Stesen minyak

Stesen minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum (dipanggil gasolin di AS dan Kanada) atau minyak diesel.

Dispenser bahan api digunakan untuk mengepam petroleum , diesel, CNG, CGH2, HCNG, LPG, LH2, bahan api etanol, bahan api bio seperti biodiesel, kerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.

YosriNov2004StesenMinyakPetronas
Stesen minyak Petronas.
Preem Karlskrona
Stesen minyak moden, Preem di Karlskrona, Sweden.
Albert Namatjira refuelling for a trip to Alice Springs
Stesen Ampol di Australia pada lewat 1950-an.
PieTownGasPumpsPickup
Stesen minyak dan bengkel kereta di Pie Town, New Mexico, 1940.

Jenis stesen pengisian

Amerika Syarikat dan Kanada

Umumnya, terdapat dua jenis stesen pengisian di Amerika Syarikat dan Kanada: jenama premium dan diskaun.

Jenama premium

Stesen pengisian dengan jenama premium menjual jenama dikenali ramai dan gasolin berjenama antarabangsa, termasuklah Exxon dan jenama Essonya, Citgo, Hess, Chevron, Mobil, Shell, Sinclair, BP dan Texaco.

Jenama diskaun

Jenama diskaun selalunya adalah lebih kecil, rangkaian serantau atau stesen-stesen bebas, menawarkan harga gasolin yang rendah. Kebanyakannya membeli gasolin borong daripada para pembekal bebas atau daripada syarikat petroleum utama. Stesen gas lebih rendah harga juga didapati di beberapa pasar raya (Albertsons, Kroger, Giant, Weis Markets, Safeway, Vons, Meijer, Loblows /Real Canadian Superstore (Kanada) dan Giant Eagle), kedai serbaneka (7-Eleven dan Cumberland Farms), gedung diskaun (Wal-Mart) dan kelab gudang (Costco, Sam's Club, dan BJ's). Di sesetengah stesen (seperti Vons, Costco, BJ's, atau Sam's Club), pengguna perlu memegang satu kad keahlian khas dengan tujuan menerima harga diskaun, dan/atau membayar hanya dengan kad tunai rangkaian ataupun kad kredit yang dikeluarkan secara eksklusif untuk rangkaian itu. Beberapa kedai serbaneka, seperti 7-Eleven dan Circle K, telah menjenamabersamakan stesen-stesen mereka dengan satu daripada jenama premium itu.

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada

Petrol Station Pier for Boats in Stockholm
Bukan semua stesen minyak hanya untuk kereta semata-mata; ada juga yang dibina untuk bot seperti di Stockholm, Sweden.
Cambodia gas station
Stesen minyak di tepi jalan dari sempadan Thailand ke Siem Reap, Kemboja.

Di sesetengah negara, hanya satu sahaja jenama stesen minyak yang ada. Di Mexico, di mana industri minyak itu merupakan milik negara dan harga dikawal, pengendali utama negara stesen petrol ialah Pemex. Di Malaysia, Shell menjadi jenama stesen minyak paling dominan mengikut jumlah stesen, diikuti Petronas yang dimiliki kerajaan Malaysia. Pengendali ini juga berkembang di luar negara dengan hasrat menjadi sebuah syarikat multinasional.

Cara pembayaran

Di kebanyakan stesen minyak di luar bandar, pengguna membayar selepas mengisi minyak, tetapi di kawasan bandar di mana kadar jenayah lebih tinggi pula pengguna perlu membayar dahulu sebelum mengisi minyak. Sekiranya masih terdapat baki setelah mengisi penuh, baki tersebut akan dipulangkan kepada pengguna.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk membayar menggunakan wang tunai ataupun menggunakan kad kredit.

Jenis perkhidmatan

Stesen-stesen pengisian lazimnya menawarkan satu daripada tiga jenis perkhidmatan kepada para pelanggan mereka: perkhidmatan penuh, perkhidmatan minimum atau khidmat layan diri.

Perkhidmatan penuh

Seorang pelayan (joki gas) mengoperasi pam-pam itu, sering mengelap cermin depan, dan kadangkala memeriksa aras minyak dan tekanan tayar kenderaan, kemudian mengutip pembayaran (dan barangkali tip).

Perkhidmatan minimum

Seorang pembantu mengoperasi pam-pam. Keadaan ini perlu akibat perundangan yang melarang pelanggan daripada mengoperasi pam.

Layan diri

Pelanggan akan melaksanakan semua perkhidmatan yang diperlukan.

Harga di pam

Lain-lain

GasStationHiroshima
Seperti kebanyakan stesen minyak di Jepun, stesen minyak Shell di Hiroshima ini memerlukan pengguna menarik hos pengisi minyak dari atas.

