Pisau Cukur

Pisau Cukur ialah sebuah filem komedi misteri Malaysia yang ditayangkan kepada umum mulai 5 November 2009. Filem terbitan Redfilms ini dibintangi oleh Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz dan Eizlan Yusof di bawah arahan Bernard Chauly. Ini merupakan kali ketiga Bernard mengarahkan filem cetera untuk tayangan pawagam selepas Gol & Gincu dan Goodbye Boys.

Tajuk filem ini berasal dari simpulan bahasa "pisau cukur" yang bermaksud perempuan yang menghabiskan wang atau harta teman lelakinya dengan sewenang-wenangnya.

Pisau Cukur
Pisau Cukur poster
Kad lobi
PengarahBernard Chauly
PenerbitLina Tan
PenulisRafidah Abdullah
Dibintangi olehFazura
Maya Karin
Aaron Aziz
Eizlan Yusof [1]
SinematografiHaris Hue
Disunting olehSoo Chen
Syarikat
penerbitan
PengedarGrand Brilliance
Mula ditayangkan
5 November 2009
Tempoh tayangan
104 minit[2]
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.40 juta
Pecah panggungRM 2.32 juta[3]

Sinopsis

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi!

Pelakon

Watak utama

Intan (Nur Fazura Sharifuddin)

Intan merupakan seorang penyampai dan personaliti TV yang mengacarakan sebuah rancangan popular bertajuk "Jejak Jenayah". Sebenarnya Intan memang bercita-cita untuk menjadi penyampai TV sejak kecil lagi selepas melihat ramai pengacara wanita TV3 akhirnya berkahwin dengan orang yang kaya dan ternama. Kini, Intan juga telah berjaya mendapatkan calon suami yang berpangkat iaitu Datuk Salleh, seorang ahli politik yang sudah pun berkeluarga. Datuk Salleh memanjakan Intan dengan hadiah-hadiah mewah seperti kereta, pakaian dan aksesori berjenama, serta percutian-percutian ke luar negara. Lalu, Intan pun sudah biasa dengan hidup senang. Bila Datuk Salleh tidak dapat pergi bercuti dengannya di atas kapal persiaran, Intan merajuk dan memutuskan untuk pergi sendiri bersama rakan serumahnya, Bella. Setibanya di atas kapal, Intan cuba mencari calon suami yang kaya untuk Bella. Mereka terserempak dengan Ari, seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh isteri Datuk Salleh untuk mengekori Intan. Intan yang memang tidak puas hati dengan Ari mula memerhatikan gerak-gerinya untuk memastikan mengapa sebenarnya Ari berada di situ. Bila salah seorang penumpang kapal dijumpai terbunuh, Intan dan Ari sama-sama menyiasat kes tersebut dan mendapati mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain… Walaupun pada luarannya Intan kelihatan seperti seorang yang pentingkan diri sendiri semata-mata, pada hakikatnya dia seorang kawan yang amat setia. Dia juga panjang akal dan penuh dengan sifat ingin tahu. Sikapnya yang nakal, periang dan berani memberikannya daya penarik yang cukup hebat.[4]

Bella (Maya Karin)

Bella datang dari keluarga susah dan telah dijaga oleh neneknya selepas kematian ibu bapanya pada usia yang muda. Nenek Bella selalu memberitahunya yang arwah ibu Bella telah mensia-siakan hidup dengan mengahwini seorang pelaut miskin yang akhirnya pergi tanpa meninggalkan sesen pun. Oleh sebab itu, dari kecil lagi Bella mengidamkan suami yang kaya sebagai jalan keluar dari kemiskinan. Bella tidak ingin anak-anaknya kelak menjalani hidup susah seperti dirinya sendiri. Lantas dia berusaha membentuk dirinya menjadi calon isteri yang sempurna untuk lelaki yang kaya dan berpangkat. Selepas meninggalkan sekolah, dia memulakan kerjaya sebagai pramugari dan telah cuba mencari calon suami dari kalangan penumpang yang kaya. Namun selepas bertahun-tahun, dia masih tidak berjaya, lantas dia memutuskan untuk berhenti kerja demi menyertai rancangan realiti "Siapa Nak Kahwin Jutawan?". Nasib Bella begitu malang ; di pengakhiran rancangan tersebut, si jutawan telah memutuskan untuk berkahwin dengan peserta yang lain. Bella kini tanpa pekerjaan, tanpa calon suami dan dengan reputasi sebagai gadis mata duitan. Untuk menghiburkan hatinya, rakan serumahnya Intan telah membawanya bercuti di atas kapal persiaran. Memandangkan ramai orang kaya turut belayar bersama mereka, inilah peluang Bella untuk mencari calon suami baru. Calon tersebut muncul bila Bella bertemu dengan Datuk Hisham. Namun begitu, Bella segera mendapati yang hubungan baru ini bukan semudah yang disangka. Bella sebenarnya tidak mempunyai naluri seorang pisau cukur, namun dia berpendapat apalah susahnya berkahwin dengan seseorang lelaki semata-mata untuk duit. Perwatakannya yang manis, anggun dan lemah-lembut menjadikannya seorang yang cukup menawan di mata lelaki.[4]

