Raja berperlembagaan


Raja berperlembagaan (Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Elizabeth II greets NASA GSFC employees, May 8, 2007 edit
Ratu Elizabeth ke II merupakan pemerintah United Kingdom dan juga 15 buah negara lain menjadikannya ratu paling berpengaruh di dunia

Sejarah سجاره

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, baginda dihukum pancung dan Cromwell dilantik menjadi presiden di mana England menjadi sebuah republik buat seketika waktu. Pemerintahan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard mengambil alih kuasa[2] namun hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat semula ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].

Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan سناراي نݢارا٢ راج برڤرلمباݢاءن

Perancis pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.

Lihat Juga ليهت جوݢ

Nota dan rujukan نوتا دان روجوعن

  1. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  2. ^ "Oliver Cromwell, 1599-1658". David Plant.
  3. ^ Adam Kadir. "Menghayati maksud raja berperlembagaan", Utusan Malaysia. 24 Mac 2008
Asia Barat

Asia Barat, Barat Asia, Asia Barat Daya atau Barat Daya Asia adalah istilah yang memperincikan bahagian paling barat di benua Asia. Ia bersempadan dengan Timur Tengah - yang mana memperincikan kedudukan geografi dalam hubungan dengan Eropah Barat dan bukannya kedudukan di dalam Asia. Di sebabkan pemikiran Eurosentrisme, pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu, menggantikan Timur Tengah dan Timur Dekat dengan istilah Asia Barat. Kawasan ini dan benua Eropah secara kolektifnya dirujuk sebagai Eurasia Barat.

Ayer Bemban

Ayer Bemban merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di utara Daerah Kulai, Johor, Malaysia.

Galas

Galas merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di jajahan Gua Musang, Kelantan.

Kuwait

Negara Kuwait (Bahasa Arab: الكويت‎) ialah sebuah negara raja berperlembagaan yang terletak di pantai Teluk Arab. Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air".

Liechtenstein

Kerajaan Liechtenstein (/ˈlɪktənstaɪn/ (Bahasa Jerman: Fürstentum Liechtenstein, ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn , Principality of Liechtenstein) ialah sebuah negara kecil di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) dan jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Maghribi

Maghribi (المغرب), (Bahasa Arab: المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber: Tageldit n Lmeghrib ) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Monaco

Monaco ialah sebuah prinsipaliti negara kota di Eropah Barat yang mengamalkan sistem kerajaan raja berperlembagaan. Terletak di Rivera Perancis, antara Laut Mediterranean dan Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali, Monaco adalah salah satu negeri mikro di Eropah.

Monaco ialah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta negeri merdeka yang ketiga terkecil di dunia. Monaco juga mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Norway

Norway adalah nama rasmi Kerajaan Beraja Norway. Nordic ialah Raja berperlembagaan yang menduduki bahagian barat Semenanjung Scandinavia, Jan Mayen, Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada Perjanjian Antartika). Norway seluas 385.207 kilometer persegi. Penduduk

seramai 4.9 juta sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak, iaitu seberang Denmark. Ibu kota Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak fiod.

Selama dua abad dikuasai Viking Kristian iaitu Raja Olav Tryggvason pada 994. Perang saudara berakhir pada abad ke-13 apabila Norway keluar dari gabungan Kepulauan British , Iceland dan Greenland. Pada 1380, Norway diserap ke dalam kesatuan Denmark selama empat abad. Pada 1814, Norway menentang diserahkan kepada Sweden dan membentuk Perlembagaan baru.Lalu Sweden menyerang Norway dan membenarkan Norway dengan janji menerima raja Sweden . Referendum 1905 membawa kepada kemerdekaan Norway.

Norway kekal berkecuali dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II kemudian menjadi ahli pengasas NATO. Penemuan minyak dan gas pada 1960-an meningkatkan kekayaan ekonomi Norway. Referandum 1972 dan 1994, Norway menolak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang imigresen dan integrasi etnik minoriti, jaminan warga tua dan mengekalkan daya saing ekonomi.

