Senyum

Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata.

Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil. Namun, kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan. Senyum sering boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan. Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah".[1]

Happy face ball
Sebuah bola dengan wajah tersenyum.
Asian girl with dimples
Seorang budak perempuan tersenyum.

Kajian sains

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).[2]

Senyum mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman. [3]

Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis merupakan seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi telah membuat kajian berkaitan senyuman. Beliau telah membuat perbandingan anatomi terhadap senyuman asli dan senyuman palsu. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, beliau mendapati bahawa senyuman sebenar yang terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata. Berbanding senyuman palsu yang hanya melibatkan otot sekitar mulut. Senyuman Duchenne (Duchenne smile) telah diambil bersempena nama beliau.[4]

Satu lagi kajian berkaitan senyuman telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan terhadap 230 orang pemain besbol yang tercetak gambar mereka di majalah Baseball Register pada tahun 1950an. Penyelidik membahagikan mereka kepada tiga kumpulan iaitu tidak senyum, senyum separuh iaitu hanya otot mulut sahaja yang terlibat dan tersenyum lebar iaitu dengan mengangkat otot pipi dan sekitar mata. Kemudian para penyelidik membandingkan gambar dengan jangka hayat pemain. Didapati bahawa bagi kategori 'tidak senyum' secara puratanya hidup sehingga 72.9 tahun, kategori 'senyum separuh' purata hidupnya 75 tahun sedangkan mereka yang dalam kategori 'tersenyum lebar' hidup sehingga umur 79.9 tahun secara puratanya. Tujuh tahun lebih lama berbanding rakan-rakan mereka yang tidak senyum. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada kesan yang sama.[5]

Rujukan

  1. ^ Hadith: Smiling is Charity
  2. ^ http://www.amusingfacts.com/facts/Detail/smile-endorphins.html
  3. ^ http://bipolar.about.com/cs/humor/a/000802_smile.htm
  4. ^ http://brainimaging.waisman.wisc.edu/publications/1990/the%20duchenne%20smile.pdf
  5. ^ http://www.dailymail.co.uk/health/article-1265548/Smiling-add-years-life.html
Album Kerna Senyum Ku Terpikat

Album Kerna Senyum Ku Terpikat merupakan sebuah album LP yang dihasilkan oleh M. Sani pada tahun 1974. Album ini dikeluarkan oleh EMI ‎– SREG. dalam format album LP Vinyl Stereo di Singapura, Malaysia & Hong Kong.Album Kerna Senyum Ku Terpikat ini terdiri daripada 14 buah lagu dalam genera pop, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah A- Hidup Antara Sementara.

Antara Senyum dan Tangis

Filem Antara Senyum Dan Tangis merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1952. Filem Antara Senyum Dan Tangis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Anugerah Industri Muzik ke-7

Majlis penganugerahan Anugerah Industri Muzik ke-7 diadakan pada 15 April 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Astro Ria. Kali ini, ketiga-tiga anugerah Artis Baru Terbaik digabungkan menjadi satu untuk pemuzik solo dan berkumpulan dari kedua-dua jantina.

As'ad Motawh

As'ad Motawh (lahir As'ad Ahmad Muhammad Motawh 3 September 2001) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Selangor, Malaysia.

Aziz Harun

Aziz Harun (Jawi: عزيز هارون; dilahirkan pada 2 Disember 1998) merupakan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Brunei.

Beliau mula dikenali menerusi lagu single pertama beliau di Malaysia iaitu Senyum yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Egao

"笑顔" (Romaji: "Egao"; Bahasa Melayu: "Senyum") ialah single ke-19 dari artis solo Hello! Project, Matsuura Aya.

Lagu "Egao" akan digunakan untuk lagu tema untuk berita NTV News 24.

Single ini telah dipasarkan pada 29-08-2007. Single ini sepatutnya dipasarkan dalam bulan Jun 2007 tetapi dibatalkan kerana bercanggah dengan album pertama kumpulan GAM. Single V pula telah dipasarkan pada 12-09-2007.

