Senarai Merah IUCN

Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (Bahasa Inggeris: IUCN Red List of Threatened Species, juga dikenali sebagai Senarai Merah IUCN atau Senarai Data Merah) yang diasaskan pada tahun 1948, ialah inventori status pemuliharaan spesies haiwan dan tumbuhan sedunia yang paling menyeluruh di dunia. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) ialah lembaga status pemuliharaan spesies yang utama di dunia. Serantaian Senarai Merah Serantau dihasilkan oleh negara atau pertubuhan untuk menilai risiko kepupusan spesies dalam lingkungan unit pengurusan politik.

Senarai Merah IUCN berlandaskan kriteria persis yang menilai risiko kepupusan untuk ribuan spesies dan subspesies. Kriteria-kriteria ini adalah relevan kepada semua spesies dan semua tempat di dunia. Tujuannya adalah menyampaikan betapa pentingnya isu-isu pemuliharaan kepada orang awam dan penggubal dasar, di samping membantu masyarakat antarabangsa cuba mencegah kepupusan spesies.

Antara badan-badan penaksir spesies utama termasuk BirdLife International, Institut Zoologi (bahagian penyelidikan Persatuan Zoologi London), Pusat Pengawasan Pemuliharaan Sedunia, dan pelbagai kumpulan-kumpulan khusus di bawah IUCN's Suruhanjaya Kemandirian Spesies (Species Survival Commission, SSC). Secara keseluruhannya, hasil penaksiran pertubuhan-pertubuhan dan kumpulan-kumpulan sedemikian menjelaskan hampir separuh bilangan spesies yang terdapat dalam Senarai Merah.

Senarai Merah IUCN dianggap oleh ramai pihak sebagai sistem yang paling objektif dan berwibawa untuk menggolongkan spesies dari seggi risiko kepupusan.[1] Templat:Conservation status

IUCN bertujuan menilai semula kategori setiap spesies setiap lima tahun sekali sekiranya mampu, tidak pun sekurang-kurangnya sepuluh tahun sekali, secara ulasan rakan melalui kumpulan-kumpulan khusus SCC IUCN, iaitu lembaga-lembaga Senarai Merah yang bertanggungjawab terhadap satu spesies, sekelompok spesies atau kawasan geografi yang tertentu, contohnya BirdLife International memerhati seluruh kelas hidupan burung.[2]

IUCN Red List 2007 ms
Peratus spesies mengikut kelompok yang disenaraikan      terancam teruk,      terancam, atau      terjejas dalam Senarai Merah IUCN 2007.

Keluaran 2008

Senarai Merah 2008 keluar pada 6 Oktober 2008, di Kongres Pemuliharaan Sedunia IUCN di Barcelona, dan "telah mengesahkan timbulnya krisis kepupusan, yang mana satu daripada empat [spesies mamalia] berisiko menjadi lenyap buat selamanya".[3] Kajian tersebut mendapati sekurang-kurangnya 1,141 daripada 5,487 spesies mamalia di Bumi diketahui menghadapi ancaman kepupusan, sementara 836 lagi disenaraikan sebagai "kekurangan data".[4]

Kategori

Status iucn3.1 ms
Ringkasan kategori Senarai Merah IUCN 2006.

Spesies-spesies dibahagi kepada sembilan kumpulan, yang dinilai mengikut kriteria seperti kadar penurunan, bilangan, kawasan taburan geografi, dan takat fragmentasi kependudukan dan taburan.

  • Extinct (EX, Pupus) - Tiada seekor pun yang masih wujud.
  • Extinct in the Wild (EW, Pupus di Alam Liar) - Dikenal pasti hanya wujud dalam kurungan, atau populasi yang dinaturalkan di luar kawasan asalnya.
  • Critically Endangered (CR, Terancam Teruk) - Risiko kepupusan di alam liar amat tinggi.
  • Endangered (EN, Terancam) - Risiko kepupusan di alam liar tinggi.
  • Vulnerable (VU, Lemah ancaman) - Risiko ancamam di alam liar tinggi.
  • Near Threatened (NT, Hampir Terancam) - Mungkin akan terancam di masa akan datang.
  • Least Concern (LC, Sedikit Bimbang) - Risiko terendah. Tidak layak untuk kategori lebih berisiko. Takson-takson mana yang meluas dan amat banyak bilangannya dimasukkan ke dalam kategori ini.
  • Data Deficient (DD, Kekurangan Data) - Data tidak mencukupi untuk mentaksir risiko kepupusan.
  • Not Evaluated (NE, Tidak Dinilai) -Belum dinilai mengikut kriteria.

Apabila membincangkan Senarai Merah IUCN, istilah "terancam" merujuk kepada tiga kategori: Critically Endangered, Endangered, dan Vulnerable.

Rujukan

  1. ^ "Birds on the IUCN Red List". BirdLife International. Dicapai 2007-02-01.
  2. ^ "Establishment of Red List Authorities". The IUCN SSC Red List Programme. Dicapai 2006-11-12.
  3. ^ IUCN Red List reveals world’s mammals in crisis
  4. ^ IUCN Red List reveals world’s mammals in crisis

Pautan luar

Aldabrachelys

Aldabrachelys ialah genus bagi sebahagian kura-kura yang berasal dari Kepulauan Seychelles dan Madagascar, termasuklah Kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea).

Bejar Amerika

Badger Amerika, Taxidea taxus, ialah badger Amerika Utara yang menyerupai Badger Eropah. Badger Amerika dapat dijumpai di barat dan tengah Amerika Syarikat, utara Mexico dan tengah Kanada.

Bejar Eropah

Badger Eropah (Meles meles) ialah spesies badger dalam genus Meles, berasal dari hampir keseluruhan Eropah.

