Sepanyol

Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Kepulauan Canaria di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.

Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.

Kerajaan Sepanyol
كراجان سيڤاڽول

[Reino de España] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Flag of Sepanyol
Jata negara of Sepanyol
Bendera Jata negara
Cogan kata: [Plus Ultra] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)  (Latin)
"Lagi Kehadapan"
Lagu kebangsaan: [Marcha Real] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) 1  (Sepanyol)
"Kawad DiRaja"
Location of Sepanyol
Ibu kotaMadrid
Bahasa rasmiBahasa Sepanyol2
PemerintahanRaja Berperlembagaan
• Raja
Felipe VI
Pedro Sánchez
Pembentukan 
• Kesatuan dinasti
1516
• Penyatuan
1469
•   de facto
1716
•   de jure
1812
Keluasan
• Jumlah
505,990[1] km2 (195,360 bt2) (51)
• Air (%)
1.04
• Kepadatan
92/km2 (238.3/sq mi) (106)
KDNK (PPP)Anggaran 2018 
• Total
$1.864 trillion[2] (16)
• Per kapita
$40,290[2] (31)
KDNK (nominal)Anggaran 2005[3] 
• Jumlah
$1,127 trilion (9)
• Per kapita
$27,226 (22)
HDI (2015) 0.884[4]
sangat tinggi · 27
Mata wangEuro (€) (EUR)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan34
Internet TLD.es
1 Juga sebagai lagu kebangsaan diRaja.

Sejarah

Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.

Kerajaan Sepanyol dibentuk melalui penyatuan kerajaan-kerajaan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada Zaman Penjelajahan, kerajaan Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia. Tanah jajahan ini telah membawa kekayaan dan kuasa politik kepada Sepanyol, namun Zaman Kegemilangan ini semakin merosot menjelang abad ke-20.

Gerakan republik dan antimonarki telah mengusir keluar Raja Alfonso XIII, dan mendirikan Republik Sepanyol. Dalam Perang Saudara Sepanyol 1936-1939, Jeneral Francisco Franco, dengan sokongan Fasis Itali dan Nazi Jerman berjaya merampas kuasa dan mengisytiharkan diri sebagai Ketua Negara. Sepanyol dipulaukan oleh negara-negara Berikat selepas Perang Dunia Kedua kerana menyokong kuasa-kuasa Paksi. Namun, pemulauan ini ditamatkan oleh Amerika Syarikat pada 1953, dan ekonomi Sepanyol mengalami kemajuan yang pesat.

Sepanyol menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955.

Selepas Franco meninggal dunia pada 1975, Juan Carlos I telah menaiki takhta dan meneruskan monarki Sepanyol. Baginda telah memperkenalkan pembaharuan demokrasi. Perlembagaan yang baru juga diluluskan pada 1978.

Geografi

Pada keluasan 194,884 mi² (504,782 km²), Sepanyol ialah negara yang ke-51 terbesar di dunia. Saiznya serupa dengan Turkmenistan dan lebih besar berbanding negeri California di Amerika Syarikat.

Spain bersempadan dengan Portugal di barat, Gibraltar (sebuah wilayah seberang laut British) dan Maghribi di selatan, melalui kota-kotanya di Afrika Utara (Ceuta dan Melilla). Di timur laut sepanjang pergunungan Pyrene, Sepanyol bersempadan dengan Perancis dan kerajaan kecil Andorra. Wilayah Sepanyol juga termasuk Kepulauan Balearic di Laut Mediterranean, Kepulauan Canary di Lautan Atlantik dan sebilangan pulau yang tidak dihuni di sisi Mediterranean selat Gibraltar, dikenali sebagai [Plazas de soberanía] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), seperti kepulauan Chafarina, Pulau Alborán, "batu-batan" ([peñones] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) Vélez dan Alhucemas, serta Pulau Perejil yang kecil. Di barat laut sepanjang banjaran tersebut pula terdapat sebuah pekan terpisah bernama Llívia di Catalonia yang dikelilingi wilayah milik Perancis.

