Siti Nurhaliza Productions

Siti Nurhaliza Productions (secara rasmi disingkat sebagai SNP) ialah sebuah syarikat rakaman, media dan hiburan Malaysia telah ditubuhkan pada 12 Januari 1998[nota 1] oleh penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang juga berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.[1]

Siti Nurhaliza sendiri bernaung di bawah syarikat miliknya, dan Transkripsi merupakan album pertama terbitan Siti Nurhaliza Productions. Selain menerbitkan album studio Siti Nurhaliza, syarikat ini juga menguruskan aktiviti seni penyanyi itu, menerbitkan beberapa rancangan televisyen tempatan, menganjurkan konsert dan sebagainya. Ibu pejabat SNP terletak di Taman Connaught, Cheras. SNP pernah menaungi sebuah kumpulan muzik indie Malaysia yang dikenali sebagai Coda.[2]

Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriMedia, hiburan
Ditubuhkan12 Januari 1998
PengasasSiti Nurhaliza
Ibu pejabat35-1, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56100, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
Siti Nurhaliza (Pengasas & CEO)
Siti Nursairah Tarudin (Eksekutif Perhubungan Awam)
Saiful Bahri Tarudin (Pengarah Urusan)
Rozi Abdul Razak (Unit Promosi)
Siti Norsaida Tarudin (Pengurus Akaun)
Saiful Kadri Abdul Kadir (Pengurus Penerbitan)
Anak syarikatSiti Nurhaliza Collections
SN Mobile Digital
Siti Nurhaliza Marketing
Siti Sound
Laman sesawangwww.snp.com.my

Sejarah

Siti Nurhaliza - SimplySiti Brunei
Siti Nurhaliza menubuhkan syarikatnya bagi menguruskan kerjayanya selain untuk membalas jasa keluarganya.

Syarikat rakaman Suria Records (SRC) telah menguruskan perjalanan seni muzik Siti Nurhaliza selama lebih 3 tahun. Oleh kerana bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail menandatanganinya sebagai artis rakaman, ini bermakna beliau bebas memilih pasukan pengurusannya sendiri. Maka pada 12 Januari 1998, sehari selepas ulangtahun kelahiran beliau yang ke-19, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan pengurusan rasmi bagi menguruskan kerjaya muziknya.

Menurut Siti, ibu bapanya, Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail ialah orang kuat SNP, manakala adik-beradiknya termasuk beliau sendiri bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah dan ia adalah perniagaan keluarga yang dihadiahkan oleh Siti bagi membalas jasa keluarganya terhadap kerjayanya.

Biarpun memiliki syarikat dan pasukan pengurusannya sendiri, Siti Nurhaliza tetap bernaung di bawah Suria Records sehingga kontraknya sebagai artis rakaman, tamat pada 2005.

Pada 2004, SNP mula bergiat aktif menerbitkan rancangan televisyen. Muzikal Aidiladha ialah rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions. Selepas itu, muncul pula rancangan Siti Nurhaliza 3D (Siti Nurhaliza Dari Dalam Diri) yang berkisarkan kehidupan peribadi Siti Nurhaliza dengan 13 episod yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada tahun yang sama, SNP menerbitkan rancangan Sukan dan Selebriti, sebuah rancangan yang melibatkan artis-artis popular tanahair dan personaliti sukan dalam pelbagai bidang yang bersiaran sebanyak 26 episod.

Pada 2006, SNP mula menerbitkan album Siti Nurhaliza, Transkripsi ialah album pertama Siti yang diterbitkan oleh SNP dan diterbitkan bersama oleh Suria Records, dan kemudiannya diikuti oleh Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008) dan album seterusnya.

Pada 2008, Siti Nurhaliza Productions mengambil kumpulan Coda sebagai artis naungan mereka, menjadikan mereka artis berkumpulan pertama di bawah SNP, dan seterusnya kumpulan itu muncul dengan album Retorik Audio setahun berikutnya.

Pada 2011, Siti Nurhaliza mengumumkan kerjasama syarikatnya dengan Universal Music Malaysia dengan memperkenalkan single "Galau", sambil menyatakan akan bernaung di bawah Universal selepas tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman lamanya, Suria Records. Album ke-16 Siti, Fragmen telah dikeluarkan pada 30 Jun 2014 dan merupakan album pertama Siti hasil kerjasama SNP dan Universal.

