Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Sejarah politik

Genesis Biologi Politik

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi bandar

V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

  1. Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy))
  2. Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
  3. Percukaian
  4. Penulisan

Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat - bandar.

Sementara perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Penulisan Politik

Strategi dan Falsafah

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik".

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

"Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat - dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan - biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "ethik dilakukan dihadapan umum", di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.


Selain kerajaan, wartawan, kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan "The Communist Manifesto" pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin perubahan sebagaimana yang lain.

Sains Politik

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Sistem politik dan ideologi-ideologi

Anarkisme -- Anarko-kapitalisme -- Anarko-komunisme -- Aristokrasi -- Anti-komunisme -- Autoritarianisme -- Centrisme Radikal -- Definasi Klasik republik -- Demokrasi -- Fasisme -- Federalisme -- Hijau -- Islam -- Kapitalisme -- Komunisme -- Konservatisme -- Korporatokrasi -- Leftisme -- Liberalisme -- Liberalisme Klasik -- Libertarianisme -- Libertarian sosialisme -- Marxisme -- Meritokrasi -- Minarchisme -- Monarki -- Nasionalisme -- Nasional Sosialisme -- Oligarki -- Post-komunisme -- Rasisme --Republikanisme -- Sekularisme -- Sosialisme -- Sosialisme Demokratik --Stalinisme -- Totalitarianisme -- Teokrasi

Entiti politik

Bandar -- City-state -- Konfederasi -- Negara -- Empayar -- Persekutuan -- Kerajaan -- Nation state -- negara polis -- Prefecture -- Principality -- Provinsi -- Republik -- Negeri -- World Government

Falsafah politik

The justification of the state -- Social contract theories -- Raw is moral philosophy -- Consequentialist justifications of the state -- The purpose of government -- Political virtues -- Non-violent resistance--The Kyklos

Ahli teori politik awal

Plato -- Aristotle -- Thucydides -- Cicero -- Saint Augustine -- Thomas Aquinas

Ahli teori politik moden

Nicolo Machiavelli -- John Calvin -- Martin Luther -- Baruch Spinoza -- Jean Bodin -- Thomas Hobbes -- John Locke -- David Hume -- Adam Smith -- Jeremy Bentham -- the Federalist Papers -- Jean-Jacques Rousseau -- Immanuel Kant -- G.W.F. Hegel -- Johann Gottfried von Herder -- Alexis deTocqueville -- John Stuart Mill -- Karl Marx -- Friedrich Engels -- Max Weber -- Lenin

Ahli teori politik kini

David Friedman -- Noam Chomsky -- John Rawls -- Jan Narveson -- David Gauthier -- Amartya Sen -- Jürgen Habermas -- James M. Buchanan -- Bernard Crick -- Michel Foucault -- Jane Jacobs -- Carol Moore -- Antonio Negri -- Robert Nozick -- Hannah Arendt -- Mohandas Gandhi

Lain-lain

Organisasi antarabangsa -- Corporate police state -- Crony capitalism -- Kesatuan Eropah -- Pembahagian kuasa -- Polis -- Propaganda -- Politik di Amerika Syarikat -- Political spectrum -- Parti politik-- Ekonomi politik -- Political parties of the world -- E-democracy -- Keganasan -- Political Compass -- Divide and conquer -- Political sociology -- Political education -- Civic education -- List of years in politics

Rujukan

  1. Hesoid, Loeb Classical Library, pg 581

Lihat juga

  • For politics of a particular country, visit List of politics by country articles
  • apolitical

Pautan luar

Ahli politik

NICKI MINAJ

Beberapa pegawai-pegawai yang kebiasaannya untuk ahli-ahli politik termasuklah: -

Anggota kongres

Canselor

Gabenor

Datuk bandar

Ahli parlimen/wakil rakyat

Menteri

Presiden

Perdana Menteri

SenatorSeorang lelaki atau perempuan yang bertanding dalam pilihan raya untuk jawatan di atas juga dikenali sebagai ahli politik. Perkataan "kerjaya politik" kadangkala digunakan untuk membezakan ahli politik yang mempertahankan jawatan tersebut daripada seseorang calon.

Azerbaijan

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Bebas (ahli politik)

Dalam politik, calon Bebas adalah seseorang yang bukan ahli mana-mana parti politik. Calon bebas boleh mempunyai pendapat sentrisme kepada apa yang mereka mahu lakukan apabila mereka dipilih, atau mereka mungkin mempunyai pandangan yang ekstrem yang sangat berbeza daripada apa yang pihak lain ada. Terdapat juga beberapa ahli politik yang memilih untuk bertanding pada pilihan raya oleh diri mereka sendiri sebagai calon bebas walaupun mereka pernah menjadi ahli parti politik, kerana mereka tidak mahu mengikut ideologi politik parti mereka. Beberapa calon Bebas mungkin mewujudkan parti politik mereka sendiri hanya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Bhinneka Tunggal Ika

Bhinneka Tunggal Ika ialah moto atau slogan negara Indonesia. Frasa ini bermaksud 'Berbeda-beda tapi Tetap Satu juga' . Bhinneka bermaksud 'beraneka'. Tunggal bermaksud 'satu'. Ika bermaksud 'itu'.

Moto ini mula diperkenalkan semasa Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas berjuang melalui 'buluh runcing' daripada Belanda dan Jepun. Sultan Abdul Hamid II dari Pontianak, Kalimantan memperkenalkannya dan disokong oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno.

Moto ini dicatat pada logo Garuda Pancasila iaitu logo negara Indonesia. Istilah ini digunakan kerana mahu menunjukkan kelainan dan bangsa Indonesia yang rencam dan ratusan pulau tetapi dapat disatukan melalui satu negara yang unik, Indonesia.