Tanah besar Sepanyol didominasi oleh penara dan banjaran gunung yang tinggi, seperti Sierra Nevada. Dari gunung-gunung ini mengalirnya beberapa batang sungai utama seperti Tajo, Ebro, Duero, Guadiana dan Guadalquivir. Tanah lanar dijumpai sekitar kawasan pantai, antaranya yang terbesar ialah kawasan Guadalquivir di Andalusia.

Oleh sebab keadaan geografi dan orografi Sepanyol, iklmnya amat pelbagai; sehingga boleh dibahagi kepada tiga kewasan:

  • Iklim kebenuaan yang sederhana terjadi dalam kawasan pedalaman Semenanjung (bandaraya terbesar, Madrid).
  • Kawasan iklim Mediterranean yang terbentang lebih kurang dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke banjaran Pyrene, pada sebelah banjaran gunung sepanjang tepi kawasan pantai yang menghadap laut (bandaraya terbesar, Barcelona).
  • Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay (bandaraya terbesar, Bilbao). Kawasan ini sering bergelar Sepanyol Hijau.

Politik

Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Raja Sepanyol merupakan Ketua Negara. Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri yang mengetuai Majlis Menteri-menteri, iaitu Kabinet Menteri. Majlis ini dipilih daripada Parlimen Sepanyol selepas pilihan raya umum.

Parlimen Sepanyol (Cortes Generales) mempunyai dua dewan, iaitu Kongres Timbalan (Congreso de los Diputados) dan Senat (Senado).

Sepanyol dibahagikan kepada 17 Komuniti berautonomi dan 2 Bandar Raya Autonomi. Setiap Komuniti Autonomi dibahagikan pula kepada provinsi-provinsi.

Ekonomi

Menurut Bank Dunia, ekonomi Sepanyol adalah yang kesembilan terbesar di seluruh dunia dan yang kelima terbesar di Eropah. Pada tahun 2006, KDNK mutlak bernilai $1.084 trilion menurut CIA Factbook, (lihat Daftar negara mengikut KDNK (nominal)). PPP per capita dianggarkan pada $27,400 (2006), mengekori negara-negara berindustri utama G7.

Kerajaan berhaluan kanan-tengah pimpinan bekas perdana menteri José María Aznar menjayakan usaha memasuki kumpulan negara-negara yang melancarkan matawang euro pada tahun 1999. Kadar pengangguran berada pada 7.6% oada Oktober 2006, iaitu lebih baik berbanding banyak negara Eropah yang lain, dan juga banyak bertambah baik berbanding kadar yang mencecah 20% pada awal 1990-an. Kelemahan ekonomi Sepanyol yang berterusan termasuk inflasi tinggi,[5] ekonomi bawah tanah yang besar,[6] dan sistem pendidikan yang merupakan antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, seperti yang dinyatakan dalam laporan OECD.[7] Namun begitu, adalah dijangkakan bahawa ekonomi Sepanyol akan terus berkembang berdasarkan kekuatan industri yang lebih besar, pertunbuhan ekonomi global dan perdagangan terbesar dengan Amerika Latin dan Asia.

Ekonomi Sepanyol dikenali kerana tidak pernah terkena kadar pertumbuhan sifar maya bagi sebilangan rakan dagang terpenting di EU.[8] Sebenarnya, ekonomi engara telah membuka lebih spearuh daripada semua pekerjaan baru dalam Kesatuan Eropah selama lima tahun sehingga tahun 2005.[9] Maka itu, ekonomi Sepanyol dewasa ini dianggap sebagai antara yang paling dinamik dalam EU, dengan menarik sejumlah besar pelaburan asing.[10]

Budaya

ValenciaHemisphere2corr
The Hemispheric di Ciutat de les Arts i les Ciències, Valencia

Sepanyol merupakan negara yang bergunung-ganang di barat daya Eropah yang terdiri daripada pelbagai kawasan yang berbeza geografinya dan dikenali kerana warisannya yang pelbagai budaya kerana pernah dipengaruhi banyak negara lain dan tokoh-tokoh sepanjang sejarahnya. Budaya Sepanyol berakar umbi dalam budaya Celtiberia, Latin, Visigothik, Katolik, dan secara kecil-kecilan, Islam, serta perselisihan yang berterusan antara negeri pusat (yang didominasi sejak berabad lalu oleh Castile) dengan beberapa rantau dan golongan minoriti. Tambahan pula, sejarah negara dan persekitaran Mediterranean dan Atlantiknya banyak berperanan dalam membentuk budayanya.

