Presiden Peru

Ditubuhkan dalam Perlembagaan 1993, Presiden Peru, secara rasmi Presiden Republik (Presidente de la República), adalah ketua negeri Peru dan mewakili republik itu dalam hal-hal antarabangsa rasmi. Tempoh seseorang menjawat jawatan presiden adalah selama lima tahun. Peru tidak membenarkan presiden semasa untuk menggantikan dirinya sendiri selepas tempoh, jadi seseorang presiden itu akan dihalang daripada pemilihan. Namun bekas presiden boleh bertanding sekali lagi dalam pilihan raya presiden berikutnya.

Presiden
Republik Peru
Presidential Standard of Peru
Panji Presiden
Pedro Pablo Kuczynski 2016 (cropped)
Penyandang
Pedro Pablo Kuczynski

sejak 28 Julai 2016
KediamanIstana Kerajaan
TempohLima tahun
Pemegang sulungJosé de San Martín
Pembentukan28 Julai 1821
Laman webwww.presidencia.gob.pe

Pautan luar

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

11 Rabiulakhir

11 Rabiulakhir merupakan hari ke seratus satu dalam kalendar Hijriah.

1430H

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1430H. Untuk tahun 1430, lihat 1430. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1430 (nombor).

2000

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2000. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2000 (nombor).

2000 yang bermula pada hari Sabtu merupakan tahun lompat serta tahun terakhir dalam abad ke-20 bagi takwim Gregorius. Ia berlangsung dari 24 Ramadan 1420 hingga 4 Syawal 1421.

Dalam Takwim Cina, tahun ini ialah Tahun Naga dan dalam takwim astrologi barat, tahun ini tahun Leo, si Singa. Kebudayaan popular menganggap tahun ini sebagai tahun pertama abad ke-21 serta Milenium ke-3. Bagaimanapun dalam takwim Gregorius, penghormatan ini jatuh pada tahun 2001. Ini adalah kerana abad ke-1 bermula dengan tahun 1 (tiadanya tahun sifar), dan abad ke-1 (atau seratus tahun pertama Masihi) adalah dari 1 Januari 1 Masihi hingga 31 Disember 100 Masihi. Banyak orang tahu akan fakta ini tetapi masih memilih untuk merayakan tahun 2000 sebagai permulaan alaf hanya kerana ia kelihatan 'betul'. Pemilihan 1 Masihi kemungkinannya tujuh tahun lebih lewat daripada kelahiran tokoh Yesus Kristus, dan 1 Januari ialah pilihan yang dicatat secara bersejarahnya bagi Tahun Baru. Y2K berlalu tanpa sebarang masalah komputer yang teruk.

Tahun 2000 juga menandakan:

Tahun Antarabangsa untuk Budaya Keamanan.

Tahun Dunia Matematik.

2007

2007 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory. iA berlangsung dari 11 Zulhijah 1427 hingga 21 Zulhijah 1429. Tahun ini diisytiharkan sebagai:

Tahun Kutub Antarabangsa

Tahun Heliofizikal Antarabangsa

Tahun Ikan Lumba-lumba

28 Julai

28 Julai merupakan hari ke-209 (hari ke-210 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 156 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Hepatitis Sedunia;

Hari Kemerdekaan di Peru (1821).

29 Julai

29 Julai merupakan hari ke-210 (hari ke-211 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 155 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Ólavsøka di Kepulauan Faroe;

Hari Lagu Kebangsaan di Romania.

7 April

7 April merupakan hari ke-97 (hari ke-98 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 268 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan Hari Kesihatan Sedunia.

Alan García

Alan Gabriel Ludwig García Pérez(lahir 23 Mei 1949 - 17 April 2019) adalah bekas Presiden Peru , setelah memenangi Pilihan raya Peru 2006 pada 4 Jun 2006 menentang seterunya calon Ollanta Humala Beliau adalah pemimpin Barisan Popular Revolusi Amerika (APRA) . Beliau menjadi Presiden penggal pertama dari tahun 1985-1990 tetapi Peru dilanda krisis ekonomi yang teruk, pergolakan sosial dan keganasan. Kemudian tewas kepada Alejandro Toledo .

