Syafiq Yusof

Mohd Syafiq Mohd Yusof (lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pelakon, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia dan merupakan anak kepada Datuk Dr. Yusof Haslam dan adik kepada Syamsul Yusof. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.

Beliau juga mengarahkan siri TV Gerak Khas dan Evolusi KL Drift: The Series. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk Abang Long Fadil (2014), Villa Nabila (2015) dan Desolasi (2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam Desolasi, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.

Syafiq Yusof
SyafiqYusof
Syafiq pada 2012.
KelahiranMohd Syafiq bin Mohd Yusof
7 Disember 1992 (umur 26)
Kuala Lumpur, Malaysia
KediamanTaman Melawati, Kuala Lumpur
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2008–kini
PasanganAisyeah Zainal (k. 2014)
Anak2
Ibu bapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Datin Patimah Ismail
SaudaraSyamsul Yusof (abang)
Faizal Yusof (abang tiri)
Rizal Ashreff (sepupu)
Sabrina Ali (sepupu)
Miller Khan (sepupu)
Aliff Alli (sepupu)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarganya. Berasal dari keluarga berdarah seni, Syafiq mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam, abangnya ialah pelakon dan pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, abang tirinya ialah Faizal Yusof, manakala kakaknya ialah Syamin. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff serta pelakon sinetron Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli. Syafiq merupakan graduan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).[1]

Kerjaya

2008–2013: Penglibatan awal

SyafiqYusof02
Syafiq (kanan), bersama bapanya, Datuk Yusof Haslam (tengah) dan abangnya, Syamsul (kiri).

Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq Yusof terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran Gerak Khas, sejak dari itu, beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama untuk beberapa episod bersama abang tirinya, Faizal Yusof dan juga mengarahkan beberapa episod Roda-Roda Kuala Lumpur yang mana beliau turut berlakon. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan menghasilkan beberapa filem pendek termasuk Abangku Gengster (2010) dan Along (2011).

Pada tahun 2012, filem pertama arahan beliau, SAM: Saya Amat Mencintaimu yang bergenre romantik psiko thriler, ditayangkan pada 19 Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan abangnya Syamsul.[2][3] Percubaan sulung beliau dalam pengarahan filem cetera melayakkan Syafiq memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.[4]

Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya yang juga pelakon, Rizal Ashreff mengarahkan bersama siri drama 2 musim dan 26 episod, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift yang mendapat sambutan dari penonton.[5] Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Daniel, adik kepada Zack lakonan abangnya, Syamsul dalam dua filem asal.[6]

Pada 11 Januari 2013, Syafiq bersama dua rakan niaganya menubuhkan Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual, pasca-penerbitan dan animasi, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[7]

2014–kini: Kejayaan arus perdana

SyafiqYusofAbangLongFadil
Syafiq di majlis tayangan perdana filem arahannya, Abang Long Fadil.

Filem kedua arahannya, Abang Long Fadil ditayangkan pada 29 Mei 2014, merupakan terbitan turunan dari filem KL Gangster dibintangi oleh Zizan Razak, dan Kamal Adli.[8] Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan filem ketiganya, filem pertama arahannya bagi genre seram - Villa Nabila[9] yang diinspirasikan dari kisah benar misteri banglo Villa Nabila,[9] dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir,[9] filem ini ditayangkan pada 15 Januari 2015.[9] Pada November 2015, Syafiq tampil dengan mengarahkan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh[10] yang menggandingkan pelakon yang mula mencipta nama Fattah Amin dan Chacha Maembong, bersama A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.[10] Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[10][11]

Beliau bersama Pekin Ibrahim mengarahkan filem drama aksi pengembaraan Mat Moto yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama.[12] Menurutnya, beliau ditawarkan menjadi pengarah bersama filem itu kerana idea yang diutarakan oleh Pekin.[13] Ditayangkan pada 14 Januari 2016, ia mengisahkan tentang seorang 'mat moto' yang bernama Al (Pekin) mengembara di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan empat topi keledar bagi memenuhi hajat sahabat karibnya. Ia dibintangi oleh Pekin dan pendatang baru dalam bidang lakonan, Falisha Crossley yang memegang watak Sikha. Beliau kembali dengan filem keempat arahannya, Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016,[14] dibintangi oleh abangnya, Syamsul Yusof dan Bella Dally,[14] yang menuntut Syafiq untuk "mengosongkan" beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur menggunakan teknik kesan khas.[15][16][17] Untuk filem ini, beliau mengetengahkan penyakit Anton-Babinski (sejenis simptom ganjil kerosakan otak yang berlaku di lobus oksipital) sebagai subjek di dalam jalan cerita.[18][19][20]

