Sungai

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut(sea). Sesebuah sungai (river) biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.

Murray howlong
Sungai Murray di Australia.
River in harrietville trout farm
Sungai mengalir ke Harrietville Trout Farm

Senarai sungai

Sungai terpanjang di dunia

  1. Sungai Nil (6,690 km)
  2. Sungai Amazon (6,452 km)
  3. Sungai Yangtze (Chang Jiang) (6,380 km)
  4. Sungai Mississippi-Missouri (6,270 km)
  5. Sungai Yenisei-Angara (5,550 km)
  6. Sungai Ob-Irtysh (5,410 km)
  7. Sungai Huang He (Kuning) (5,464 km)
  8. Sungai Amur (4,410 km)
  9. Sungai Congo (4,380 km or 4,670 km) (punca sungai ni dipertikai)
  10. Sungai Lena (4,260 km)

Sungai di Malaysia

Sungai di Malaysia yang dikelilingi hutan tebal ditebingnya.
Sungai di Malaysia yang dikelilingi hutan tebal ditebingnya.
  1. Sungai Kinabatangan
  2. Sungai Batu Lima
  3. Sungai Meliau
  4. Sungai Musi
  5. Sungai Kebun Cina
  6. Sungai Sibuga
  7. Sungai Tahan
  8. Sungai Melantai
  9. Sungai Puteh
  10. Sungai Pelenting
  11. Sungai Teku
  12. Sungai Baram
  13. Sungai Rajang
  14. Sungai Muar
  15. Sungai Pahang
  16. Sungai Melaka
  17. Sungai Linggi
  18. Sungai Langat
  19. Sungai Kelang
  20. Sungai Selangor
  21. Sungai Perak
  22. Sungai Pahang
  23. Sungai Terengganu
  24. Sungai Kelantan

Lihat juga

Baling

Baling (Jawi: باليڠ) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut, Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah selepas daerah Sik. Setakat Februari 2011, jumlah penduduk daerah Baling ialah 159,487 orang.

Bandar Baharu

Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Tapi, pekannya terletak di sempadan antara Pulau Pinang dengan Perak. Sungai Kerian di sini adalah menjadi garis sempadan negeri Perak dan Kedah melalui susur keluar Bandar Baharu di lebuhraya.

Daerah ini telah dijadikan kawasan inap desa (homestay) oleh Kerajaan Negeri Kedah agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong. Inap desa ini telah dibangunkan di Kampung Relau, Mukim Relau dengan nama Homestay Sri Impian Relau.

Bandar Laguna Merbok

Bandar Laguna Merbok adalah bandar baharu di Sungai Petani, Kedah. Ia terletak kira-kira 6 km dari pusat bandar Sungai Petani.

Terdapat sebuah projek pembinaan masjid bernama Masjid Bandar Laguna Merbok.

Daerah Kulim

Kulim merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.

Daerah Kulim adalah cantuman dari lima belas mukim iaitu Junjong, Kulim, Keladi, Sungai Seluang, Terap, Bagan Sena, Karangan, Sungai Ular, Padang China, Nagalilit, sedim, Sidam Kanan, Padang Meha, Mahang dan Lunas. Dewan Undangan Negeri Kulim terletak di Kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Penubuhan Taman Teknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park) diharap dapat mencetuskan pembangunan pesat di Kulim.

Jambatan Dungun

Jambatan Dungun merupakan jambatan yang merentasi Sungai Dungun dan terletak di Kuala Dungun, Dungun, Terengganu. Jambatan tersebut dibina bagi memudahkan orang ramai khususnya penduduk setempat untuk berulang alik dari Kuala Dungun ke Seberang Pintasan. Pemandangan yang indah juga dapat dilihat sepanjang Sungai Kuala Dungun hingga ke Sungai Buaya dan Sungai Pimpin.Pengguna jalanraya yang melalui jambatan ini dengan jelasnya dapat melihat terletaknya lokasi Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, jeti ke Pulau Tenggol, tempat pembinaan bot nelayan dan bot komersial. Dari bawah jambatan pula, kapal-kapal yang sedang berlabuh dapat dilihat di kawasan Kuala Dungun.

