Peregang Ular

Peregang Ular, Pembawa Ular, atau Ofiukus atau Ophiuchus (Oph) ialah sebuah buruj besar yang terletak di sekitar khatulistiwa samawi. Namanya dalam bahasa Latin adalah daripada Ὀφιοῦχος "pembawa ular" dalam bahasa Yunani, dan kerap diwakilkan sebagai seorang lelaki yang menggenggam ular yang diwakili oleh buruj Serpens (Ular). Ophiuchus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini dahulu dikenali sebagai Serpentarius dan Anguitenens.

Ophiuchus
Buruj
Ophiuchus
Nama LatinOphiuchus
SingkatanOph
GenitifOphiuchi
Sebutan/ofiukus/, genitif /ofiuki/
SimbolismePembawa Ular
Pencerapan
(Epok J2000)
17
Keserongan−8
SukuanSQ3
KeluargaHerkules
Keluasan948 darjah persegi (ke-11)
Bintang
Bintang utama10
Bintang Bayer/Flamsteed
62
Bintang dengan planet
15
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
11
Bintang paling terang
α Oph (Ras Alhague) (2.08m)
Bintang terhampirBintang Barnard
(5.98 tc, 1.83 pc)
Objek
Objek Messier7
Pancuran meteor
Pancuran Peregang Ular
Pancuran Peregang Ular Mei Utara
Pancuran Peregang Ular Mei Selatan
Pancuran Peregang Ular Teta
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +80° dan −80°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai.
sunting

Rujukan

  • Levy, David H. (2005). Deep Sky Objects. Prometheus Books. ISBN 1-59102-361-0.
  • Ian Ridpath and Wil Tirion (2007). Stars and Planets Guide, Collins, London. ISBN 978-0-00-725120-9. Akhbar Universiti Princeton, Princeton. ISBN 978-0-691-13556-4.
  • Klaudio Zic (2011). True Zodiac : True Ascendant, NOOK Book ISBN 1257550268.

Pautan luar

Kategori berkenaan Peregang Ular di Wikimedia Commons

Templat:Bintang dalam Ophiuchus


Koordinat: Peta langit 17h 00m 00s, +00° 00′ 00″

Helang (buruj)

Helang atau Aquila (Aql) ialah sebuah buruj di langit utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "helang" dan buruj ini mewakili burung yang membawa halilintar Zeus/Jupiter dalam mitologi Yunani-Rom.

Aquila terletak hanya sejauh beberapa darjah dari khatulistiwa samawi. Bintang alfa, Altair, ialah bucu bagi asterisme Segi Tiga Musim Panas. Buruj ini paling baik dilihat pada musim panas kerana Aquila terletak di sepanjang Bimasakti. Oleh sebab lokasi ini di sepanjang garisan galaksi kita, banyak gugusan dan nebula dijumpai di dalam lingkungan sempadannya, tetapi gelap dan ada beberapa buah galaksi.

Herkules (buruj)

Herkules atau Hercules (Her) ialah sebuah buruj yang dinamai sempena Herkules, wira mitologi Rom yang diadaptasi daripada wira mitologi Yunani, Herakles. Hercules merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden kini. Buruj ini ialah buruj moden kelima terbesar.

Kala (buruj)

Kala, Kala Jengking, Akrab (Bahasa Arab: العقرب‎ al-ʿAqrab), atau Skorpio atau Scorpius (Sco) ialah salah sebuah buruj zodiak. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud kala jengking, dan lambangnya ialah (Unicode ♏). Buruj ini terletak di antara Libra (Neraca) ke barat dan Sagittarius (Pemanah) ke timur. Buruj ini ialah sebuah buruj besar yang terletak di hemisfera selatan dekat dengan pusat Bimasakti.

Neraca (buruj)

Neraca, Timbangan, Penimbang, Dacing, Mizan (Bahasa Arab: الميزان‎ al-Mīzān), Tula (Bahasa Sanskrit: तुला Tulā), atau Libra (Lib) ialah sebuah buruj zodiak. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud penimbang, dan lambangnya ialah (Unicode ♎). Buruj ini adalah agak malap, tanpa bintang bermagnitud pertama, dan terletak di antara Virgo (Perawan) ke barat dengan Scorpius (Kala) ke timur.