Filem keenam arahan beliau, Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017,[21] dengan mengekalkan Zizan Razak dengan penambahan pelakon baru termasuk Wak Doyok, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson. Dengan belanjawan yang dianggarkan RM 3.2 juta, filem ini menjadi kejayaan komersial, dengan mendapat kutipan paling tertinggi sebanyak RM 18.15 juta, mengatasi filem Munafik arahan abangnya, yang mencecah RM 17.04 juta.[22] Syafiq dilaporkan berkata mahu menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah francais.[23][24][25]

Pada Disember 2017, Syafiq dilaporkan akan mengarahkan drama KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan dari siri filem KL Gangster yang diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak.[26][27] Filem ketujuh arahan beliau, KL Special Force, yang dibintangi oleh abangnya Syamsul, Rosyam Nor dan Fattah Amin ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018[28][29] dan mencipta rekod baharu industri perfileman negara dengan meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM12.1 juta dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.[30][31]

Selain itu, filem Abang Long Fadil 3 arahannya dalam perancangan.[32] Syafiq bersama Faisal mengarahkan drama aksi jenayah 6 episod, KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan daripada siri filem KL Gangster, memulakan tayangan perdana di iflix bermula 16 Ogos 2018. Barisan pelakon terdiri daripada Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Dynas dan ramai lagi.[33][34]

Filem kelapan arahan beliau, Misteri Dilaila yang bergenre seram thriler menjalani penggambaran pada 26 Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang. Dikeluarkan pada 21 Februari 2019, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri.[35] Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Bukit Fraser milik arwah bapa Dilaila, namun percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang.[36] Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus muncul sebagai filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

Tema

Dalam satu temu ramah bersama Kosmo!, Syafiq mendedahkan filem bergenre ngeri dan saspens lebih dekat dengan jiwanya sebagai pembikin filem dan cuba ingin mengelakkan filem aksi yang cukup sinonim dengan abangnya, Syamsul.[3] Beliau turut mengakui kurang berminat berlakon di bawah arahan sendiri berbanding bapa dan abangnya.[3]

Portal berita Sinar Harian menyatakan bahawa karya filem garapan Syafiq masih "berbaur nafas ketimuran" biarpun dihidangkan dengan teknologi hebat yang bergerak seiring dengan kehendak penonton.[37] Syafiq sendiri mengakui beliau bukanlah seorang pengarah yang menghasilkan sebuah filem "syok sendiri",[37] namun lebih suka bereksperimentasi dari segi teknikal dan menguji kreativitinya melalui gerak kerja kamera.[38]

Kehidupan peribadi

Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.[39][40] Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah kira-kira jam 1:56 petang, pada Jumaat sempena Tahun Baru 2016.[41][42][43]

Pada Julai 2016, Syafiq dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut dan disahkan menghidap apendiks. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu, namun menangguhkan pembedahan penyakitnya demi kerja.[44][45]

Pada 4 Februari 2018, Syafiq dan isterinya Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua, Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram.[46][47] Menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagramnya, ia dinamakan sempena seorang pejuang Muslimah Islam pertama.[48][49][50]

Cabang lain

Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan perfileman, Syafiq menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau memasarkan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari Argania Spinosa organik, iaitu sejenis pati minyak dari Maghribi. Menurut Syafiq, beliau tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan kerana isterinya menggunakan produk tersebut. Pelakon senior Dato' Rosyam Nor telah dilantik sebagai duta bagi produk ini.[51][52] Syafiq juga menjadikan usahawan terkenal Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.[53][54]

