Sungai Nil


Sungai Nil (Bahasa Inggeris: Nile; Bahasa Arab: نهر النيل‎,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Kubti piaro atau phiaro) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. [1]

Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Nil
Sungai
Evening, Nile River, Uganda
Sungai ini di Uganda
Negara-negara Egypt, Sudan, Sudan Selatan, Ethiopia, Uganda, Republik Demokratik Congo, Kenya, Tanzania, Rwanda, Burundi, Eritrea
Bandar-bandar Jinja, Juba, Khartoum, Cairo
Punca utama Sungai Nil Putih
 - ketinggian 2,700 m (8,858 ft)
Sumber kedua Sungai Nil Biru
 - lokasi Tasik Tana, Ethiopia
Pertembungan sumber berdekatan Khartoum
Muara
 - lokasi Laut Mediterranean, Egypt
 - ketinggian 0 m (0 ft)
Panjang 6,853 km (4,258 mi)
Lebar 2.8 km (2 mi)
Kedalaman 8-11 m (-28 ft)
Lembangan 3,400,000 km2 (1,312,747 sq mi)
Pelepasan
 - purata 2,830 m3/s (99,941 cu ft/s)
River Nile map

Etimologi perkataan Sungai Nil

Iteru

Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [2] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.

Lihat juga

  • Delta Nil
  • Empangan Aswan
  • Hidropolitik di Lembangan Nil
  • Pelayaran pesiaran sungai

Rujukan

  1. ^ Encarta: Sungai (Dicapai pada 3 Oktober 2006)
  2. ^ Laman web Glyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)

Pautan luar

1 Ogos

1 Ogos merupakan hari ke-213 (hari ke-214 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 152 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Emansipasi di Trinidad dan Tobago

Hari Kebangsaan di Switzerland

Imbolc di Hemisfera Selatan.

Antinous (buruj)

Antinous merupakan buruj lapuk yang tidak lagi digunakan oleh ahli falak dimana ia telah digabungkan menjadi buruj Helang (Aquila) dan ia bersempadan di Utara.

Buruj ini direka oleh maharaja Hadrian pada 132. Menurut legenda, ahli ramal memberitahu Hadrian bahawa kematian orang yang paling disayanginya akan menyelamatkannya daripada bahaya besar. Adalah pasti bahawa Antinous, lelaki kacak yang disayangi oleh Hadrian mati, ketika menyelamatkan maharaja itu daripada lemas di sungai Nil. Bagi memperingati Antinous, Hadrian mengenal pasti asterisme di langit dengan Antinous.

Dewa Hapi

Dewa Hapi merupakan dewa Mesir purba.

Ia boleh merujuk pada dewa sungai Nil.

Selain itu ia juga boleh merujuk pada anak Dewa Horus, penaung balang kanopi.

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

Dewa Osiris

Osiris (daripada Mesir purba wsjr, Qibti ⲟⲩⲥⲓⲣⲉ, Jawi: اوسيريس), atau juga dikenali sebagai Usir, ialah dewa kematian, alam baqa (alam selepas mati), dan kelahiran semula dalam kepercayaan Mesir purba.

Osiris biasanya digambarkan dengan kulit hijau, janggut firaun, kaki berbalut kain, mahkota atef, dan memegang sebatang tongkat berkelok dan sebatang penebah. Apabila saudaranya, Set, mengerat mayatnya kepada empat belas bahagian, Isis, isteri Osiris, temui semua bahagian lalu membalut mayatnya. Osiris biasanya dianggap anak tersulung Geb dan Nut, dan ialah saudara juga isteri kepada Isis, dengan Horus sebagai anak mereka yang lahir selepas kematian Osiris. Dia juga diberikan gelaran Khenti-Amentiu, yang bermaksud "Penghulu Orang Barat" (orang barat merujuk kepada orang mati) kerana dialah pemerintah alam baqa. Walaupun begitu, Osiris juga digelar "raja orang hidup": Mesir purba percaya bahawa orang mati yang dirahmati akan kekal hidup di alam seterusnya. Apabila dia bergabung dengan A'Ah, Osiris juga jadi dewa bulan.Osiris ialah saudara lelaki kepada Isis, Set, Nephthys, dan Horus si Tua, dan ialah bapa kepada Horus si Muda. Kajian menyatakan bahawa Osiris disembah pada pertengahan Wangsa Kelima Mesir (abad ke-25 SM), namun mungkin juga dia sudah pun disembah sebelum itu lagi; nama gelaran Khenti-Amentiu berasal daripada wangsa pertama, dan ia juga digunakan dalam nama sanjungan firaun. Banyak maklumat tentang Osiris diperolehi daripada Teks Piramid daripada hujung Wangsa Kelima, daripada dokumen-dokumen Kerajaan Baharu Mesir seperti Batu Shabaka dan Persaingan Horus dan Set, malah juga dalam catatan penulis Yunani seperti Ploutarkhos dan Diodorus Siculus.Osiris ialah hakim orang mati dan dewa yang memberi nyawa, termasuklah menunaskan biji benih dan menyuburkan tanah dengan banjir Sungai Nil. Osiris digelar dengan nama "Dia yang Selamanya Baik dan Muda" dan "Tuan Kebungkaman". Firaun-firaun Mesir dianggap akan bersatu dengan Osiris apabila mereka mati, dan dapat hidup selamanya.