Sepanyol mempunyai bilangan Tapak Warisan Dunia UNESCO kedua tertinggi di dunia, iaitu 40 kesemuanya, mengekori Itali.

Pendidikan di Sepanyol

Rangka pendidikan di Sepanyol dihuraikan dalam rencana ini. Pendidikan Negeri di Sepanyol adalah percuma dan wajib dari usia 6 hingga 16 tahun. Sistem pendidikan masa kini bergelar LOGSE (Ley de Ordenación General del Sistema Educativo).

Akademi Sepanyol

Real Academia Española ("Akademi Sepanyol Diraja"; RAE) ialah institusi yang bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan bahasa Sepanyol. Akademi ini bertapak di Madrid, Sepanyol, dan digabungkan bersama akademi-akademi bahasa kebangsaan di 21 negara berbahasa Sepanyol melalui Persatuan Akademi-akademi Bahasa Sepanyol.

Seni Sepanyol

Las Meninas, by Diego Velázquez, from Prado in Google Earth
"Las Meninas" oleh Diego Velázquez, 1656–57

Kesenian Sepanyol ialah sebentuk seni yang penting dan berpengaruh di Eropah. Seni Sepanyol ialah nama yang diberi kepada disiplin dan karya kesenian yang berkembang di Sepanyol sepanjang masa, dan juga yang dibuat oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh. Warisan Moor di Sepanyol, terutamanya di Andalusia masih jelas dilihat pada masa kini di bandaraya seperti Córdoba, Seville, dan Granada. Pengaruh negara Eropah lain termasuklah Itali, Jerman dan Perancis, khususnya ketika zaman Barok dan Neoklasik.

Kesusasteraan Sepanyol

Page of Lay of the Cid
Cantar de Mio Cid ialah cantar de gesta berbahasa Sepanyol tertua yang masih wujud.

Kesusasteraan Sepanyol ialah nama yang diberi kepada karya sastera yang dikarang di Sepanyol sepanjang zaman, dan oleh pengarang Sepanyol di seluruh dunia. Oleh sebab kepelbagaian sejarah, geografi dan generasi, seni Sepanyol telah mengenali sebilangan besar pembawa pengaruh dan, maka itu, banyak kepelbagaiannya.

Seni bina Sepanyol

Adolf Seel Innenhof der Alhambra
Alhambra. Pandangan Istana Singa-singa

Seni bina Sepanyol menyentuh mana-mana kerja seni bina yang dijalankan ketika mana-mana zaman di Sepanyol masa kini, dan oleh jurubina Sepanyol di seluruh dunia. Istilah ini termasuklah bangunan-bangunan yang dibina dalam batasan geografi Sepanyol sebelum nama ini diberi kepada wilayah-wilayahnya (sama ada bergelar Hispania, Al-Andalus, atau dibenutuk daripada beberapa kerajaan Kristian). Oleh sebab kepelbagaian sejarah dan geografinya, seni bina Sepanyol turut mengalami banyak pengaruh.

Contohnya, Cordoba ditubuhkan sebagai pusat kebudayaan ketika dinasti Umayyad. Serentak dengan itu, kerajaan-kerajaan Kristian beransur-ansur timbul dan memajukan gaya tersendiri, mula-mulanya banyak berasingan daripada pengaruh seni bina Eropah, dan kemudiannya bersepadu dengan aliran Romanesque dan Gothic, lalu mencapai kemuncak yang mengagumkan dengan berbilang-bilang contoh di sekitar seluruh wilayahnya. Gaya Mudéjar yang diamalkan dari abad ke-12 hingga abad ke-17, disifatkan sebagai campuran pengaruh budaya Eropah dan Arab.

Ketibaan Modernisme di arena akademik menghasilkan tokoh-tokoh seperti Gaudí dan kebanyakan seni bina abad ke-20. Gaya seni bina antarabangsa diterajui pergerakan seperti GATEPAC. Sepanyol sedang mengalami satu revolusi dalam seni bina kontemporari dan Arkitek-arkitek Sepanyol seperti Rafael Moneo, Santiago Calatrava, Ricardo Bofill dan lain-lain meraih perhatian seluruh dunia.

