Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Teks

Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Pautan luar

1970 di Malaysia

1970 di Malaysia

13 tahun kenegaraan

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1970-1990) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Lambang Malaysia

Lambang Malaysia atau Identiti Malaysia ialah lambang atau simbol yang mewakili negara Malaysia.

Lembaga Penapisan Filem

Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971, 2002) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara." Siaran TV dan Internet tiada dalam bidang kuasa LPF.

LPF merupakan badan yang bertanggungjawab mengelaskan filem-filem yang hendak memasuki pasaran Malaysia mengikut kesesuaian dengan masyarakat. Kelulusan filem dibahagi kepada empat kategori, iaitu:

Lulus Bersih (LB): Diluluskan tanpa adegan yang perlu dipotong.

Lulus Dengan Potongan (LDP): Diluluskan dengan arahan sesetengah adegan perlu dipotong kerana tidak sesuai dipertontonkan.

Haram: Langsung tidak dibenarkan untuk tayangan, setelah disemak oleh LPF.

Ditolak: Ditolak oleh LPF tanpa semakan.Klasifikasi filem diberi kepada semua filem yang lulus (LB dan LDP), bermula tahun 1996. Klasifikasi filem adalah seperti berikut (kemaskini pada April 2010):

U (Umum): Keseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.

P-13 (Parental Guidance 13): Penonton di bawah umur 13 tahun perlu bimbingan ibu bapa/penjaga. Diperkenalkan pada tahun 2008, untuk filem-filem yang mengandungi adegan yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak berusia tidak mencecah 13 tahun, oleh itu memerlukan bimbingan orang dewasa.

18: Untuk penonton berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk bahan-bahan yang mengandungi kandungan yang lebih dewasa, unsur-unsur ganas, seram dan seks, yang tidak keterlaluan, atau menyentuh unsur sensitif politik, agama dan kebudayaanSewaktu diperkenalkan, terdapat empat klasifikasi 18 yang diiringi dua huruf yang melambangkan unsur filem, tetapi dimansuhkan pada April 2010 atas arahan LPF. Empat klasifikasinya ialah:

18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan

18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan

18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan

18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)

Majlis Gerakan Negara

Majlis Gerakan Negara (Mageran) merupakan badan pentadbiran negara pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei. Mageran dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah Mageran telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu. Semasa pentadbirannya, Mageran telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. Mageran dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan pergabungan bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.

Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank Swettenham.

Negeri-negeri Selat

Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura

. Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British.

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Pemindahan pentadbiran ke London kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat, desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India, cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan, kemasukan pendatang China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India. Pada 30 Oktober 1906, Labuan menyertai Negeri-negeri Selat.

Pan Pan

Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini, tetapi ia dipercayai berkait dengan Pan tan i (Kerajaan Pattani), yang menduduki kawasan yang sama beberapa abad berikutnya.

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu) Persetiaan London, ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.

Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.

Pertempuran Pulau Pinang

Pertempuran Pulau Pinang berlaku pada 28 Oktober 1914, semasa Perang Dunia I. Ia merupakan pertempuran laut di Selat Melaka, dalam mana penjajap Jerman SMS Emden menenggelamkan dua kapal perang Pihak Berikat.

Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, sebuah Koloni Mahkota British. Pulau Pinang merupakan sebuah pulau di persisiran pantai barat Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Malaya). Ia terletak berhampiran dengan tanah besar. Bandar utama Pulau Pinang, George Town, merupakan pelabuhan. Pada awal bulan pertempuran, ia digunakan oleh tentera laut dan kapal dagangan pihak Berikat.

Tidak lama selepas perperangan meletus, Skuardan Asia Timur Jerman meninggalkan pengkalannya di Tsingtao, China. Skuardan tersebut berpecah dan sebuah kapal, SMS Emden, di bawah Korvettenkapitän (Lt. Kommander) Karl von Müller, meneruskan misi menyerbu secara solo.

Pada awal pagi 28 Oktober 1914, Emden muncul di persisiran jalan George Town dan menyerang pelabuhan dan kapal yang berlabuh di sana. Sebelum sebarang kapal tentera sempat bertindak balas, penjajap Russia Zhemchug, di torpedodan ditenggelamkan. Kapal pembinasa Perancis Mosquet bertindak mengejar Emden tetapi turut menjadi mangsa dan ditenggelamkan oleh kapal Jerman tersebut.

Emden meneruskan misi menyerbu selama beberapa minggu lagi, sebelum akhirnya ditenggelamkan dalam Pertempuran Cocos.

