Republik


Republik merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti anuality (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan collegiality (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang terdapat satu majlis yang terdiri daripada tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara yang dipanggil sebagai Bundesrat. Selain itu, San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Republik dan konsep demokrasi

Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan raja berperlembagaan. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa eksekutif. Di dalam sesetengah negara monarki, raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atau dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara yang berkonsepkan raja berperlembagaan adalah bersifat demokratik.

Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tiada perbezaan yang jelas antara republik dan negara raja berpelembagaan. Disetengah-setengah negara bukan republik seperti Malaysia, Perdana Menteri mempunyai lebih kuasa eksekutif berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Manakala, di beberapa republik pula Presidennya memerintah secara kuku besi seolah-olah beliau merupakan maharaja di negara tersebut. Misalnya, kerajaan di bawah pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Namun begitu, pada lazimnya republik adalah disamakan dengan demokrasi. Amerika Syarikat misalnya dianggap sebagai simbol demokrasi. Selain itu, India juga merupakan sebuah negara republik, dianggap sebagai demokrasi terbesar di dunia.

Senarai negara-negara Republik menurut benua

Lihat juga

Armenia

Armenia ialah sebuah negara yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Caspian. Bangsa Armenia juga dikenali sebagai orang Lamender dalam bahasa Melayu lama.

Armenia terletak di selatan Pergunungan Caucasus. Ini bermakna keseluruhan wilayah Armenia berada di dalam lingkungan Asia. Namun begitu, negara ini bercita-cita untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Azerbaijan

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Daerah Mělník

Daerah Mělník (Okres Mělník dalam Czech) merupakan sebuah daerah (okres) yang terletak di Wilayah Bohemia Tengah (Středočeský kraj) di Republik Czech. Ibu kotanya adalah Mělník.

Daerah Rakovník

Daerah Rakovník (Okres Rakovník dalam bahasa Czech) merupakan sebuah daerah (okres) yang terletak dalam Wilayah Bohemia Tengah (Středočeský kraj) di Republik Czech. Ibu kotanya adalah Rakovník.

India

India (Hindī: भारत Bhārat), atau nama rasminya, Republik India, terletak di Asia Selatan dan merangkumi kebanyakan subbenua India merupakan negara kedua terpadat penduduk dan negara demokrasi, dengan seribu juta penduduk dan lebih seratus bahasa berlainan. Ekonomi India adalah ketiga terbesar di dunia, dari segi pariti kuasa beli (purchasing power parity). India bersempadan dengan Bangladesh, Myanmar, Republik Rakyat China, Bhutan, Nepal dan Pakistan, dengan Sri Lanka dan Maldives diseberang laut Lautan India. Bandar terbesar adalah Bombay (Mumbai) di South-West dan Calcutta (Kolkata) di tepi sungai Ganges.

Nama India berasal dari perkataan Sindhu, nama tempatan sungai Indus. Kitab-kitab Vedas tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanah Hindu), tetapi nama ini diketepikan selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.

Indonesia

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 265 juta orang pada 2018, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

Iran

Iran, (ايران, Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايران, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq (Kurdistan wilayah) di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat.

Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia (Slovakia dan Republik Czech), Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah.

Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk, dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.

Mesir

Republik Arab Mesir (Bahasa Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Rantau Afrika Utara. Republik Arab Mesir bersempadan dengan Republik Arab Libbya Bersatu, Republik Arab Sudan, Semenanjung Gaza, negara Palestin, Israel, Laut Mediterranean serta Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km²), kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan sepanjang tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariah.

Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.

Pakistan

Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.

Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur kini dikenali sebagai Bangladesh.

Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek . Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Kurd, Turki , Baloch dan Mongol.

Allama Iqbal adalah penyair kebangsaan Pakistan. Di samping tanah airnya, ia juga terkenal di Iran, wilayah Kurdistan dan Iraq di mana ia dikenali sebagai Iqbāl-e Lāhorī.