Kampung Sungai Tong

Kampung Sungai Tong merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu Darul Iman. Kampung ini terletak bersempadan dengan daerah Kuala Terengganu di laluan utama jalan persekutuan yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan. Jarak di antara Pekan Seri Langkap ke Bandar Kuala Terengganu ialah sejauh 45 km, manakala jaraknya ke Bandar Permaisuri ialah sejauh 25 km . Kampung ini turut dikenali dengan nama baharunya iaitu Seri Langkap kerana menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan utama penduduk di DUN Langkap.

Terdapat sebuah pasar malam pada setiap hari Selasa yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli keperluan harian dan menjual hasil tanaman mereka. Selain itu, pelbagai kemudahan asas seperti klinik, pejabat pos, balai polis, dewan serba guna, sekolah dan sebagainya disediakan. Jaringan jalan raya di pekan ini juga bertar dan dalam keadaan yang baik. Unit-unit kedai dan premis perniagaan juga terdapat di sini bagi memudahkan penduduk setempat untuk membeli keperluan harian dan ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan selain meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Taman Seri Intan merupakan kawasan perumahan yang menawarkan beberapa unit rumah kos sederhana yang dibina untuk memenuhi keperluan penempatan penduduk setempat.

Kuala Ketil

Kuala Ketil merupakan pekan yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Baling. Pekan ini terletak antara Sungai Petani dengan Kulim.

Kuala Ketil merupakan sebuah pekan yang pesat membangun di Daerah Baling. Terletak hanya 10km dari Sungai Petani.

Kuala ketil bakal diwujudkan daerah baru iaitu Daerah Kuala Ketil. Kini Dun Kuala Ketil berada di dalam Daerah Baling.Merupakan pekan yang terletak dikawasan segitiga perindustrian Kulim-Sungai Petani-Kuala Ketil.

Kuala Ketil terletak dalam laluan strategik di antara Kulim-Baling dan Sungai Petani Baling.

Majlis Perbandaran Sungai Petani

Majlis Perbandaran Sungai Petani diwujudkan kerana pertambahan penduduk di Sungai Petani yang semakin meningkat serta mentadbir Daerah Kuala Muda.

Sungai Anak Bukit

Sungai Anak Bukit ialah sebatang sungai di negeri Kedah, Malaysia.

Sungai Anak Bukit mengalir melalui Alor Star Kedah dihubungkan oleh Sungai Kedah ke muara Kuala Kedah. Sungai Anak Bukit ini mengalir di belakang Istana Anak Bukit.

Sungai Kedah

Sungai Kedah ialah sebatang sungai di Kedah, Malaysia. Sungai ini mengalir melalui Alor Setar dan mengosong ke dalam Selat Melaka di Kuala Kedah. Isipadunya leih kurang 3695 km³.

Sungai Kilim

Sungai Kilim merupakan sungai kecil yang terletak di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Sungai ini menjadi daya tarikan terbaru di pulau Langkawi kerana struktur geologi yang menarik terutama sekali hutan paya bakau. Saintis alam sekitar mendapati hutan paya pakau mampu mengurangkan kesan tsunami yang melanda pulau Langkawi pada 26 Disember 2004.

Kini Sungai Kilim menjadi sebahagian dari jenama penting Langkawi Geopark. Di sepanjang sungai ini pokok bakau dari pelbagai jenis hidup subur. Paya bakau merupakan kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin. Di sinilah pelbagai spesies ikan, udang, ketam dan lain-lain membiak bagi membekalkan protein kepada manusia.

Terdapat bukit-bukau yang menegak di sepanjang sungai ini. Bukit-bukau ini sebahagian daripada batu kars yang berwarna agak kehitaman menonjol di kiri dan kanan sungai. Permandangannya begitu indah kerana sukar didapati ditempat lain.

Para pelancong boleh menyewa bot di jeti Kilim.

Sungai Langgar

Sungai Langgar ialah sebatang sungai di negeri Kedah, Malaysia.

Bersebelahan dengan Sungai Langgar terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701. Komplek makam ini telah menempatkan ramai kerabat diraja Kedah termasuklah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu perdana menteri Malaysia pertama.