Ari (Aaron Aziz)

Ari merupakan seorang penyiasat persendirian dengan agensi penyiasatannya sendiri. Dia pernah bertembung dengan Intan bila diupah oleh seorang Datin yang curiga tentang hubungan Intan dengan suaminya. Ari merupakan anak tunggal dan telah dibesarkan oleh ibunya sendirian setelah ayahnya meninggal ketika dia masih kecil. Kenangan suami tersayang begitu kuat di hati ibu Ari, lantas dia tidak berkahwin lagi sehinggalah Ari menjangkau usia tiga puluhan. Ari begitu menyanjungi kesetiaan ibunya terhadap arwah ayahnya, lalu dia berazam tidak akan berkahwin selagi tidak bertemu cinta yang sebegitu hebat. Tugas Ari yang selalu memerlukannya menyiasat kecurangan suami isteri menjadikannya seorang yang sinis terhadap cinta. Dia lebih-lebih lagi tidak mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang seperti Intan yang dirasakan mempergunakan cinta demi mencapai hidup senang. Namun begitu, sedikit demi sedikit Intan berjaya juga meretakkan dinding yang menutup hati Ari.[4]

Datuk Hisham (Eizlan Yusof)

Datuk Hisham merupakan seorang tokoh korporat yang tersohor. Dalam mengendalikan urusan syarikat-syarikat milik keluarganya, Datuk Hisham telah mencipta nama yang disegani. Dengan latar belakangnya dari keluarga kelas atasan, ditambah pula dengan perwatakannya yang terkenal budiman, serta raut wajahnya yang kacak, Datuk Hisham semestinya jatuh ke dalam kategori calon suami yang amat diingini. Setelah kematian isterinya yang tersayang, Datuk Hisham belum lagi menjumpai wanita yang boleh mengisi kekosongan di hatinya. Bukan sebab dia tidak ingin mencari, tetapi situasinya dirumitkan oleh keluarganya yang agak cerewet. Sebagai anak lelaki tunggal, tentu saja keluarganya inginkan hanya yang terbaik untuknya. Arwah isterinya merupakan menantu yang amat disayangi, lalu kini setiap wanita yang muncul di dalam hidup Datuk Hisham pasti diteliti dan dibandingkan oleh keluarganya. Datuk Hisham sendiri sebenarnya seorang yang telus dan serba ringkas, tidak sukakan komplikasi. Bila bertemu dengan Bella, dia serta-merta tertarik.[4]

Faqir (Redza Minhat)

Faqir merupakan salah seorang penumpang kapal percutian yang dinaiki oleh Intan dan Bella. Dengan tidak disangka-sangka, dia terserempak dengan Bella yang telah diminatinya sejak menonton "Siapa Nak Kahwin Jutawan?". Walaupun Bella langsung tidak berminat dengannya, Faqir cuba sedaya-upaya untuk mendekati Bella dan akhirnya mereka menjadi kawan. Faqir adalah seseorang yang amat berterus-terang, tidak takut untuk meluahkan fikirannya. Sebab itulah, walaupun rasa tertarik dia tetap tidak dapat mengelak dari bergaduh dengan Bella. Faqir langsung tidak bersetuju dengan pendirian Bella tentang cinta dan wang, namun mula mengambil berat tentang Bella.[4]