Filem Malaysia tahun 1952

Aladdin

Anjuran Nasib

Antara Senyum Dan Tangis

Cemburu

Dian

Gadis Peladang

Jiwa Lara

Kembar

Lupa Daratan

Miskin

Norma

Pacar Putih

Patah Hati

Permata Di Perlimbahan

Ramli Ramlah

Sedarah

Seniyati

Setia

Tas Tangan Wanita

Yatim Piatu

Filem Muka Senyum

Muka Senyum (bahasa Inggeris Smiley Face) ialah sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 2007.

Filem Muka Senyum ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Gregg Araki.

Gunung Senyum

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik.

Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.

Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Jaafar bin Haji Muhammad

Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (1838- 3 Julai 1919) merupakan Menteri Besar Johor yang pertama . Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun 1882.

Lentera Timur

Lentera Timur merupakan album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-4. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairi Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.

M. Sani

M. Sani (dilahirkan sebagai Md. Sani bin Abu Yamin) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan bekas "Juara Bintang RTM 1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah Kerna Senyum Ku Terpikat (1974) selain beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

Matti Vanhanen

Matti Vanhanen Taneli (lahir 4 November 1955) adalah bekas Perdana Menteri Finland, serta Presiden Parti Tengah Finland. Pada 2006 dia dilantik menjadi Presiden Majlis Eropah. Dia pernah bekerja sebagai wartawan.

Beliau dilahirkan di Jyväskylä , anak profesor Tatu Vanhanen , rakan penulis IQ dan Wealth of Nations , dan ibunya Anni Tiihonen.

Belajar ilmu politik di Universiti Helsinki, lulus Sarjana Sains Sosial pada 1989. Beliau banyak menulis tentang ekologi seperti janakuasa elektrik menggunakan tenaga nuklear.

Beliau menjadi Perdana Menteri Finland selepas Anneli Jäätteenmäki mengundurkan diri pada 2003. Pada 2006, beliau mencabar Presiden Finland Tarja Halonen dalam pilihan raya Presiden Finland 2006. Beliau mendapat 18.6 % suara. Tarja Halonen kekal sebagai presiden kerana mendapat 46.3 % suara.

Pandangan umum menyatakan Vanhanen tidak karismatik dan membosankan. Beliau tidak minum arak kerana tidak suka rasa alkohol.Dia jarang senyum di hadapan umum.Dia juga seorang kidal. Tahun 2009, beliau melawat China.

Vanhanen berkahwin dengan Merja Vanhanen pada 1985 . Mereka memiliki dua anak: Annastiina (lahir 1991) dan Juhana (lahir 1994). Mereka mengumumkan bercerai pada 6 April 2005.

Misteri Wan Peah

Misteri Wan Peah ialah sebuah siri televisyen seram komedi Malaysia 2017 yang bersiaran di Slot Seramedi TV3 dari 13 Februari sehingga 29 Mac 2017, diterbitkan oleh Sheila Rusly dan Azman Yahya menerusi JS Pictures. Dibintangi oleh Normah Damanhuri, Sasqia Dahuri, Farhanna Qismina dan ramai lagi, siri ini berkisarkan tentang

wanita tua yang dikenali sebagai Wan Peah tinggal di Kampung Kuala Pari Hilir, yang memiliki sikap aneh dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap.

P. Ramlee

Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (Tulisan Jawi: تاوكو زكريا بن تاوكو ڽق ڤوتیه; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973), lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu berbangsa Melayu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

Raihan

Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.

Susulan dengan itu, Raihan terkenal hingga ke seluruh pelusuk dunia dengan irama yang segar sehingga muzik mereka menjadi asas rujukan nasyid kontemporari dunia. Saban tahun, pasti Raihan menjelajah ke merata dunia seperti Eropah, Timur Tengah, China, Indonesia dan Australia. Tidak hairanlah dalam album Syukur pada 1998, pendakwah terkenal Yusuf Islam (dahulunya Cat Stevens) berduet untuk lagu Rakan Selawat: The Seal of The Prophet dan God Is The Light.

Selepas kelahiran album Syukur, Amran Ibrahim telah mengundurkan diri buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Album Senyum menyusul pada 1999 dan hanya membariskan empat personal Raihan. Album ini mengadunkan elemen asal nasyid bersama muzik Nusantara seperti gamelan, rhythm gendang dan angklung menjadikan muzik Raihan lebih diyakini melalui eksplorasi penerbit Farihin Abdul Fatah. Tidak hairanlah, kesemua album Raihan telah menggondol Anugerah Industri Muzik. Kesinambungan ini diteruskan untuk album sempena Ramadan dan Syawal pada 1999; maka lahirlah album istimewa Maafkan diterajui Raihan di samping NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir.

