Selatan

Selatan adalah salah satu arah mata angin dalam kompas. Ia berlawanan arah dengan utara. Selatan biasanya berada di bahagian bawah suatu peta. Hal ini dapat dipastikan pada lembar peta dengan adanya tanda panah yang menunjuk huruf U besar atau utara

Ada dua jenis selatan, iaitu:

  1. Selatan asli, dan
  2. Selatan magnetik.

Lihat juga

Afrika Selatan

Rencana ini adalah tentang sebuah negara. Untuk rencana mengenai bahagian selatan benua Afrika, lihat Selatan Afrika

Afrika Selatan adalah sebuah republik di selatan Afrika. Ia bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Swaziland di timur laut. Manakala, keseluruhan negara Lesotho terletak di pedalaman Afrika Selatan.

Pada suatu masa dahulu, kerajaan negara ini dikecam kerana dasar aparteidnya tetapi sekarang ia adalah sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika. Afrika Selatan merupakan negara pelbagai bangsa dan ia mempunyai 11 bahasa rasmi. Ia juga terkenal sebagai pengeluar berlian, emas dan platinum yang utama di dunia.

Amerika Selatan

Amerika Selatan (Tulisan Jawi: اميريك سلتن) ialah sebuah benua. Ada dua benua yang mengunakan nama 'Amerika' iaitu benua Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Dari segi sejarah, Christopher Columbus dipercayai telah menjumpai benua Amerika. Suatu ketika dahulu, ahli pelayaran menyangka bumi berbentuk sekeping papan dan sesiapa pelayar yang pergi ke hujung dunia akan jatuh. Terjumpanya benua Amerika. Ingauan ngeri tentang dunia berbentuk sekeping papan telah berubah.

Baru-baru ini, sejarawan merumuskan ahli pelayaran China yang telah menemui benua Amerika. Ini disokong pelbagai artifak yang berkaitan terutama mangkuk Dinasti Ming. Malahan Laksamana Cheng Ho sendiri adalah ahli pelayaran yang mendahului Vasco da Gama, Ferdinand Magellan, Alfonso de Albuquerque.

Argentina

Argentina ialah sebuah negara Amerika Latin yang terletak di selatan benua Amerika Selatan dan berada di antara Banjaran Andes di barat dan Lautan Atlantik di selatan. Oleh sebab lokasinya ia juga dikenali sebagai "Sur del sur" (dalam bahasa Sepanyol bermaksud paling selatan di selatan). Argentina mempunyai kawasan yang luas dan merupakan negara kelapan terbesar di dunia, manakala ibu negaranya Buenos Aires adalah salah satu metropolitan yang terpadat di dunia. Negara ini bersempadan dengan Paraguay dan Bolivia di sebelah utara, Brazil dan Uruguay di timur-laut dan Chile di sebelah barat. Ia dipanggil Republik Argentina, tetapi nama rasminya ialah Negara Argentina (Nacion Argentina).

Azerbaijan

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

England

England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.

England dinamakan sempena nama Angles, sebuah puak Jerman. England bersama-sama dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

Jakarta Timur

Jakarta Timur adalah nama sebuah kota di sebelah timur Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta. Di sebelah utara, Jakarta Timur bersempadan dengan Jakarta Utara, di sebelah timur dengan Bekasi, di sebelah selatan dengan Depok dan di sebelah barat dengan Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.

Jakarta Timur adalah salah satu dari 5 kota dan 1 kabupaten DKI Jakarta.

Pejabat gabenor Jakarta Timur terletak di Kelurahan Penggilingan, Kecamatan Cakung. Jakarta Timur juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.

Kalimantan Selatan

Kalimantan Selatan adalah salah sebuah wilayah (provinsi) di Indonesia yang terletak di Kalimantan. Ibu kotanya adalah Banjarmasin.

Wilayah ini mempunyai 11 bandar kecil (kabupaten) dan 2 bandar besar kota.

Korea Selatan

Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk dengar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 100,363 kilometer persegi (38,750 bt2) dan dengan penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta orang.

Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal Zaman Paleolitik Awal. Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo (918–1392) dan Dinasti Joseon (1392–1910). Pemerintahan Joseon berakhir apabila Korea diilhakkan oleh Empayar Jepun pada tahun 1910. Pada akhir Perang Dunia Kedua, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.

Selepas serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan pada 25 Jun 1950, peperangan yang tercetus antara kedua-dua Korea berakhir dengan Perjanjian Gencatan Senjata. Sempadan antara kedua-dua negara tersebut adalah yang paling kuat dikubui di dunia. Selepas perang, ekonomi Korea Selatan berkembang pesat sehingga negara ini menjadi sebuah ekonomi utama dunia. Pada tahun 1987, kerajaan awam telah menggantikan pemerintahan tentera. Sehingga kini, Korea Selatan mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang ketat dengan bilangan senjata api yang sedikit mengikut kapita.

Korea Selatan merupakan sebuah negara republik berpresiden yang terdiri daripada 17 bahagian pentadbiran. Ia merupakan sebuah negara maju dengan taraf hidup yang amat tinggi. Ia merupakan ekonomi keempat terbesar di Asia dan ke-15 (nominal) atau ke-12 (pariti kuasa beli) terbesar di dunia. Ekonomi ini didorong oleh bidang pengeksportan, di mana industri pengeluaran tertumpu pada bidang elektronik, kereta, perkapalan, jentera, petrokimia dan robotik. Korea Selatan ialah sebuah negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) serta pengasas bagi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Laut China Selatan

Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik, meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3.500.000 km ².

Ia terletak di:

Selatan Tanah Besar China dan pulau Taiwan,

Barat Filipina,

Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei,

Utara Indonesia,

Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura, serta

Timur Vietnam.Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal laut China, Arab dan Belanda turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar laut.

Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu.

Padang Serai, Kulim

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh). Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai juga merupakan bandar sedang membangun di Selatan Kedah Darul Aman. Terdapat banyak perumahan lama dan baru disini merangkumi hampir 10,000 unit perumahan.

Terdapat juga sebuah Hotel bernama D'Keriangan yang menyediakan kemudahan penginapan.

Republik

Republik merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti anuality (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan collegiality (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang terdapat satu majlis yang terdiri daripada tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara yang dipanggil sebagai Bundesrat. Selain itu, San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Senarai kabupaten dan kota di Indonesia

Senarai (bahasa Indonesia: daftar) ini menyenaraikan Daerah Tingkat II Indonesia; iaitu kota dan kabupaten yang dibahagi kepada provinsi. Semua provinsi diletakkan di bawah pulau atau daerah.

Serbia

Serbia, secara rasminya Republik Serbia (Serbia: Република Србија Republika Srbija), adalah negara dikelilingi daratan di Eropah tengah dan tenggara yang meliputi kawasan pertengahan Semenanjung Balkan dan kawasan Dataran Pannonian. Ibu negaranya Belgrade. Serbia menyempadani:

Hungary di utara;

Romania dan Bulgaria di timur;

Republik Macedonia dan Albania, serta Kosovo di selatan; dan

Montenegro, Croatia, dan Bosnia dan Herzegovina di barat.Selama hampir seabad, Serbia adalah sebahagian daripada pelbagai negeri Slavik Selatan, termasuk Pemerintahan Beraja Serbia, Croatia dan Slovene dari 1918 hingga 1941 (dinamai semula sebagai Pemerintahan Beraja Yugoslavia pada 1929), Persekutuan Sosialis Republik Yugoslavia dari 1945 hingga 1992, Persekutuan Republik Yugoslavia dari 1992 hingga 2003, dan Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro dari 2003 hingga 2006. Selepas Montenegro mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Negeri, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya secara rasmi pada 5 Jun 2006, sebagai negeri pengganti kepada Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro. Pada 15 Jun 2006, Serbia mengiktiraf kemerdekaan Montenegro.