Centrochelys

Centrochelys ialah genus kura-kura dari keluarga Testudinidae. Ia mengandungi satu spesies yang masih wujud dan beberapa spesies yang telah pupus:

†Centrochelys atlantica (pupus)

†Centrochelys burchardi (pupus)

†Centrochelys marocana (pupus)

†Centrochelys robusta (pupus)

†Centrochelys vulcanica (pupus)

Centrochelys sulcata — Kura-kura Sulcata

Citah

Citah (Acinonyx jubatus) ialah haiwan daripada keluarga kucing besar yang hidup di Afrika. Citah ialah haiwan darat terpantas dan dapat berlari antara 112 sehingga 120 kilometer per jam dalam jarak 460 m. Tidak seperti kucing lain, citah tidak berapa pandai memanjat.

Claudius angustatus

Claudius angustatus ialah spesies kura-kura akuatik dari keluarga Kinosternidae yang dijumpai di Mexico, Guatemala, dan Belize. Pada tahun 2010, ia dikelaskan sebagai spesies Monotip dari genus Claudius.

Kucing Geoffroy

Kucing Geoffroy atau nama saintifiknya Oncifelis geoffroyi merupakan sejenis haiwan yang terdapat di Asia Tenggara.

Di Malaysia ia merupakan sejenis haiwan yang dilindungi di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808.

Kura-kura Hutan Sulawesi

Kura-kura Hutan Sulawesi (Leucocephalon yuwonoi) ialah kura-kura dari keluarga Geoemydidae. Ia adalah spesies monotipikal dalam genus Leucocephalon dan berasal dari Sulawesi di Indonesia.

Kura-kura Kolam Hitam

Kura-kura Kolam Hitam (Geoclemys hamiltonii ), merupakan kura-kura air tawar, endemik di Asia Selatan. Ia tergolong dalam genus monotypik Geoclemys.

Kura-kura Sungai Brahmin

Kura-kura Sungai Brahmin (Hardella thurjii ) ialah spesies kura-kura dalam keluarga Geoemydidae. Spesies ini berasal dari Asia Selatan.

Meerkat

Meerkat atau Suricate adalah mamalia dan kumpulan dari keluarga pulut. Meerkat memiliki habitat di Gurun Kalahari di Botswana dan Afrika Selatan. Kelompok Meerkat dipanggil "mob", "geng", atau "klan". Klan Meerkat selalu terdiri 20 meerkat dalam satu waktu, tapi dalam sejumlah klan besar terdapat 50 atau lebih. Usia hidup meerkat adalah pada usia 12 hingga 14 tahun.

Orthetrum coerulescens

Orthetrum coerulescens adalah spesies dari pepatung Eropah. Spesies ini menyerupai orthetrum cancellatum tetapi langsing dan jantan memiliki tidak mempunyai hujung hitam. Jantan yang tidak matang dan betina kekurangan pola hitam pada perut. Pterostigma adalah berwarna jingga dan toraks biasanya menampakkan jalur pucat.

Ia membiak terutamanya dalam gambut berlumpur dan lalat (di UK) dari Jun hingga September.

Peltocephalus dumerilianus

Peltocephalus dumerilianus juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Besar Sungai Amazon. Kura-kura ini adalah dari keluarga Podocnemididae, dan spesies monotipikal dari genus Peltocephalus.

Platemys platycephala

Platemys platycephala juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Datar atau Kura-kura Kepala Putar yang berasal dari sepanjang utara hinggalah tengah benua Amerika Selatan. P. platycephala adalah satu-satunya spesies dari genus Platemys. Platemys platycephala bermaksud “kura-kura datar, berkepala datar” yang merujuk kepada struktur kepala dan cangkerangnya. Mendiami Hutan hujan Amazon dan menjadikan serangga, amfibia, dan moluska sebagai makanan.

Pseudemydura umbrina

Pseudemydura umbrina atau Kura-kura Paya Barat. Haiwan ini ialah sejenis kura-kura leher sisi dari subkeluarga Chelodininae.

Puma

Puma, kugar atau singa gunung adalah sejenis haiwan menyerupai singa betina atau kucing, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor pan­jang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan. Nama saintifiknya ialah Puma concolor.

Rakun

Rakun (Procyon lotor) ialah mamalia bersaiz sederhana berasal dari Amerika Utara. Akibat pelarian dan pengenalan secara sengaja pada pertengah abad ke-20, rakun kini beredar di serata tanah besar Eropah, kawasan Caucasus dan Jepun. Habitat asal mereka ialah hutan campuran dan meluruh, tetapi atas sebab kebolehan mereka menyesuaikan diri, kawasan mereka dibesarkan sehingga kawasan bergunung, paya air masin, dan juga kawasan manusia, di mana sesetengah penduduk menganggap mereka sebagai haiwan perosak.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Rhinemys rufipes

Rhinemys rufipes atau Kura-kura Merah, Kura-kura Kepala Katak William, atau Kura-kura Kepala Sisi Kaki Merah Amazon ialah kura-kura spesies monotipikal dari keluarga Chelidae. Mereka boleh ditemui di Colombia serta Peru dan Brazil.

Spesies terancam genting

Spesies terancam genting merupakan spesies yang dikategorikan dalam risiko tertinggi oleh Senarai Merah IUCN untuk spesies semula jadi. Spesies ini merupakan organisma yang mengalami risiko tinggi untuk pupus dalam hutan. Kini, terdapat 2129 haiwan dan 1821 tumbuhan berdasarkan penilaian IUCN, berbanding tahun 1998, masing-masing pada bilangan 854 dan 909.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.