Sungai Merbok

Sungai Merbok ialah sebatang sungai di negeri Kedah, Malaysia. Ia merupakan sungai terkenal dalam sejarah bagi Lembah Bujang. Menurut buku Sejarah Kedah oleh Haji Buyong Adil (DBP, KL, 1980) nama asal Sungai Merbok ialah Sungai Babur.

Sungai Muda

Sungai Muda ialah sungai terpanjang di negeri Kedah yang terletak di utara Malaysia. Sungai ini berukuran 178 km dan melalui daerah-daerah Baling, Sik, dan Kulim selain Kuala Muda sebelum menemui Selat Melaka. Sungai ini, yang dijadikan sempadan di antara negeri Kedah dan Pulau Pinang merupakan sumber utama air di negeri Pulau Pinang selain menjadi punca pengairan bagi penanaman padi di kawasan ini.

Sungai Pendang

Sungai Pendang ialah sebatang sungai di negeri Kedah, Malaysia.

Pada 2012 Sungai Pendang telah membanjiri beberapa kampung, antaranya Kampung Kubang Kuar, Kampung Banggol Kambing, Kampung Seberang Pendang, Kampung Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Kampung Pondok Haji Hussin, Kampung Tanjung Radin dan Ayer Puteh.

Sungai Petani

Sungai Petani (Jawi:سوڠاي ڤتني; singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar yang terbesar di negeri Kedah Darul Aman berbanding Alor Setar. Bandar Sungai Petani mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010 . Ia terletak di bahagian tengah negeri di utara Semenanjung Malaysia. Bandar ini adalah terletak 370 km ke Kuala Lumpur dan 50 km ke Alor Setar. Sungai Petani juga merupakan bandar yang membangun pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut selain Kulim.

Kolej PTPL dan University AIMST telah dibina di bandar ini. Gambaran mutal dinding juga telah siap dilukis di Semeling, Sungai Petani. Dua pasaraya Tesco juga dibina di Sungai Petani. Sungai Petani juga terletak 100 km tepat sekali ke Bukit Kayu Hitam.

Kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Sungai Petani Utara telah berlaku pada akhir-akhir ini disebabkan penggunaan kenderaan yang banyak menuju ke Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana ramai penduduk Sungai Petani bekerja di Pulau Pinang.

Terdapat juga stesen keretapi di Sungai Petani. Jambatan landasan keretapi yang bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat di bandar Kedah ini di Sungai Sg Petani di Jalan Besar serta di Pinang Tunggal.

Sungai Tajar

Sungai Tajar ialah sebatang sungai di Alor Setar, negeri Kedah, Malaysia.

Tasik Beris

Fail:AaaDSC 1820.jpg

Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000

Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah terdiri daripada beberapa buah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat di dalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar dan kampung batu seketul .Dalam kampung batu seketol sendiri terdapat kampung-kampung kecil seperti Kampung Perangin, Charuk Duri, Kampung Siam dan Kampung Bendang Lebai Man yang terletak di Mukim Sok

, Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang. Sungai Beris mengalir dari sebelah kawasan Batu Seketol dan Kampung Paya, Manakala Sungai batang pula mengalir dari kawasan Sungai Batang. Disebelah ulu Sungai Batang terdapat sebatang sungai lagi yang di berinama Sungai Cokkong.Kawasan ulu sungai Batang dang Sungai Cokkong terdapat kawasan perkelahan air terjun seperti Lubuk Haji Mat Ali dan Perangin Jantan.

Tasik Pedu

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.

Yan, Kedah

Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan rekreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

Hutan Lipur Gurun Kuari

Hutan Lipur Perigi

Hutan Lipur Sungai Teroi

Hutan Lipur Sungai Kunyit

Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)

Hutan Reakreasi Sri Perigi

Hutan Rekreasi Batu Hampar

Lubuk Kawah Kampung Teroi BukitYan memiliki sebuah hospital, iaitu Hospital Yan.

Morfologi sungai
Ciri berskala besar
Sungai aluvium
Sungai batuan dasar
Mendapan
Proses
Mekanik
Bentuk muka bumi
Pergunungan
Dataran benua
Fluvium
Glasier
Bentuk muka bumi di tepi pantai dan laut
Gunung berapi
Aeolian
Buatan manusia

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.