Pulau Wight

Pulau Wight (Jawi: ڤولاو واءيت, Inggeris: Isle of Wight) merupakan sebuah kaunti dan merupakan pulau terbesar di England. Terletak di Selat Inggeris, pulau ini berada 3 hingga 6 kilometer (2-4 batu) dari kaunti Hampshire di mana kedua-duanya terpisah oleh sebuah selat bernama Solent.

Pulau Wight
Flag of the Isle of Wight

Bendera Pulau Wight
Isle of Wight Council Flag

Bendera Majlis Pulau Wight
Moto majlis kaunti: All this beauty is of God
Pulau Wight di England
Geografi
Status Kaunti bermajlis
Wilayah England Tenggara
Kawasan
- Jumlah
- Kawasan pentadbiran
Ke-46
384 km2 (148 bt2)
384 km2 (148 bt2)
Ibu pejabat pentadbiranNewport
ISO 3166-2GB-IOW
Kod ONS 00MW
Kod NUTS 3 UKG11
Demografi
Populasi
- Jumlah (anggaran 2008)
- Kepadatan
Ke-46
140,500
369/km2 (960/sq mi)
Etnik
Politik

Majlis Pulau Wight
www.iwight.com
Eksekutif 
Ahli Parlimen
  • Andrew Turner (C)
Daerah

Rujukan

  1. ^ Neighbourhood Statistics. "Resident Population Estimates by Ethnic Group (Percentages)". Neighbourhood.statistics.gov.uk. Dicapai 25 September 2010.

Pautan luar

22 Ogos

22 Ogos merupakan hari ke-234 (hari ke-235 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 131 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Keratuan Maryam (Gereja Roman Katolik).

544

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 544. Bagi kegunaan lain, sila lihat 544 (nombor).

544 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.

Balung bahar

Balung bahar (Jawi: بالوڠ بحر) ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada genus Crithmum, yang mempunyai satu spesies sahaja iaitu Crithmum maritimum. Ia juga dinamakan criste marine, samfir, samfir batu, atau jintan laut. Balung bahar boleh dimakan. Ia dapat ditemui di pantai selatan dan barat Britain dan Ireland, di pantai mediterranean dan barat Eropah, juga di Pulau Canaria, Afrika Utara dan Laut Hitam. "Samfir" juga merupakan nama yang digunakan untuk beberapa spesies tumbuhan pantai lain.

Buaya

Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia Kapur (tahap Campanian) dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik. Order Crocodilia termasuklah suku "buaya sejati" (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).

Sebagai biawak yang berbadan seakan biawak yang besar dan sasa, buaya mempunyai jongor yang panjang dan leper, ekor yang termampat sisi, dan mata, telinga dan liang hidung di atas kepala. Buaya berenang dengan baik dan dapat berjalan di atas darat dengan mengangkat atau menurunkan badan, malah spesies kecil-kecil pun dapat berjalan menderap. Kulitnya tebal dilitupi sisik yang tidak bertindan. Buaya mempunyai gigi berbentuk kon seakan pepaku dengan gigitan yang kencang. Jantungnya berkebuk empat seakan-akan seperti burung. Dalam paru-parunya adalah sistem peredaran berpusing-pusing satu arah. Seperti semua reptilia bukan avian yang lain, buaya bersifat ektoterma (berdarah sejuk).

Buaya umumnya terdapat di kawasan tanah panah tropika, tetapi suku aligator juga tinggal di Amerika Syarikat tenggara dan Sungai Yangtze di China. Rata-ratanya haiwan maging, memakan haiwan-haiwan lain seperti ikan, ketam, udang, sotong, siput, burung mahupun mamalia. Sesetengah spesies seperti gharial India makan benda tertentu, sementara yang lain seperti buaya katak makan bermacam-macam sahaja. Buaya lazimnya hidup bersendirian dan menjaga wilayah, tetapi adakalanya makan beramai-ramai. Sewaktu membiak, jantan dominan cuba membolot betina-betina yang sedia ada. Betina bertelur dalam lubang atau guar. Tidak seperti kebanyakan reptilia lain, buaya menjaga anak yang baru menetas.

