Spesies terancam genting

Spesies terancam genting merupakan spesies yang dikategorikan dalam risiko tertinggi oleh Senarai Merah IUCN untuk spesies semula jadi. Spesies ini merupakan organisma yang mengalami risiko tinggi untuk pupus dalam hutan.[1] Kini, terdapat 2129 haiwan dan 1821 tumbuhan berdasarkan penilaian IUCN, berbanding tahun 1998, masing-masing pada bilangan 854 dan 909.[2]

Rujukan

  1. ^ "Kepupusan generasi moneyet". BBC. 2005-09-01. Dicapai 2005-09-01.
  2. ^ IUCN (2012). "Senarai Merah IUCN Versi 2012.2: Jadual 2: Perubahan dalan bilangan spesies berdasarkan kategori terancam (CR, EN, VU) dari 1996 hingga 2012 (Senarai Merah IUCN versi 2012.2) untuk semua kumpulan taxo utama dalan Senarai Merah" (PDF). Dicapai 2012-12-31.
Bunolagus monticularis

Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai merupakan salah satu spesies mamalia yang paling jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya, kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus.

Cuora aurocapitata

Cuora aurocapitata ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae (sebelum ini dikenali sebagai Bataguridae). Ia kadangkala dianggap subspesies Cuora pani aurocapitata atau Kura-kura Katup Pan.

Kura-kura ini berasal dari tengah China, iaitu wilayah Anhui. Ia boleh dijumpai di daerah Nanling, daerah Yi, daerah Guangde, dan daerah Jing, daerah Anhui

Cuora bourreti

Cuora bourreti juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Bourret, ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae. Spesies ini berasal dari Asia Tenggara.

Cuora galbinifrons

Cuora galbinifrons ialah spesies kura-kura katup dari China (Hainan dan Guangxi), Vietnam utara dan tengah , Laos, dan mungkin timur laut Kemboja. Haiwan ini sering dijumpai berada di kawasan beraltitud tinggi yang memudahkan ia untuk menyembunyikan diri. Terdapat keraguan dalam penentuan taksonomi spesies ini dengan beberapa subspesies yang telah dikenalpasti. IUCN menyenaraikan haiwan ini sebagai spesies yang sangat terancam.

Cuora mccordi

Cuora mccordi juga dikenali sebagai Kura-kura Katup McCord ialah spesies kura-kura dari Asia tenggara, genus Cuora (keluarga Geoemydidae).

Cuora pani

Cuora pani juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Pan ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae (sebelum ini dikenali sebagai Bataguridae). Cuora aurocapitata kadangkala disenaraikan juga sebagai subspesiesnya, dan dikenali sebagai Cuora pani aurocapitata.

Cuora picturata

Cuora picturata juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Vietnam Selatan ialah spesies kura-kura yang berasal dari kawasan pergunungan selatan wilayah Vietnam, dan mungkin mendiami kawasan Kemboja dan selatan Laos. Spesies ini ditemui di wilayah Khanh Hoa dan selatan Phu Yen, timur Dak Lak dan utara Ninh Thuan.

Dahulunya ia disenaraikan sebagai Cuora galbinifrons, namun kajian genetik menafikannya.Spesies kura-kura ini mempunyai karapas (tempurung) yang tinggi bagi spesies Cuora, menjadikannya seperti helmet. Warna kepala kura-kura Cuora galbinifrons adalah pelbagai, manakala C. picturata pula memiliki warna kuning pada bahagian kepalanya.

Cuora zhou

Cuora zhoui juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Zhou ialah spesies kura-kura dari keluarga Geoemydidae (sebelum ini dikenali sebagai Bataguridae). Kini, haiwan ini diketahui berasal dari China, Ia antara spesies yang dijadikan produk makanan eksotik oleh pasaran China hari ini, dan tiga pasang baka yang dibiakkan dari luar kawasan asalnya ada dipulihara oleh dua kumpulan penternak persendirian Jerman, iaitu Allwetterzoo Münster, dan di Amerika Syarikat. Spesies ini kemungkinan boleh ditemui di habitat asal mereka, di tenggara Yunnan atau barat Guangxi, walaupun tiada rekod ia pernah dijumpai di habitat semulajadi.

