Puteri Balqis

Puteri Balqis binti Azizi (lahir 12 April 2007) merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia. Balqis membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi peranan pembantu dalam Gemilang (2011), sebelum meraih peranan utama dalam Bicara Hati (2012). Balqis telah membintangi beberapa drama TV terkenal termasuk Takdir Qismah (2012), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Akulah Balqis (2015) serta telah membintangi beberapa telefilem termasuk Aduh Sayang (2011) dan Pelarian (2012). Melalui drama Pelarian, Balqis telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri.[1]

Penampilan filem sulung Balqis ialah pada 2012 menerusi filem Strawberi Cinta (2012). Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang diiktiraf secara kritis termasuk 1 Lawan Satu (2013), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) dan KL Special Force (2018). Kejayaan beliau hadir pada 2014 apabila Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi telefilem Balqis lakonannya. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]

Puteri Balqis
Puteri-Balqis-Pelakon-Wanita-Terbaik-Drama-2014
KelahiranPuteri Balqis binti Azizi
12 April 2007 (umur 12)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainAqish
Pekerjaan
Tahun aktif2011–kini
Televisyen

Kehidupan awal

Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia kepada ibu bapanya, Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Balqis merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau lebih mesra dengan panggilan Aqish di kalangan keluarganya.[3]

Kerjaya

2009–2011: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal

Bakat Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.[3] Semuanya bermula ketika ibu bapanya dihampiri ejen pencari bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.[3] Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[3]

Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[3] Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.[3]

Balqis membuat kemunculan pertamanya di layar kaca pada 2011, dengan memegang peranan kecil dalam siri televisyen Gemilang lakonan Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

2012–2014: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah

Selepas Gemilang berakhir, pada 2012, beliau melakonkan peranan kecil sebagai Tengku Murni dalam drama Bicara Hati bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill. Seterusnya, beliau melakonkan watak Zara dalam drama romantik TV3, Cinta Itu Milikku lakonan Fazren Rafi dan Emma Maembong.[4]

Pada November 2012, menerusi watak Bobok lakonannya dalam telefilem Pelarian, Balqis memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Lakonannya sebagai Amira dalam telefilem penghargaan khas kepada P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti di TV1 telah melayakkan Balqis menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee yang julung kalinya diadakan pada tahun berikutnya.[5]

Penampilan sulung Balqis di layar lebar hadir pada 6 Disember 2012 apabila beliau berlakon dalam filem komedi romantik arahan Rusli Khadri, Strawberi Cinta yang mana Balqis memegang watak Ichigo yang berusia 6 tahun. Filem ini dibintangi oleh Pierre Andre dan Yana Samsudin. Beliau muncul pula dalam filem aksi seni mempertahankan diri 1 Lawan Satu[6] arahan Pierre yang mana beliau memegang watak sebagai adik kepada Radhi lakonan Mikail Andre yang bernama Sara, yang sakit tenat akibat penyakit leukemia. Filem yang turut dibintangi oleh Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Fyza Kadir ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 [6] dan mendapat sambutan meskipun berdepan dengan kegagalan komersial.[6]

Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak dirinya sendiri dalam telefilem yang menggunakan namanya sebagai judul arahan pelakon veteran Erma Fatima, lakonan Nabila Huda dan Pekin Ibrahim yang bersiaran pada 19 Januari di TV3, telefilem ini melayakkan Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi Pelakon Wanita Terbaik Drama.[7] Kemenangannya sekali gus memperlihatkan Balqis menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.[7][8] Di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang diadakan di Singapura, Balqis memenangi[9] Pelakon Wanita Terbaik sekaligus turut mengalahkan finalis lain terutama aktres Joan Chen yang sudah lama mencipta nama dalam filem Hollywood seperti The Last Emperor dan Judge Dredd. Malah, kemenangannya turut membuka mata banyak pihak.[10]

2015–kini: Halfworlds dan perkembangan terkini

Pada November 2015, Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 menerusi drama Akulah Balqis arahan Fadzil "Pali" Yahya.[11]