Sulawesi Selatan

Sulawesi Selatan merupakan salah satu wilayah di Indonesia. Pusat pemerintahan dan bandar terbesar ialah Makassar.

http://www.sulsel.go.id

Sumatera Selatan

Sumatera Selatan merupakan sebuah provinsi yang terdapat di Negara Indonesia yang terletak di bahagian selatan Pulau Sumatera. Negeri ini beribu kota di Palembang. Secara geografi, negeri Sumatera Selatan bersempadan dengan negeri Jambi di sebelah utara, negeri Kep. Bangka-Belitung di bahagian timur, negeri Lampung di selatan, dan negeri Bengkulu di barat. Negeri ini kaya dengan sumber alam, seperti petroleum, gas asli, dan arang batu. Selain itu ibu negeri Sumatera Selatan iaitu Palembang, telah terkenal sejak dahulu kerana pernah menjadi ibu kota bagi Kerajaan Sriwijaya.

Di samping itu, negeri ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Sungai Musi, Jambatan Ampera, Pulau Kemaro, Danau Ranau, Kota Pagaralam, dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai makanan tradisional yang unik dari negeri ini seperti pempek, model, tekwan, pindang patin, pindang tulang, sambal jokjok, berengkes, dan tempoyak.

Sumatera Utara

Sumatera Utara (bahasa Indonesia: Sumatra Utara) ialah sebuah provinsi

yang terletak di Pulau Sumatera, bersempadan dengan Aceh di

sebelah utara dan dengan Sumatera Barat serta Riau di sebelah selatan. Ibu negeri provinsi Sumatra Utara ialah Kota Medan.

Provinsi ini merupakan daerah suku bangsa Batak, yang hidup di pedalaman

dan suku bangsa Etnik Melayu yang hidup di daerah pesisiran pantai (bagian barat).

Senarai daerah (kabupaten) dan bandar di Sumatera Utara

Kabupaten dan bandar di Wilayah Pantai Barat

Kabupaten Nias, Gunung Sitoli

Kabupaten Nias Selatan, Teluk Dalam

Kabupaten Mandailing Natal, Panyabungan

Kabupaten Tapanuli Selatan, Padangsidempuan

Kabupaten Tapanuli Tengah, Pandan

Bandar Padangsidempuan

Bandar SibolgaKabupaten dan bandar di Wilayah Pegunungan

Kabupaten Karo, Kabanjahe

Kabupaten Dairi, Sidikalang

Kabupaten Pakphak Bharat, Salak

Kabupaten Tapanuli Utara, Tarutung berpisah tahun 1999 dengan Toba Samosir Balige

Kabupaten Humbang Hasundutan

Kabupaten Toba Samosir Balige berpisah tahun 2004 dengan Samosir Pangururan

Kabupaten Simalungun, Raya

Bandar Pematang SiantarKabupaten dan bandar di Wilayah Pantai Timur

Kabupaten Asahan, Kisaran

Kabupaten Batu Bara, Limapuluh

Kabupaten Labuhan Batu, Rantauprapat

Kabupaten Labuhan Batu Utara, Aek Kanopan

Kabupaten Labuhan Batu Selatan, Kota Pinang

Kabupaten Langkat, Stabat

Kabupaten Deli Serdang, Lubukpakam

Kabupaten Serdang Bedagai, Sei Rampah

Bandar Tebing Tinggi

Bandar Tanjung Balai

Bandar Kisaran

Bandar Rantauprapat

Bandaraya Medan

Bandar Binjai

Wilayah Bohemia Selatan

Daerah Bohemia Selatan (bahasa Czech Jihočeský kraj) merupakan sebuah daerah di Czech yang memiliki keluasan wilayah 10,056 km² dan penduduk 627,766 orang pada tahun (2006). Ibu kotanya ialah České Budějovice.

Wilayah Kazakhstan Selatan

Wilayah Kazakhstan Selatan ialah sebuah wilayah di Kazakhstan. Ibukotanya ialah Shymkent.

Wilayah Moravia Selatan

Wilayah Moravia Selatan (Bahasa Czech: Jihomoravský kraj) merupakan unit pentadbiran (kraj) yang terletak di Republik Czech, terletak di barat-daya wilayah bersejarah Moravia.

Arah mata angin
Lapan angin utama

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.