Filemografi

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Pengarah Penulis Penerbit Catatan
2010 Abangku Gengster Ya Tidak Tidak Filem pendek
Hantu Takde Kepala Ya Tidak Tidak
Abangku Gengster II Ya Tidak Tidak
Lorong Ya Tidak Ya Filem pendek; juga sebagai penyunting dan Pengarah Fotografi
2011 Along Ya Ya Ya Filem pendek
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Ya Ya Tidak Filem arahan dan lakonlayar pertama
2014 Abang Long Fadil Ya Ya Tidak
2015 Villa Nabila Ya Tidak Ya
2016 Mat Moto Ya Tidak Ya Beliau mengarahkannya bersama Pekin Ibrahim
Desolasi Ya Ya Tidak
2017 Abang Long Fadil 2 Ya Ya Tidak
2018 KL Special Force Ya Ya Tidak
2019 Misteri Dilaila Ya Ya Tidak Juga sebagai penyunting
Lagenda Long Piah Filem/drama yang belum dikeluarkan Ya Ya Tidak Pos-produksi
Sekolahaha Filem/drama yang belum dikeluarkan Ya Tidak Tidak Beliau mengarahkannya bersama Mat Luthfi, pos-produksi
2020 Abang Long Fadil 3 Filem/drama yang belum dikeluarkan Ya Ya Tidak Pos-produksi

Televisyen

Tahun Tajuk Pengarah Pelakon Peranan Saluran TV
2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Ya Ya Dirinya sendiri TV2
2009–2011, 2014–kini Gerak Khas Ya Ya Juga sebagai penerbit
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Ya Ya Daniel, juga sebagai pengarah bersama
2015–2016 Cinta Dari Marikh Ya Ya Adam
2018 KL Gangster: Underworld Ya Tidak Iflix
2019 KL Gangster: Underworld 2 dagger Ya Tidak

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Pengarah
2012 "Nyawaku" DJ Dave Ya
"Sempurnakan Aku" Anuar Zain Ya
"Ajari Aku" Ya
2013 "Jalan Bersimpang" Filsuf dan Sleeq Ya
2014 "Cobaan" Zizan Razak Ya
2015 "Cinta Untuk Nabila" CD Naz Silkhannaz & The Jawi Ya
2016 "Kalah Dalam Menang" Syamsul Yusof dan Mawi Ya
"Bukan Propaganda" Ya