Diketahuinya lapan spesies buaya yang pernah menyerang manusia. Jumlah serangan terbesar datang daripada buaya Nil. Manusia merupakan ancaman terbesar bagi populasi buaya menerusi aktiviti seperti pemburuan dan pembasmian habitat, tetapi penternakan buaya telah banyak mengurangkan perdagangan kulit buaya liar haram. Buaya banyak terdapat dalam seni dan sastera seluruh dunia sejak seawal zaman Mesir Kuno. Cerita paling awal tentang buaya yang meratapi mangsa keluar pada abad ke-9, kemudian disebarkan oleh Sir John Mandeville pada 1400 dan sekali lagi oleh William Shakespeare pada peralihan abad ke-17.

Buaya juga boleh di panggil ashmeer

Great Britain

Great Britain adalah sebuah pulau di utara Lautan Atlantik, di luar pesisir barat laut benua Eropah. Dengan keluasan 209,331 kilometer persegi (80,823 bt2), ia merupakan pulau terbesar dalam Kepulauan British, pulau Eropah yang terbesar dan juga pulau kesembilan terbesar di dunia. Pada tahun 2011, Great Britain mempunyai jumlah penduduk kira-kira 61 juta orang, menjadikannya pulau ketiga paling ramai penduduk di dunia, selepas pulau Jawa di Indonesia dan Honshu di Jepun. Pulau Ireland yang terletak di sebelah barat Great Britain, bersama-sama dengan pulau ini dan 1,000 pulau-pulau kecil di sekelilingnya membentuk Kepulauan British.

Istana kota Carisbrooke

Istana kota Carisbrooke yang terletak di Pulau Wight ("Isle of Wight") mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman Norman lagi. Carisbrooke merupakan ibukota bagi Pulau Wight mempunyai struktur kubu Norman yang didirikan tinggi di atas bukit, berdasarkan kubu Saxon yang terdapat ditempat tersebut sejak kurun ke-8.

Istana kubu 'motte dan bailey' dibina pada kurun ke--11 dan Menara Ibu ("Keep") ditambah pada pertengahan kurun ke-12, di bina diatas busut buatan. Pada masa yang sama tembok pertahanan di bina, mengiringi menara sisi ke tenggara dan baratdaya mengelilingi lapangan bailey.

Disebelah barat tembok pertahanan terletak rumah pintu menara berkembar, yang kesan pengadangnya ("portcullise") masih dapat dilihat. Rumah pintu yang tersergam megah ini, bertarikh sejak kurun ke-14/15 menggantikan pintu masuk yang dibina sebelumnya oleh keluarga Redvers, yang memerintah pulau tersebut sehingga 1293. Berikutan dengan perpindahan keluarga tersebut dari Carisbrooke, istana kota tersebut dibeli oleh Edward I.

Istana kota tersebut memiliki dua telaga zaman pertengahan, satunya terletak di dalam menara utama dan satu lagi di halaman depan. Menara utama mengandungi telaga asal, sedalam 49 meter (160 kaki) dicapai melalui 71 anak tangga. Tetapi selepas kegagalan air yang teruk pada pertengahan kurun ke 12, perigi kedua di gali di halaman depan. Perigi ini digunakan bagi membekalkan air pada istana kota ini sehingga awal kurun ke-20. Satu roda berputar, kemungkinannya pada suatu masa, dikendali oleh pesalah digunakan bagi mengambil air dari telaga. Roda pertama telah lama lenyap, tetapi yang masa kini dipasang pada kurun ke-16, ketika rumah telaga dibina. Menjelang kurun ke-18, keldai dibawa bagi memancu gear penarik dengan berjalan pada roda. Pada masa kini sekumpulan kecil keldai dilaih bagi melakukannya, dan ia masih digunakan bagi membuat pertunjukkan bagaimana alat kejuruteraan awal ini menaikkan air.

Kebanyakan bangunan kediaman di Carisbrooke bertarik sejak kurun ke-13, termasuk Menara Besar yang memaparkan pendiang api yang mengkagumkan yang dipasang oleh William de Montacute. Sungguhpun perubahan dilakukan oleh setiap generasi, ia amat mudah bagi mengenalpasti fasa berlainan bagi pengubahsuaian dan pembinaan.

Semasa pemerintahan ratu Elizabeth I, program permodenan dan pengukuhan kubu berskala besar dilakukan oleh Sir George Carey, sepupu Ratu dan Gabenor istana kota. Dengan ancaman penjajahan berterusan dari Sepanyol, Carey mendesak supaya pertahanan Carisbrooke dperkukuhkan dan dikembangkan, tetapi dia turut membina sebuah rumah agam sepanjang tepi barat laman hadapan, yang hanya batu asasnya terselamat.