Dalam negara importan tenaga lain seperti Jepun, kos gasolin/petroleum adalah lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat disebabkan oleh kos pengangkutan bahan api atau cukai-cukai. Sebaliknya, beberapa negara pengeluar minyak utama seperti Negara Teluk, Iran, Iraq, dan Venezuela menyediakan subsidi bahan api jauh di bawah harga pasaran. Amalan ini cenderung menggalakkan penggunaan tinggi. Hong Kong mempunyai beberapa harga pam tertinggi dalam dunia, tetapi kebanyakan pelanggan diberi diskaun penting sebagai ahli kad.

Oktana

Sandakan Sabah Shell-Station-Labuk Road-01
Stesen Minyak di Sabah, Malaysia.

Di Malaysia, petrol yang dijual di stesen minyak ialah RON92 ataupun RON97 tanpa plumbum. RON97 paling banyak digunakan pengguna kereta dan motosikal di Malaysia, walaupun keperluan oktana minimum bagi kebanyakan kereta yang dijual di Malaysia ialah RON95.

Keselamatan di stesen minyak

IMG 8159
Papan tanda "Dilarang Merokok" di stesen minyak.

Ancaman paling utama di stesen minyak ialah kebakaran. Kebakaran mudah terjadi di stesen minyak disebabkan wujudnya wap petrol yang sememangnya lebih mudah terbakar berbanding dalam keadaan cecair. Oleh itu, pengguna mesti mengikuti peraturan berikut semasa di stesen minyak:-

  1. Matikan enjin terlebih dahulu sebelum mengisi minyak.
  2. Dilarang merokok.
  3. Dilarang menggunakan telefon bimbit.

Sungguhpun demikian, masih terdapat beberapa kes kebakaran di stesen minyak akibat kedegilan pengguna mematuhi peraturan keselamatan tersebut. Oleh yang demikian, banyak jenama bahan api yang mengadakan kempen keselamatan bagi mendidik pengguna mengenai keselamatan di stesen minyak.

Lihat juga

Pautan luar

Alor Mengkudu

Alor Mengkudu merupakan kawasan perumahan yang dahulunya hanya sebuah kampung yang terletak di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Alor Setar. Bersebelahan dengan Alor Tajar dan Simpang Kuala. Kawasan ini sedang membangun pesat sejak kebelakangan ini iaitu pada tahun 2010.

♚Prasarana♚

MyDin Mall Alor Mengkudu

Mc Donald Drive Thru Alor Mengkudu

KFC Drive Thru

Starbucks Drive Thru

Bukit Beruntung

Bukit Beruntung ialah sebuah perbandaran utama di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Serendah di dalam daerah Hulu Selangor. Perbandaran utama ini dimajukan oleh Talam Corporation Berhad. Ia boleh dicapai melalui Persimpangan Bukit Beruntung Exit 118 dari Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan 3208 dari Sg. Choh (selepas papan tanda sempadan JKR Hulu Selangor dan stesen minyak Petron,Petronas) dan juga boleh melalui jalan pintas dari pekan Rasa. Perumahan utama terletak di Taman Bunga Raya. Bukit Beruntung Golf & Country Club juga terletak di perbandaran ini.

Gemas

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.Gemas terletak sekitar 54 km untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembau pula 75 km. Manakala, Seremban pula 101 km.

Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.

Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways/Keretapi Tanah Melayu Berhad. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.

Selain dari pusat bandar Gemas asal, di sebelah Johor, ia dikenali sebagai Gemas Baharu terletak sekitar 1 km dari pusat bandar Gemas.

Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m.

Jeli

Jeli (Jawi: جلي) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah.

Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai iaitu sejurus lebuhraya timur barat dari sini ke Gerik, Perak dibuka ketika itu. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

Jenjarom

Jenjarom ialah sebuah pekan yang terletak di daerah Kuala Langat.

Jitra

Jitra merupakan bandar yang terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah - Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam, malahan ada yang berketurunan Siam, terutama yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Bandar ini kini sedang pesat membangun dengan kemunculan banyak taman perumahan baru.

Bandar Jitra hampir dengan Lebuh raya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur.

Kerteh

Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia.

Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong bin Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.

Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.

Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.

Kodiang

Kodiang merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di Kodiang dan Kampung Sena di Arau, Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.

Kok Lanas

Kok Lanas (Tulisan Jawi: كوك لانس) merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Kelantan dalam kawasan Ketereh atau jajahan Kota Bharu. Ia turut ditadbir oleh Majlis Daerah Ketereh. Kok Lanas merupakan antara bandar satelit di Kelantan, yang jaraknya sekitar 27KM dari bandar Kota Bharu. Terdapat sebuah kem Tentera Darat ATM di sini iaitu Kem Desa Pahlawan. Tan Sri Abdullah Ahmad yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak berasal dari sini.

