Spesies terancam

Spesies terancam ialah organisma yang menghadapi risiko kepupusan, sama ada kerana bilangannya kecil mahupun kerana diancam oleh parameter-parameter persekitaran yang berubah atau pemangsaan. Spesies terancam biasanya ditakrifkan menerusi spesies taksonomi, tetapi ia juga boleh merupakan unit bererti evolusi yang lain. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) telah mengira peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada semua organisma, berdasarkan sampel spesies yang dinilai pada sepanjang 2006.[2] (Nota: IUCN mengumpulkan semua spesies terancam bagi tujuan membuat ringkasan.) Banyak negara mempunyai undang-undang yang melindungi spesies bersandar pemuliharaan: misalnya mengharamkan pemburuan, mengehadkan pembangunan tanah atau mengasaskan kawasan simpanan haiwan. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan spesies yang menghadapi risiko kepupusan telah disenaraikan dan memperoleh perlindungan undang-undang. Banyak spesies lagi akan menjadi pupus, atau berpotensi menjadi pupus, tanpa mendapat sebarang perhatian awam.

Siberischer tiger de edit02
Harimau Siberia ialah subspesies harimau yang terancam; tiga subspesies harimau kini telah pupus.[1]

Galeri

Urocyon littoralis full figure

Rubah Pulau terancam

Sea otter cropped

Memerang laut terancam

Bison skull pile-restored

Longgokan tengkorak Bison Amerika. Hanya terdapat 750 ekor bison pada 1890, akibat pemburuan berketerlaluan pacuan ekonomi.

California-condor

Kondor California tak matang

Caretta caretta01

Penyu Loggerhead

Arowana

Arowana Asia

Linces19

Kucing Liar Iberia, mamalia Eropah yang paling terancam

Lihat juga

  • Akta Spesies dalam Risiko
  • Akta Spesies Terancam
  • Biokepelbagaian
  • Buku Data Merah Persekutuan Rusia
  • CITES
  • Disenaraimerahkan dan Disenaraibirukan
  • Enviro-bayi (watak kartun)
  • Gabungan Spesies Terancam (ESC)
  • Keluk spesies-kawasan
  • Kepupusan
    • Peristiwa kepupusan Holosen
  • Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN)
  • Konvensyen tentang Kepelbagaian Biologi
  • Muzium Pelindung Mergastua Amerika Utara
  • Pelindung Mergastua
  • Pemecahan habitat
  • Pemulihan in-situ
  • Pemuliharaan ex-situ
  • Penyakit hidupan liar
  • Persidangan Dunia tentang Pembiakan Spesies Terancam dalam Tawanan sebagai Bantukan untuk Kemandiriannya (WCBESCAS)
  • Senarai Merah IUCN
  • Senarai spesies haiwan terancam di India
  • Senarai spesies terancam di Amerika Utara
  • Senarai spesies terancam Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat
  • Senarai topik pemuliharaan
  • Spesies EDGE
  • Spesies nadir
  • Spesies terjejas
  • Status pemuliharaan
  • Tabung Alam Sedunia

Nota

  1. ^ Project harimau Sundarban. Maklumat tentan kepupusan harimau boleh didpati dalam bahagian laman yang berkenaan dengan harimau.
  2. ^ IUCN Red-list statistics (2006)

Pautan luar

CITES

CITES (Bahasa Inggeris: Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, Konyensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar, juga dikenali sebagai Konvensyen Washington) ialah perjanjian antara kerajaan-kerajaan antarabangsa yang dirangkakan hasil resolusi yang diterima di mesyuarat Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN) pada tahun 1973, bertujuan memastikan perdagangan spesimen-spesimen haiwan dan tumbuhan liar di peringkat antarabangsa tidak mengancam kemandirian hidupan-hidupan berkenaan. CITES mengurniakan perlindungan kepada 33,000 spesies haiwan dan tumbuhan. Untuk memastikan Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) tidak dilanggar, Setiausaha GATT telah dijemput untuk merundingkan proses perangkaan CITES.