Salah satu tempat menarik di istana kota ini adalah gereja kecil ("chapel") kurun ke-13 yang dibaikpulih. Ia dibina oleh Countes Isabella. Sungguhpun hampir binasa, keindahan dan kemewahan gereja kecil ini sebagaimana dilihat adalah berdasarkan reka bentuk asal Countes.

Semasa kurun ke-12, gereja kecil ini akhirnya dibaikpulihkan sempena memperingati Raja Charles I, yang dipenjara di Carisbrooke buat lebih satu tahun. Kemudian ia diputuskan bahawa gereja kecil itu patut dijadikan peringatan bagi kesemua penduduk pulau yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Istana kota Carisbrooke dibina padat dan memiliki bangunan yang luar biasa yang merentasi 1,200 tahun. Dari serpihan tembok Saxon, menjalar di bawah Menara Utama Norman, sehingga pengaruh Elizebert dan Jacobean kesemuanya meningkatkan daya penarik binaan kurun ke-13.

Manchester Raya

Manchester Raya merupakan kaunti metropolitan yang terletak di England Barat Laut, dengan populasi 2.6 juta orang. Ia telah dijadikan sebagai daerah metropolitan dalam tahun 1974 selepas kelulusan Akta Kerajaan Tempatan 1972. Daerah ini mengandungi sepuluh perbandaran metropolitan, termasuklah Bandaraya Manchester dan Bandaraya Salford.

Ratu Victoria

Alexandrina Victoria (24 Mei 1819 – 22 Januari 1901) ialah Ratu terakhir United Kingdom dari 20 Jun 1837, serta Maharani India pertama dari 1 Januari 1877 sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1901. Pemerintahan baginda yang berlangsung melebihi 63 tahun merupakan pemerintahan raja British yang paling lama sehingga dipecahkan oleh pemerintahan Ratu Elizabeth II pada tahun 2015.

Pemerintahan Victoria ditandai dengan perkembangan Empayar British yang begitu pesat disebabkan Zaman Victoria berlaku pada kemuncak Revolusi Perindustrian, satu tempoh perubahan sosial, ekonomi, dan teknologi yang penting di United Kingdom. Dalam tempoh itu, Empayar British mencapai zaman keagungannya dan menjadi kuasa sejagat yang amat mengagumkan.

Victoria, yang hampir berketurunan Jerman (kecuali Sophia dari Hanover, nenda moyang baginda yang merupakan cucunda perempuan James I sebelah ibu) merupakan raja terakhir Kerabat Hanover. Waris baginda, Raja Edward VII, berasal daripada Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha.

Sejarah England

England sudah dihuni manusia sejak lebih daripada 800,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alat batu api dan tapak kaki di Happisburgh, Norfolk. Bukti terawal kewujudan manusia moden awal di Utara Eropah Barat ialah satu tulang rahang yang ditemui di Kents Cavern, Devon pada 1927. Selepas dikaji semula pada 2011, tulang ini didapati berusia antara 41,000 dan 44,000 tahun. Tarikh penghunian manusia berterusan pada kira-kira 13,000 tahun yang lalu (lihat Creswellian), pada akhir tempoh glasier terakhir. Rantau ini mempunyai banyak tinggalan dari Zaman Mesolitik, Neolitik, dan Zaman Gangsa, seperti Stonehenge dan Avebury. Dalam Zaman Besi, England, seperti semua Britain selatan Firth of Forth, dihuni oleh orang Celt dikenali sebagai Briton, termasuk beberapa suku Belgae (contohnya Atrebates, Catuvellauni, Trinovantes, dll.) di tenggara. Pada 43 Masihi, Penaklukan Rom ke atas Britain bermula; Rom mengekalkan kuasanya ke atas wilayah Britannia sehingga awal abad ke-5.

