Sejarah Mesir

Sejarah Mesir merupakan sejarah berterusan paling panjang, sebagai sebuah negeri bersatu, antara negara-negara di dunia. Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal bercucuk tanam, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk menjadi lebih berorganisasi. Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah di lembah Nil dan menubuhkan kerajaan Mesir yang pertama pada 3200 S.M. Dengan ini, pemerintahan Mesir secara dinasti bermula.

Dinasti Mesir Purba

SphinxGiza
Sphinx
  • Zaman Protodinastik (3200 - 3000 S.M.)
  • Zaman Dinasti Awal (~3000 - 2575 S.M.)
    • Dinasti Pertama (~3000 - 2890 S.M.)
    • Dinasti Kedua (2890 - 2575 S.M.)
  • Kerajaan Lama (~2630 - ~2150 S.M.)
  • Zaman Pertengahan Pertama (~2150 - 2055 S.M.)
  • Kerajaan Tengah (~2030 - 1640 S.M.)
  • Zaman Pertengahan Kedua (~1640 - ~1549 S.M.)
  • Kerajaan Baru (1550 - 1077 S.M.) - pemerintahan Tutankhamun
  • Zaman Pertengahan Ketiga (1070 - 644 S.M.)
  • Zaman Lewat (672 - 330 S.M.)
    • Empayar Achaemenid (penaklukan Parsi pada 525 S.M.)
  • Zaman Graeco-Rom
    • Dinasti Ptolemy (305 - 30 S.M.)

Semasa Dinasti Ptolemy (Dinasti Ptolemeus) di bawah firaun Cleopatra VII, Mesir ditewaskan dan ditakluk oleh Empayar Rom selepas Pertempuran Actium. Selepas pemisahan Empayar Rom, Mesir diletakkan di bawah Empayar Rom Timur, iaitu Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Pada 639 M pula, Mesir dikuasai oleh kerajaan Arab yang dipimpin oleh Khalifah. Pada zaman inilah penduduk Mesir memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya ditakluk oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1517.

Zaman Moden

Terusan Suez dibina pada 1869 dan menjadikan Mesir sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan sedunia. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.

Akibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi beraja pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.

Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada 1956 mambangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis, dan mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Dalam Perang Enam Hari 1967, wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Genting Gaza ditakluk oleh Israel.

Nasser funeral
Pengebumian Gamal Abdel Nasser

Abdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapat balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh.

Sadat digantikan oleh timbalannya Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga hari ini.

Abad ke-3 SM

Abad ke-3 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 300 SM hingga 31 Disember 201 SM dalam kalendar Gregory.

Abar

Abar merupakan ratu Nubia bagi Dinasti ke Duapuluh Lima Mesir.

Abdi-Ashirta

Abdi-Ashirta (kurun ke-14 sebelum masihi) merupakan pemerintah kerajaan Amurru, satu kerajaan baru di selatan yang kini Syria moden. Abdi-Ashirta memerintah Amurru, yang kini dikenali sebagai wilayah Syria. Amurru dan merupakan negeri lindungan Amenhotep III (memerintah.1391–1353 sebelum masihi.) dan bertelingkah dengan Raja Rib-Hadda dari Byblos. Anak dan pengganti Abdi-Ashirta adalah Aziru.

Abdi-Ashirta membentuk perikatan bersama Hittites, bersama Suppiluliumas I menentang empayar Mitannis, negara pakatan Mesir. Abdi-Ashirta dan Amurru contoh unggul masaalah politik Mesir yang akan timbul semasa pemerintahan Akhenaten (memerintah 1353–1335 sebelum masihi.) dan semasa Tempoh Ramessid (1307–1070 sebelum masihi).Rib-Hadda mengadu dengan keras pada Akhenaten—dalam surat Amarna—mengenai cubaan Abdi-Ashirta bagi memperluaskan kerajaannya dengan menceroboh kerajaannya. Kematian Abdi-Ashirta disebut dalam EA 101 oleh Rib-Hadda dalam suratnya pada Akhenaten. Malangnya bagi Rib-Hadda, Abdi-Ashirta digantikan oleh anak lelakinya—Aziru— yang juga berkebolehan dan kemudiannya menawan, menyingkir dan kemungkinannya membunuh Rib-Hadda dalam proses tersebut. Aziru kemudian berpaling tadah pada pihak Hittite yang menyebabkan Mesir kehilangan kawalan pada sempadan utaranya jajahan Amurru yang dikawal oleh Aziru.

Abgig

Abgig merupakan tapak di wilayah Faiyum yang subur, selatan tanah tinggi Giza. Ladang dan kawasan pertanian luas terletak di sini dan stela Senwosret I (memerintah 1971-1926 sebelum masihi) turut dijumpai di sini. Stela ini kini terdapat di Medinet el-Faiyum. Abgig dikekalkan sepanjang tempoh sejarah Mesir sebagai sumber pertanian yang mendapat perhatian firaun.