Alberto Fujimori

Alberto Ken'ya Fujimori (nama Jepun: Ken'ya Fujimori (藤森 謙也, Fujimori Ken'ya)) (lahir di Lima, Peru pada 28 Julai 1938) adalah seorang ahli politik Peru berketurunan Jepun. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru dari 28 Julai 1990 hingga 17 November 2000. Beliau menjadi tokoh kontroversi dan mengamalkan sistem autokratik. Fujimori telah menstabilan ekonomi makro dan menstabilkan keadaan politik Peru dari ancaman komunis dan pengganas. Beliau dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan hak-hak asasi manusia sepanjang menjadi presiden.Lewat 2000 beliau menghadapi tuduhan skandal rasuah lalu melarikan diri ke Jepun dan meletakkan jawatan sebagai presiden Peru. Perletakan jawatannya dari Jepun melalui faks ditolak oleh Kongres Republik Peru. Kemudian Fujimori ditahan semasa lawatan ke Chile pada November 2005. Dia akhirnya diekstradisi ke Peru untuk menghadapi pertuduhan jenayah pada September 2007.

Pada 11 Disember 2007 dalam perbicaraan yang lain dari tuduhan melanggar hak asasi manusia, Fujimori disabitkan dalam rampasan haram dokumen-dokumen dan pita-pita video dalam milik isteri ketua pengintipnya Vladimiro Montesinos. Dia telah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Rayuannya ditolak Mahkamah Agung.Pada April 2009 pula, dia disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi presiden, dan dihukum 25 tahun penjara. Dia bagaimanapun dijangka akan merayu.

Alejandro Toledo

'Manrique Alejandro Celestino Toledo (dilahirkan pada 28 Mac 1945) adalah seorang ahli politik dan bekas Presiden Peru dari 2001 hingga 2006 . Beliau telah dilantik pada April 2001, mengalahkan bekas Presiden Alan García . Toledo mengetuai pembangkang menentang Presiden Alberto Fujimori , yang memegang jawatan presiden 1990-2000.

Antonio José de Sucre

Antonio José de Sucre y Alcalá (3 Februari 1795 – 4 Jun 1830) merupakan seorang pemimpin kemerdekaan Amerika Selatan. Sucre adalah salah seorang rakan karib Simón Bolívar, jeneral dan negarawan.

April 2009

April 2009 ialah bulan keempat untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Rabu dan berakhir selepas 30 hari pada hari Khamis.

Gempa bumi Peru 2007

Gempa bumi di Peru 2007 terjadi pada hari Rabu, 15 Ogos 2007 pada kadar 8.00 skala Richter di Pisco, Ica, Chinca Alta di Wilayah Ica, San Vicente de San Cañete di Wilayah Lima , negara Peru. Negara ini terletak di benua Amerika Latin.

Gempa bumi ini adalah gempa bumi terkuat sejak 100 tahun lalu di Peru . Puluhan gempa bumi susulan masih berlaku di Peru.

Banyak bangunan ranap , dinding pecah dan tingkap rosak serta bumbung runtuh di beberapa buah bandar termasuk di Pucallpa, Iquitos, Contamana dan Trujillo . Sehingga 17 Ogos 2007, seramai 510 maut dan 1610 cedera apabila beberapa bahagian bangunan menimpa mereka dalam kejadian mengejut itu. 85,000 rumah ranap terutama di Pisco , 260 km dari ibu negara Lima, Peru. 80 % bangunan di Pisco musnah sama sekali.

Picso terkenal dengan pusat pengeluaran arak. Bekalan elektrik dan talian telefon terputus hingga seluruh penduduk tidak ketahuan, panik.

Pusat gempa bumi itu terletak di timur laut Chinca Altas, kira-kira 113 km , berlaku pada 19.02 waktu tempatan Peru.

Presiden Peru, Alan Garcia segera mengumumkan perintah darurat di kawasan tersebut bagi memudahkan misi menyelamat. Bendera Peru dikibarkan separuh tiang sebagai tanda simpati. Pada 19 Ogos 2007 Presiden Colombia, Alvaro Uribe melawat Ica yang berdekatan dengan Colombia , bagi meninjau keseriusan dan jenis bantuan dan dapat dihulurkan oleh negara Colombia, jiran terdekat Peru.

Gempa bumi pada 7.9 skala richter itu turut menyebabkan sebuah gereja runtuh di bandar Ica, selatan Lima, menyebabkan 17 orang yang berada di dalamnya terbunuh dan 70 cedera.

Menteri Kesihatan Peru, Carlos Vallejos menggesa rakyat Peru menderma darah dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera.

Javier Pérez de Cuéllar

Javier Michael Pérez de Cuéllar Mahan (lahir pada 19 Januari 1920 di Lima, Peru). Beliau seorang diplomat Peru dan bertugas sebagai Setiausaha Agung PBB ke-5 dari 1 Januari 1982 - 31 Disember 1991.