Hanya satu spesies lindungan CITES, iaitu Burung Kakaktua Spix, sudah pupus di alam luar akibat kegiatan perdagangan sejak Konvensyen ini dikuatkuasakan pada tahun 1975.

Chelodina pritchardi

Chelodina pritchardi juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Pritchard ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini berasal dan banyak ditemui di Papua New Guinea.

Elusor macrurus

Elusor macrurus atau Kura-kura Sungai Mary ialah kura-kura leher sisi yang endemik dan boleh ditemui di Sungai Mary di tenggara Queensland, Australia.

Erymnochelys madagascariensis

Erymnochelys madagascariensis atau Kura-kura Kepala Besar Madagascar ialah kura-kura yang endemik dan boleh ditemui di kawasan berair seperti sungai dan tasik di barat Madagascar. Kura-kura ini dianggap sebagai haiwan terancam genting dan disenaraikan sebagai kura-kura paling terancam di dunia pada tahun 2018. Meskipun hampir mencapai kepupusan, kura-kura ini masih lagi dijadikan makanan eksotik dan dieksport keluar dari Madagascar ke negara-negara Asia bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan tradisional. Program pembiakan semula telah dimulakan bagi mengelakkan spesies ini pupus. Sebuah badan antarabangsa, The Turtle Conservation Fund (TCF) telah memohon dana kewangan sebanyak $5.6 juta bagi membiayai 'Pelan Tindakan Glonal' selama lima tahun merangkumi projek pemuliharaan dan pembiakan, kawalan perdagangan, pembinaan pusat-pusat bantuan, pelan pemuliharaan tempatan, dan program pendidikan.

Kucing Geoffroy

Kucing Geoffroy atau nama saintifiknya Oncifelis geoffroyi merupakan sejenis haiwan yang terdapat di Asia Tenggara.

Di Malaysia ia merupakan sejenis haiwan yang dilindungi di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808.

Kura-kura Gergasi

Kura-kura Gergasi, nama lain Kura-kura Kepala Besar atau Juku-Juku Besar atau nama saintifiknya Orlitia borneensis ialah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Kura-kura Hutan Sulawesi

Kura-kura Hutan Sulawesi (Leucocephalon yuwonoi) ialah kura-kura dari keluarga Geoemydidae. Ia adalah spesies monotipikal dalam genus Leucocephalon dan berasal dari Sulawesi di Indonesia.

Kura-kura Sungai Amerika Tengah

Kura-kura Sungai Amerika Tengah (Dermatemys mawii), juga dikenali sebagai hickatee atau tortuga blanca (kura-kura putih), satu-satunya spesies hidup dari keluarga Dermatemydidae. mempunyai saudara terdekat dengan 19 genus yang kini telah menjadi fosil dari zaman Jurasik dan Cretaceous. Spesies ini dijumpai di kawasan sungai berhampiran perairan Atlantik di Amerika Tengah, iaitu selatan Mexico, Belize dan Guatemala. Bersaiz agak besar 60 cm (24 in) dan berat sehingga 22 kg (49 lb); Rekod tekini, mengesahkan terdapat individu dengan berat 14 kg (31 lb) di Mexico atau 11 kg (24 lb) di Guatemala.

Lepidochelys

Lepidochelys juga dikenali sebagai Ridley sea turtles ialah genus penyu yang terdiri daripada dua spesies: Penyu Kempi dan Penyu Lipas. Amerika Syarikat menyenaraikan ia sebagai spesies terancam.

Mesoclemmys hogei

Mesoclemmys hogei juga dikenali sebagai Kura-kura Hoge ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini boleh ditemui di Paraíba do Sul dan lembangan Sungai Itapemirim di selatan Brazil.

Myuchelys belli

Myuchelys bellii juga dikenali sebagai Kura-kura Sentap Sungai Namoi, Kura-kura Bell, ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini berasal dari New South Wales, Australia.