Pada Mei 2013, Dato’ Siti Nurhaliza melancarkan laman web rasmi beliau iaitu Siti Nurhaliza Official menerusi laman web rasmi di www.simplysiti.com.my.[3] Beliau telah menggabungkan segala maklumat serta aktiviti-aktiviti menarik mengenai syarikat rakamannya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions, produk kecantikan SimplySiti dan juga laman peminat beliau iaitu SitiZoners di dalam satu laman web yang sama.[3]

Pada Februari 2014, SNP dengan kerjasama Artelier Gallery, Publika, Kuala Lumpur menganjurkan pameran pertamanya yang diberi nama SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza, sebuah pameran seni lukisan yang diadakan selama sebulan, dari 27 Februari hingga 26 Mac, yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa.

Pada Jun 2016, Siti Nurhaliza Productions menandatangani kontrak memorandum persefahaman dengan i-Mizu (pengeluar minuman kesihatan) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dulu arwah ayah saya (Tarudin Ismail) ialah tempat tertinggi dalam Siti Nurhaliza Productions, begitu juga dengan emak (Siti Salmah Bachik). Mereka berdua adalah bos kami, saya sebagai pekerja, saya menjalankan tugas saya. Dan ini sebenarnya adalah perniagaan keluarga yang saya hadiahkan untuk membalas jasa baik keluarga saya.

— Siti Nurhaliza semasa ditemuramah dalam rancangan dokumentari biografinya di The History Channel.

Anak syarikat

Anak syarikat Jenis dan platform Status terkini Ditubuhkan Catatan
Siti Nurhaliza Collections Cenderamata, barangan berjenama Aktif 2002 Peranan dan operasi syarikat ini adalah memperkenalkan barangan koleksi-koleksi Siti Nurhaliza dan album-album nyanyian artis.
Siti Nurhaliza Marketing Pemasaran Aktif 2003 Peranan utamanya ialah untuk memasarkan produk berkaitan Siti Nurhaliza.
SN Mobile Digital Telekomunikasi mudah alih Aktif 2006
Siti Sound Audio dan bunyi Aktif 2006

Senarai karya

Filemografi

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Muzikal Aidiladha [4] Dirinya sendiri Rancangan televisyen pertama yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions
Siti Nurhaliza 3D (Diari Dalam Diri) [4] Dirinya sendiri Rancangan realiti TV 13 episod ini menyingkap tentang kehidupan peribadi Siti Nurhaliza
Syawal Datang Lagi [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di RTM
Variasi Fitri... Siti Nurhaliza [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di TV3
Aidilfitri Ku Bersama Siti Nurhaliza [5] Dirinya sendiri Diterbitkan oleh syarikatnya untuk siaran di Astro. Rancangan ini menerima anugerah Rancangan Televisyen Muzikal Khas Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.[6]
2005 Nazam Lebaran Bersama Siti Nurhaliza Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Hari Raya Aidilfitri
2006 Sukan dan Selebriti Dirinya sendiri
2007 Detik Kehidupan Siti Nurhaliza [7] Dirinya sendiri
2008 Teratak Siti Nurhaliza [8] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri dimana Siti Nurhaliza dan dua adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Saerah mengadakan persembahan
Siti Nurhaliza Bersama Peminat [9] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
2009 Kasih Siti [10] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza [11] Pengacara Rancangan masakan 13 episod yang disiarkan sempena bulan Ramadhan bersama artis jemputan
Lentera Aidilfitri Dato' Siti [12] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Konsert Sesuci Lebaran Datuk Siti Nurhaliza [13] Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
2010 Stylistika Siti [14] Dirinya sendiri Sebuah persembahan khas satu jam di mana beliau menggayakan pakaian kegemarannya dan membincangkan perkara kebanyakannya bermula dari permulaan awal beliau.
Konsert Di Hati Siti [15] Dirinya sendiri Persembahan pertama dengan TV9 dan juga persembahan pertama beliau di mana beliau menjemput idola beliau untuk mengadakan persembahan bersama-sama.
CT15 Dirinya sendiri Sebuah rancangan televisyen khas sempena Aidilfitri
Lebaran Diva Dato' Siti Nurhaliza [15] Dirinya sendiri
2011 SITI [16][a] Pengacara Rancangan bual bicara pertama beliau, dibahagikan kepada empat segmen berbeza - VIP Siti, Sentuhan Kasih, Perspektif Siti dan Simfoni Siti. Ia bersiaran di Astro Ria bermula 12 Februari 2011.
I-Klon Pengacara
2012 Podium [17] Dirinya sendiri Ia menampilkan perjalanan Siti Nurhaliza bersama syarikat produk kosmetik miliknya, SimplySiti yang bersiaran di RTM TV2
2013 Siti Ooo... Som! [18][a] Pengacara Sebuah rancangan gameshow 13 episod yang dihoskan bersama oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah. Ia dibahagikan kepada 6 segmen utama - Sepantas Kilat, Riuh Rendah, Siapa Hebat, Kebaboom, Siti Cabar dan Huru Hara.

