan sebilangan gelongsoran tanah. Yang paling terkenal ialah tragedi Highland Towers yang membunuh 48 orang pada 11 Disember 1993, termasuk anak lelaki Tan Sri Musa Hitam. Selain itu, runtuhan banglo Jeneral (bersara) Tan Sri Ismail Omar, pengerusi Affin Bank, yang berlaku pada 20 November 2002 juga mengakibatkan tanah runtuh di Taman Hillview.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tanah Runtuh Bukit Kanada 2009

Pada 16 Januari 2009, kejadian tanah runtuh berlaku di tebing Bukit Kanada, Miri, Sarawak.

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 ialah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.

Tanah runtuh Bukit Berapit 2007

Tanah runtuh di Bukit Berapit berlaku pada 22 November 2007 berdekatan dengan Bukit Berapit, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tanah runtuh ini berlaku bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 321.6, Jalan Taiping-Kuala Kangsar. Kejadian berlaku jam 10.00 pagi. Sebuah lori yang ditimbus oleh tanah runtuh tetapi pemandunya, Tay Hock Kee,56, telah terselamat.

Tanah runtuh Genting Sempah 1995

Tanah runtuh Genting Sempah 1995 ialah kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 30 Jun 1995, kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Insiden ini menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.Insiden ini diceritakan dalam rancangan dokumentari Detik Tragik terbitan TV3.

Tanah runtuh Hulu Langat 2011

Tragedi tanah runtuh Hulu Langat 2011 terjadi pada 21 Mei 2011 jam 2.20 petang (waktu tempatan) di sebuah premis di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Lokasi ini kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur dan 10 kilometer dari bandar Kajang. Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terperangkap apabila berlaku tanah runtuh di belakang asrama mereka, selepas hujan lebat, menyebabkan 25 orang penghuninya tertimbus, kebanyakannya anak-anak yatim di bawah umur 18 tahun.

Setelah operasi penyelamatan selesai, didapati seramai 16 orang maut dan sembilan lagi cedera dalam kejadian ini. Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Kajang.

Tanah runtuh Kampung Pasir 2006

Tanah runtuh Kampung Pasir 2006 ialah tanah runtuh yang berlaku pada 31 Mei 2006, di Kampung Pasir, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Dua wanita terbunuh dan dua kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh yang merempuh tiga blok rumah panjang di Kampung Pasir, Ulu Klang di sini.

Tanah runtuh Taman Hillview 2002

Tanah runtuh Taman Hillview 2002 berlaku pada 20 November 2002 di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Malaysia, menghancurkan banglo milik Ketua Pengerusi Affin Bank Tan Sri Ismail Omar dan membunuh lapan orang. Siasatan menunjukkan tanah runtuh berlaku di tanah longsor lama.

Tanah runtuh di Malaysia

Tanah runtuh di Malaysia ialah bencana alam biasa di Malaysia yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam.

Tragedi Highland Towers

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Setakat tahun 2019, dua bangunan ini dalam proses perobohan.

Tsunami

Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.

Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.

Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.