Palea steindachneri

Labi-labi Leher Sasak (Palea steindachneri ), juga dikenali sebagai Labi-labi Steindachner, ialah labi-labi Asia terancam dan haiwan monotipik dari genus Palea. Cangkerang labi-labi betina boleh mencapai hingga 44.5 cm (17.5 in) panjang, sementara jantan pula 36 cm (14 in) panjang. Labi-labi jantan memiliki ekor lebih panjang berbanding betina.

Penyu hijau

Penyu hijau atau juga dikenali sebagai penyu Agar, penyu Pulau, penyu Hitam mempunyai nama sains Chelonia mydas adalah sejenis penyu laut besar yang berada di dalam keluarga Cheloniidae. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Chelonia. Taburan penyu laut meluas di seluruh laut-laut tropika dan subtropika di seluruh dunia, dengan dua populasi berbeza di Lautan Atlantik dan Pasifik. Nama penyu ini terbit daripada lemak berwarna hijau yang boleh dijumpai di bawah karapasnya.

Penyu hijau memiliki badan dorsoventral rata ditutupi oleh satu karapas besar, berbentuk air mata dan sepasang kaki sirip besar seperti pendayung. Ia biasanya berwarna cerah, kecuali warna pada karapasnya yang hampir kehitam-hitaman bagi penyu yang didapati hidup di kawasan Pasifik Timur. Tidak seperti anggota-anggota lain dalam keluarganya seperti penyu laut Hawksbill dan penyu laut Loggerhead, Chelonia mydas adalah sejenis herbivor. Penyu dewasa biasanya tinggal di lagun cetek, dan memakan pelbagai spesies rumpai laut.

Sepertimana penyu laut yang lain, ia jarak penghijrahannya adalah jauh di antara tempat mencari makanan dan lokasi pembiakkannya di pantai. Kebanyakan pulau di seluruh dunia dikenali sebagai Pulau Penyu kerana menjadi tempat untuk penyu laut hijau bertelur. Penyu betina akan naik ke pantai, menggali sarang dan bertelur pada waktu malam. Anak penyu akhirnya menetas dan memasuki air. Penyu hijau mungkin hidup sehingga umur 80 di habitat liar.

Chelonia mydas telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN dan CITES dan dilindungi daripada dieksploitasi di kebanyakan negara. Adalah menjadi satu kesalahan untuk mengutip, membahayakan atau membunuh penyu hijau. Selain itu, banyak negara memiliki undang-undang dan ordinan bagi menlindungi kawasan pembiakan. Walau bagaimanapun, penyu hijau masih berada dalam bahaya di sebabkan beberapa tindakan manusia. Di beberapa negara selain faktor pencemaran, penyu dan telurnya juga diburu sebagai makanan. Banyak juga yang mati terperangkap di dalam jaring nelayan. Akhirnya, pembangunan berdekatan pensisiran pantai juga menyebabkan kemusnahan habitat ekoran musnahnya pantai pembiakkan.

Pika Helan Shan

Pika Helan Shan atau Pika Perak (Ochotona argentata) ialah satu spesies mamalia dalam famili Ochotonidae yang endemik di China.

Podocnemis lewyana

Podocnemis lewyana juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Magdalena atau Kura-kura Sungai Rio Magdalena Ia adalah spesies kura-kura dari keluarga Podocnemididae. Berasal dari Colombia, iaitu lembangan Sungai Magdalena.Spesies ini dikategorikan sebagai Sangat terancam oleh IUCN akibat kemusnahan habitat (pembinaan empangan) dan eksploitasi tradisional dan komersial.

Pseudemydura umbrina

Pseudemydura umbrina atau Kura-kura Paya Barat. Haiwan ini ialah sejenis kura-kura leher sisi dari subkeluarga Chelodininae.

