Sosialisme

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Sejarah

Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.

Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.

Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.

Sosialisme dan komunisme

Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.

Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

Lihat juga

Pautan luar

Demokrasi sosial

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur-unsur kapitalisme yang dianggap sesuai. Ideologi ini juga ditakrifkan sebagai bentuk demokrasi yang mampu menyelesaikan masalah-masalah kapitalisme.

Fahaman ini asalnya mendokong peralihan yang aman dan beransur daripada sistem kapitalisme kepada sosialisme menggunakan kaedah politik yang seida ada berbanding peralihan cara mendadak (melalui sosialisme berevolusi) yang dikaitkan dengan Marxisme ortodoks.Demokrasi sosial moden bercirikan suatu komitmen kepada polisi-polisi menghindari ketidaksamaan, penindasan of kelompok yang kurang berpeluang dan miskin, termasuk menyokong perkhidmatan awam yang boleh digunakan orang ramai penjagaan warga tua dan kanak-kanak, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pampasan untuk pekerja.

Hari Pekerja

Hari Pekerja (Tulisan Jawi: هاري ڤكرجا) atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Ideologi politik

Ramai parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan sebuah ideologi. Dalam kajian sosial, ideologi politik merupakan sekumpulan unggul, prinsip, doktrin, mitos atau simbol etika sesebuah gerakan sosial, institusi, darjat atau golongan yang mengupas cara sesebuah masyarakat berfungsi, serta menyediakan rangka politik atau budaya untuk sebuah order sosial tertentu. Sebahagian besar ideologi politik menjelaskan cara mengagihkan bidang kuasa dan had kuasa yang boleh digunakan.

Ideologi politik mempunyai dua dimensi:

Matlamat: Cara masyarakat berfungsi (atau diatur).

Cara: Cara yang paling sesuai untuk mencapai aturan terunggul itu.Ideologi merupakan sekoleksi idea-idea. Lazimnya, setiap ideologi memounyai idea tentang bentuk kerajaan yang dianggap paling baik (contoh: demokrasi, teokrasi) serta sistem ekonomi yang terbaik (contoh: kapitalisme, sosialisme atau komunisme).

Ideologi juga dikenali melalui kedudukannya dalam spektrum politik (berhaluan kiri, kanan atau tengah), namun pengelasan ini tidak dipersetujui semua pihak. Ideologi juga boleh dibezakan melalui strategi politik (seperti populisme) atau berdasarkan isu tunggal (seperti penentangan terhadap pengintegrasian Eropah, atau pengesahan penggunaan marijuana sebagai sah di sisi undang-undang).

Jerman Nazi

Jerman Nazi atau Reich Ketiga khusus merujuk tahun-tahun 1933 hingga 1945, sewaktu Adolf Hitler memimpin negara Jerman sebagai Diktator yang menyebarkan ideologi nasionalisme-sosialisme (Nationalsozialismus). Dalam zaman tersebut, Jerman telah bangkit daripada negara yang tewas dalam perang (Perang Dunia Pertama) sehingga menjadi suatu kuasa ketenteraan yang digeruni. Pada masa yang sama, bangkit juga politik perkauman atau rasis yang mengagungkan bangsa Aryan dan menghina ras lain, terutamanya orang-orang Yahudi yang telah "dikumpulkan dan dibunuh secara terancang di beberapa buah kem tahanan". Jerman Nazi akhirnya ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet pada tahun 1945. Kerana itu, Jerman telah terbahagi kepada dua blok: Republik Konfederasi Jerman di barat (yang berfahaman kapitalis) dan Republik Demokratik Jerman di sebelah timur (yang berfahaman komunis-sosialis)

Komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Nasionalisme

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei ) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

Parti Sosialis Malaysia

Parti Sosialis Malaysia (singkatan: PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. PSM ditubuhkan hampir sembilan tahun setelah Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya PSM dapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008 setelah penyelesaian kes itu di luar mahkamah.

Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.

Parti Tindakan Demokratik

Parti Tindakan Demokratik (Bahasa Inggeris: Democratic Action Party (DAP); Bahasa Tamil: ஜனநாயக செயல் கட்சி; Bahasa Cina: 民主行动党) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.DAP merupakan salah satu daripada empat parti kerajaan utama di Malaysia selain parti PKR,DAP dan AMANAH dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Harapan. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Harapan memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Akhbar Internet parti ini (dalam Bahasa Malaysia) ialah Roketkini.

Perjuangan kelas

Perjuangan kelas (class struggle) atau pergelutan kelas (Class conflict) ialah tekanan politik serta rasa ketidakpuashatian yang dialami dalam masyarakat hasil persaingan sosioekonomi antara kelas-kelas sosial. Ia merupakan tumpuan utama dalam karya-karya falsafah Karl Marx dan Mikhail Bakunin.

Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Politik haluan kanan

Dalam pemahaman politik, istilah sayap kanan atau haluan kanan digunakan dalam spektrum politik kiri kanan, dan sepertilah lawannya yang disebut sebagai sayap kiri, sayap kanan jua berbagai-bagai takrifannya. Namun begitu, sayap kanan secara amnya memaksudkan bahagian-bahagian spektrum politik yang sering dikaitkan dengan sesetengah jenis Konservatisme, Tradisionalisme, Sistem pemerintahan beraja, Libertarianisme kanan, Korporatisme, Kanan Keagamaan, Nasionalisme (yang boleh juga berhaluan kiri), Militarisme, Produserisme, Nativisme, Reaksionisme atau pendirian Kanan jauh seperti Sosialisme Kebangsaan dan Fasisme.