Pembahagian pentadbiran di Azerbaijan

Azerbaijan terbahagi kepada:

59 daerah (rayonlar; sing. - rayon),

11 bandar* (saharlar; sing. - sahar),

1 republik swatantra (muxtar respublika), yang di dalamnya terdapat:

7 daerah

1 bandarSenarai rayon, daerah dan bandar Azerbaijan:

Absheron (Abşeron)

Agjabadi (Ağcabədi)

Agdam (Ağdam)

Agdash (Ağdaş)

Agstafa (Ağstafa)

Agsu (Ağsu)

Ali Bayramli (Əli Bayramlı)

Astara

Baku (Bakı)

Balakan (Balakən)

Barda (Bərdə)

Beylagan (Beyləqan)

Bilasuvar (Biləsuvar)

Jabrayil (Cəbrayıl)

Jalilabad (Cəlilabad)

Dashkasan (Daşkəsən)

Davachi (Dəvəçi)

Fizuli (Füzuli)

Gadabay (Gədəbəy)

Ganja (Gəncə)

Goranboy

Goychay (Göyçay)

Hajigabul (Hacıqabul)

Imishli (İmişli)

Ismailli (İsmayıllı)

Kalbajar (Kəlbəcər) (bagian dari Nagorno-Karabakh)

Kurdamir (Kürdəmir)

Lachin (Laçın)

Lankaran (Lənkəran)

Lankaran (Lənkəran)

Lerik

Masally (Masallı)

Mingachevir (Mingəçevir)

Naftalan

Neftchala (Neftçala)

Oguz (Oğuz)

Qabala (Qəbələ)

Qakh (Qax)

Qazakh (Qazax)

Qobustan

Quba

Qubadli (Qubadlı)

Qusar

Saatly (Saatlı)

Sabirabad

Shaki (Şəki)

Shaki (Şəki)

Salyan

Shamakhi (Şamaxı)

Shamkir (Şəmkir)

Samukh (Samux)

Siazan (Siyəzən)

Sumqayit (Sumqayıt)

Shusha (Şuşa) (sebahagian daripada Nagorno-Karabakh)

Shusha (Şuşa) (sebahagian daripada Nagorno-Karabakh)

Tartar (Tərtər) (sebahagian daripada Nagorno-Karabakh)

Tovuz

Ujar (Ucar)

Khachmaz (Xaçmaz)

Khankendi (Xankəndi) (ibu negara Nagorno-Karabakh, kini bernama Stepanakert)

Khanlar (Xanlar)

Khizi (Xızı)

Khojali (Xocalı) (sebahagian daripada Nagorno-Karabakh)

Khojavend (Xocavənd) (sebahagian daripada Nagorno-Karabakh)

Yardymli (Yardımlı)

Yevlakh (Yevlax)

Yevlakh (Yevlax)

Zangilan (Zəngilan)

Zaqatala

Zardab (Zərdab)

Perancis

Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis (Bahasa Perancis: République française [ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]), ialah sebuah negara di mana wilayah metropolitannya (dipanggil Perancis Metropolitan) terletak di Eropah Barat. Negara ini juga dibentuk oleh pulau-pulau dan wilayah yang terletak di benua-benua yang lain, yang dipanggil Wilayah Luar Negeri Perancis.

Perancis Metropolitan, iaitu wilayah Perancis yang utama, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Wilayah ini juga mempunyai sempadan dengan negara Belgium, Jerman dan Luxembourg di sebelah timur laut; Switzerland di sebelah timur; Itali dan Monaco di sebelah tenggara; dan Andorra dan Sepanyol di sebelah barat daya. Selain itu, Wilayah Luar Negeri Perancis Guiana Perancis juga berkongsi sempadan darat dengan Brazil dan Suriname, dan Saint-Martin pula bersempadan dengan Antillen Belanda. Perancis dihubungkan dengan United Kingdom melalui Terowong Selat, yang berlalu di bawah Selat Inggeris.

Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Republik China di Taiwan

Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)

"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949

Republik China atau dikenali sebagai Taiwan (Cina Tradisional: 中華民國, Cina Ringkas: 中华民国, pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok) adalah satu negara daulat yang mula memerintah pulau Taiwan secara sendirinya pada tahun 1949 berikutan Perang Saudara Cina yang berlaku di tanah besar sebelumnya. Negara ini juga memerintah Kepulauan Pescadores, Quemoy, dan Kepulauan Matsu. Dalam Bahasa Melayu, seperti juga di dalam Bahasa Cina, nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada negara ini dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal negara ini, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.