Filem dakwah Syukur 21 pada tahun 2000 lakonan Raihan menjadi titik tolak kehangatan medium nasyid kontemporari untuk terus berkembang menjadi satu industri yang bertapak kukuh. Berlatarbelakangkan tahun 2021, Raihan mempunyai sebuah pusat sains Raudah memasyhurkan budaya Islamisasi sains yang berteknologi tinggi. Lagu keinsafan berjudul I'tiraf duet bersama Yasin diangkat menjadi tema filem ini.

Dalam seminggu sebelum album Demi Masa dilancarkan, peristawa yang amat sedih berlaku pada 29 September 2001, Azahari Ahmad telah meninggal dunia pada hari kelahirannya. Raihan bagaikan kehilangan peneraju semangat utama. Tinggallah Raihan dengan tiga ahli - Che Amran Idris yang menggalas sebagai ketua, Nazrey Johani dan Abu Bakar Mohd Yatim. Pada 2002, sebagai langkah untuk memantapkan kembali ahli Raihan untuk album seterusnya Gema Alam, Amran Ibrahim kembali ke pangkuan Raihan untuk meneruskan perjuangan bekas peneraju utama yakni Allayarham Azahari Ahmad. Album Allahu (2004), Raihan mencetuskan kolaborasi hangat apabila bergabung dengan Awie (Wings) untuk lagu Dari Tuhan, S. Jibeng - Takwa & Iman dan Muhammad Al-Husayyan (penyanyi nasyid popular Timur Tengah) untuk lagu 'Araftuka.

Setelah 10 tahun berkecimpung di dalam pahit dan manis di dalam industri nasyid, lahirlah album Koleksi 10 Tahun membariskan lagu-lagu daripada filem animasi Muhammad Utusan Terakhir dan lagu-lagu malar segar Raihan beserta 2 lagu bonus rakaman terbaru Bacalah dan Assalamu'alaikum. Raihan terus berkelana ke merata selusuk dunia, mereka bersetuju merakam lagu hip hop bersama kumpulan rap Islam bernama Mecca2Medina di dalam album Ameen yang diterbitkan pada tahun 2005.

Sudah menjadi diari tahunan mereka, Raihan terus berkelana di seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam. Album Tawakkal (2006) menjadi titik peralihan vokalis utama - Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah, bermotivasi dan bernasyid secara bersendirian. Penggantinya, Nordin Jaafar, bekas ahli kumpulan AlarmMe menyumbangkan suara solonya yang lunak untuk separuh daripada album ini. Belum pun sampai setahun, Nordin Jaafar mengumumkan pengundurannya daripada Raihan.

Walau bagaimanapun, Raihan tetap harum dan terus merentasi sempadan benua sehinggakan sudah dua kali mereka muncul dewan bersejarah yang berprestij di dunia yakni Royal Albert Hall, England tanpa Nazrey Johani mahupun Nordin Jaafar. Di dewan terkenal inilah, keempat-empat anak muda beserta seorang ahli barunya Zulfadli Mustafa melancarkan sebuah album pertama mereka selepas meninggalkan Warner Music (M) Sdn. Bhd. berjudul Selawat: Praises For The Prophet pada 2008 yang berkonsepkan Selawatheraphy dengan alunan suara harmoni menusuk jiwa rangkaian selawat-selawat popular seluruh dunia tanpa apa jua alatan muzik.

Seindah Senyum Winona

(DALAM PROSES PEMBETULAN)

Seindah Senyum Winona adalah Sinetron yang ditayangkan oleh RCTI yang diproduksi oleh Sinemart pada tahun 2010 mulai Isnin, 3 Mei 2010.

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum atau nama ringkasnya SK Gunong Senyum, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Seberang Temerloh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum memiliki 94 pelajar lelaki dan 78 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 172 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Shibata Ayumi

Shibata Ayumi adalah salah seorang anggota dari kumpulan Melon Kinenbi. Beliau juga menganggotai di dalam Pasukan Futsal Gatas Brilhantes H.P..

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.