Dewi Anuket

Dalam mitos Mesir, Anuket (juga dieja Anqet, dan dalam Greek, Anukis) pada asalnya merupakan personifikasi dan dewi sungai Nil, di kawasan seperti Elephantine, pada permulaan laluan sungai Nil melalui Mesir, dan wilayah berhampiran di Nubia.

Dewi Anuket' atau Anukis merupakan dewi air kuno yang disembah bertiga bersama saudara perempuannya Dewi Satis dan bapanya Dewa Khnum. Dia disembah sebelum zaman firaun tetapi dilupakan. Selepas kemarau yang panjang, firaun Dinasti ke Tiga menghantar orang bangsawannya mudik sungai Nil sehingga dia berjumpa titik kemunculan sungai Nil, di mana Anuket memerintah bersama Satis dan Sothis. Firaun menubuhkan sistem paderi bagi menghormati Anuket, dan kemarau tamat. Dia penaung bagi cataract pertama sungai Nil.

Nama Anuket bererti "merangkumi" yang mungkin merujuk pada dua ulu sungai Nil, yang dibayangkan sebagai tangannya. Dia merupakan dewi banjir tahunan Nil dan dengan itu dikaitkan dengan kesuburan.

Pesta Anuket tidak berubah kerana banjir Nil bergantung pada cuaca dan hujan. Biasanya memakan ikan adalah dilarang, kerana seekor ikan telah memakan phalus Dewa Osiris, tetapi semasa kenduri Anuket, memakan ikan dibenarkan (Ellis; Muller)

Peradapan Mesir telah wujud lebih 3,000 tahun dan perkembangan ugama di Mesir kuno telah membantu mewujudkan banyak dewa dewi yang disembah bagi pelbagai sebab, dan pelbagai upacara keugamaan yang telah diamalkan pada masa tersebut.

Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir

Dinasti Kedua Puluh Satu, Kedua Puluh Dua, Kedua Puluh Tiga, Kedua Puluh Empat dan Kedua Puluh Lima Mesir purba sering digabungkan bersama di bawah kumpulan Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir.

Firaun

Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam

Kuil Abu Simbel

Kuil Abu Simbel terletak di selatan Aswan, di tebing barat Sungai Nil, di Nubia (kini berhampiran sempadan Mesir dengan Sudan. Di situ terdapat dua kuil diukir pada batu yang dibina semasa pemerintahan dinasti ke sembilan belas Ramesses II.

Orang-orang barat mula mengetahui mengenainya melalui penulisan Johann Burckhardt pada tahun 1819, dan sejak itu Abu Simbel telah menjaid salah satu peringatan yang terkenal di Lembah Nil. Berikutan dengan keputusan bagi membina Empangan Baru di Aswan pada awal 1960-an, kuil tersebut mengalami ancaman ditenggelami oleh air. Dengan itu kuil itu telah dipotong dan diceraikan sebelum dipindahkan pada tahun 1968 di tanah tinggi gurun 64 meter (sekitar 200 kaki) tinggi dan 180 meter (600 kaki) ke barat tapak asal mereka.

Nama silam kawasan tersebut adalah Meha, yang pertama kali dicatat semasa dinasti ke lapan belas, ketika firaun Ay dan Horemheb membina chapel diukir pada batu di kaki bukit selatan Abu Simbel, di Gebel Shems dan Abahuda.

Bangunan arkeologi Abu Simbel merangkumi dua kuil batu besar di selatan Mesir, dibina di tebing barat Sungai Nil - masa kini, Tasik Nasser.