Muzik Sepanyol

Muzik Sepanyol sering disamakan oleh orang luar dengan flamenco, satu genre muzik Andalusia yang sebenarnya tida terkenal di luar rantau tersebut. Pelbagai gaya muzik rakyat rantauan terdapat di Aragon, Catalonia dan Castile. Muzik moden seperti pop, rock, hip hop dan heavy metal juga popular.

Calamares tapas
Tapas Calamares

Masakan Sepanyol

Masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan yang tercetus daripada perbezaan geografi, budaya dan iklim, serta banyak dipengaruhi oleh makanan laut yang terdapat dari perairan yang mengelilingi negara, dan mencerminkan akar umbi Mediterraneannya yang mendalam. Sejarah panjang Sepanyol yang melihatkan banyak pengaruh budaya membawa kepada masakan yang unik.

Sukan di Sepanyol

Sukan di Sepanyol selama ini didominasi oleh bola sepak (sejak awal abad ke-20), lumba basikal dan lawan lembu (sejak abad ke-17). Kini, Spain ialah sebuah kuasa sukan utama di dunia, terutamanya sejak Sukan Olimpik 1992 yang dianjurkan di Barcelona dan melariskan beraneka sukan di negara ini. Industri pelancongan banyak membantu meningkatkan prasarana sukan, terutamanya untuk sukan air, golf dan ski.

Cuti umum di Sepanyol

Cuti umum yang dirai di Sepanyol merangkumi secampuran amalan-amalan keagamaan (Katolik), kebangsaan dan rantauan. Setiap majlis perbandaran dibenarkan untuk mengisytiharkan maksima 14 cuti umum setiap tahun; sebanyak sembilan daripadanya dipilih oleh kerajaan negara dan sekurang-kurangnya kedua dipilih di peringkat setempat.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Anuario estadístico de España 2008. 1ª parte: entorno físico y medio ambiente" (PDF). Instituto Nacional de Estadística. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai 14 April 2015.
  2. ^ a b http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2018/01/weodata/weorept.aspx?pr.x=70&pr.y=7&sy=2018&ey=2018&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&c=193%2C946%2C122%2C137%2C124%2C546%2C156%2C181%2C423%2C138%2C935%2C196%2C128%2C142%2C939%2C182%2C172%2C359%2C132%2C135%2C134%2C576%2C174%2C936%2C532%2C961%2C176%2C184%2C178%2C144%2C436%2C146%2C136%2C528%2C158%2C112%2C542%2C111%2C941&s=NGDPD%2CPPPGDP%2CNGDPDPC%2CPPPPC&grp=0&a=. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ International Monetary Fund, World Economic Outlook Database, September 2006
  4. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). Rancangan Pembanguna Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 March 2017. Dicapai 23 March 2017.
  5. ^ "Spain's Economy: Closing the Gap," dalam OECD Observer, Mei 2005. Retrieved 8 Julai 2007.
  6. ^ Going Underground: America's Shadow Economy, majalah FrontPage, Januari 2005
  7. ^ OECD report for 2006
  8. ^ OECD figures
  9. ^ Economic statistics
  10. ^ Official report on Spanish recent Macroeconomics, including tables and graphics

Pautan luar

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Andalusia

Andalusia (Bahasa Sepanyol: Andalucía) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Ia merupakan komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling banyak. Wilayah anda Almería, Cádiz, Córdoba, Granada, Huelva, Jaén, Málaga dan Seville.

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Córdoba dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.

Aragon

Aragon (bahasa Sepanyol: Aragón) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Wilayah anda Huesca, Teruel dan Zaragoza.

Argentina

Argentina ialah sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antara Banjaran Andes di barat dan Lautan Atlantik di selatan. Oleh sebab lokasinya ia juga dikenali sebagai "Sur del sur" (dalam bahasa Sepanyol bermaksud paling selatan di selatan). Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara kelapan terbesar di dunia, manakala ibu negaranya Buenos Aires adalah salah satu metropolitan yang terpadat di dunia. Negara ini bersempadan dengan Paraguay dan Bolivia di sebelah utara, Brazil dan Uruguay di timur-laut dan Chile di sebelah barat. Ia dipanggil Republik Argentina, tetapi nama rasminya ialah Negara Argentina (Nacion Argentina).