Republik China (ROC) itu sendiri bermula di tanah besar China, selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 menandakan penamatan 2,000 tahun pemerintahan bermaharaja. Kewujudan ia di tanah besar China adalah secara kewujudan panglima perang, Pencerobohan Jepun, dan perang saudara. Pemerintahannya di tanah besar tamat pada tahun 1949 apabila Parti Komunis China menggulingkan pemerintahan Parti Negara China (juga dikenali sebagai Kuomintang). Lihat Republik China (1911-1949)

Kerajaan ROC berpindah ke pulau Taiwan dan mendirikan ibu negara sementaranya di Taipei dimana ia terus menggangap dirinya sebagai satu-satunya kerajaaan keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara suksesor kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.

Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.

Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.

Republik Czech

Republik Czech (Bahasa Czech: Česká republika) ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Praha. Republik Czech terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia.

Republik Czech menyertai NATO pada tahun 1999 dan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2004. Selain itu, ia merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OECD dan Majlis Eropah. Republik Czech merupakan sebuah negara membangun, mempunyai ekonomi yang kukuh, memiliki taraf hidup yang tinggi dan maju.

Pada 1993, Kementerian Hal Ehwal Luar negara ini mengumumkan nama Czechia (Česko dalam bahasa Czech) untuk semua keadaan kecuali dokumen rasmi kerajaan dan nama institusi kerajaan.

Senarai Presiden Indonesia

Presiden Indonesia ialah jawatan politik tertinggi di Indonesia. Setakat ini sudah seramai enam orang yang menjadi Presiden Indonesia. Presiden terkini Indonesia ialah Joko Widodo.

Senarai negara berdaulat

Senarai negara di dunia yang berikut, yang disusun berdasarkan abjad, merupakan suatu gambaran negara-negara yang terdapat di dunia. Senarai ini merangkumi negara yang merupakan negara berdaulat dan negara dengan pengiktirafan antarabangsa terbatas. Entiti yang merupakan sebahagian penting suatu negara, entiti khusus yang diakui melalui persetujuan atau perjanjian antarabangsa, wilayah kebergantungan, dan negara mikro tidak termasuk ke dalam senarai tersebut.

Nama-nama negara dalam senarai ini dinyatakan dalam bahasa Melayu.

Serbia

Serbia, secara rasminya Republik Serbia (Serbia: Република Србија Republika Srbija), adalah negara dikelilingi daratan di Eropah tengah dan tenggara yang meliputi kawasan pertengahan Semenanjung Balkan dan kawasan Dataran Pannonian. Ibu negaranya Belgrade. Serbia menyempadani:

Hungary di utara;

Romania dan Bulgaria di timur;

Republik Macedonia dan Albania, serta Kosovo di selatan; dan

Montenegro, Croatia, dan Bosnia dan Herzegovina di barat.Selama hampir seabad, Serbia adalah sebahagian daripada pelbagai negeri Slavik Selatan, termasuk Pemerintahan Beraja Serbia, Croatia dan Slovene dari 1918 hingga 1941 (dinamai semula sebagai Pemerintahan Beraja Yugoslavia pada 1929), Persekutuan Sosialis Republik Yugoslavia dari 1945 hingga 1992, Persekutuan Republik Yugoslavia dari 1992 hingga 2003, dan Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro dari 2003 hingga 2006. Selepas Montenegro mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Negeri, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya secara rasmi pada 5 Jun 2006, sebagai negeri pengganti kepada Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro. Pada 15 Jun 2006, Serbia mengiktiraf kemerdekaan Montenegro.

Sudan

Republik Arab Sudan atau Republik Sudan ataupun lebih dikenali sebagai Sudan Utara (Bahasa Arab: السودان ‎as-Sūdān) adalah sebuah negara di Afrika timur laut yang merupakan negara terbesar di Afrika dan seringkali dianggap sebahagian Timur Tengah. Ibu negaranya ialah Khartoum.

Republik Arab Sudan bersempadankan dengan Mesir di utara, Eritrea dan Habsyah di timur, Sudan Selatan di selatan, Kenya dan Uganda di tenggara, Congo dan Republik Afrika Tengah di barat daya, Chad di barat dan Libya di barat laut.

Yaman

Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman (bahasa Arab: الجمهورية اليمنية), ialah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Semenanjung Arab di Asia Barat Daya. Yaman terdiri daripada bekas Yaman Utara dan Selatan. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 kilometer (217 batu) di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.