Selepas memenangi Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, Balqis menerima tawaran dari HBO Asia[12][13] untuk membintangi musim pertama drama fantasi Halfworlds[12] arahan Joko Anwar bersama beberapa pelakon yang terlibat termasuk Bront Palarae, dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti yang mana penggambarannya dijalankan di Thailand dan Indonesia,[12] Balqis melakonkan watak kanak-kanak perempuan buta yang bernama Tari, drama ini juga memerlukan beliau berkebolehan berbahasa Inggeris.[12][14][15][16]

Balqis memegang watak sebagai Syafiqa dalam filem pendek Kad Raya Syafiqa arahan Khairul Azwan terbitan PTS Media Group. Ia mengisahkan seorang murid bernama Syafiqa dan cikgunya yang bernama Hayati. Syafiqa terdengar perbualan cikgu Hayati bersama ibunya yang memberitahu dia tidak dapat pulang beraya kerana sibuk dengan kerja. Tanpa pengetahuan sesiapa, Syafiqa rupanya mengidap penyakit kanser otak dan meninggal dunia. Sebelum meninggal, Syafiqa sempat membuat sekeping kad raya khas untuk cikgunya.[17]

Pada November 2016, filem kedua lakonannya, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! menemui penonton di pawagam, dalam filem terbitan bersama Les' Copaque Production dan KRU Studios, beliau melakonkan watak Aqish, seorang anak yatim piatu yang meminati Upin & Ipin.[18] Filem yang ditayangkan pada 24 November 2016 turut dibintangi oleh Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin.[19]

Pada 2 Disember 2016, Balqis berlakon di samping Janna Nick dan Raja Afiq dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah, yang mana beliau memegang watak Izara.[20]

Beliau diberikan peranan sebagai Aleya dalam siri televisyen Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar arahan Along Kamaludin yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.[21]

Balqis menjayakan peranan Ayesha dalam filem drama biografi romantik arahan Kamal G, Makrifat Cinta lakonan Syamsul Yusof dan Nora Danish yang ditayangkan pada 1 Februari 2018. Ia merupakan filem ketiga lakonan beliau.[22][23] Selain itu, beliau muncul bersama Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin dalam filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018.[24] Balqis memegang watak sebagai Amirah, anak perempuan Ketua Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), ASP Roslan yang dilakonkan oleh Rosyam.

Balqis kembali aktif berlakon selepas beberapa bulan terlantar sakit.[25]

Kehidupan peribadi

Pada Mei 2018, Balqis disahkan menghidap masalah jantung. Perkara ini didedahkan oleh ibunya, Norashikin Azizi yang turut memberitahu keadaan kesihatan Balqis mula merosot selepas menjalani beberapa siri rawatan pada Disember 2017.[26][27] Beliau disahkan menghidap kanser pada awal Julai 2018.[28]

Di dalam media

Pelakon Siti Elizad semasa ditemuramah oleh majalah Jelita, mengulas mengenai Balqis: "Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis."[29]

Balqis bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Afdlin Shauki, June Lojong, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Maya Karin telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]

Filemografi

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Strawberi Cinta Ichigo (kecil) Rusli Khadri
2013 1 Lawan Satu Sara Pierre Andre
2014 Despicable Me 2 Agnes Pierre Coffin Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2015 Kad Raya Syafiqa Syafiqa Filem pendek
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Aqish Erma Fatima
Hjh. Ainon Ariff
Filem animasi dan realiti
2017 Tumpang Hasnah Filem pendek
2018 Makrifat Cinta Aisha Kamal G
KL Special Force Amirah Syafiq Yusof
2019 Melissa dagger Melissa Filem pendek