Bukit Selambau

Bukit Selambau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Merbok. Bukit Selambau jugak terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani dan terletak dalam daerah Kuala Muda.

Ekonomi di Bukit Selambau adalah berasaskan perladangan dan pertanian.

China

Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai Pulau Taiwan. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana Republik Rakyat China. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana Republik China di Taiwan.

China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. Sejarah China seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan pertukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.

Jerai

Jerai merupakan sebuah pekan yang terletak di Kedah, Malaysia. Terdapat sebuah gunung iaitu Gunung Jerai yang terletak di sini.

Jusuf Kalla

Muhammad Jusuf Kalla (lahir 15 Mei 1942) adalah seorang ahli politik Indonesia yang merupakan Naib Presiden Indonesia ke-10 (2004-2009) dan Pengerusi Parti Golkar dalam tempoh yang sama. Dia tidak berjaya sebagai calon presiden Golkar dalam pilihan raya presiden Indonesia 2009. Sejak 2009 Kalla berkhidmat sebagai Pengerusi Palang Merah Indonesia.

Komunisme

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Mahathir bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, IPA: [maˈhaðɪr bɪn moˈhamad]; dilahirkan pada 10 Julai 1925) atau juga dikenali sebagai "Tun. M" ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan juga sebagai Ahli Parlimen Langkawi di Kedah. Beliau juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Semasa pentadbirannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bilamana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir yang beliau nyatakan kecaman dan pujian ialah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada Sistem Ekonomi Persendirian dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang kerjaya politiknya) terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari daripada tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia. Beliau juga berkhidmat sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari tahun 2004 hingga 2016.

Mahathir kekal sebagai tokoh politik aktif selepas bersara. Beliau menjadi pengkritik tinggi terhadap penggantinya yang dipilih Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006 dan kemudiannya, Najib Razak pada 2015. Anaknya Mukhriz Mahathir adalah Menteri Besar Kedah sehingga awal 2016. Pada 29 Februari 2016, Mahathir keluar dari UMNO memandangkan sokongan UMNO terhadap tindakan Perdana Menteri Najib Razak. Antara sebab lain ialah isu RM2.6bil dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru Mahathir Mohamad, menjadikannya parti politik rasmi. Mahathir menjadi pengerusi parti itu. Pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya. Pada usia 94, beliau kini merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan ketua negara atau kerajaan tertua di dunia.

Panchayat

Panchayat raj adalah sistem politik di Asia Selatan terutama di India , Pakistan , dan Nepal . "Panchayat" secara harfiah bermaksud lima prinsip dan dipatuhi oleh masyarakat desa, Majlis ini akan menyelesaikan perselisihan antara individu dan kampung. Kerajaan India moden telah desentralisasi fungsi pentadbiran ke tahap kampung . Pemimpin dipilih melalui panchayat gram. Ia berbeza dengan panchayat khap (kasta panchayat).

Sistem panchayat adalah sistem asas dalam pentadbiran. Ia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat kampung, blok dan daerah. Panchayat raj diperkenalkan semasa zaman British menjajah negara India, Raj bermaksud kerajaan atau pemerintah. Mahatma Gandhi menganjurkan panchayat raj di mana setiap desa bertanggungjawab untuk urusan sendiri, sebagai landasan sistem politik India. Matlamatnya ialah kerajaan desa sendiri.

Sistem ini diperluaskan ke Andhra Pradesh , Maharashtra , Himachal Pradesh , Maharashtra , Madhya Pradesh , Orissa dan Rajasthan mulai 24 Disember 1996. Kemudian diperluaskan ke semua negeri kecuali di Nagaland , Meghalaya dan Mizoram. Delhi tidak melaksanakan panchayat.

Penyandang

Penyandang merupakan kata nama yang diwujudkan daripada kata asas sandang untuk membawa maksud seseorang yang memegang sesuatu jawatan pada suatu ketika. Dalam erti kata lain ialah penjawat.

Politik Islam

Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.

Raja berperlembagaan

Raja berperlembagaan (Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Senarai Presiden Indonesia

Presiden Indonesia ialah jawatan politik tertinggi di Indonesia. Setakat ini sudah seramai enam orang yang menjadi Presiden Indonesia. Presiden terkini Indonesia ialah Joko Widodo.

Senarai negara berdaulat

Senarai negara di dunia yang berikut, yang disusun berdasarkan abjad, merupakan suatu gambaran negara-negara yang terdapat di dunia. Senarai ini merangkumi negara yang merupakan negara berdaulat dan negara dengan pengiktirafan antarabangsa terbatas. Entiti yang merupakan sebahagian penting suatu negara, entiti khusus yang diakui melalui persetujuan atau perjanjian antarabangsa, wilayah kebergantungan, dan negara mikro tidak termasuk ke dalam senarai tersebut.

Nama-nama negara dalam senarai ini dinyatakan dalam bahasa Melayu.

Sistem berparlimen

Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan. Dalam sistem sebegini, ketua kerajaan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.

Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan resam sekatan dan imbangan yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua kerajaan dan ketua negara, iaitu ketua kerajaan sebagai perdana menteri, dan ketua negara pula sebagai boneka, tidak kira presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (raja berperlembagaan).

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Setakat ini (berkuatkuasa 21 Mei 2018), bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah seramai 12 orang. Penyandang terkini ialah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah Wan Ismail

Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Datin Seri DiRaja) Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail (Jawi: وان عزيزه بنت وان اسماعيل; lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan juga Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan juga Ahli Parlimen Pandan sejak 12 Mei 2018, selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan nombor 2 di Malaysia.

Wan Azizah sebelum ini juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan pulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.