Bahasa Sepanyol

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:

Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.

Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.

Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.

Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai Castilian, dinamakan sempena Castile, satu kawasan di Sepanyol.

Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".

Castile-La Mancha

Castile-La Mancha (bahasa Sepanyol: Castilla-La Mancha) ialah sebuah komuniti berautonomi di Sepanyol. Ia bersempadan dengan Castile dan León, Madrid, Aragon, Valencia, Murcia, Andalusia, dan Extremadura. Komuniti ini merupakan antara komuniti-komuniti berautonomi Sepanyol yang paling tidak padat. Ibu kotanya Toledo. Wilayah anda Albacete, Ciudad Real, Cuenca, Guadalajara dan Toledo.

Castile-La Mancha pada suatu ketika tergabung dengan provinsi Madrid sebagai Castile Baru ("Castilla la Nueva"). Bagaimanapun, dengan penciptaan sistem kawasan separa autonomi (las autonomías) Sepanyol yang moden, ia dipisahkan, akibat jurang ketaksamaan ekonomi yang besar antara ibu negara dengan provinsi-provinsi Castile Baru yang lain.

Adalah di provinsi ini bahawa Don Quixote, novel Sepanyol yang termasyhur yang ditulis oleh Cervantes, berlaku. Walaupun La Mancha ialah penara yang dirosakkan oleh angin kencang (manxa membawa pengertian tanah yang kering kontang dalam bahasa Arab; justera itu, takrif La Mancha langsung tidak berkait dengan perkataan Sepanyol, mancha, iaitu kesan kotor, yang diterbitkan daripada perkataan Latin, macula), ia masih merupakan lambang kebudayaan Sepanyol, dengan bunga matahari, kincir angin, keju Manchego, dan sudah tentunya, Don Quijote.

La Mancha memiliki sejarah yang kacau-bilau. Mulai dari sejauh penguasaan Muslim terhadap semenanjung Iberia, La Mancha merupakan pusat kepada banyak pertempuran antara askar-askar Kristian dan Muslim. Tambahan pula, kawasan ini melihat banyak perjuangan pada abad ke-14 dan ke-15, dengan penyatuan Castile dan Aragon pada tahun 1492 di bawah Ratu Isabel dan Raja Ferdinand.

Castile-León

Castile-León (bahasa Sepanyol: Castilla y León) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Wilayah anda Ávila, Burgos, León, Palencia, Salamanca, Segovia, Soria, Valladolid dan Segovia.

Catalonia

Catalonia (bahasa Catalonia: Catalunya, bahasa Occitan: Catalonha, bahasa Sepanyol: Cataluña) merupakan satu komuniti berautonomi (wilayah) di bahagian timur Sepanyol. Wilayah anda Barcelona, Girona, Lleida dan Tarragona.

Colombia

Colombia (sebutan bahasa Inggeris: /kəˈlʌmbɪə/) secara rasmi Republik Colombia (Templat:Audio-es, Templat:IPAes) ialah sebuah negara yang terletak di barat laut Amerika Selatan. Colombia bersempadan di timur dengan Venezuela dan Brazil; di selatan dengan Ecuador dan Peru; di utara dengan Lautan Atlantik, melalui Laut Caribbean; di barat laut dengan Panama; dan di barat dengan Lautan Pasifik. Colombia turut berkongsi sempadan maritim dengan negara Caribbean seperti Jamaica, Haiti dan Republik Dominican dan negara Amerika Tengah seperti Honduras, Nicaragua dan Costa Rica.

Covarrubias, Sepanyol

Covarrubias merupakan sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol di Burgos, di komuniti autonomi Castile dan León.

Extremadura

Extremadura merupakan sebuah komuniti autonomi Sepanyol. Wilayah anda Badajoz, Cáceres,

Galicia

Galicia (bahasa Galicia: Galicia dan Galiza, bahasa Sepanyol: Galicia) merupakan satu komuniti berautonomi (wilayah) di bahagian timur Sepanyol. Wilayah anda A Coruña, Lugo, Ourense dan Pontevedra.