Drama

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2011 Gemilang[30] Mia TV3
2012 Bicara Hati[31][32] Tengku Murni Astro Prima
Berlari Ke Bintang[33] Nur Faiza TV AlHijrah
Takdir Qismah[34] Anis TV3
Cinta Itu Milikku[35][36] Zara
Mencari Athirah Athirah (kecil) TV1
Hanya Dengan Bismillah[37] Khalisha TV2
Kambingku Yaggy
2013 Dia Suamiku Aqish Astro Prima
2014 Astana Cinta Aleesa Zara TV3
2015 Takhta 3 Ratu Pue Astro First Eksklusif
Dee The Series Mia Astro Ceria
Akulah Balqis Balqis TV3
Halfworlds Musim 1 Tari HBO Asia
2016 Lambaian Ramadan Nurin TV3
2017 Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah Nilla HyppTV
Andainya Takdir Aleeya TV3
2018 Andainya Takdir 2
2019 Sweet Dreams Lisa Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2011 Di Sebalik Tirai Kasih TV9
Zuriat Yang Tercalar
Aduh Sayang Fatehah TV3
2012 Persona Grata Ain
Mr. Labuci Mimi
Pelarian Bobok
Mencari Nurfitri Nurfitri TV9
Tiada Raya Tahun Ini Balqis TV AlHijrah
Fajar Syawal Fateha TV2
Nur Ramadan Nur TV3
Kalut Raya TV AlHijrah
Anak Lorong Fara TV3
Dimana Kanku Cari Ganti Amira TV1
Aku Bukan Mashitah TV2
2013 Bintang Hati Umi Amira TV9
Jangan Ganggu Aku Nurul TV3
Janji Si Bidadari
Poskad Dari Switzerland Inayah TV AlHijrah
Hi Papa! Dhia Astro Ceria
Nyamuk Tak Berdosa Atiqa TV3
Seringgit Kasorga Jamilah TV9
Walau Siapa Pun Aku Aishah TV1
Aku Tahu Ika Astro Box Office
2014 Balqis Balqis TV3
Parasit Badrisya
Bidadari Walid Aleesya (kecil) TV9
Menuju Taubatan Nasuha Anum Astro Ria
Saloma Saloma (kecil) Astro First Eksklusif
Acu Acu TV3
Bisikan Azazil Salmah TV1
Qish Qish Qish Qish Astro Ceria
2015 Hidupku Solatku Matiku Lara Astro Oasis
Pendua TV2
Di Halaman Rindu Han TV1
Tulus Sufi Sufi
Tanah Kubur Ummah Jahiliah Aisyah Astro Oasis
Andai Bukan Khilaf Itu TV2
2016 Jangan Ambil Anak Aku Airis Rania
Dendam Manisa TV3
Kulit Farhana Astro Citra
Duit Raya Trisya TV9
Ayah Untuk Disewa Liyana Astro Prima
Bibah Bebel Bibah TV9
Tangisan Izara Izara TV3
2017 Ana Anak Ibu Ana Astro Citra
Misi Teha Teha TV1
2018 Studio Awie Sherry TV3
Fasiq Erin ntv7

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Zoomers Pengacara TV3 bersama Firdaus Ghufran
2015 Makmal Masak Musim 2 Peserta TV9 bersama Muntazar Ghufran & Danish Harraz
2018 Quran Tag Naura HD Tetamu jemputan