Diskografi

Tahun Tajuk Penyanyi
2006 Transkripsi Siti Nurhaliza
2007 Hadiah Daripada Hati
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 10 Disember 2007
  • Format: CD, Muat turun digital
2008 Lentera Timur
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 26 Disember 2008
  • Format: CD, Muat turun digital
2009 Tahajjud Cinta
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 9 September 2009
  • Format: CD, muat turun digital
Retorik Audio
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 2009
  • Format: CD, muat turun digital
Coda
2010 Apresiasi
  • Album studio
  • Dikeluarkan: Mac 2010
  • Format: CD, Muat turun digital
Siti Saida, Siti Saerah
2014 Fragmen
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 29 Jun 2014
  • Format: CD, Muat turun digital
Siti Nurhaliza
2017 SimetriSiti
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 10 Mei 2017
  • Format: CD, Muat turun digital

Konsert

Konsert jelajah dan persembahan residensi
Tahun Konsert Tarikh diadakan Lokasi
1999 Konsert Live Siti Nurhaliza 30 Oktober 1999 Stadium Putra, Bukit Jalil
2001 Konsert Mega Siti Nurhaliza 30 Jun 2001
2002 Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir 30 Mei-2 Jun 2002 Istana Budaya
2004 Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 Ogos 2004 Stadium Negara, Bukit Jalil
2009 SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza 26-28 Jun 2009 Istana Budaya
2013 Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza 20-24 September 2013
2015 Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 7 April 2015
Konsert Satu Suara, Vol. 2 7-8 November 2015

Pameran

Tahun Pameran Tarikh mula Tarikh tamat Lokasi
2014 SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza[19] 27 Februari 2014 26 Mac 2014 Artelier Gallery, Publika Kuala Lumpur

Artis

Bekas artis

Lihat juga

Nota kaki

  1. ^ Nota 1: Semasa awal penubuhannya, tumpuan utama Siti Nurhaliza Productions pada masa itu ialah menguruskan kerjaya Siti Nurhaliza (sejak 1998), menganjurkan konsert (sejak 1999) dan menerbitkan rancangan televisyen (sejak 2004). Bagaimanapun, mereka tidak menerbitkan album Siti Nurhaliza sehingga 2006, kerana Siti masih di bawah kontrak dengan Suria Records.
Nota kaki tambahan.
  1. ^ a b Diterbitkan bersama oleh Global Station Sdn. Bhd.