Ia merupakan sebahagian Tugu Nubian Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang sepanjang dari Abu Simbel menghilir sehingga ke Philae.

Kuil berkembar ini diukir dari tebing gunung oleh Firaun Rameses II pada abad ke-13 SM untuk menakutkan jiran Nubia dan sebagai tugu kekal bagi dirinya dan ratunya Nefertari, meraikan apa yang didakwanya sebagai kejayaannya dalam Pertempuran Kadesh.

Konsep asal bagi kuil Abu Simbel berasal sejak dinasti ke lapan belas, dimodel menurut kuil Amenhotpe III di Soleb dan ratunya Tiye di Sedeinga. Kuil Agung di Abu Simbel merupakan yang pertama dari siri empat buah kuil yang dibina semasa pemerintahan Ramesses II yang membentuk satu unit, dan setiap satunya ditujukan khusus bagi salah satu empat dewa negeri; Amun-Re, Re-Horakhty, Ptah dan manisfestasi bagi firaun. Tiga kuil yang lain di bina di Wadi-es-Sebua (wilayah Amun), Derr (wilayah Re-Horakhty) dan Gerf Hussein (wilayah Ptah). Kuil Abu Simbel mula dibila pada awal pemerintahannya dan hanya siap pada tahun dua puluh lima pemerintahannya.

Tiada tembok kawasan atau ‘’dromos’’ yang masih selamat di hadapan Kuil Agung. Bagaimanapun kewujudan dinding bata di sisi sebelah utara kuil, dengan Pylon dan pintu masuk yang membawa kearah Kuil kecil dan tembok bata lumpur yang mengelilingi laluan masuk pada chapel di sebelah selatan.

Tanjak ke teres di apit oleh dua stelae besar. Sepanjang teres patung raja yang masih hidup atau yang telah dimummikan berselang dengan dewa helang. Satu ruang pemujaan solar dengan meja pemujaan terletak di bahagian utara teres. Pada bahagian selatannya tertulis versi ‘’Stela Perkahwinan’’ yang merakamkan perkahwinan Ramesses II dengan puteri Hittite pada Tahun ke 34 pemerintahan raja. Obelisk dan patung baboon yang asalnya terdapat di situ telah dipindahkan ke Muzium Cairo.

Bahagian hadapan yang diukir, berbentuk seperti pylon, dikuasai oleh empat patung firaun gergasi, setiap satu 22 meter (67 kaki) tinggi; ia diapit oleh ukiran berdiri ibu dan isterinya yang lebih kecil, dengan ukiran anak lelaki dan anak perempuan berdiri di kakinya. Gempa bumi pada waktu silam telah merosakkan patung gergasi yang mengapit pintu masuk; bahagian atas patung selatan roboh, tetapi patung di utara tidak rosak teruk dan telah dibaiki semasa pemerintahan Sety II.

Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor

Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor (IATA: LXR, ICAO: HELX) adalah lapangan terbang utama di bandar Luxor, Mesir. Ia terletak empat batu (6 km) di timur bandar. Banyak syarikat penerbangan sewa menggunakan lapangan terbang ini kerana merupakan destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang melawat Sungai Nil dan Lembah Raja-raja.

Libya

Libya atau rasminya Republik Arab Libya Bersatu (bahasa Arab: ليبيا, yang diartikan ke dalam bahasa Libya Lībyā atau الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية) terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Tengah, Mesir di sebelah timur, Sudan di tenggara, Chad dan Niger di selatan serta Algeria dan Tunisia di sebelah barat. Ibu kota negaranya adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hampir mencecah 6 juta orang tetapi dianggap sebagai sedikit jika dibandingkan keluasan negaranya yang amat luas sehingga dikira sebagai negara ke-17 terbesar di dunia.

Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Idris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

Pada 2011, Libya terjebak dalam suatu perang saudara yang merupakan akibat daripada tempiasan Revolusi Arab 2011 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali dan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Pihak pro-demokrasi mengisytiharkan penubuhan Pemerintah Sementara Libya yang dinamakan Majlis Peralihan Kebangsaan pimpinan Mustafa Abdul Jalil, bekas Menteri Kehakiman Libya yang telah berpaling tadah dari Kerajaan Jamahiriya pimpinan Gaddafi.

Mesir

Republik Arab Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Rantau Afrika Utara. Republik Arab Mesir bersempadan dengan Republik Arab Libbya Bersatu, Republik Arab Sudan, Semenanjung Gaza, negara Palestin, Israel, Laut Mediterranean serta Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km²), kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan sepanjang tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah.

Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Mesir Purba

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.

Nubia

Nubia adalah sebuah kawasan di selatan Mesir, di sepanjang Sungai Nil dan utara Sudan. Kebanyakan kawasan Nubia terletak di Sudan dengan kira-kira sesuku dari wilayahnya terletak di Mesir. Pada zaman purba, Nubia merupakan sebuah kerajaan merdeka.

Sudan Selatan

Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan, merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.

Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang menyaksikan hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.

Sungai

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut(sea). Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

Sungai Amazon

Sungai Amazon (Bahasa Portugis: Rio Amazonas; Bahasa Sepanyol: Río Amazonas) di Amerika Selatan ialah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan isipadu, dengan jumlah air yang mengalir lebih besar dari keseluruhan jumlah lapan sungai terbesar seterusnya jika digabungkan. Amazon, yang mempunyai lembangan saliran terbesar di dunia, merangkumi lebih kurang satu per lima jumlah aliran sungai dunia. Semasa musim hujan Amazon adalah 120 batu (190 km) - 130 batu (210 km) luas. Disebabkan oleh dimensinya yang luas, ia adalah kadangkala dipanggil The River Sea. Tiada jambatan yang merentasi sungai ini. Ini merupakan sebahagian sahaja disebabkan oleh dimensinya yang sangat luas; untuk kebanyakan panjangnya, sebenarnya, Amazon bukan begitu luas begitu satu jambatan moden tidak boleh jangka ia. Bagaimanapun, untuk paling panjangnya, sungai itu mengalir melalui hutan hujan tropika, di mana terdapat kurang jalan dan malah kurang bandar-bandar, oleh itu tidak perlu untuk lintasan.

Manakala sesetengah mengatakan bahawa Amazon adalah sungai terbesar di dunia, arus konsensus dalam geografi masyarakat memegang bahawa Amazon adalah sungai kedua terpanjang, hanya pendek sedikit daripada Sungai Nil. Bagaimanapun, beberapa ahli sains, terutama dari Brazil dan Peru, mempertikaikan ini (lihat bahagian di bawah).

Thebes, Mesir

Thebes (Θῆβαι, Thēbai, Bahasa Arab: طيبة‎, Ṭībah) merupakan nama Yunani bagi sebuah bandar di Mesir Purba yang terletak lebih kurang 800 km di selatan Mediterranean, di tebing timur sungai Nil. Nekropolis Thebes pula terletak berhampiran tebing barat Nil. Thebes telah diasaskan sekitar tahun 3200 SM. Ia merupakan bandar terbitan Waset, nome keempat Mesir Hulu. Waset merupakan ibu negara Mesir buat seketika pada Dinasti ke-11 (Kerajaan Tengah) dan hampir sepanjang ketika pada Dinasti ke-18 (Kerajaan Baru), apabila Hatshepsut membina armada Laut Merah untuk memudahkan perdagangan antara pelabuhan Laut Merah Mesir di Elim, Quasir moden, dan Elat di pangkal Teluk Aqaba. Pedagang membeli kemenyan, mir, natron, kain linen yang ditenun halus, minyak juniper dan tangkal tembaga bagi industri pengurusan mayat di Karnak dengan emas Nubia. Dengan Dinasti ke-19, pusat pemerintahan berpindah ke Delta Nil. Peninggalan arkeologi Thebes menawarkan satu pengakuan yang hebat tentang kemuncak ketamadunan Mesir.

Trionyx

Trionyx ialah genus labi-labi dari keluarga Trionychidae. Dahulunya kebanyakan spesies dari keluarga ini dikelaskan ke dalam genus ini, namun hari ini T. triunguis, atau Labi-labi Sungai Nil, satu-satunya taksa Trionyx yang masih wujud. Spesies-spesies lain yang masih kekal dalam genus ini pula hanya tinggal fosil. T. triunguis bersaiz besar, dan pisivor.

Uganda

Republik Uganda ialah sebuah negara tidak berpantai di Afrika Timur, yang bersempadan dengan Kenya di timur, Sudan di utara, Republik Demokratik Congo di barat,Rwanda di barat daya, dan Tanzania di selatan. Bahagian selatan negara ini merangkumi sebahagian besar Tasik Victoria, dalam mana Uganda bersempadan dengan Kenya dan Tanzania. Uganda dinamakan bersempena kerajaan Buganda yang meliputi sebahagian kawasan selatan negara termasuk ibu negara Kampala.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.