Abibaal

Abibaal (kurun ke-10 sebelum masihi) Pemerintah Phoenicia, yang kini terletak di Lebanon moden. Abibaal aktif semasa pemerintahan Shoshenq I (memerintah 945–924 sebelum masihi) semasa Dinasti Keduapuluh Dua. Shoshenq I, dari keturunan Libya, memerintah Mesir dari bandar Tanis , kini (San el-Hagar moden) dan dikenali bagi penkempen tentera yang aktif. Shoshenq I turut menggalakkan perdagangan dengan negeri lain, dan Abibaal menandatangani perjanjian dengannya. Phoenician terkenal kerana pelayaran mereka kepasaran jauh sehingga ke laut Aegean dan Mediterranean, malah sehingga Kepulauan British bagi mencari tembaga. Hasilnya, Abibaal dan pedagangnya bertindak sebagai sumber barangan dagangan bagi negeri-negeri berjiranan

Abibaal menjamin hubungan rapat dengan Shoshenq I dengan mendirikan patung peringatan baginya di kuil Phoenician sebagai tindakan bagi menjamin hubungan kedua mereka.

Abu Gerida

Abu Gerida terletak di gurun timur Mesir, dan merupakan pusat perlombongan emas pada zaman dahulu. Kawasan tersebut pada asalnya dijelajah dan dituntut oleh Mesir Purba, sebelum dipertingkatkan oleh orang-orang Rom sebagai wilayah pengeluar emas.

Amun-dyek’het

Amun-dyek’het merupakan ratu Dinasti Mesir ke Dua Puluh Lima (sekitar kurun ke-7 SM) dan permaisuri kepada Taharqa. Semasa Parsi menjajah Mesir, ratu Amun-dyek’het telah ditawan oleh Essarhaddon dari Assyria dan dijadikan hamba pada 671 SM. Taharqa telah dikalahkan oleh pasukan tentera Assyria dan melarikan diri ke selatan. Anak Taharqa dan putera mahkota, bersama pasangan beliau, Ratu Amun-dyek’het, dan keseluruhan isi istana telah dibawa oleh Essarhaddon ke ibu negara beliau Nineveh sebagai hamba dan tidak pernah kembali ke Mesir.

Amunemhet

Amunemhet (sekitar kurun ke-16 sebelum masihi) merupakan putera bayi Dinasti ke Lapan Belas. Dia merupakan anak Amenhotep I (memerintah 1525–1504 sebelum masihi) dengan Ratu Ah’Hotep (2). Mumminya dijumpai di Deir El-Bahri, telah dibungkus kembali dan ditanam semula oleh paderi Dinasti ke-Duapuluh, apabila makam asalnya telah dijarah. Bayi ini mati pada tahun pertama atau kedua hayatnya.

Andreas

Andreas (abad ke- 3 sebelum masihi) merupakan pegawai perubatan Tempoh Ptolemaik. Dia berkhidmat sebagai pegawai perubatan bagi Ptolemy IV Philometor (memerintah 221–205 sebelum mashi). Andreas mahir dalam pharmaceuticals dan cuba mengarah pakar perubatan zamannya untuk memisahkan diri dari sihir atau kepercayaan karut tradisi masa lalu. Dia menulis buku mengenai pharmaceuticals yang ada dan kesan gigitan ular, tetapi ini hanya selamat dalam bentuk serpihan sahaja.

Ilmu pengetahuan Mesir

Ilmu pengetahuan Mesir atau Egiptologi (dari Mesir dan Greek -λογία, -logia. علم المصريات ) ialah kajian sejarah Mesir, bahasa, kesusasteraan, agama, seni bina dan seni kuno dari milenium SM hingga berakhirnya amalan keagamaan pribadinya pada abad ke-4 Masihi. Seorang pengamal disiplin adalah seorang "ahli bahasa Mesir". Di Eropah, terutamanya di Benua, Mesir dianggap sebagai disiplin filologi, sementara di Amerika Utara ia sering dianggap sebagai cabang arkeologi.

Jalaluddin al-Suyuti

Jalaluddin as-Suyuthi ataupun Suyuti (Bahasa Arab: جلال الدين السيوطي‎) (nama lengkap: Abdul-Rahman bin Kamal al-Din Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din, Jalaluddin al-Misri as-Suyuthi as-Syafi`i al-Ash`ari; lahir pada 1445 (849H) - meninggal pada 1505 (911H)) adalah seorang ulama dan Cendekiawan Muslim yang hidup pada abad ke-15 di Kaherah, Mesir.

Semasa hidupnya, beliau menulis banyak buku tentang berbagai hal, seperti Hadis, al-Quran, bahasa, hukum syarie dan lain-lain. Salah satu kitabnya yang terkenal adalah Tafsir al-Jalalayn yang ditulis bersama Jalal al-Din al-Mahalli.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Manetho

Manetho, juga dikenal sebagai Manethon dari Sebennytos, adalah seorang sejarawan Mesir dan tokoh agama dari Sebennytos (Mesir purba: Tjebnutjer) yang hidup semasa Dinasti Ptolemaik, sekitar abad ke-3 SM. Manetho mencatat Aegyptiaca (Sejarah Mesir). Hasil karyanya menarik para ahli Egyptologi, dan sering digunakan sebagai bukti kronologi pemerintahan firaun.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Mesir Purba

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.