Pada 1995 beliau ditewaskan oleh Alberto Fujimori untuk jawatan Presiden Peru. Beliau adalah Menteri Luar Peru dari November 2000 hingga Julai 2001 dan ketika itu Alberto Fujimori bersara kerana terlibat dalam rasuah.Pada September 2004, beliau bertugas sebagai duta ke Perancis dan berhenti.

Sejak kematian Kurt Waldheim pada Jun 2007, beliau adalah bekas Setiausaha Agung PBB paling kanan. Beliau belajar di Colegio San Agustín , Lima, Peru dan belajar undang-undang di Pontificia Universidad Católica del Perú.

Juan Velasco Alvarado

Juan Velasco Alvarado (16 Jun 1910 sehingga 24 Disember 1977) merupakan seorang Presiden Peru pada tahun 1968 sehingga 1975.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Martín Vizcarra

Martín Alberto Vizcarra Cornejo (Sebutan Sepanyol: [maɾˈtin alˈβeɾto βisˈkara koɾˈnexo]; lahir pada 22 Mac 1963) adalah seorang jurutera dan ahli politik Peru yang kini merupakan Presiden Peru. Vizcarra dahulunya berkhidmat sebagai Gabenor Wilayah Moquegua (2011–2014), Menteri Pengangkutan dan Komunikasi di Peru (2016–2017), dan Duta Peru ke Kanada (2017–2018), kedua-duanya semasa kepresidenan Pedro Pablo Kuczynski.

Semasa pilihanraya umum tahun 2016, Vizcarra bertanding atas tiket Peruvians for Change sebagai calon untuk Timbalan Presiden Pertama dan sekutu kepada Pedro Pablo Kuczynski. Mereka berjaya menang tipis ke atas pencalonan Keiko Fujimori dari Popular Force.

Vizcarra telah mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden pada 23 Mac 2018 berikutan perletakan jawatan Presiden Kuczynski. Menuntut pembaharuan menentang rasuah, Vizcarra membubarkan Kongres Peru pada 30 September 2019 dan pada hari berikutnya, telah mengeluarkan satu dekri untuk satu pilihanraya perundangan akan diadakan pada 26 Januari 2020.

Ollanta Humala

Ollanta Moises Humala Tasso (lahir 26 Jun, 1962) adalah ahli politik Peru dan Presiden Peru . Sebelum ini Humala berkhidmat sebagai pegawai tentera Peru , kalah dalam Pilihan raya Presiden 2006 tetapi menang dalam Pilihan raya Presiden 2011. Seterusnya beliau dipilih sebagai Presiden Peru pada pusingan kedua, menewaskan Keiko Fujimori .

Anak kepada Isaac Humala , seorang peguam buruh, Humala memasuki Tentera Peru pada tahun 1982. Dalam tentera, pangkat terakhirnya ialah Leftenan Kolonel (1992). Beliau pernah berjuang menentang pemberontak Shining Path dan dalam Perang Cenepa terhadap Ecuador. Pada Oktober 2000, Humala mengetuai pemberontakan 30 pegawai tentera selatan Tacna terhadap Presiden Alberto Fujimori ; tetapi kemudian diampunkan oleh Kongres Peru , selepas kejatuhan rejim Fujimori .

Pada tahun 2005, beliau mengasaskan Parti Kebangsaan Peru dan bertanding dalam Pilihan raya Presiden 2006 . Pada 2006, Humala kalah dengan 47,47% Alan García yang mendapat 52,62% undi.

.

.

Peru

Republik Peru (Bahasa Sepanyol: Perú; Quechua, Aymara: Piruw) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi, dan dikenali sebagai tempat lahir Empayar Inca yang beribu kota di Macchu Piccu.

Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.

Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.

Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.

Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.

Simón Bolívar

Simón José Antonio de la Santísima Trinidad Bolívar y Palacios (lahir 24 Julai 1783 di Caracas, Venezuela; mati 17 Disember 1830, di Santa Marta, Colombia) ialah seorang pemimpin beberapa gerakan kemerdekaan di seluruh Amerika Selatan. Gerakan ini dikenali sebagai Perang Bolívar.

Dikreditkan sebagai ketua gerakan kemerdekaan ini di negara-negara seperti Venezuela, Colombia, Ecuador, Peru, Panama, dan Bolivia, dia digelar wira di negara-negara ini.

Pada tahun 1802, dia mengahwini María Teresa Rodríguez del Toro y Alaysa. Isterinya meninggal dunia akibat penyakit demam kuning setahun kemudian. Bolivar tidak berkahwin lagi selepas itu.

Bolívar dikenali sebagai "El Libertador", Si Pembebas

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.