Taman Negara Hutan Gir

Taman Negara dan Mergastua Hutan Gir (Bahasa Inggeris: The Gir Forest National Park and Wildlife Sanctuary) (juga dikenali sebagai Sasan-Gir) merupakan sebuah hutan dan taman mergastua berdekatan Talala Gir di Gujarat, India. Ditubuhkan pada 1965 dengan jumlah keluasan 1,412 km2 (545 bt2) (kira-kira 258 km2 (100 bt2) untuk bahagian taman negara yang terlindung sepenuhnya dan 1,153 km2 (445 bt2) untuk bahagian mergastua), taman ini terletak 43 km (27 mi) di timur laut Somnath, 65 km (40 mi) di tenggara Junagadh dan 60 km (37 mi) di barat daya Amreli.[1] Ekokawasannya merupakan hutan daun luruh kering Kathiawar-Gir yang bukan hanya merangkumi Semenanjung Kathiawar di mana letaknya hutan tersebut, bahkan juga tempat-tempat lain seperti Taman Negara Ranthambore di Rajasthan.[2][3]

Kawasannya merupakan satu-satunya tempat kehidupan liar bagi singa Asia (Panthera leo persica), malah dianggap salah sebuah kawasan terpelihara yang terpenting di Asia kerana spesies-spesiesnya yang ditampunginya. Ekosistem Gir dengan kepelbagaian flora dan fauna dipelihara hasil daripada usaha jabatan perhutanan kerajaan, aktivis hidupan liar dan badan-badan bukan kerajaan. Kawasan hutan Gir dahulu merupakan tanah pemburuan suku Nawab di Junagadh. Akan tetapi, setelah berdepan dengan kemerosotan mendadak bilangan singa di Gir, Nawab Sir Muhammad Rasul Khanji Babi mengisytiharkan Gir sebagai kawasan "terlindung" pada 1900. Anakanya, Nawab Muhammad Mahabat Khan III[4] kemudian membantu dalam usaha pemuliharaan singa yang bilangannya jatuh mendadak kepada hanya 20 ekor akibat kegiatan pemburuan trofi.[1]

Banci Singa Asia ke-14 dijalankan pada Mei 2015. Pada 2015, populasi singa ada 523 ekor (naik 27% daripada banci sebelumnya pada 2010). Tahun 2010 ada 411 ekor dan 2005 ada 359 ekor. Populasi singa di Daerah Junagadh District ada 268 ekor, Daerah Gir Somnath 44 ekor, Daerah Amreli 174 ekor (kenaikan tertinggi) dan Daerah Bhavangar pula 37 ekor. Ada 109 jantan, 201 betina dan 213 anak.[5]

Taman Negara Hutan Gir
Gir Forest National Park

Gir National Park
IUCN Kategori II (Taman negara)
Gir lion-Gir forest,junagadh,gujarat,india.jpeg
Sekeluarga singa Asia di Taman Negara Hutan Gir
LokasiDaerah-daerah Junagadh, Gir Somnath dan Amreli, Gujarat, India
Bandar raya terdekatTalala (Gir)
Koordinat21°08′08″N 70°47′48″E / 21.13556°N 70.79667°EKoordinat: 21°08′08″N 70°47′48″E / 21.13556°N 70.79667°E
Luas1,412 km2 (545 bt2)
Ditubuhkan1965
Pelawat60,148 (pada 2004)
Badan pentadbirForests & Environment Department
sunting

Rujukan

  1. ^ a b "Gir National Park & Wildlife Sanctuary". Government of Gujarat. Forests and Environment Department. Dicapai 16 April 2013.
  2. ^ "Kathiawar-Gir dry deciduous forests". Terrestrial Ecoregions. Tabung Hidupan Liar Sedunia. Dicapai 2017-01-29.
  3. ^ Jhala, Y. V.; Gopal, R.; Qureshi, Q., para penyunting (2008). Status of the Tigers, Co-predators, and Prey in India (PDF). TR 08/001. National Tiger Conservation Authority, Govt. of India, New Delhi; Wildlife Institute of India, Dehradun. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2 June 2013.
  4. ^ "National Parks and Sanctuaries: Gir National Park & Wildlife Sanctuary". Wildvistas.com. Dicapai 2017-05-20.
  5. ^ http://deshgujarat.com/2015/05/10/asiatic-lion-population-up-from-411-to-523-in-five-years/
Singa

Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10–14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh. Singa dalam tawanan mampu hidup menjangkau 20 tahun. Singa lazimnya hidup di kawasan savana dan padang rumput, bahkan juga di belukar dan hutan. Singa jauh lebih gemar bersosial (hidup berkawanan) berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada betina-betina bersaudara dan anak-anak serta segelintir jantan dewasa. Singa betina sering memburu secara berkumpulan, rata-ratanya memangsakan haiwan maun ungulat. Singa bukan sahaja merupakan pemangsa terulung, bahkan juga mahir sebagai pebangkai yang memperoleh 50 peratus bekalan makanan dengan mencari bangkai sebaik peluang yang ada. Diketahui bahawa singa memburu manusia tetapi itu bukan tabii. Singa merupakan haiwan nokturnal yang gemar tidur pada waktu siang dan bergiat pada waktu malam, lebih-lebih lagi waktu senja (krepuskul).Singa jantan menonjol sekali rupanya dengan surai yang lebat, bahkan wajah singa jantan adalah simbol haiwan yang paling umum dikenali dalam budaya manusia, Wujudnya gambaran singa mulai usia Paleolitik Akhir dengan ukiran dan lukisan dari gua-gua Lascaux dan Chauvet di Perancis sejak 17,000 tahun dahulu, melalui hampir semua budaya zaman kuno dan pertengahan yang pernah mengenali singa. Singa digambarkan secara meluas dalam bentuk arca, lukisan, bendera, mahupun filem dan sastera moden. Singa dibela dalam kurungan sejak zaman Empayar Rom, malah dijadikan spesies yang "wajib" dipamerkan di zoo seluruh dunia sejak akhir abad ke-18. Taman-taman haiwan seluruh dunia bekerjasama mengadakan program pembiakan untuk singa Asia yang terancam.

Singa Asia

Singa Asia (Panthera leo persica), juga dikenali sebagai singa India dan singa Parsi, merupakan salah satu subspesies singa yang hidup sebagai satu populasi tunggal di Gujarat, India. Ia tersenarai sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN kerana saiz populasinya kecil.Singa Asia mula-mula dihuraikan oleh ahli zoologi Austria Johann N. Meyer di bawah trinomen Felis leo persicus. Taburan sejarahnya mencakupi negara-negara Turki, Iran, Mesopotamia, dan India Tengah mulai timur Sungai Indus di bekas Wilayah Sind hingga Benggala dan Sungai Narmada.Sejak tahun 2010, populasi singa di dalam dan sekitar Taman Negara Hutan Gir meningkat stabil. Pada Mei 2015, Banci Singa Asia ke-14 diadakan di kawasan seluas 20,000 km²; populasi singa dianggarkan sebanyak 523 ekor individu, iaitu 109 jantan dewasa, 201 betina dewasa dan 213 anak. Pada Ogos 2017, Banci Singa Asia mendapati 650 ekor individu liar.Singa Asia merupakan salah satu daripada lima jenis rumpun harimau yang diketahui hidup di India, di samping harimau Benggala, harimau bintang India, harimau bintang salji dan harimau dahan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.