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Kategori Keputusan Rujukan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25
Syafiq Yusof SAM Pengarah Terbaik Dicalonkan [4]
Penyunting Terbaik Dicalonkan
Pengarah Harapan Menang
2017 Anugerah PROFIMA 2017 Desolasi Pengarah Terbaik Menang [55]
Festival Filem Malaysia ke-29 Abang Long Fadil 2 Filem Box Office Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Terbaik Filem Dicalonkan
KL Special Force Dicalonkan
Abang Long Fadil 2 Lakon Layar Terbaik Filem Dicalonkan
KL Special Force Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Angelin Yeoh (15 Julai 2016). "Syafiq and Syamsul Yusof on working with their harshest critic". Star2. Dicapai 21 April 2017.
  2. ^ Wahiduzzaman (23 Ogos 2012). Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM' mStar. Diperoleh pada 1 September 2012.
  3. ^ a b c Haryati Karim (26 Julai 2012). SAM tekanan buat Syafiq Kosmo!. Diperoleh pada 1 Ogos 2012.
  4. ^ a b Nurezzatul Aqmar Mustaza (1 Mac 2013). Syafiq julang trofi Pengarah Harapan Sinar Harian. Diperoleh pada 3 Mac 2013.
  5. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  6. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  7. ^ "Viper Studios: About Us". Viper Studios. Dicapai 12 April 2018.
  8. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Dicapai 9 April 2018.
  9. ^ a b c d Haryati Karim (20 November 2014). "Filem Villa Nabila milik Syafiq". Kosmo!. Dicapai 1 Disember 2014.
  10. ^ a b c "Sentuhan terbaru Syafiq Yusof". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai 1 Disember 2015.
  11. ^ Faizal Asyraf (5 December 2014). "Syafiq Yusof offers spiritual and horror". New Straits Times. Dicapai 7 December 2014.
  12. ^ "5 FAKTA FILEM MAT MOTO YANG ANDA PERLU TAHU". Kakimuvee.com. 27 Julai 2015. Dicapai 2016-01-12.
  13. ^ "Syafiq Yusof terima 'Mat Moto' kerana Pekin Ibrahim". The Rakyat Post. 19 Januari 2016. Dicapai 20 Januari 2016.
  14. ^ a b Dennis Chua (18 January 2016). "Syafiq Yusof directs elder brother Syamsul in Desolasi". New Straits Times. Dicapai 19 January 2016.
  15. ^ Angelin Yeoh (6 December 2016). "How did Syafiq Yusof empty the streets of KL for Desolasi?". Star2. Dicapai 7 December 2016.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 November 2016). "Syafiq 'kosong' lokasi sibuk KL". Harian Metro. Dicapai 7 Disember 2016.
  17. ^ Aqmar Mustaza (19 November 2016). "Syafiq Yusof kembali dengan Desolasi". Sinar Harian. Dicapai 7 Disember 2016.
  18. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (20 November 2016). "Garapan Syafiq". Utusan Malaysia. Dicapai 7 Disember 2016.
  19. ^ "Desolasi Buah Tangan 'Bijak' Syafiq Yusof". Astro Gempak. 13 Disember 2016. Dicapai 15 Disember 2016.
  20. ^ Shazryn Mohd Faizal (21 Disember 2016). "'Desolasi' Terus Perkukuhkan Jenama Syafiq Yusof". mSTAR Online. Dicapai 21 Disember 2016.
  21. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017.
  22. ^ Angelin Yeoh (30 Disember 2017). "Year of Champions: Director Syafiq Yusof and his success with 'Abang Long Fadil 2'". Star2. Dicapai 23 Februari 2018.
  23. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Dicapai 29 September 2017.
  24. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai 29 September 2017.
  25. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Dicapai 23 Februari 2018.
  26. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai 12 Mac 2018.
  27. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai 12 Mac 2018.
  28. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai 7 Februari 2018.
  29. ^ Nor Fatihah Ismail (4 Mac 2018). "Yusof, Syafiq cakap pasal KL Special Force". Kosmo!. Dicapai 7 Mac 2018.
  30. ^ Dennis Chua (4 April 2018). "#Showbiz: KL Special Force powers on RM12.1 million collection". New Straits Times. Dicapai 7 April 2018.
  31. ^ Aref Omar (9 Mac 2018). "Action packed collision course of drama and thrills". New Straits Times. Dicapai 14 Mac 2018.
  32. ^ "Mungkin akan ada Abang Long Fadil 3". Astro Gempak. 26 Ogos 2017. Dicapai 3 April 2018.
  33. ^ Kristin Brzoznowski (16 Ogos 2018). "Malaysian Original KL Gangster: Underworld Debuts on iflix". Worldscreen. Dicapai 18 Ogos 2018.
  34. ^ Rebecca Hawkes (17 Ogos 2018). "iflix streams Malaysian original KL Gangster". Rapid TV News. Dicapai 18 Ogos 2018. The spin-off of Malaysian box office success KL Gangster has been released for free streaming on video-on-demand (VOD) platform iflix.
  35. ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 14 February 2019.
  36. ^ Nur Syamimi (17 Januari 2019). "Tonton Trailer Rasmi Filem Misteri 'Dilaila' Arahan Syafiq Yusof". The Voccket. Dicapai 18 Januari 2019.
  37. ^ a b "Syafiq Yusof terus cipta nama". Sinar Harian. 9 Disember 2017. Dicapai 11 Mac 2018.
  38. ^ "Syafiq penerus legasi". Harian Metro. 24 September 2017. Dicapai 11 Mac 2018.
  39. ^ Hanan Mansor (20 April 2014). "Majlis resepsi sederhana tapi meriah". Sinar Harian. Dicapai 21 April 2014.
  40. ^ "Syafiq Yusof kini suami Aeisha". Media Hiburan. 5 April 2014. Dicapai 21 April 2014.
  41. ^ "Syafiq Yusof, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama". Rotikaya. 1 Januari 2016. Dicapai 2 Januari 2016.
  42. ^ Rozdan Mazalan (1 Januari 2016). "Syafiq dapat anak sulung perempuan". Berita Harian. Dicapai 2 Januari 2016.
  43. ^ "Syafiq Yusof, Isteri Timang Anak Sulung Pada Tahun Baru!". My News Hub. 2 Januari 2016. Dicapai 3 Januari 2016.
  44. ^ Rozdan Mazalan (11 Julai 2016). "Syafiq tangguh pembedahan buang apendiks demi kerja". Berita Harian. Dicapai 3 Januari 2017.
  45. ^ Rozdan Mazalan (14 Julai 2016). "Syafiq derita batu karang, bukan apendiks". Berita Harian. Dicapai 3 Januari 2017.
  46. ^ Norhidayyu Zainal (5 Februari 2018). "Syafiq Yusof timang anak kedua". Sinar Harian. Dicapai 7 Februari 2018.
  47. ^ "Nuur Nusaybah Orang Baru Dalam Hidup Syafiq Yusof". Malaysian Digest. 5 Februari 2018. Dicapai 7 Februari 2018.
  48. ^ "Tahniah! Syafiq Yusof Dan Isteri Timang Puteri Kedua". My News Hub. 5 Februari 2018. Dicapai 7 Februari 2018.
  49. ^ Aref Omar (5 Februari 2018). "Filmmaker Syafiq Yusof blessed with second baby girl". New Straits Times. Dicapai 7 Februari 2018.
  50. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (4 Februari 2018). "Syafiq sambut kelahiran puteri kedua". Berita Harian. Dicapai 7 Februari 2018.
  51. ^ "Syafiq Yusof Kini Bergelar Tauke Minyak Argan". Malaysia Digest. 18 April 2017. Dicapai 21 April 2017.
  52. ^ Kemalia Othman (20 April 2017). "Syafiq Yusof Pilih Rosyam Nor Jadi Duta Kecantikan". mSTAR Online. Dicapai 21 April 2017.
  53. ^ "Berniaga Produk Kecantikan, Syafiq Yusof Jadikan Aliff Syukri Idola". Astro Gempak. 20 April 2017. Dicapai 21 April 2017.
  54. ^ Intan Suhana Che Omar (20 April 2017). "Pengarah Filem Jual Minyak Argan". Youth Bernama. Dicapai 21 April 2017.
  55. ^ Muhamad Fairoz Azizan (7 November 2017). "Syafiq Yusof menang Pengarah Terbaik Anugerah PROFIMA". Berita Harian. Dicapai 7 Februari 2018.