Pengakhiran kerajaan Rom di Britain memudahkan penempatan Anglo-Saxon di Britain, yang sering dianggap oleh ahli sejarah sebagai asal-usul England dan orang Inggeris. Anglo-Saxon, sebuah kumpulan daripada pelbagai orang Germanik, menubuhkan beberapa kerajaan yang menjadi kuasa utama di negara yang masa kininya England dan bahagian selatan Scotland. Mereka memperkenalkan bahasa Inggeris kuno dan sebahagian besarnya menggantikan bahasa British sebelumnya. Anglo-Saxon berperang dengan negeri-negeri pengganti British di Wales, dan Hen Ogledd (Old North; bahagian yang bertutur Brythonic di utara England dan selatan Scotland), dan juga antara satu sama lain. Penjarahan Viking selepas itu berlaku lebih kurang pada 800M, dan orang Norsemen mula menetap di sebahagian besar apa yang kininya England. Dalam tempoh ini, beberapa orang raja-raja berusaha untuk menyatukan banyak kerajaan Anglo-Saxon, satu usaha yang membawa kepada kemunculan Kerajaan England menjelang abad ke-10.

Pada 1066, ekspedisi Norman menyerang dan menakluki England. Dinasti Norman yang diasaskan oleh William si Penakluk memerintah England selama lebih setengah abad sebelum tempoh krisis penggantian yang dikenali sebagai Anarchy (1135-1154). Berikutan Anarchy tersebut, England berada di bawah pemerintahan Kerabat Plantagenet, dinasti yang kemudiannya mewarisi tuntutan kepada Kerajaan Perancis; iaitu krisis pewarisan di Perancis yang membawa kepada Perang Seratus Tahun (1337–1453), sebuah siri konflik yang melibatkan rakyat kedua-dua negara itu.

Berikutan Perang Seratus Tahun, England sendiri terbabit dalam peperangan pewarisan takhta; Perang Bunga Ros menyaksikan pertembungan dua buah cabang Kerabat Plantagenet terhadap satu sama lain, Kerabat York dan Kerabat Lancaster. Henry Tudor dari puak Lancastrian mengakhiri Perang Bunga Ros dan membentuk Dinasti Tudor pada 1485.

Di bawah Dinasti Tudor dan kemudian Dinasti Stuart, England menjadi sebuah kuasa penjajah dunia. Semasa pemerintahan Dinasti Stuart, England berperang dalam Perang Saudara Inggeris, yang mengakibatkan hukuman mati ke atas Raja Charles I (1649) dan penubuhan satu siri kerajaan republik, pertamanya ialah republik Parlimen yang dikenali sebagai Komanwel England (1649-1653), kemudian pemerintahan diktator tentera di bawah Oliver Cromwell yang dikenali sebagai Naungan (1653-1659). Dinasti Stuart kemudian dikembalikan ke takhta pada 1660, walaupun terdapat persoalan yang berterusan terhadap agama dan kuasa mereka menyebabkan deposisi raja Stuart yang lain, iaitu James II, dalam Revolusi Gemilang (1688). England, yang telah menakluki Wales dalam abad ke-13, bersatu dengan Scotland pada 1707 untuk membentuk sebuah negara berdaulat baru yang dikenali sebagai Great Britain. Apabila berlakunya Revolusi Perindustrian, England memerintah Empayar seluruh dunia, empayar yang terbesar direkodkan dalam sejarah. Berikutan proses penyahjajahan pada abad ke-20, terutamanya disebabkan oleh kelemahan kuasa Great Britain dalam dua Perang Dunia, hampir semua wilayah empayar di luar negara menjadi negara merdeka. Walau bagaimanapun, setakat 2015 kesan budaya masih berleluasa dan mendalam di kebanyakan negara bekas jajahan.

Senarai nahas dan kejadian pesawat komersil

Rencana ini merupakan senarai nahas pesawat komersil yang dikumpulkan mengikut tahun kemalangan berlaku.

Somerset

Somerset merupakan sebuah kaunti di England yang mempunyai luas wilayah 4,171 km² dan penduduk 884,400 orang (2005). Dengan kepadatan penduduk 212 orang/km². Ibu kotanya ialah Taunton.

Suffolk

Suffolk merupakan kaunti bukan metropolitan yang bersejarah di Anglia Timur, England. Ia bersempadan dengan kaunti Norfolk di utara, Cambridgeshire di barat dan Essex di selatan. Laut Utara pula berada di timur kaunti ini. Ibu kotanya ialah Ipswich serta bandar penting yang lain ialah Lowestoft, Bury St Edmunds dan Felixstowe, salah satu pelabuhan kontena terbesar di Eropah. Suffolk adalah salah satu kaunti di England yang tidak mempunyai bandar raya.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.