Watak pembantu

Datuk Zakaria (Datuk Rahim Razali)
Datin Wahidah (Khatijah Tan)
Naini (Umie Aida)
Sal (Sharifah Sofia)
Suri (Liyana Jasmay)
Johan (Nas T Muammar Zar)

Penampilan khas

Penerbitan

Penggambaran mengambil masa sebanyak 258 jam dalam 25 hari mulai 8 Oktober 2008, diikuti proses suntingan selama 11 minggu. Penggambaran bukan dilakukan di atas kapal sebenar, sebaliknya menggunakan lokasi-lokasi daratan terpilih sebagai bahagian kapal dan teknik CGI yang memakan masa tiga bulan untuk menghasilkan suasana atas kapal di lautan. Kolam renang kawasan perumahan Astaria Apartment di Ampang dijadikan latar dek kapal; babak tarian ballroom di Federal Hotel Kuala Lumpur; kawasan koridor dan bilik tidur kapal dirakam di dalam Le Paris Hotel & Costa Rica Apartments, Port Dickson; lobi hotel di Sheraton Subang Jaya; dan jeti labuhan kapal di Laguna Park, Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Penggambaran babak di luar kapal menggunakan litupan skrin biru dan hijau untuk menutup persekitaran asal serta membantu proses CGI. Premis Red Communications (syarikat induk Redfilms) turut dijadikan lokasi penggambaran, iaitu di bilik pejabat (pusat perniagaan dan perpustakaan) dan bilik bawah tanah (peti simpanan ais kapal).[5]

Keluaran dan sambutan

Hasil kutipan

Pada hujung minggu pertama tayangannya (5–8 November), kutipan Pisau Cukur dilaporkan mencecah paras RM 1 juta dari 43 pawagam,[6] sekaligus meletakkannya di tangga teratas carta kutipan filem pada tempoh tersebut.[7]

Ulasan

Shazryn Mohd. Faizal dalam akhbar Utusan Malaysia memuji kematangan karya Bernard Cahuly ini dengan mengulas "Pisau Cukur diolah dengan begitu baik dan ia menonjolkan permasalahan dan realiti hidup di kalangan wanita moden hari ini yang menjadi pisau cukur. Meskipun begitu, ia diceritakan dengan begitu kreatif lalu membuatkan kita berfikir bahawa wanita-wanita seperti ini bukannya jahat dan mereka sebenarnya ada matlamat hidup yang mahu dicapai."[8]

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Dicalonkan
Poster Terbaik Pisau Cukur Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Redza Minhat Dicalonkan
Filem Komedi Terbaik Pisau Cukur Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Pisau_Cukur_847
  2. ^ http://malaysia.movies.yahoo.com/Pisau+Cukur/movie/15368/
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2009
  4. ^ a b c d e Profil Watak-watak Pisau Cukur
  5. ^ Nota Produksi
  6. ^ "Pisau Cukur Dapat Lebih RM1 Juta". Berita Harian. 11 November 2009. Dicapai 11 November 2009.
  7. ^ Nur Safina Othman (11 November 2009). "Gold diggers strike gold". CinemaOnline. Dicapai 11 November 2009.
  8. ^ Shazryn Mohd. Faizal (5 November 2009). "Karya matang Bernard Chauly". Utusan Malaysia. Dicapai 11 November 2009.

Pautan luar

Aaron Aziz

Dato' Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP (lahir 23 Februari 1976) ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di televisyen di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di Singapura pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya beliau melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) berlangsung pada 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, mempertandingan 23 anugerah untuk mengiktiraf karya-karya terbaik hasil bidang penerbitan televisyen dan filem Malaysia, di samping satu Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad).

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Pemenang terbesar ASK 2010 ialah telefilem Antara Garisan yang merangkul empat anugerah dalam kategori Drama, termasuklah gelaran terulung Drama Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, dan Lakon TV Terbaik.