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Matahari" Hafiz Suip
2016 "Andainya Takdir" Anuar Zain
2017 "Cinta Takkan Berakhir"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2012
Anugerah Skrin ke-16
Anugerah Artis Harapan Pantene Pelarian Menang [38][39][40][41]
2013
Anugerah P. Ramlee
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dimana Kanku Cari Ganti Dicalonkan
2014
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 1 Lawan Satu Dicalonkan [42]
Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Wanita Terbaik Drama Balqis Menang [43][44]
Anugerah Televisyen Asia ke-19
Pelakon Wanita Terbaik Menang [45][46][47][48]
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Artis Baru Wanita Popular N/A Dicalonkan [49][50]
Anugerah Melodi ke-2
Artis Dinamik Dicalonkan [51]
2016
Anugerah Seri Angkasa 2016
Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik Hidupku Solatku Matiku Dicalonkan [52]
2017
Anugerah Televisyen Asia ke-22
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ana Anak Ibu Dicalonkan [53][54][55]
2019
Festival Filem Malaysia ke–30
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Makrifat Cinta Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Haryati Karim (6 November 2014). "Dunia pilihan Balqis". Kosmo!. Dicapai 6 November 2014.
  2. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai 30 Jun 2018.
  3. ^ a b c d e f "Puteri Balqis, diintai produksi luar". Harian Metro. 17 Disember 2014. Dicapai 2 April 2015.
  4. ^ Akmaliah Razak (14 November 2012). "Cinta Itu Milikku selongkar jiwa Rania". Sinar Harian. Dicapai 6 Februari 2016.
  5. ^ Buidey (29 November 2013). "Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti Lakonan Faezah Elai dan Arja Lee". Sensasi Selebriti. Dicapai 6 Februari 2016.
  6. ^ a b c Aksi 1 Lawan Satu. Kosmo!. 27 Jun 2013. Diperoleh pada 2 April 2014.
  7. ^ a b Aqmar Mustaza (9 November 2014). "Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai 3 April 2015.
  8. ^ Zaidi Mohamad (11 Disember 2014). "Puteri Balqis menang lagi". Berita Harian. Dicapai 3 April 2015.
  9. ^ "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Astro Awani. 12 Disember 2014. Dicapai 3 April 2015.
  10. ^ Mohammad Shamsul Abdul Ghani (12 Disember 2014). "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Sinar Harian. Dicapai 3 April 2015.
  11. ^ "Cabaran Drama Akulah Balqis". Malaysian Access. 22 November 2015. Dicapai 6 Februari 2016.
  12. ^ a b c d Zainal, Norhidayyu (5 November 2015). "Puteri Balqis dilamar HBO". Sinar Harian. Dicapai 3 April 2016.
  13. ^ Gun, Michelle (17 November 2015). "Puteri Balqis jadi anak terabai". Sinar Harian. Dicapai 3 April 2016.
  14. ^ Hon, Jin Yi (19 June 2015). "Cast of HBO Asia's new original series Halfworlds can't wait to 'kick a**'". TODAYonline. Dicapai 10 June 2016.
  15. ^ Simanjuntak, Tertiani ZB (25 July 2015). "'Halfworlds' goes the whole nine yards". The Jakarta Post. Dicapai 10 June 2016.
  16. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (22 October 2015). "Puteri Balqis wants to play a psycho". New Straits Times. Dicapai 10 November 2015.
  17. ^ "Filem pendek Kad Raya Syafiqa lakonan Puteri Balqis boleh buat anda menitis air mata". Beautifulnara. 20 Jun 2015. Dicapai 2016-12-06.
  18. ^ Syanty Octavia Amry (19 November 2016). "Mimpi Puteri Balqis jadi kenyataan". Harian Metro. Dicapai 2016-12-06.
  19. ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai 2016-12-06.
  20. ^ Nor Akmar Samudin (29 September 2016). "Pelakon baru taruhan Tangisan Izara". Harian Metro. Dicapai 24 Jun 2017.
  21. ^ "Andainya Takdir menyentuh hati". Utusan Malaysia. Dicapai 24 Jun 2017.
  22. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai 6 Februari 2018.
  23. ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (25 Januari 2018). "Makrifat cinta Syamsul, Balqis, Sabrina". Kosmo!. Dicapai 6 Februari 2018.
  24. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai 7 Februari 2018.
  25. ^ Georgie Joseph (11 Ogos 2018). "Puteri Balqis kembali berlakon". Harian Metro. Dicapai 29 September 2018.
  26. ^ Nor Eryani Yusop (14 Mei 2018). Pelakon Puteri Balqis disahkan menghidap masalah jantung Kosmo!. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  27. ^ Hanisah Selamat (14 Mei 2018). Aqish ada masalah jantung Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
  28. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2018). #Showbiz: Child star Puteri Balqis fighting cancer New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2018.
  29. ^ "Elizad Kagum Dengan Puteri Balqis". Jelita. 18 Mei 2016. Dicapai 3 April 2017.
  30. ^ Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih. Sensasi Selebriti (budiey). January 21, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  31. ^ Drama Bicara Hati. Sensasi Selebriti (budiey). December 12, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  32. ^ Gambar Sekitar Penggambaran Drama Bicara Hati. Beautiful Nara. October 8, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  33. ^ Sinosis Drama Berlari Ke Bintang
  34. ^ Takdir Qismah 4 Petang Ini di TV3!. MIG Online. Julai 17, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  35. ^ Sekitar Pelancaran Drama Cinta Itu Milikku. Sensasi Selebriti (budiey). November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  36. ^ 'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3. mStar Online. November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  37. ^ Khianat seorang sahabat karib. Harian Metro. Jun 27, 2012.
  38. ^ "Anugerah Skrin 2012: Senarai pemenang". Sinar Harian. November 9, 2012.
  39. ^ Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012. ohbulan!. November 9, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  40. ^ Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012. Sensasi Selebriti (budiey). November 10, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  41. ^ Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012. RotiKaya. Retrieved November 12, 2012.
  42. ^ Kemalia Othman (Ogos 16, 2014). "'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26". mStar.
  43. ^ Zaidi Mohamad (November 7, 2014). "Tanda Putera, Matahari Terbit Lagi raih filem, drama terbaik Anugerah Skrin". Berita Harian.
  44. ^ Aqmar Mustaza (November 9, 2014). "Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod". Sinar Harian.
  45. ^ Zaidi Mohamad (November 13, 2014). "Puteri Balqis dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014". Berita Harian.
  46. ^ Zaidi Mohamad (Disember 11, 2014). "Puteri Balqis menang lagi". Berita Harian.
  47. ^ Patrick Brzeski (Disember 11, 2014). "Singapore: Asian TV Awards Unveils 2014 Winners". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris).
  48. ^ Linawati Adnan (Disember 12, 2014). "All hail youngest Malaysian star, Puteri Balqis!". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris).
  49. ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum". Berita Harian.
  50. ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "ABPBH 2014: Puteri Balqis finalis paling muda". Berita Harian.
  51. ^ "Melodi Raya - TV3: 'ANUGERAH MELODI 2014'". TV3.
  52. ^ Marina Sahabudin (Mei 23, 2016). "Malam penuh gemilang ASA 2016". Sinar Harian.
  53. ^ Kenneth Chaw (November 9, 2017). "10-year-old actress Puteri Balqis nominated for Asian Television Award". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  54. ^ Dennis Chua (November 16, 2017). "(Showbiz) Puteri Balqis nominated again at Asian TV Awards, this time for Best Supporting Actress". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  55. ^ "Pesona Balqis". Harian Metro. 16 November 2017. Dicapai 17 November 2017.

