Seram

Seram seringkali dikaitkan dengan perasaan takut ataupun gerun terhadap sesuatu.

Seram boleh juga merujuk kepada yang berikut:

  • Filem seram, genre seram dalam filem-filem.
  • Fiksyen seram, genre seram dalam penggunaan fiksyen.
  • Pulau Seram, sebuah pulau di Indonesia.
7 Perhentian

7 Perhentian (juga disebut Tujuh Perhentian) ialah filem seram misteri Malaysia 2004 arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen, lakonan Erra Fazira dan Farid Kamil sebagai watak utama. Skrip filem ini terpaksa dipinda setelah mendapat bantahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana dikatakan mengandungi unsur tahyul apabila menunjukkan perhubungan roh dengan manusia. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 14 November 2004. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem I Know What You Did Last Raya (2004) pada Hari Raya Aidilfitri.

Astro Shaw

Astro Shaw ialah syarikat penerbitan filem Malaysia, ditubuhkan pada 2005 sebagai pembahagian kepada Tayangan Unggul. Syarikat ini mengkhususkan kepada filem bergenre drama, romantik, seram, aksi dan cereka sains.

Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan merupakan sebuah filem seram Malaysia 2013 arahan Faizul A. Rashid dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Filem ini ditayangkan pada 2 Mei 2013.

Cereka sains

Cereka sains atau fiksyen sains (Bahasa Inggeris: science fiction, dipendekkan sebagai SF atau sci-fi) merupakan satu genre cereka luas yang sering melibatkan spekulasi berdasarkan sains dan teknologi sekarang dan masa hadapan. Cereka sains sering mengetengahkan kesan teknologi kepada individu manusia, masyarakat, negara dan dunia. Boleh dijumpai dalam buku, seni, televisyen, filem, permainan video, teater dan media lain.

Dalam konteks organisasi atau pemasaran, cereka sains boleh sinonim dengan makna yang lleih luas bagi cereka spekulatif, melingkungi karya kreatif yang mengandungi unsur imaginatif yang tidak ditemui dalam realiti kontemporari; ini termasuklah fantasi dan seram.

Filem Malaysia tahun 2014

Berikut merupakan senarai filem yang telah ditetapkan jadual penayangannya di seluruh pawagam Malaysia.

Filem Malaysia tahun 2015

Berikut ialah senarai filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2015. Kebanyakan filem diterbitkan dalam Bahasa Melayu, tetapi juga terdapat filem dalam bahasa Mandarin dan Tamil.

Filem seram

Filem seram merupakan filem-filem genre seram yang dicipta khas untuk mencungkil perasaan seram, jijik atau ketakutan daripada para penonton. Dalam plot filem seram, semangat-semangat jahat, kejadian ngeri, ataupun wataknya sendiri yang bersifat jahat, merupakan beberapa elemen kebiasaan dalam dunianya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Filem seram ngeri

Filem seram ngeri (Bahasa Inggeris:Thriller film), juga dikenali sebagai filem saspens atau seram ngeri saspens, adalah genre filem yang luas yang melibatkan ketegangan, kebimbangan dan cemas di antara penonton. Unsur saspens, yang terdapat dalam kebanyakan plot filem, sangat dieksploitasi oleh pembuat filem dalam genre ini. Ketegangan dibuat dengan melambatkan adegan yang dianggap oleh penonton sebagai adegan yang tidak dapat dielakkan, dan dibina melalui situasi yang cemas atau adegan di mana melarikan diri kelihatan mustahil.Menyembunyikan jalan cerita daripada penonton sangat penting bagi menjadikan sesebuah filem itu lebih menarik. Adegan pergaduhan dan kejar-mengejar adalah teknik jalan cerita yang biasa terdapat di dalam filem. Filem seram ngeri biasanya memaparkan jalan cerita kehidupan terancam, seperti ketika protagonis tidak menyedari bahawa mereka memasuki situasi berbahaya. Watak-watak filem seram ngeri bertentangan antara satu sama lain atau dengan kekuatan luar, yang kadang-kadang boleh abstrak. Protagonis biasanya ditetapkan terhadap masalah, seperti pelarian, misi, atau misteri.

Gong (filem)

Gong merupakan filem Malaysia bergenre seram yang ditayangkan pada 2006.

Jwanita

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Kabupaten Seram Bahagian Barat

Kabupaten Seram Bahagian Barat merupakan sebuah kabupaten di provinsi Maluku, Indonesia.

Templat:Indo-geo-stub

Kabupaten Seram Bahagian Timur

Kabupaten Seram Bagian Timur merupakan sebuah kabupaten di provinsi Maluku, Indonesia.

Maluku

Maluku merupakan sebuah Daerah Tingkat I, yang berstatus provinsi di Indonesia, dengan Ambon sebagai ibu kotanya. Sebelum dipisahkan, Maluku meliputi pula wilayah Maluku Utara sekarang, atau yang termasuk ke dalam Kepulauan Maluku.

Pekin Ibrahim

Mohd Iznan bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pekin Ibrahim (lahir 25 Oktober 1981) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang Misteri (2004), diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir (2009), Skrip 7707 (2009), Al-Hijab (2011), Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013), Cerita Kita (2013), Coverina (2015), Kampung Drift (2016) dan Volkswagen Kuning (2016). Kredit filem beliau yang lain termasuk komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), komedi muzikal Rock Oo! (2013), Lagenda Budak Hostel (2013), Tokan (2013), drama cereka sains Apokalips X (2014), Ophilia (2014), thriler seram Villa Nabila (2015), Juvana 2 (2015), Jejak Warriors (2015), drama aksi komedi Mat Moto (2016) dan seram Munafik (2016).

Beliau mencapai banyak kejayaan pada 2016 apabila beliau telah memenangi Festival Filem Malaysia ke-28 melalui filemnya, Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit bagi Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan calon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Aaron Aziz. Beliau juga berbakat dalam tarian dan muzik kerana pernah menganggotai kumpulan B-Boys dan Sevenwords. Selain itu, Pekin juga bergiat aktif di teater dan telah menjayakan pementasan teater termasuk Tattoo Gestapo (2012) dan Dendam Laksamana (2017).

Potret Mistik

Potret Mistik ialah sebuah filem genre misteri dan seram Malaysia arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Senarai filem terbitan Grand Brilliance

Senarai ini merupakan senarai filem yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan filem Malaysia Grand Brilliance sejak penubuhannya pada 1995 (Filem terbitan Grand Brilliance dengan hasil kerjasama syarikat penerbitan lain juga disenaraikan).

Skrip 7707

Skrip 7707 ialah sebuah filem seram arahan , Prof Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Julai 2009. Filem ini dibintangi oleh Norman KRU, Fauziah Ghous dan Almy Nadia

Susuk (filem)

Susuk merupakan filem seram yang dikeluarkan 7 Ogos 2008 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Cerita ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang iaitu susuk untuk menjadi terkenal.

Pengambaran Susuk dibuat di Lembah Kelang dan Batu Gajah, Perak, selama tiga bulan dalam tahun 2006. Filem Susuk menelan belanja RM1.8 juta dan dilaporkan sudah meraih RM1.2 juta dalam masa lima hari ia ditayangkan di panggung wayang

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.