Politik haluan kiri

Politik haluan kiri atau politik sayap kiri melalui pemahaman politik merupakan pihak yang mengutamakan kesamaan sosial sebagai matlamat politik, berbanding dengan sayap kanan yang memandang fahaman sayap kiri itu sebagai ancaman kepada kebebasan (khususnya kebebasan masyarakt sivil) dan/atau tradisi-tradisi sedia ada.

Di Dunia Barat, istilah "sayap kiri" selalu dikaitkan dengan demokrasi sosial dan liberalisme sosial (tetapi bukan liberalisme klasik), serta juga (khususnya di Eropah Barat) negara kebajikan dan sosialisme demokratik. Di Eropah Timur, Asia, Amerika Selatan, dan Afrika, istilah itu sering dikaitkan dengan Marxisme-Leninisme dan/atau Maoisme, serta isu-isu seperti anti-imperialisme dan pengagihan semula tanah.

Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk Popularisme, Komunitarianisme, Syndikalisme, gerakan kesatuan sekerja, Anarkisme, Libertarianisme kiri, Sosialisme, serta Komunisme di Kiri Jauh.

Proletariat

Golongan pekerja atau proletariat (daripada perkataan Latin prollees yang bermaksud "anak") adalah istilah yang digunakan untuk kelas sosial rendah. Asalnya ia merujuk kepada mereka yang tidak ada harta selain dari anak lelaki mereka. Istilah ini pada mulanya dipandang hina sehinggalah Karl Marx menggunakannya sebagai merujuk kepada golongan pekerja.

Spektrum politik

Spektrum politik ialah sistem pengelasan fahaman politik yang berbeda-beda berdasarkan satu atau lebih paksi geometrik yang mewakili dimensi politik yang berasingan.Spektrum ini diukur dari "sayap kanan" di satu hujung ke "sayap kiri" d satu hujung yang lain (berdasarkan kedudukan puak politik yang bersidang dalam Parlimen Perancis ketika pembentukannya selepas berlakunya Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga tahun 1799. Fahaman-fahaman komunisme dan sosialisme terletak di sayap kiri manakala konservatisme dan kapitalisme terletak di sebelah kanan. Liberalisme ditakrifkan mengikut konteks yang berbeza-beza, sama ada ke kiri (misalnya liberalisme sosial) atau dalam libertarianisme (liberalisme klasik). Golongan yang berfahaman antara kedua-dua sayap ini dikelaskan dalam ruang sentrisme or moderat.

Stalinisme

Stalinisme merujuk kepada cara memerintah yang dibangunkan antara tahun-tahun 1927 hingga 1953 oleh Josef Stalin (1878–1953) serta polisi-polisi yang berkaitan dengannya di Kesatuan Soviet. Polisi-polisi ini termasuk industrialisasi pesat, teori sosialisme dalam sebuah negara, pemerintahan yang totalitarian, pengumpulan kerja pertanian, kultus individu serta keakuran atau ketundukan parti-parti komunis asing kepada kepentingan Parti Komunis Kesatuan Soviet yang dianggap sebagai parti pelopor revolusi komunis pada ketika itu.Fahaman ini menggalakan konflik kelas melalui penggunaan kekerasan pemerintah untuk menyingkirkan borjuis masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pencapaian suatu revolusi komunis yang lengkap. Polisi ini menyebabkan kepada terdorongnya keganasan politik dan penindasan kepada golongan dan individu tertentu yang dianggap sebagai ancaman sebegini. bukan sahaja dalan kalangan borjuis tetapi, juga kelas pekerja dengan rasa sentimen yang menentang revolusioner.

Trotskyisme

Trotskyisme ialah teori Marxisme yang didokong Leon Trotsky.

Pihak yang berpegang kepada fahaman ini sangat menentang konsep Stalinisme atas ketidaksetujuan mereka terhadap teori "sosialisme dalam sebuah negara" bawaan Josef Stalin dan melebihi teori revolusi kekal (permanent revolution) bawaan Trotsky. Mereka turut mengkritik birokrasi yang wujud dalam Kesatuan Soviet sewaktu ia diperintah di bawah Stalin.

Władysław Gomułka

Władysław Gomułka (6 Februari 1905 - 1 September 1982) adalah ahli politik komunis Poland. Beliau adalah pemimpin de facto pasca perang Poland sehingga 1948. Berikutan Poland Oktober beliau menjadi pemimpin semula dari tahun 1956 hingga 1970. Gomułka pada mulanya sangat popular untuk pembaharuannya; beliau mencari "cara Poland untuk sosialisme"; dan menimbulkan tempoh yang dikenali sebagai "Gomułka's thaw". Walau bagaimanapun, pada tahun 1960-an, beliau menjadi lebih tegar dan berkuasa otoritarian untuk menggugat kestabilan sistem, beliau tidak cenderung memperkenalkan atau membenarkan perubahan. Pada tahun 1960-an, beliau menyokong penganiayaan terhadap Gereja Katolik dan intelektual (terutamanya Leszek Kołakowski, yang dipaksa ke pengasingan).

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.