Pautan luar

1 Lawan Satu

1 Lawan Satu (juga disebut Satu Lawan Satu) merupakan sebuah filem aksi seni mempertahankan diri Malaysia 2013 arahan Pierre Andre dan terbitan Metrowealth. Ia dibintangi oleh Mikail Andre, Azlan Komeng dan Fyza Kadir. Ia merupakan filem pertama arahannya bagi genre aksi.

Akulah Balqis

Akulah Balqis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Fazli "Pali" Yahya yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 dari 18 November 2015 hingga 29 Disember 2015. Dibintangi oleh Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nazim Othman dan Nadia Brian.

Andainya Takdir

Drama bersiri Andainya Takdir mengisi slot Samarinda TV3 dan ditunjangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Drama terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin ditayangkan bermula pada 29 Mei 2017, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3. Drama ini menjadi sebuah drama yang trending di laman sosial dan mencatatkan rating sebanyak 10 juta penonton.

Andainya Takdir 2

Drama bersiri Andainya Takdir 2 disiarkan TV3 dan ditunjangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Drama terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini ditayangkan bermula pada 13 Jun 2018, setiap Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam di TV3. Drama ini berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-28 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Bertemakan "Semarak Cinta", anugerah ini diadakan pada 5 April 2015 di Arena of Stars, Genting Highlands. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM.