Dasar Norway adalah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja Harald V menjadi sebagai ketua negeri. Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri Norway setelah memenangi pilihan raya.

Negara Norway terbahagi kepada daerah (fylker) dan majlis perbandaran (kommuner). Walaupun menolak menjadi ahli Kesatuan Eropah menerusi dua referrandum tetapi Norway mengekalkan hubungan rapat dengan EU dan Amerika Syarikat. Norway meneruskan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan menghantar tentera kepada negara bergolak seperti Afghanistan

, Kosovo, Sudan dan Libya. Norway adalah antara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NATO, Majlis Eropah, dan Majlis Nordic, Kawasan Ekonomi Eropah, WTO, OECD dan Kawasan Schengen.

Rezab Norway banyak dalam bentuk petroleum, gas asli, mineral, [[kayu], makanan laut, air tawar, dan kuasa hidro. Norway adalah pengeluar terbesar minyak dan gas asli di luar Timur Tengah. Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat, subsidi pendidikan tinggi, dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif. Pada 2001 hingga 2007, dan pada tahun 2009 dan 2010, Norway diletakkan pada ranking indeks pembangunan manusia tertinggi di dunia.

Pandan Jaya

Pandan Jaya merupakan sebuah perumahan yang terletak di Kuala Lumpur, dalam negeri Wilayah Persekutuan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Republik

Republik merujuk kepada sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin res publica, atau "urusan awam", dan ia bermaksud kerajaan dimilik serta dikawal oleh rakyat. Namun demikian, republik tidak boleh disama ertikan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kuku besi atau totalitarianisme. Misalnya, Afrika Selatan telah menjadi negara republik sejak tahun 1961 tetapi disebabkan oleh dasar apartheid yang diperkenalkan, lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang untuk mengundi. Namun demikian, terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi.

Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom, yang bertahan dari 509 SM hingga 44 SM. Di dalam Republik tersebut, prinsip-prinsip seperti anuality (memegang jawatan selama satu tahun sahaja) dan collegiality (dua orang memegang jawatan ketua negara) telah dipraktikkan.

Pada zaman moden ini, ketua negara dalam sesuatu negara republik biasanya terdiri daripada seorang sahaja iaitu presiden. Tetapi terdapat juga beberapa pengecualian misalnya di Switzerland yang terdapat satu majlis yang terdiri daripada tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara yang dipanggil sebagai Bundesrat. Selain itu, San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh dua orang.

Sepanyol

Sepanyol (Bahasa Sepanyol: España) ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mempunyai tanah jajahan yang masih berada di bawah pemerintahanya seperti Kepulauan Balearic di Mediteranean, Kepulauan Canaria di Lautan Atlantik, bandaraya Cueta dan Melilla di utara Afrika, dan beberapa pulau tidak berpenghuni di Selat Gibraltar seperti kepulauan Chafarine, pulau berbatu Velez, pulau berbatu Alhucemas dan Pulau Parsley.

Sepanyol merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Negara ini menyertai Kesatuan Eropah sejak 1986 dan merupakan negara maju dengan ekonomi ke-8 terbesar di dunia.

Sistem berparlimen

Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua kerajaan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.

Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu ketua kerajaan sebagai perdana menteri, dan ketua negara pula sebagai boneka, tidak kira presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (raja berperlembagaan).

Taman Greenwood

Taman Greenwood merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Batu Caves, dalam negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Taman Klang Utama

Taman Klang Utama merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Klang, dalam negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Taman Melodies

Taman Melodies merupakan sebuah perbandaran terletak di Johor Bahru. Taman Melodies juga berdekatan dengan Taman Sentosa, Taman Suria dan Taman Kebun Teh.

Taman Molek

Taman Molek merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Johor Bahru, dalam negeri Johor, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Taman Molek merupakan satu perbandaran utama di daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Teluk Sengat

Teluk Sengat merupakan sebuah bandar kecil di dalam daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia dan berdekatan dengan bandar Johor Lama.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.