Spesies terjejas

Spesies terjejas merupakan kategori status pemuliharaan Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) yang berkemungkinan terancam jika keadaan persekitaran yang mengancam kehidupannya dan pembiakannya tidak bertambah baik. Terdapat 4728 haiwan dan 4914 tumbuhan yang diklasifikasikan sebagai terjejas berbanding dengan tahun 1998 pada masing-masing pada tahap 2815 dan 3222.[1]

Sebab utama kehidupan spesies terjejas disebabkan kemusnahan habitat. Spesies terjejas dipantau dan kebanyakannya terancam. Walau bagaimanapun, sesetengah spesis yang disenaraikan "terjejas", sebenarnya berada dalam kurungan, sebagai contoh katak biru racun dart.

Berikut merupakan kriteria-kriteria yang digunakan oleh IUCN dalam mengklasifikasikan sesebuah spesies sebagai sepeies terjejas. Sesebuah takson dikategorikan sebagai terjejas jika tidak dimasukkan dalam kategori terancam genting atau terancam tetapi masih menghadapi risiko kepupusan dalam tempoh masa terdekat, berdasarkan mana-mana kritera A hingga E:

  • Penurunan populasi
  • Kawasan tempat tinggal yang dianggarkan kurang daripada 2000 km2
  • Populasi kurang daripada 10,000 organisma matang
  • Populasi amat kecil atau terhad
  • Analysis quantitatif menunjukkan kebarangkalian kepupusan dalam hutan belantara lebih daripada 10% dalam masa 100 tahun.

Rujukan

  1. ^ IUCN (2012). "IUCN Red List version 2012.2: Table 2: Changes in numbers of species in the threatened categories (CR, EX, VU) from 1996 to 2012 (IUCN Red List version 2012.2) for the major taxonomic groups on the Red List" (PDF). Dicapai 2012-12-31.
Aldabrachelys

Aldabrachelys ialah genus bagi sebahagian kura-kura yang berasal dari Kepulauan Seychelles dan Madagascar, termasuklah Kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea).

Beruang Sloth

Beruang Sloth (Melursus ursinus) ialah satu spesies beruang arboreal, nokturnal dan insektivor yang berasal dari subbenua India.

Centrochelys

Centrochelys ialah genus kura-kura dari keluarga Testudinidae. Ia mengandungi satu spesies yang masih wujud dan beberapa spesies yang telah pupus:

†Centrochelys atlantica (pupus)

†Centrochelys burchardi (pupus)

†Centrochelys marocana (pupus)

†Centrochelys robusta (pupus)

†Centrochelys vulcanica (pupus)

Centrochelys sulcata — Kura-kura Sulcata

Chelodina parkeri

Chelodina parkeri juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Parker ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae.

Citah

Citah (Acinonyx jubatus) ialah haiwan daripada keluarga kucing besar yang hidup di Afrika. Citah ialah haiwan darat terpantas dan dapat berlari antara 112 sehingga 120 kilometer per jam dalam jarak 460 m. Tidak seperti kucing lain, citah tidak berapa pandai memanjat.

Elseya branderhorsti

Elseya branderhorsti juga dinkenali sebagai Kura-kura Sentap Branderhorst ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di Papua Barat Indonesia dan Provinsi Barat, Papua New Guinea. Sehingga kini spesies ini masih lagi sulit dikategorikan kerana kesukaran mengenalpasti holotipnya dengan spesies-spesies serupa yang lain. E. branderhorsti kini disenaraikan sebagai spesies terjejas oleh IUCN RedList disebabkan perdagangan haiwan eksotik di Asia.

Kura-kura Kolam Hitam

Kura-kura Kolam Hitam (Geoclemys hamiltonii ), merupakan kura-kura air tawar, endemik di Asia Selatan. Ia tergolong dalam genus monotypik Geoclemys.

Kura-kura Rusia

Kura-kura Rusia atau Kura-kura Asia Tengah, ialah kura-kura dari spesies terancam. Nama saintifiknya, Agrionemys horsfieldii

Kura-kura Sungai Brahmin

Kura-kura Sungai Brahmin (Hardella thurjii ) ialah spesies kura-kura dalam keluarga Geoemydidae. Spesies ini berasal dari Asia Selatan.

Labi-labi Hidung Babi

Labi-labi Hidung Babi atau nama saintifiknya Carettochelys insculpta adalah sejenis labi-labi yang terdapat di Asia Tenggara, termasuk juga di Malaysia.

Lepus corsicanus

Kelinci Corsica (Lepus corsicanus) ialah satu spesies kelinci yang ditemui di Itali selatan dan tengah, dan pulau Corsica.

Lepus hainanus

Kelinci Hainan (Lepus hainanus) ialah satu spesies arnab yang endemik di Pulau Hainan, China.

Malacochersus tornieri

Malacochersus tornieri ialah spesies kura-kura dengan tempurung leper dari keluarga Testudinidae. Spesies ini berasal dari Tanzania dan Kenya.

Mesoclemmys zuliae

Mesoclemmys zuliae juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Katak Zulia ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Kura-kura ini berasal dari Venezuela, dengan jenis lokalitinya ialah di Cano Madre Vieja berhampiran El Guayabo, Distrito Colón, Zulia.

Peltocephalus dumerilianus

Peltocephalus dumerilianus juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Besar Sungai Amazon. Kura-kura ini adalah dari keluarga Podocnemididae, dan spesies monotipikal dari genus Peltocephalus.

Penyu belimbing

Penyu Belimbing (bahasa Inggeris: Leatherback Sea Turtle) mempunyai nama sains Dermochelys coriacea dan menjadi satu-satunya spesies dari keluarga Dermochelyidae. Penyu Belimbing tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Reptilia, order testudines, dari keluarga dermochelyidae, spesies Dermochelys coriacea.

Podocnemis erythrocephala

Podocnemis erythrocephala atau dikenali sebagai Kura-kura Kepala Merah Sungai Amazon, ialah spesies kura-kura dari keluarga Podocnemididae. Ia endemik dan boleh dijumpai di lembangan Sungai Amazon di Brazil, Colombia, dan Venezuela.

Podocnemis sextuberculata

Podocnemis sextuberculata juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Amazon Enam-tuberkel ialah spesies kura-kura dari keluarga Podocnemididae.

Ia dijumpai di Lembangan Amazon di Brazil, Colombia, Peru dan Ecuador.

Yak

Yak, Bos grunniens adalah sejenis lembu yang bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai, terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan Tibet.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.