Astro Mustika HD

Astro Mustika HD merupakan saluran pertama Malaysia yang menampilkan filem tempatan, telenovela, komedi, konsert dan sebagainya dalam format Definisi Tinggi (HD). Saluran ini dilancarkan pada 21 Mei 2012 mengantikan saluran HD 188 sekaligus memberikan pratonton percuma kepada pelanggan Astro B.yond yang tidak melanggan pakej Mustika sehingga 31 Julai 2012. Mulai 1 Oktober 2018, saluran ini akan ditukar nama kepada Astro Citra HD dan bertukar nombor siaran dari saluran 134 ke saluran 126.

Hikayat Puteri Balqis

Hikayat Puteri Balqis merupakan kisah mengenai Puteri Balqis yang telah disesuaikan dengan masyarakat tempatan Minangkabau. Sebagaimana sastera Melayu lama / hikayat yang lain, Hikayat Puteri Balqis ditulis dengan tujuan dibacakan dengan kuat oleh seorang pembaca kepada para pendengar. Ayatnya berirama dan mempunyai ulangan untuk penekanan kesimbungan antara bab.

Lambaian Ramadan

Lambaian Ramadan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Murali Abdullah, dengan skrip oleh Azlina Pa'wan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 31 Mei 2016 hingga 29 Jun 2016 menggantikan Demi Cinta Ain. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.

Makrifat Cinta

Makrifat Cinta ialah sebuah filem drama biografi romantik Malaysia 2018 arahan Kamal G terbitan Dhananwoodd Films Sdn. Bhd. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Nora Danish, Adi Putra, Nabila Huda dan Puteri Balqis sebagai pelakon utama manakala Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali sebagai pelakon pembantu.Filem ini berdasarkan daripada satu kisah benar. Lensa Cooke S5 buat pertama kalinya di Malaysia telah digunakan dalam pembikinan filem ini. Selain daripada itu, ‘Motion Poster’ yang pertama di Malaysia juga telah diperkenalkan buat filem ini. Ia merupakan filem petama lakonan Syamsul yang bertemakan cinta.Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Makrifat Cinta sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018.

Mia Sara

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan (lahir 30 September 2005) ialah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau kerap dibandingkan dengan Puteri Balqis sepanjang kerjayanya.

Nam Ron

Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron (kadangkala dikreditkan sebagai Nam Ron; lahir 21 November 1969) merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.

Beliau bersama-sama dengan isterinya June Lojong, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2, TVi), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta WBC.

Aktres terkenal Umie Aida merupakan pemenang terbanyak untuk kategori ini iaitu sebanyak 4 kali, dan beliau satu-satunya pelakon yang memenangi anugerah lakonan terbaik di ASK dalam 3 dekad berbeza (90an, 00an dan 10an). Haliza Misbun merupakan pelakon yang gagal memenangi sebarang anugerah untuk kategori ini biarpun menerusi 4 pencalonan. Pelakon komedi Jasmin Hamid merupakan satu-satunya aktres yang memenangi kategori ini menerusi watak komedi, sementara Puteri Balqis Azizi merupakan pemenang termuda kategori ini menerusi kemenangan pada tahun 2014 ketika berusia 7 tahun. Rekod sebelum itu dipegang Jasmin bersama Zizie Ezette apabila menang pada usia 25 tahun masing-masing pada tahun 1997 dan 2003. Pemenang tertua kategori ini pula adalah Ruminah Sidek yang menang pada tahun 2012 ketika berusia 69 tahun.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon lelaki.

Sastera Melayu

Sastera Melayu boleh dibahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

Sastera Rakyat

Sastera Istana

Sastera Hikayat

Sastera Panji

Sastera Epik

Sastera Sejarah

Kisah Nabi-nabi dan Tokoh-tokoh Islam

Sastera Kitab

Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan

Kepustakaan Ilmu Tradisional.Berikut merupakan senarai sastera Melayu lama (sebelum Perang Dunia II).