Pautan luar

1992

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1992. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1992 (nombor).

1992 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 25 Jamadilakhir 1412 hingga 6 Rejab 1413.

Abang Long Fadil

Abang Long Fadil ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia 2014 arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions. Ia dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Filem ini merupakan filem terbitan turunan KL Gangster (2011) dan ditayangkan pada 29 Mei 2014. Kesinambungan kedua filem ini, Abang Long Fadil 2 telah ditayangkan pada 24 Ogos 2017. Abang Long Fadil menjadi filem Skop Productions pertama yang menggunakan logo baru Skop Productions yang dilancarkan pada Februari 2014.

Abang Long Fadil (siri filem)

Abang Long Fadil merupakan sebuah siri filem aksi komedi Malaysia berkaitan Abang Long Fadil. Siri ini mengandungi filem Abang Long Fadil (2014), Abang Long Fadil 2 (2017) dan filem akan datang, Abang Long Fadil 3 (2020), kesemuanya diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2 merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan dan lakonlayar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem ini berdasarkan watak sampingan dari filem KL Gangster dan kesinambungan kepada filem 2014 Abang Long Fadil, juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak (Fadil), Syamsul Yusof, AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, A. Galak dan Mas Khan. Ia mengisahkan Fadil (Zizan Razak) yang telah disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan profesional bernama Tiger. Beliau secara terpaksa ditarik masuk ke dalam kancah kongsi gelap diketuai Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Tania menjayakan watak sebagai Yana, kekasih Fadil dan juga seorang wartawan ditugaskan untuk meliputi kes Tiger manakala Syamsul sebagai Inspektor Wahab sedang menyiasat kes yang sama.Penggambaran dijalankan pada November 2015, manakala pasca-penerbitan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 di 130 panggung wayang seluruh negara selama 56 hari. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan kritikal, memperolehi sebanyak RM17.9 juta keseluruhan, menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada 2017 dan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi keseluruhan, mengatasi filem Polis EVO (2015). Filem ini merupakan antara filem baharu yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-29 yang berlangsung pada 23 September 2017. Pada Disember 2017, Abang Long Fadil 2 telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem tempatan terbaik 2017 oleh Harian Metro.

Abang Long Fadil 3

Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia yang akan datang arahan dan lakonlayar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem ini berdasarkan watak sampingan dari filem KL Gangster dan filem ketiga dalam siri filem yang juga merupakan sekuel kepada filem 2014 dan filem 2017 juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq. Filem ini mengekalkan Zizan Razak yang memegang watak Fadil.