Kuala Nerus

Kuala Nerus merupakan sebuah daerah yang terletak di Terengganu, Malaysia. Pengistiharan daerah Kuala Nerus sebagai daerah kelapan dalam negeri Terengganu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 September 2014. Di sini terletaknya Kawasan Perindustrian Gong Badak yang menempatkan pelbagai industri yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

Kulai

Bandar Kulai merupakan bandar di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Bandar ini berada sejauh 29 km dari Johor Bahru, ibu negeri Johor dan sejauh 8 km dari Skudai. Tempat-tempat lain yang berhampiran dengan Bandar Kulai ialah Sengkang, Sedenak, Saleng, Selong dan Senai.

Di arah tenggara Bandar Kulai ialah Gunung Pulai (654 m). Jarak bandar ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah 15 km sahaja.

Bandar Kulai merupakan simpang tiga iaitu ke Johor Bahru di selatan. Jalan raya ke barat laut menuju ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam. Jalan ke timur menuju ke Kota Tinggi. Landasan kereta api juga melalui bandar ini.

Bandar Kulai merupakan ibu daerah serta pusat pentadbiran bagi daerah baru Kulai dan terletak di dalam Metropolis Iskandar Malaysia.

Foon Yew High School cawangan Kulai turut terletak dekat sini.

Mantin

Mantin (dahulu dipanggil sebagai Setul) adalah sebuah pekan terletak kira-kira 15 kilometer di utara Seremban, Negeri Sembilan. Ia merupakan bandar keempat utama di Daerah Seremban dan berperanan sebagai Pusat Petempatan Utama di kawasan utara Daerah Seremban. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai. Ia terletak di jalan utama (Jalan lama) menghubungkan Kajang dan Seremban. Pekan ini menjadi simpang untuk ke Lenggeng di sebelah timur, ke Pajam di sebelah barat, ke Beranang di utara dan Bukit Mantin di sebelah selatan.

Pasir Pekan

Pasir Pekan merupakan sebuah pekan dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. Ia berhampiran dengan Wakaf Bharu menjadi laluan dari Kota Bharu ke pekan Tumpat dan Pasir Mas. Pasir Pekan menempatkan pusara Tok Janggut dari Pasir Puteh yang gugur menentang kezaliman British.

Setapak

Setapak merupakan satu kawasan utama di Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang berhampiran Setapak ialah Setiawangsa, Titiwangsa, Taman Melati, Sentul, Chow Kit dan Kampung Bandar Dalam.

Kawasan Setapak merangkumi keluasan 13.91 km persegi. Majoriti penduduk Setapak terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara purata bilangan Bumiputera 83,200 (54%) dan bukan Bumiputera 69,700 (46%). Populasi Setapak ialah 52,900 orang pada tahun 2000.

Mengikut daftar pengundi pilihan raya 2004:

Orang Melayu - 26,693 orang

Orang Cina - 19,382 orang

India - 4,605 orang

Bumiputera Sabah - 66 orang

Bumiputera Sarawak - 218 orang

Orang Asli - 36 orang

Lain-lain - 222 orang

Jumlah 50,682 orang

Taman Universiti

Taman Universiti merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Skudai, dalam negeri Johor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Taman Universiti (awal tahun 1990) ialah sebuah bandar industri di daerah Johor Bahru, Malaysia. Ia terletak di antara Skudai dan Pulai. Nama "Universiti" diambil sempena universiti bertaraf antarabangsa yang berhampiran. Taman Universiti diiktiraf sebagai bandar pada tahun 2002.

Antara faktor perkembangan Taman Universiti adalah kerana lokasinya yang berdekatan dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Wilayah Pembangunan Iskandar di samping lokasinya sebagai pusat kegiatan ekonomi yang strategik.

Tanah Rata

Tanah Rata terletak di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands. Sebahagian kecil Tanah Rata terletak dalam Negeri Perak dan majoritinya terletak di dalam Negeri Pahang. Gunung Brinchang (2031 m) terletak di negeri Pahang. Ia terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata. Bandar Tanah Rata meerupakan ibu daerah Cameron Highland.

Tanah Rata mendapat nama dari muka bumi yang lebih rata dan datar di kawasan ini berbanding dengan seluruh pergunungan Cameron.

Tasik Temenggor

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli (stesen minyak Esso Batu Melintang) dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

Wangsa Maju

Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.Ekonomi di Bandar Wangsa Maju ini kebanyakkannya perniagaan.Ini dapat dilihat dengan wujudnya pusat membeli-belah,gerai dan tapak pasar malam.Di Wangsa Maju terdapat beberapa buah stesen minyak ESSO ,SHELL, PETRONAS, satu bangunan 7 tingkat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad, satu kompleks bangunan medan selera dan beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Usamah Bin Zaid ,Masjid Al-Muttaqin, Surau An-Naim ,Surau Wangsa Melawati dan Surau Seksyen 4 .

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.