`Aqâ´id al-Nasafî

Asal Bangsa Jin & Dewa-Dewa

Bab Takzir

Batu Bersurat Terengganu

Bustan al-Salatin

Cerita Kutai

Ceretera2 karangan Abdullah

Ceritera Asal Bangsa Jin & Dewa-Dewa

Hikayat Abdullah Munsyi

Hikayat Aceh

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Banjar dan Kota Waringin

Hikayat Bayan Budiman

Bustan al-Salatin

Hikayat Hang Tuah

Hikayat Iblis

Hikayat Ibrahim ibn Adham

Hikayat Inderaputera

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Hikayat Maharaja Marakarma

Hikayat Marakarma (Si Miskin)

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Muhammad Hanafiah

Hikayat Nabi Yusuf

Hikayat Nakhoda Muda

Hikayat Patani

Hikayat Pelanduk Jenaka

Hikayat Perintah Negeri Benggala

Hikayat Puteri Balqis

Hikayat Raja Damsyik

Hikayat Raja Pasai

Hikayat Seri Rama

Hikayat Siak

Hikayat Tanah Hitu

Hujjat al-Siddîq

Kitab Suci

Misa Melayu

Muhimmat al-Nafa´is

Mukhtasar Tawarikh al-Wustha

Pelayaran Abdullah ke Kelantan

Pelayaran Abdullah ke Mekah

Qasidah al-Burdah

Risalah fi 'l-Tawhid

Risalah Shihabuddin

Salasilah Melayu dan Bugis

Sejarah Melayu

Silsilah Perak

Spraek en Woord-Boek

Surat al-Anbiya

Surat kepada Von de Wall

Surat Keterangan Syeikh Jalaluddin

Syair Awai

Syair Bayan Budiman

Syair Bidasari

Syair Bunga Air Mawar

Syair Bunga-Bungaan

Syair Burung Pungguk

Syair Dagang Berjual-Beli

Syair Engku Puteri

Syair Hamzah Fansuri

Syair Kerajaan Bima

Syair Kiamat

Syair Kumbang dan Melati

Syair Kumbang Mengindera

Syair Kunjungan Tengku Selangor

Syair Nuri dengan Simbangan

Syair Nyamuk dan Lalat

Syair Perang Johor

Syair Perjalanan Sultan Lingga

Syair Potong Gaji

Syair Raja Damsyik

Syair Raja Tedung dengan Raja Katak

Syair Raksi

Syair Sang Kupu-Kupu

Syair Saudagar Bodoh

Syair Sinyor Kosta

Syair Siti Zubaidah Perang Cina

Syair Sultan Maulana

Syair Tengku Perbu

Syair Unggas Soal Jawab

Taj al-Salatin

Tarjumân al-Mustafîd

Tuhfat al-Nafis

Undang-Undang Melaka

Senarai sastera Melayu mengikut abjad

Ini merupakan senarai sastera Melayu disusun mengikut abjad.

Slot Samarinda

Samarinda ialah sebuah slot drama bersiri Malaysia yang disiarkan pada jam 10.30–11.00 malam, Selasa hingga Khamis, di TV3, bermula tahun 2004. Slot ini banyak menampilkan drama-drama berkisarkan dunia korporat dan lambang kemewahan konflik kehidupan di kota.

Mengimbas kehadiran slot Samarinda ini, ia mula ditayangkan pada 2004 dengan itu menjadi slot paling awal yang diperkenalkan dan bertahan hingga hari ini. Pada tahun 2013 Slot ini ditayangkan selama 1 jam.

Kini Slot Samarinda ditayangkan pada hari Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.

Pada tahun 2019, Slot ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Slot Zehra

Zehra ialah nama yang diberi kepada slot drama berunsur keagamaan, kerohanian atau ketuhanan pada setiap Jumaat 9 malam di TV3. Pada tahun 2016, slot ini ditayangkan pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Slot Zehra bersilih ganti dengan Slot Lestary

Studio Awie

Studio Awie adalah sebuah telefilem Malaysia 2018 arahan Khalid Nadzri terbitan A. Aida Production.

Zahiril Adzim

Mohd Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar (lahir 22 Januari 1984) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, TV dan teater. Beliau bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.