Rujukan

  1. ^ Dato' Hajjah Siti Nurhaliza, SitiZone. Dicapai pada 30 Januari 2010.
  2. ^ a b Profil kumpulan Coda, artis baru Siti Nurhaliza Productions Sensasi Selebriti.
  3. ^ a b Dato Siti Nurhaliza Perkenalkan Laman Web Rasmi Untuk Peminat Oh Bulan!. 21 Mei 2013.
  4. ^ a b "Muzikal Aidiladha... dakwah seni Siti Nurhaliza". Utusan Online. 25 Januari 2004. Dicapai 2013-05-12.
  5. ^ a b c "Siti Nurhaliza – Buat biskut `tunjuk-tunjuk'". Utusan Online. 28 Oktober 2004. Dicapai 2013-05-12.
  6. ^ "10 tahun yang gemilang". Utusan Online. 2 April 2006. Dicapai 2013-05-12.
  7. ^ Nik Ramzi Nik Hassan (Pengarah dan Penerbit) (2007). Detik Kehidupan Siti Nurhaliza (Penerbitan televisyen). Malaysia: TV3.
  8. ^ "Mari bersantai di Teratak Siti Nurhaliza". mStar Online. 7 Ogos 2008. Dicapai 2013-05-12.
  9. ^ Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (28 September 2008). "Meriahkan Adilfitri bersama rancangan raya televisyen". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12.
  10. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (12 September 2009). "TV3, TV9 semarak Aidilfitri". Harian Metro. Digital Collections DC5: Text Archive. Dicapai 2013-05-12.
  11. ^ Keith Jonathan Deuntzer (5 Ogos 2009). "Chef Zam: Lauk Siti cukup masin dan pedas!". mStar Online. Dicapai 2013-05-12.
  12. ^ "39 program baru Hari Raya di 5 saluran Astro". mStar Online. 1 September 2009. Dicapai 2013-05-12.
  13. ^ Shazryn Mohd. Faizal (17 September 2009). "Semarak Syawal bersama Siti". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12.
  14. ^ Nani (8 September 2004). "Siti Nurhaliza & Faizal Tahir Jadi Taruhan". Gua.com.my. Dicapai 2013-05-12.
  15. ^ a b Norliza Mohd Zakaria (8 September 2010). "Dua program raya menarik Siti Nurhaliza". Utusan Online. Dicapai 2013-05-12.
  16. ^ "A chat with Siti". The Star. 11 Februari 2011. Dicapai 2013-05-12.
  17. ^ Budiey (26 November 2012). "Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Di Hati 2012". Budiey.com. Dicapai 2013-05-16.
  18. ^ "Siti Nurhaliza Jadi Pengacara 'Game Show' Pula". mStar Online. 26 Disember 2012. Dicapai 2013-05-12.
  19. ^ Muzaffar Mustafa (19 Februari 2014). ""SITI: An Iconic Exhibition of Dato Siti Nurhaliza", ilham penggiat seni baru". Astro Awani. Dicapai 19 April 2014.

Pautan luar

Ada Masa Mata

"Ada Masa Mata" ialah single ketiga dari album Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lagu ini digubah oleh M. Nasir, bersama Ad Samad sebagai penulis seni katanya.

Apresiasi

Apresiasi merupakan album duet yang dipersembahkan oleh Siti Norsaida Tarudin dan Siti Nursairah Tarudin, atau lebih dikenali sebagai Saida dan Sairah, dua daripada adik-beradik Datuk Siti Nurhaliza, dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions sebagai peluang untuk mereka berdua menyerlahkan bakat masing-masing kepada orang awam. Album ini juga dilancarkan sempena ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, oleh itu pelancaran rasminya diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni pada 16 April 2010 (walaupun sudah berada di pasaran sejak Mac).

Album ini hanya memuatkan enam lagu, iaitu satu lagu duet, dua lagu nyanyian Saida, dua nyanyian Sairah, dan satu lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua bersama Siti Nurhaliza dan dua adik-beradik lelaki, Ali dan Ayie, sebagai dedikasi kepada arwah bapa mereka, Tarudin Ismail, yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009.

Bila Harus Memilih

"Bila Harus Memilih" ialah single keempat daripada album Transkripsi oleh Siti Nurhaliza. Lagu ini dicipta oleh Glenn Fredly dari Indonesia.

Cahaya Cinta

"Cahaya Cinta" ialah single khusus yang dicipta dan didendangkan oleh Siti Nurhaliza sempena meraikan perkahwinan beliau dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada tahun 2006. Single ini tiada dalam album Transkripsi, sebaliknya dimuatkan dalam album himpunan Cerita Cinta Siti Nurhaliza.

Cinta Ini

"Cinta Ini" ialah single kedua dari album Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza. Lagu ini digubah oleh Katon Bagaskara dari Indonesia.

Coda

Coda ialah kumpulan muzik rock Malaysia yang bergerak secara bebas atau lebih tepat dikenali sebagai indie. Mereka ialah artis sulung yang bernaung di bawah Siti Nurhaliza Productions (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza.