Bernard Chauly

Bernard Chauly (lahir 1973) merupakan seorang pengarah, penerbit filem dan penulis skrip Malaysia, berasal dari Taiping, Perak dan merupakan adik kepada Bernice Chauly, penulis dan pendidik terkenal. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1997, beliau terkenal dengan hasil kerjanya yang mendapat sambutan seperti Gol & Gincu (2005), Goodbye Boys (2006), Pisau Cukur (2009) dan Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014). Nur Fazura, Lisa Surihani, Nas-T, Maya Karin, Ashraf Sinclair, Razif Hashim, Sazzy Falak dan Beto Kusyairy antara pelakon-pelakon yang pernah bekerja di bawah arahan beliau.

Emosi pada haiwan

Templat:Etologi

Emosi pada haiwan ialah perasaan subjektif dan emosi yang dialami oleh vertebrat bukan manusia dan, lebih dikontroversikan, anggota lain alam haiwan. Emosi boleh diperihalkan sebagai pengalaman sedar subjektif yang terutamanya bercirikan ekspresi psikofisiologi, tindak balas biologi, dan keadaan mental.

Charles Darwin merupakan salah seorang ahli sains pertama untuk mengarang tentang kewujudan dan sifat emosi pada haiwan bukan manusia. Pendekatan pemerhatiannya, yang kadang-kadang merupakan pendekatan anekdot, telah berkembang menjadi pendekatan sains pacuan hipotesis yang lebih teguh. Hipotesis umum yang berkait untuk berhubung kait antara manusia dengan haiwan bukan manusia juga menyokong dakwaan bahawa haiwan bukan manusia boleh merasai emosi dan bahawa emosi manusia berubah ansur daripada mekanisme sama. Beberapa ujian, seperti ujian bias kognisi dan model-model ketidakupayaan terpelajar, telah dikembangkan. Bias-bias kognisi (perasaan optimisme atau pesimisme) telah ditunjukkan dalam julat spesies luas termasuk tikus, anjing, kucing, beruk resus, biri-biri, anak ayam, perling, babi dan lebah madu.Sesetengah ahli behaviorisme mendakwa model-model rangsangan–gerak balas menyediakan penjelasan cukup untuk tingkah laku haiwan yang telah diperihalkan beremosi, dan bahawa pempostulatan bahawa haiwan adalah sedar tidak diperlukan. Ahli behaviorisme lain selanjutnYa mempersoalkan sama ada haiwan merasai emosi pada dasar bahawa emosi adalah tidak sejagat sungguhpun sesama manudia, bahawa pentafsiran tingkah laku haiwan adalah antropomorfik, dan bahawa takrifan emosi kekurangan keteguhan.

Festival Filem Malaysia ke-23

Festival Filem Malaysia ke-23 berlangsung pada 20–24 Oktober 2010 (setelah ditunda dari 16–18 Julai), bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam. Dengan membawa tema "Filem Malaysia ke Persada Dunia" Festival pada kali ini didakan bagi mengiktiraf hasil kerja seni filem Malaysia.

Pesta filem ini merangkumi bengkel-bengkel dan seminar-seminar yang khusus untuk membincangkan dan mempertingkatkan sambutan filem tempatan, tayangan umum filem-filem yang tercalon di pawagam-pawagam terpilih pada 22 dan 23 Oktober, dan akhirnya malam penganugerahan pada 24 Oktober.

Penganugerahan Festival Filem Malaysia dikuasai oleh filem Magika buatan KRU Studios yang membolot 12 pencalonan, dan memenangi tujuh daripadanya, termasuk Filem Terbaik.

Gillette

Gillette merupakan jenama pisau cukur lelaki dan wanita dan produk penjagaan diri yang lain termasuk bekalan bercukur, yang dimiliki oleh syarikat multinasional Procter & Gamble (P&G).

Berasal dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, ia dimiliki oleh The Gillette Company, pembekal produk di bawah pelbagai jenama sehingga syarikat itu bergabung ke P&G pada tahun 2005. Syarikat Gillette diasaskan oleh King C. Gillette pada tahun 1901 sebagai pengeluar pisau cukur.Di bawah pimpinan Colman M. Mockler Jr. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari 1975-91, syarikat itu menjadi sasaran tiga percubaan pengambilalihan, dari Ronald Perelman dan Coniston Partners. Pada 1 Oktober 2005, Procter & Gamble memuktamadkan penggabungannya dengan Syarikat Gillette.