Cinta Dari Marikh

Cinta Dari Marikh merupakan sebuah siri drama komedi romantik fantasi Malaysia yang diterbitkan oleh Skop Productions untuk siaran menerusi Slot Selekta Prima di TV2 yang bersiaran dari 30 November 2015 hingga 23 Mei 2016. Ia dibintangi oleh Fattah Amin dan Chacha Maembong. Ia mengisahkan tenmtang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh.

Desolasi

Desolasi (digayakan sebagai DESOLASI) ialah sebuah filem cereka sains misteri Malaysia 2016 yang ditulis dan diarahkan oleh Syafiq Yusof terbitan Skop Productions. Dibintangi oleh Syamsul Yusof, Bella Dally, Dato' Jalaluddin Hassan dan Pekin Ibrahim, filem ini mengisahkan tentang Aiman, seorang pelukis jalanan yang mencari jawapan dalam persoalan hidupnya dan melalui pelbagai ujian serta dugaan sehingga membuatkan dirinya hilang arah dan bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Maya.Penggambaran dijalankan pada November 2014 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada Januari 2015, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Disember 2016 dan menerima ulasan posiitif dari pengkritik filem dan meraih kutipan sebanyak RM1.39 juta.

Festival Filem Malaysia ke-25

Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) diadakan pada 27 Februari hingga acara kemuncaknya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 2 Mac 2013. Astro dan RTM menjadi penyiar rasmi FFM25.

Hidup Semula

"Hidup Semula" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 21 Februari 2019 oleh Warner Music Malaysia. Ia merupakan runut bunyi untuk filem Misteri Dilaila lakonan beliau bersama Zul Ariffin arahan Syafiq Yusof.

KL Gangster (siri filem)

KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013) dan terbitan turunan Trilogi Abang Long Fadil. Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof manakala Abang Long Fadil diarahkan oleh adiknya, Syafiq Yusof. Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.

Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.

KL Special Force

KL Special Force merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Ia dibintangi oleh Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai KL Special Force berusaha untuk menumpaskan kumpulan perompak dikenali sebagai Geng Anarkis yang merompak bank Damofa.Penggambaran dijalankan pada Julai 2016 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada September 2016. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018, menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta dalam masa 4 minggu tayangan. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan KL Special Force sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.

Mat Moto (filem)

Mat Moto (juga dikenali sebagai Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit) merupakan filem aksi permotoran Malaysia 2016 arahan Pekin Ibrahim dalam pengarahan sulungnya dan dibintangi oleh barisan pelakon A-list iaitu dirinya sendiri, Datuk Rosyam Nor, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Cat Farish, Kamarool Hj. Yusof, Falisha Crossley dan Hakim Nawawi.Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016. Filem ini telah memenangi tiga dari lapan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28. Kesinambungan untuk filem ini, sedang dalam perancangan dengan Pekin kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.

Misteri Dilaila

Misteri Dilaila ialah sebuah filem seram thriler psikologi Malaysia 2019 arahan Syafiq Yusof. Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian itu bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri.Filem ini ialah terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw sejak Abang Long Fadil 2 (2017). Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2019. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM9.4 juta. Misteri Dilaila mencipta sejarah dalam industri filem negara dengan menjadi filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

Rizal Ashreff

Rizal Ashreff (lahir 1983) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga anak saudara kepada pelakon, pengarah dan penerbit Datuk Dr. Yusof Haslam, dan juga sepupu kepada Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Filem pertamanya ialah Evolusi KL Drift pada tahun 2008. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis skrip, penyunting dan penolong pengarah.

Sabrina Ali

Sabrina binti Ali Dad Khan atau lebih dikenali sebagai Sabrina Ali (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem. Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof.

Tania Hudson

Tania Nadira Hudson (lahir 7 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon, Natasha Hudson. Beliau terkenal dengan peranan lakonannya di televisyen termasuk Mayang Mengurai (2010) dan Encik Suami Mat Salih Celup (2017). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Abang Long Fadil 2 (2017) dan KL Special Force (2018) yang kedua-duanya arahan Syafiq Yusof.

Villa Nabila

Villa Nabila merupakan sebuah filem cereka dokumentari seram Malaysia 2015 arahan Syafiq Yusof, dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir. Filem ini mengisahkan mengenai pengalaman sebenar buruh kasar yang ditugaskan untuk merobohkan banglo Villa Nabila. Ia merupakan filem ketiga arahan Syafiq dan telah ditayangkan kepada umum pada 15 Januari 2015.

Filem arahan Syafiq Yusof
Filem
Televisyen
Rencana berkaitan

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.