Sejarah Brunei

Sumber:Kajian

Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia (سجاره مليسيا) bermula sejak orang-orang Greek menamakannya sebagai Semenanjung Emas atau "Golden Khorsenese" oleh Cladius Ptolemy dalam bukunya Geographia pada 150 M. Secara budaya dan bahasa, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri yang sama iaitu ciri-ciri masyarakat Melayu Nusantara. Dunia Melayu ataupun Nusantara terdiri daripada wilayah-wilayah Maritim yang luas iaitu Pattani, Kalimantan, Sulawesi, Malaya, Tanah Jawa, Sumatera, Sulu (Mindanao), Papua, Timor, Kemboja dan Pulau Kalimantan.

Sejarah Pulau Pinang

Sejarah Pulau Pinang sangat bersangkut paut pada sejarah Kedah. Pulau Pinang merupakan pada pemilikan sebenar Kekhalifahan Kedah Pasai Ma, diserah hak kepada penjajah Yahudi Inggeris iaitu British East India Company pada 1786 oleh Paduka Seri Perdana Menteri, Sultan Muhammad Jiwa, kerana leka dan bersahabat dengan lanun Penjajah Francis Light untuk mendapat perlindungan pihak British pada diri sendiri. Pada 11 Ogos 1786, Ketua Lanun Francis Light, yang kononnya sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan Pulau Pinang seperti Prince of Wales Island sebagai penghormatan Putera Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penagi, Batu Uban yang terletak di hujung timur laut diletak nama "haram" iaitu "Georgetown", dari nama Raja George III ,Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka serta kawasan Laut Kedah telah menaik minat Syarikat Hindia Timur British untuk menubuh sebuah pelabuhan "haram" untuk kapal dagang perdagangan serta sebagai sebuah pangkalan tentera laut yang menentang cita-cita orang Perancis di wilayah ini.

Tanpa pengetahuan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Nagara Kedah Pasai Ma, Francis Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. membantu Kedah sewaktu ia diserang, Paduka Seri Perdana Menteri cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 guilders kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada Kerajaan Kedah.

Pada 1826, Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura akan menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi perancangan sebahagian muslihat licik Malayan Union, sebelum menjadi sebuah wilayah di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Nota penting : Pembukaaan negeri ini bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan. Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II. Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong. Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun. Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun. Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan. Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light.

Sumber dari :

Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.

Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya. Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Hal ini terjadi semula terhadap Putrajaya pada 1995. United Estate Project seterusnya telah dijalankan untuk memajukan ladang kelapa sawit yang sebelumnya ladang getah dan kawasan perlombongan bijih timah kepada USJ dan Sungei Way-Subang (SS) yang terletak di daerah Petaling dan Shah Alam. Projek ini merupakan usaha antara syarikat Sime Darby dengan kerajaan negeri Selangor kerana ladang-ladang dan lombong merosot.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Serangan hendap Lahad Datu 1985

Serangan hendap Lahad Datu 1985 ialah sebuah siri rompakan dan tembakan rambang yang berlaku pada 23 September 1985 apabila 15-20 lanun asing mendarat di pantai Lahad Datu dan mula menyerang pekan tersebut. Setelah mendarat, lanun-lanun tersebut terus melepaskan tembakan rambang, membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 11 yang lain, mereka juga sempat merompak $200,000 dari sebuah bank tempatan dan $5,000 dari pejabat Malaysia Airlines.

Syburi

Syburi (Thai: ไทรบุรี)) adalah nama bagi negeri Melayu Kedah yang diberikan oleh raja Siam ketika penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Pada bulan Julai 1943, Perdana Menteri Jepun Hideki Tojo mengumumkan bahawa Kedah (bersama-sama dengan Perlis, Kelantan dan Terengganu) akan diserahkan kepada Siam sebagai sebahagian daripada satu Perjanjian Persahabatan yang telah ditandatangani oleh Siam dan Jepun pada permulaan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Sebelumnya, pada tahun 1941, Siam telah bersetuju untuk membenarkan pasukan tentera Jepun untuk menggunakan wilayah Siam untuk mara ke dalam Tanah Melayu. Bermula pada 18 Oktober, 1943 sehingga penyerahan Jepun pada akhir perang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terletak di bawah pentadbiran Siam. Selepas Jepun menyerah kalah, Kedah dan tiga negeri lain telah dipulangkan kembali pada Britain.

Orang dilahirkan di Syburi dianggap rakyat Baginda Raja Thailand; oleh itu, orang yang telah lahir di sana dan sekarang tinggal di Kedah adalah dibenarkan untuk membeli tanah dan hidup di Thailand walaupun dari segi teknikal, mereka kini adalah rakyat Malaysia.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.