Singa Afrika Barat

Singa Afrika Barat (Panthera leo leo)[4] merupakan populasi singa di Afrika Barat yang kini digolongkan sebagai spesies terancam genting dalam Senarai Merah IUCN. Populasi ini terpencil dan terdiri daripada tidak lebih 250 ekor yang matang. Setakat tahun 2004 sahaja, populasi singa di Afrika Barat dan Tengah berpecah-belah dan dianggarkan terdiri daripada sebanyak 1,800 individu.[5]

Pada abad ke-20, ia juga dikenali sebagai singa Senegal.[6] Dahulu ia dikira sebagai subspesies singa di bawah nama P. leo senegalensis.[2] Pada 2017, populasi singa Afrika Utara, Barat, Tengah dan Asia tergolong di bawah P. l. leo.[4]

Singa Afrika Barat
West African male lion
Jantan di Taman Negara Pendjari, Benin
Lionne du Cameroun
Betina di Taman Negara Mefou, Cameroon
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Klad: Synapsida
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies: P. leo
Subspesies: P. l. leo
(Linnaeus, 1758)
Nama trinomial
Panthera leo leo
(Linnaeus, 1758)
72275737 africa lions 624 v6
Singa kini merantau di hanya 1.1% daripada taburan bersejarah di Afrika Timur.
Sinonim[2][3]

dahulunya:

  • P. l. gambianus (Gray, 1843),
  • P. l. kamptzi (Matschie, 1900)
  • P. l. senegalensis (Meyer, 1829)

Rujukan

  1. ^ "Panthera leo (West Africa subpopulation)". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2017-1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2015.
  2. ^ a b Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 542. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hemmer tidak disediakan
  4. ^ a b Kitchener, A.C.; Breitenmoser-Würsten, C.; Eizirik, E.; Gentry, A.; Werdelin, L.; Wilting, A. & Yamaguchi, N. (2017). "A revised taxonomy of the Felidae: The final report of the Cat Classification Task Force of the IUCN Cat Specialist Group" (PDF). Cat News. Special Issue 11: 76.
  5. ^ Bauer, H.; Van Der Merwe, S. (2004). "Inventory of free-ranging lions Panthera leo in Africa". Oryx. 38 (1): 26–31. doi:10.1017/S0030605304000055.
  6. ^ Heptner, V. G.; Sludskij, A. A. (1992) [1972]. "Lion". Mlekopitajuščie Sovetskogo Soiuza. Moskva: Vysšaia Škola [Mammals of the Soviet Union. Volume II, Part 2. Carnivora (Hyaenas and Cats)]. Washington DC: Smithsonian Institution and the National Science Foundation. m/s. 83–95.
Panthera

Panthera ialah satu genus dalam famili Felidae (kucing), yang merangkumi empat spesies hidup yang dikenali ramai, iaitu harimau, singa, jaguar, dan harimau bintang. Genus ini meliputi separuh daripada subfamili Pantherinae, iaitu kucing besar.

Menurut kamus American Heritage Dictionary, asal usul perkataan Panthera tidak jelas lagi. Ramai yang percaya bahawa istilah itu berasal dari bahasa Yunani, iaitu awalan pan- ("segala") digabungkan dengan perkataan thēr ("makhluk pemangsa") kerana haiwan-haiwan berkenaan dikatakan boleh memburu dan membunuh apa-apa sahaja. Istilah Yunani πάνθηρ, pánthēr, bermaksud segala haiwan Felidae yang berbunga secara amnya. Ada juga yang percaya bahawa panthera berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu bererti "haiwan kekuningan" atau "kuning keputihan".

Singa

Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.Singa yang hidup liar jarang ada yang hidup lebih lama daripada 10–14 tahun, lebih-lebih lagi hayatnya dipendekkan lagi oleh kecederaan akibat bergaduh. Singa dalam tawanan mampu hidup menjangkau 20 tahun. Singa lazimnya hidup di kawasan savana dan padang rumput, bahkan juga di belukar dan hutan. Singa jauh lebih gemar bersosial (hidup berkawanan) berbanding dengan spesies kucing lain. Sekawan singa terdiri daripada betina-betina bersaudara dan anak-anak serta segelintir jantan dewasa. Singa betina sering memburu secara berkumpulan, rata-ratanya memangsakan haiwan maun ungulat. Singa bukan sahaja merupakan pemangsa terulung, bahkan juga mahir sebagai pebangkai yang memperoleh 50 peratus bekalan makanan dengan mencari bangkai sebaik peluang yang ada. Diketahui bahawa singa memburu manusia tetapi itu bukan tabii. Singa merupakan haiwan nokturnal yang gemar tidur pada waktu siang dan bergiat pada waktu malam, lebih-lebih lagi waktu senja (krepuskul).Singa jantan menonjol sekali rupanya dengan surai yang lebat, bahkan wajah singa jantan adalah simbol haiwan yang paling umum dikenali dalam budaya manusia, Wujudnya gambaran singa mulai usia Paleolitik Akhir dengan ukiran dan lukisan dari gua-gua Lascaux dan Chauvet di Perancis sejak 17,000 tahun dahulu, melalui hampir semua budaya zaman kuno dan pertengahan yang pernah mengenali singa. Singa digambarkan secara meluas dalam bentuk arca, lukisan, bendera, mahupun filem dan sastera moden. Singa dibela dalam kurungan sejak zaman Empayar Rom, malah dijadikan spesies yang "wajib" dipamerkan di zoo seluruh dunia sejak akhir abad ke-18. Taman-taman haiwan seluruh dunia bekerjasama mengadakan program pembiakan untuk singa Asia yang terancam.

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.