Narmer

Narmer adalah seorang firaun Mesir yang memerintah pada abad ke-31 SM. Baginda dipercayai merupakan pewaris dari Raja Scorpion dan/atau Ka. Dia juga dianggap sebagai pengasas dinasti pertama sekaligus sebagai raja yang pertama kali memerintah seluruh Mesir. Ada pendapat bahawa Scorpion dan Narmer adalah orang yang sama, tetapi tidak ada hasil pengenalan tentang hal itu yang dapat dibuktikan.

Palet Narmer yang terkenal, ditemukan pada tahun 1898 di Hierakonpolis, yang menguatkan bukti bahawa Narmer berjaya menyatukan dua kerajaan, Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Namun, ada juga tokoh lain yang dianggap sebagai penyatu Mesir, iaitu Menes. Namanya tercatat pada turutan pertama senarai raja menurut Manetho. Maka, terjadi beberapa perdebatan mengenai hal ini.

Beberapa ahli sejarah Mesir percaya bahawa Menes dan Narmer adalah orang yang sama; ada juga percaya bahawa Menes adalah orang yang sama dengan Hor-Ara dan baginda mewarisi Mesir yang telah disatukan Narmer; Ada juga yang berpendapat bahawa Narmer yang memulakan proses penyatuan tetapi tidak berjaya atau belum selesai, dan diteruskan oleh Menes.

Permaisuri baginda berkemungkinan ialah Neithhotep A, seorang puteri dari utara. Inskripsi yang mengandung namanya ditemui pada makam pewarisnya Hor-Aha dan Djer, yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang ibu atau isteri Hor-Aha.

Makamnya berada di antara dua ruang tersambung (B17 and B18) ditemui di wilayah Umm el-Qa'ab, Abydos. Makam ini terletak berhampiran makam Ka yang memerintah Thinis sebelum dia.

Selama musim panas tahun 1994, para penggali tanah dari ekspedisi Nahal Tillah di selatan Israel menemui serpihan tembikar yang terukir dengan tanda serekh Narmer, individu yang sama dengan tertera di palet Narmer yang ditemui oleh James E. Quibell di Mesir Hulu.

Rampasan kuasa Mesir 1952

Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Bahasa Arab: ثورة 23 يوليو 1952‎) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.

Sungai Nil

Sungai Nil (Bahasa Inggeris: Nile; Bahasa Arab: نهر النيل‎,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Kubti piaro atau phiaro) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Tempoh Dinasti Awal Mesir

Tempoh Dinasti Awal Mesir terdiri dari dinasti pertama dan kedua, bermula dari tahun 2920 SM, melanjutkan Tempoh Protodinasti Mesir hingga tahun 2575 SM, atau pada permulaan Kerajaan Mesir Lama. Beberapa ahli sejarah Mesir menyertakan dinasti ketiga ke dalam tempoh ini.

Menurut Manetho, raja pertama dalam tempoh ini adalah Menes. Namun, raja pertama yang diketahui dari dinasti pertama adalah Hor-Aha, dan raja pertama yang berhasil menyatukan kedua-dua negara (Mesir Hulu dan Mesir Hilir) adalah Narmer (raja terakhir tempoh Protodinasti). Namanya ditemui tertulis pada sebuah tablet (tablet Narmer) yang digunakan untuk menggiling galian untuk kohl, yang digunakan oleh orang Mesir Kuno untuk menghias mata. Kegiatan pemakaman untuk para petani dan rakyat biasa sama dengan yang terdapat pada zaman pradinasti, tetapi orang yang lebih kaya menginginkan sesuatu yang lebih. Maka, bangsa Mesir Kuno memulakan pembinaan mastaba.

Sebelum penyatuan antara Mesir Hulu dan Hilir yang berlangsung kira-kira tahun 3100 SM, tanah Mesir telah diduduki oleh desa-desa autonomi. Dengan wujudnya dinasti pertama, para penguasa mendirikan sebuah pemerintahan berpusat dan menetapkan wazir-wazir di daerah. Bangunan pemerintahan pusat menyerupai kuil terbuka yang dibangun dengan kayu atau batu pasir.

Wangsa Muhammad Ali

Wangsa Muhammad Ali (Jawi: وڠسا محمد علي, Arab: أسرة محمد علي‎ Usrat Muhammad 'Ali) merupakan wangsa yang memerintah Mesir dan Sudan, dari kurun ke-19 sehinggalah pertengahan kurun ke-20. Ia dinamakan sempena nama pengasasnya, Muhammad Ali Pasha yang merupakan bapa permodenan Mesir.

Negara berdaulat
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.