Aset Gillette Company dimasukkan ke unit P&G yang dikenali sebagai "Global Gillette". Pada bulan Julai 2007, Global Gillette telah dibubarkan dan dimasukkan ke dalam dua bahagian utama Procter & Gamble, Procter & Gamble Beauty dan Procter & Gamble Household Care. Jenama dan produk Gillette dibahagikan antara keduanya dengan sewajarnya. Pusat Gillette R & D di Boston, Massachusetts, dan Pusat Pembuatan Gillette South Boston (dikenali sebagai "Ibu Pejabat Mencukur Gillette World"), masih wujud sebagai lokasi kerja berfungsi di bawah nama jenama Gillette milik Procter & Gamble. Antara anak syarikat Gillette Braun dan Oral-B, antara lain, juga telah dikekalkan oleh P&G.

Lina Tan

Lina Tan Suan Jeu, juga dikenali sebagai Lina Tan (lahir 1967) merupakan seorang penerbit televisyen dan filem Malaysia dan merupakan pengasas Red Communications. Karyanya boleh dilihat di beberapa rangkaian televisyen seperti TV3 dan ntv7. Beliau telah bekerja di syarikat penerbitan di Malaysia dan Singapura, dan telah menerbitkan antara lain, Disney Channel dan AXN.

Liyana Jasmay

Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988) ialah seorang pelakon, penyanyi dan usahawan wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010). Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010) dan Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) dan terbaru, Bella & Jamie (2017). Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music.Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Selain itu, beliau turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen dengan menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen dan sebagai usahawanita dengan menubuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store pada 2015. Pada Mac 2017, Liyana meraikan 20 tahun kerjayanya sebagai pelakon.

Matahari Books

Matahari Books ialah sebuah syarikat penerbitan buku Malaysia yang ditubuhkan pada 2007 oleh Amir Muhammad. Ia mengkhususkan buku bukan cereka Malaysia dan juga buku lakonoayar. Ia menerbitkan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy daripada kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan yang tidak dikreditkan dalam Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamatisme (2014).Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Nur Fazura

Nur Fazura binti Sharifuddin (lahir 27 September 1983) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah yang "bergaya" dan "menawan". Sehingga 2017, Beliau telah berlakon sebanyak 16 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen. Beliau juga menjadi juri di rancangan televisyen komedi Maharaja Lawak Mega.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Fazura telah menjadi jurucakap bagi pelbagai produk seperti Pantene, Nutox dan Lux.Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau merakamkan single sulungnya, "Sayangi Dirimu" pada 14 Disember 2014, yang menjadi lagu tema rancangan dokumentari biografinya, Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E!. Fazura melancarkan album solo pertamanya pada 2 November 2017.

Penjagaan peribadi

Penjagaan peribadi ialah produk pengguna yang digunakan dalam kebersihan diri dan untuk kecantikan.

Pisau

Pisau ialah sejenis alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau telah digunakan sebagai alat dan senjata sejak Zaman Batu lagi.

Pisau terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau diperbuat daripada logam pipih yang tepinya dibuat tajam; tepi yang tajam ini disebut mata pisau. Pegangan pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.

Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bezanya adalah bahawa bilah pedang lebih panjang daripada bilah pisau.

Bila pisau terlalu kecil untuk memotong sesuatu, gergaji atau kapak mungkin diperlukan.

Redfilms

Red Films Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Redfilms) ialah syarikat penerbitan filem Malaysia. Syarikat ini bersaudara dengan Red Communications Sdn Bhd dan ditubuhkan pada 2004 oleh Lina Tan.

Redza Minhat

Redza Minhat (lahir 1 Oktober 1980) merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan Malaysia. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang. Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.

Société Bic

Société BIC SA, yang lazimnya dirujuk sebagai BIC dan digayakan sebagai BiC, ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Clichy, Perancis, yang paling terkenal dengan memghasilkan pen mata bola. Ia diasaskan pada tahun 1945 oleh Baron Marcel Bich dan terkenal kerana membuat produk pengguna pakai buang seperti pemetik api, pisau cukur, pensil mekanik, dan produk kertas cetakan.

Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.