Senarai Merah IUCN

Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (Bahasa Inggeris: IUCN Red List of Threatened Species, juga dikenali sebagai Senarai Merah IUCN atau Senarai Data Merah) yang diasaskan pada tahun 1948, ialah inventori status pemuliharaan spesies haiwan dan tumbuhan sedunia yang paling menyeluruh di dunia. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) ialah lembaga status pemuliharaan spesies yang utama di dunia. Serantaian Senarai Merah Serantau dihasilkan oleh negara atau pertubuhan untuk menilai risiko kepupusan spesies dalam lingkungan unit pengurusan politik.

Senarai Merah IUCN berlandaskan kriteria persis yang menilai risiko kepupusan untuk ribuan spesies dan subspesies. Kriteria-kriteria ini adalah relevan kepada semua spesies dan semua tempat di dunia. Tujuannya adalah menyampaikan betapa pentingnya isu-isu pemuliharaan kepada orang awam dan penggubal dasar, di samping membantu masyarakat antarabangsa cuba mencegah kepupusan spesies.

Antara badan-badan penaksir spesies utama termasuk BirdLife International, Institut Zoologi (bahagian penyelidikan Persatuan Zoologi London), Pusat Pengawasan Pemuliharaan Sedunia, dan pelbagai kumpulan-kumpulan khusus di bawah IUCN's Suruhanjaya Kemandirian Spesies (Species Survival Commission, SSC). Secara keseluruhannya, hasil penaksiran pertubuhan-pertubuhan dan kumpulan-kumpulan sedemikian menjelaskan hampir separuh bilangan spesies yang terdapat dalam Senarai Merah.

Senarai Merah IUCN dianggap oleh ramai pihak sebagai sistem yang paling objektif dan berwibawa untuk menggolongkan spesies dari seggi risiko kepupusan.Templat:Conservation status

IUCN bertujuan menilai semula kategori setiap spesies setiap lima tahun sekali sekiranya mampu, tidak pun sekurang-kurangnya sepuluh tahun sekali, secara ulasan rakan melalui kumpulan-kumpulan khusus SCC IUCN, iaitu lembaga-lembaga Senarai Merah yang bertanggungjawab terhadap satu spesies, sekelompok spesies atau kawasan geografi yang tertentu, contohnya BirdLife International memerhati seluruh kelas hidupan burung.

Spesies terancam genting

Spesies terancam genting merupakan spesies yang dikategorikan dalam risiko tertinggi oleh Senarai Merah IUCN untuk spesies semula jadi. Spesies ini merupakan organisma yang mengalami risiko tinggi untuk pupus dalam hutan. Kini, terdapat 2129 haiwan dan 1821 tumbuhan berdasarkan penilaian IUCN, berbanding tahun 1998, masing-masing pada bilangan 854 dan 909.

Vijayachelys silvatica

Vijayachelys silvatica juga dikenali sebagai Kura-kura Hutan Kavalai, Kura-kura Hutan Cane atau hanya Kura-kura Cane, ialah kura-kura langka dari barat Ghats di India. Disahkan penemuannya pada tahun 1912, kura-kura ini berasal dari Kavalai, hutan tebal di Cochin, yang berketinggian 1500 dari paras laut. Hanya dua spesimen yang dijumpai pada masa itu, dan tiada lagi saintis menemukannya selepas 70 tahun. Namun, selepas tahun 1982, spesies ini ditemui semula dan kajian lanjutan dilakukan mengenai asal-usul, ciri-ciri dan habitat haiwan ini.Kura-kura ini dikelaskan sebagai subkeluarga Geoemydinae dari keluarga Geoemydidae. Pernah diletakkan di bawah genus Geoemyda kemudian berpindah kepada Heosemys. Namun, kura-kura ini mempunyai hubungan rapat dengan genus Melanochelys. Bagaimanapun, kajian terkini mengesahkan ia adalah genus monotipikal, yang dinamakan sebagai Vijayachelys sebagai penghormatan kepada pakar herpetologi India, Jaganath Vijaya (1959–1987) yang menjumpai semula spesies ini pada tahun 1982. Kajian Osteologi mengenai Vijayachelys telah diterbitkan pada tahun 2006.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.