Diskografi Siti Nurhaliza

Sejak memulakan kerjaya sebagai artis rakaman pada tahun 1995, penyanyi wanita Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meninggalkan impak yang besar dalam industri muzik Malaysia sebagai biduanita seni suara terunggul negara pada separuh akhir 1990-an dan sepanjang dekad pertama 2000-an. Beliau telah mengeluarkan 16 album studio, 11 album kompilasi, 10 album secara langsung, 2 album duet dan 1 album khas serta telah merakamkan lebih daripada 250 lagu dan single. Beliau turut merakamkan runut bunyi untuk beberapa filem cetera termasuk Puteri Gunung Ledang (2004) dan 1957: Hati Malaya (2007) dan drama televisyen termasuk Spa Q dan Adam & Hawa.

Selepas memenangi Bintang HMI, Siti Nurhaliza mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) dan seterusnya melancarkan kerjaya muzik beliau, Siti kekal bersama syarikat rakaman itu selama 10 tahun. Bersama SRC, beliau melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1 April 1996 yang mendapat sambutan baik dengan kemunculan single pertama "Jawapan Di Persimpangan". Selepas agak sukar dikenali ketika awal penampilannya, Siti diundang rakan satu bumbung untuk mengeluarkan single duet iaitu bersama kumpulan 2 by 2 dengan lagu "Mawarku". Lagu itu menjadi hits dan membuka jalan untuk Siti lebih dikenali. Single kedua dari album pertamanya iaitu "Jerat Percintaan" membuat kejutan apabila memenangi anugerah utama di Anugerah Juara Lagu ke-10 sekaligus mengukuhkan lagi nama penyanyi muda ini. Album keduanya menyusul pantas selepas itu, juga menggunakan namanya sebagai judul album dilancarkan pada 27 Januari 1997 merupakan kejayaan komersial dan membawanya ke Indonesia dengan single "Aku Cinta Padamu". Juga pada 1997, beliau melancarkan album tradisional sulungnya bersama kolaboratornya, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Cindai pada 17 November tahun itu. Pada 1998, beliau melancarkan dua album serentak – album solo keempat, Adiwarna dan album kompilasi bersama Noraniza Idris dan Liza Hanim, Molek. Beliau merakamkan 6 lagi album bersama SRC - Pancawarna (1999), Sahmura (2000), Safa (2001), Sanggar Mustika (2002), E.M.A.S (2003) dan Prasasti Seni (2004) sehingga kontraknya dengan SRC tamat pada 2005.

Pada 2000, jualan albumnya sahaja menyumbang kepada 10 peratus daripada jumlah jualan album Malaysia. Juga pada 2000, Siti melancarkan album kompilasi solo pertamanya, The Best Of Siti Nurhaliza telah dikeluarkan dan dilaporkan telah terjual sebanyak 75, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan Emas. Beliau telah menjual lebih kurang lebih daripada 4.9 juta rekod di pasaran Asia terutama di pasaran Malaysia dan Indonesia daripada 15 tahun beliau dalam seni suara. Dalam tempoh lima tahun, jualan untuk enam album pertamanya telah pun mencapai 1 juta unit di pasaran Malaysia dan 500 000 unit lagi daripada pasaran Indonesia. Album pertama beliau didedahkan kepada menjual lebih daripada 800,000 naskhah dan lapan daripada 15 solo album beliau telah diterima sama ada Emas, Platinum atau berbilang pensijilan platinum dari Malaysia dan Indonesia.

Pada 2004, beliau berkolaborasi bersama M. Nasir menerusi lagu tema filem Puteri Gunung Ledang, "Bagaikan Sakti" yang turut dimuatkan dalam album runut bunyi filem itu. Pada 2006, Siti Nurhaliza melancarkan album ke-11 beliau, Transkripsi bersama syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions dan diuar-uarkan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh beliau. Album ini dikeluarkan 4 bulan sebelum perkahwinannya dengan Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006, seterusnya beliau melancarkan single "Cahaya Cinta" bersempena dengan perkahwinannya. Lagu ini dimuatkan dalam album Cerita Cinta Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza mengikuti kejayaan album Transkripsi bersama beberapa lagi albumnya yang dikeluarkan kemudian, iaitu Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008) dan Tahajjud Cinta serta album duet bersama Krisdayanti, CTKD: Canda Tangis Ketawa Duka (2009). Siti melancarkan album bahasa Inggeris pertamanya, All Your Love pada 26 September 2011 di bawah syarikat rakaman What’s Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid. Beliau menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia dan seterusnya muncul bersama single "Galau" pada 2013 dan seterusnya muncul bersama album Fragmen pada 2014. Album secara langsung beliau, Unplugged telah dikeluarkan pada Jun 2015, dua bulan selepas konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 diadakan, "Mikraj Cinta" dan "Menatap Dalam Mimpi" dikeluarkan sebagai single. Pada 10 Mei 2017, album terbaru beliau, SimetriSiti dilancarkan, pra-tempahan bagi album ini didapati di Lazada.com.my dan sebanyak 300 salinan album ini habis dijual dalam masa 20 minit.