La Sierpe, Sepanyol

La Sierpe merupakan sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol di Salamanca, di komuniti autonomi Castile dan León.

Mexico

Negeri-negeri Mexico Bersatu atau Mexico (Bahasa Sepanyol: Estados Unidos Mexicanos atau México) adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat di utara, Guatemala dan Belize di tenggara dan Lautan Pasifik di barat serta Teluk Mexico dan Laut Caribbean di sebelah timur. Ia merupakan negara ketiga terbesar di Amerika Latin dan juga negara yang paling ramai sekali berbahasa Sepanyol.

Molinillo, Sepanyol

Molinillo merupakan sebuah kawasan perbandaran di Sepanyol di Salamanca, di komuniti autonomi Castile dan León.

Peru

Republik Peru (Bahasa Sepanyol: Perú; Quechua, Aymara: Piruw) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi, dan dikenali sebagai tempat lahir Empayar Inca yang beribu kota di Macchu Piccu.

Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.

Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.

Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.

Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.

Raja elektif

Raja elektif secara harfiahnya merujuk kepada kerajaan diperintah oleh seseorang yang dipilih berbeza dengan raja keturunan, Cara pencalonan dan pemilihan berbeza mengikut keadaan. Adalah tidak menjadi mustahil untuk sebuah kerajaan elektif bertukar menjadi kerajaan keturunan setelah beberapa kurun. Antara contoh kerajaan elektif pada hari ini adalah seperti Malaysia, Kemboja dan Kota Vatican.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Senarai kawasan perbandaran di Sepanyol

Berikut adalah senarai bagi kawasan perbandaran di Sepanyol.

Notes:*Single-province autonomous communities.

Uruguay

Uruguay, secara rasminya dipanggil Republik Timur Uruguay atau Republik di sebelah timur (Sungai) Uruguay (bahasa Sepanyol: República Oriental del Uruguay), ialah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Amerika Selatan. Negara ini bersempadan dengan:

Brazil di utara;

Sungai Uruguay di barat;

muara Río de la Plata (secara harfiahnya bermaksud "Sungai Perak", tetapi biasa dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "River Plate", iaitu "Plat Sungai") di barat daya;

Argentina pada seberang kedua-dua sungai; dan

Lautan Atlantik Selatan di tenggara.Hampir separuh daripada jumlah penduduknya tinggal di Montevideo, ibu negara serta bandar raya terbesar di Uruguay. Negara ini merupakan negara merdeka yang kedua terkecil di Amerika Selatan, iaitu selepas Suriname; juga lebih besar daripada Guiana Perancis yang tidak merdeka. Uruguay juga merupakan salah satu negara yang paling stabil dari segi politik dan ekonomi di Amerika Selatan.

Venezuela

Venezuela, sejak 1999 dikenali sebagai Republik Bolivar Venezuela (bahasa Sepanyol: República Bolivariana de Venezuela) ialah sebuah negara di bahagian utara Amerika Selatan yang kaya dengan petroleum. Negara ini merupakan jiran negara Guyana di timur, Brazil di selatan, Colombia di barat Laut Karibbean dan Lautan Atlantik di sebelah utara. Oleh kerana kedudukannya adalah berdekatan dengan Garisan Khatulistiwa di Hemisfera Utara, Venezuela mengalami iklim tropikal. Bermula daripada 1970-an, minyak di negara ini mula berkurang.

Presidennya ialah Hugo Chávez Frias, yang telah memulakan jawatannya sebagai presiden pada tahun 1998 dan sejak itu, beliau telah menjalankan jawatan sebagai presiden di negara ini.

Venezuela merupakan antara negara Amerika Latin yang mengalami urbanisasi yang pesat. Bandar-bandar penting termasuklah Caracas, Maracay, Maracaibo, Barquisimeto, Valencia dan Ciudad Guyana. Hutan di negara ini juga merupakan habitat semula jadi kepada berbagai-bagai hidupan liar. Kebanyakannya dijadikan hutan simpanan atau taman negara.

Negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Eropah
Negara berdaulat
Negeri dengan pengiktirafan terhad
Tanggungan dan wilayah lain

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.