Erymnochelys madagascariensis

Erymnochelys madagascariensis atau Kura-kura Kepala Besar Madagascar ialah kura-kura yang endemik dan boleh ditemui di kawasan berair seperti sungai dan tasik di barat Madagascar. Kura-kura ini dianggap sebagai haiwan terancam genting dan disenaraikan sebagai kura-kura paling terancam di dunia pada tahun 2018. Meskipun hampir mencapai kepupusan, kura-kura ini masih lagi dijadikan makanan eksotik dan dieksport keluar dari Madagascar ke negara-negara Asia bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan tradisional. Program pembiakan semula telah dimulakan bagi mengelakkan spesies ini pupus. Sebuah badan antarabangsa, The Turtle Conservation Fund (TCF) telah memohon dana kewangan sebanyak $5.6 juta bagi membiayai 'Pelan Tindakan Glonal' selama lima tahun merangkumi projek pemuliharaan dan pembiakan, kawalan perdagangan, pembinaan pusat-pusat bantuan, pelan pemuliharaan tempatan, dan program pendidikan.

Kura-kura Hutan Sulawesi

Kura-kura Hutan Sulawesi (Leucocephalon yuwonoi) ialah kura-kura dari keluarga Geoemydidae. Ia adalah spesies monotipikal dalam genus Leucocephalon dan berasal dari Sulawesi di Indonesia.

Kura-kura Sungai Amerika Tengah

Kura-kura Sungai Amerika Tengah (Dermatemys mawii), juga dikenali sebagai hickatee atau tortuga blanca (kura-kura putih), satu-satunya spesies hidup dari keluarga Dermatemydidae. mempunyai saudara terdekat dengan 19 genus yang kini telah menjadi fosil dari zaman Jurasik dan Cretaceous. Spesies ini dijumpai di kawasan sungai berhampiran perairan Atlantik di Amerika Tengah, iaitu selatan Mexico, Belize dan Guatemala. Bersaiz agak besar 60 cm (24 in) dan berat sehingga 22 kg (49 lb); Rekod tekini, mengesahkan terdapat individu dengan berat 14 kg (31 lb) di Mexico atau 11 kg (24 lb) di Guatemala.

Mesoclemmys dahli

Mesoclemmys dahli juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Katak Dahli ialah kura-kura bersaiz sederhana dari keluarga Chelidae. Kura-kura ini berasal dari kawasan berair yang terletak di utara Colombia.

Mesoclemmys hogei

Mesoclemmys hogei juga dikenali sebagai Kura-kura Hoge ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini boleh ditemui di Paraíba do Sul dan lembangan Sungai Itapemirim di selatan Brazil.

Pika Helan Shan

Pika Helan Shan atau Pika Perak (Ochotona argentata) ialah satu spesies mamalia dalam famili Ochotonidae yang endemik di China.

Podocnemis lewyana

Podocnemis lewyana juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Magdalena atau Kura-kura Sungai Rio Magdalena Ia adalah spesies kura-kura dari keluarga Podocnemididae. Berasal dari Colombia, iaitu lembangan Sungai Magdalena.Spesies ini dikategorikan sebagai Sangat terancam oleh IUCN akibat kemusnahan habitat (pembinaan empangan) dan eksploitasi tradisional dan komersial.

Pseudemydura umbrina

Pseudemydura umbrina atau Kura-kura Paya Barat. Haiwan ini ialah sejenis kura-kura leher sisi dari subkeluarga Chelodininae.

Saiga

Saiga (Saiga tatarica) ialah antelop yang asalnya mendiami kawasan zon steppe Eurasia dari kaki bukit Karpatos dan Kaukasus hingga Dzungaria dan Mongolia. Saiga juga hidup di Amerika Utara semasa Pleistosen. Hari ini saiga hanya ditemui di beberapa kawasan di Kalmykia (Rusia), Kazakhstan, dan barat Mongolia.

Tuntung Laut

Tuntung Laut atau nama saintifiknya Callagur Borneoensis merupakan sejenis haiwan afimbia yang bercengkerang keras.

Unta Baktria

Unta Baktria (Camelus bactrianus) ialah spesies unta yang berbonggol dua berasal dari steppe, Asia Tengah.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.