Hadiah Daripada Hati

Hadiah Daripada Hati ialah album studio ke-12 Datuk Siti Nurhaliza yang memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 10 Disember 2007. Hadiah Daripada Hati juga merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.

Antara yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama adalah Ku Mahu, dan single kedua adalah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.

Konsert Live Siti Nurhaliza

Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama selama satu hari oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini dianjurkan bersama oleh DWI Events Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Konsert yang diadakan pada 30 Oktober 1999 ini mendapat maklum balas positif dan ulasan daripada pengulas konsert dan petugas media yang rata-ratanya memuji vokal dan persembahan Siti secara keseluruhannya.

Lentera Timur

Lentera Timur merupakan album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-4. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.

Melawan Kesepian

"Melawan Kesepian" ialah single kedua dari album Hadiah Daripada Hati oleh Siti Nurhaliza. Lagu ini dicipta oleh Pongky dari Indonesia.

Pastikan

"Pastikan" ialah single kelima daripada album Transkripsi oleh Siti Nurhaliza. Lagu ini dicipta oleh Melly Goeslaw dari Indonesia.

SimetriSiti

SimetriSiti merupakan album studio ke-17 penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan mula menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). Dirakamkan dalam tempoh yang singkat, dari Mac hingga April 2017, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.Pra-tempahan untuk SimetriSiti edisi eksklusif boleh didapati di Lazada Malaysia pada 5 Mei 2017, dan semua 300 salinan album habis dijual dalam masa 20 minit. "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 28 April 2017.SimetriSiti menjadi album Siti Nurhaliza yang ketiga yang mana kulit albumnya menampilkan beliau bertudung selepas album Tahajjud Cinta (2009) dan Fragmen (2014).

Siti Norsaida binti Tarudin

Siti Norsaida binti Tarudin, juga dikenali sebagai Siti Saida atau Saida Tarudin (lahir 13 Disember 1976) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang daripada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam dan terkenal sebagai kakak kepada penyanyi legenda Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Collections

Siti Nurhaliza Collections Sdn. Bhd. (SNC) adalah anak syarikat Siti Nurhaliza Productions telah diwujudkan pada 12 Februari 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 (Bilangan Syarikat 592653-K).

Syarikat ini telah mendaftarkan pejabatnya di 14A, Jalan SG 3/2, Pusat Bandar Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor.

Walau bagaimanapun ia mempunyai pejabat operasi yang beralamat di 28-2-2, Cheras Business Centre, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Di antara peranan dan operasi syarikat ini adalah memperkenalkan barangan koleksi-koleksi Siti Nurhaliza dan album-album nyanyian artis.

Siti Nursairah binti Tarudin

Siti Nursairah binti Tarudin (lahir 1983) atau lebih dikenali sebagai Siti Sairah atau Sairah Tarudin merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan merupakan adik kepada Siti Saida dan Siti Nurhaliza yang juga penyanyi.

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta ialah album ke-14 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.

Taman Connaught

Taman Connaught merupakan bandar utama di Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman Connaught kini telah membangun dengan adanya Universiti swasta iaitu UCSI Taman Connaught, pusat beli-belah Giant, restoran Fast Food dan sebagainya. Kini kebanyakan warga asing yang berada di sekitar kawasan Taman Connaught adalah terdiri daripada warga Afrika dan Timur Tengah yang kebanyakannya sedang mengikuti pendidikan tinggi.

Taman Connaught juga merupakan ibu pejabat Siti Nurhaliza Productions milik penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Transkripsi (album)

Transkripsi ialah album studio kesebelas Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.

Album Transkripsi juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.

Album studio
Album duet
Album raya
Album secara langsung
Album kompilasi
Album video
Konsert dan jelajah
Pameran seni
Syarikat
Rencana berkaitan
Siti Nurhaliza Productions
Diskografi
Filemografi
Anak syarikat
Konsert
Pameran
Eksekutif

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.