Pemanah (buruj)

Pemanah, Danuh (Bahasa Sanskrit: धनु Dhanu), Kaus (Bahasa Arab: القوس‎ al-Qaws), atau Sagitarius atau Sagittarius (Sgr) ialah salah sebuah buruj zodiak. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud pemanah, dan lambangnya ialah (Unicode U+2650 ♐). Sagittarius kerap diwakilkan sebagai sentaur yang menarik busur. Buruj ini terletak di antara Scorpius (Kala) dan Ophiuchus (Peregang Ular) ke barat dengan Capricornus (Kambing Duyung) ke timur.

Senarai objek Messier

Objek Messier merupakan satu set 110 objek astronomi terkatalog oleh ahli falak Perancis Charles Messier dalam karya beliau "Catalogue des Nébuleuses et des Amas d'Étoiles" ("Katalog Nebula dan Gugusan Bintang"). Versi awal pertama muncul dalam Memoirs Akademi Sains Perancis pada tahun 1771

dan item terakhir telah ditambah pada tahun 1966 oleh Kenneth Glyn Jones, berdasarkan pemerhatian Messier.

Versi pertama katalog Messier mengandungi 45 objek dan diterbitkan pada tahun 1774 dalam jurnal Akademi Sains Perancis di Paris. Sebagai tambahan kepada penemuan beliau sendiri, versi ini mengandungi objek-objek yang diperhati sebelum ini oleh ahli falak yang lain, dengan hanya 17 daripada 45 objek milik Messier.

Menjelang tahun 1780, katalog ini telah meningkat kepada 80 objek dan versi terakhir katalog ini diterbitkan pada tahun 1781; dalam isu tahun 1784 Connaissance des Temps ia mengandungi 103 objek.

Walau bagaimanapun, penambahan Messier 102 dianggap salah sekian lama namun jumlahnya tetap 102. Para ahli falak yang lain, menggunakan nota tepi dalam teks Messier, eventually filled out the list up to 110 objek.Katalog ini mengandungi berbagai-bagai jenis objek astronomi, termasuk gugusan bintang, nebula dan galaksi. Messier 1 ialah remah supernova Nebula Ketam dan the great spiral Galaksi Puteri Teratai pilin besar ialah M 31. Pemasukan-pemasukan yang lain berikutan pada abad seterusnya apabila penambahan pertama datang daripada Nicolas Camille Flammarion pada tahun 1921, yang menambah Messier 104 setelah menjumpai nota tepi Messier dalam contoh edisi 1781 katalog beliau. M105 hingga M107 ditambah oleh Helen Sawyer Hogg pada tahun 1947, M108 dan M109 oleh Owen Gingerich pada tahun 1960 dan M110 oleh Kenneth Glyn Jones pada tahun 1967.Disebabkan Messier hanya minat dalam mencari komet, beliau mencipta senarai objek bukan komet yang mematahkan pemburuan beliau untuknya. Penyusunan senarai ini, dengan kerjasama pembantu beliau Pierre Méchain, dikenali sebagai katalog Messier. Katalog objek ini merupakan salah satu daripada senarai terkenal bagi objek astronomi dan banyak objek Messier masih dirujuk mengikut nombor Messier.

Ular (buruj)

Ular, Ular Besar, atau Serpens (Ser) ialah sebuah buruj hemisfera utara. Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, buruj ini kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Buruj ini adalah unik daripada buruj-buruj moden lain kerana terbahagi kepada dua bahagian tidak berdampingan, Serpens Caput atau Kepala Ular ke barat dan Serpens Cauda atau Ekor Ular ke timur. Di antara kedua-dua bahagian ini terletaklah buruj Ophiuchus (Peregang Ular). Dalam perwakilan kiasan, badan ular ini diwakilkan melalui belakang Ophiuchus di antara μ Ser dalam Serpens Caput dan ν Ser dalam Serpens Cauda.

Bintang-bintang tercerah dalam Serpens ialah Unukalhai atau Cor Serpentis atau Jantung Ular, dengan magnitud ketara sebanyak 2.63. Sebahagian Bimasakti melalui Serpens Cauda, yang lalu kaya dengan objek langit lepas, seperti Nebula Helang (IC 4703) dan gugusan bintang berkaitannya, Messier 16. Nebula ini berukuran sebesar 70 tahun cahaya kali dengan 50 tahun cahaya dan mengandungi Tiang-tiang Ciptaan, tiga awan debu yang menjadi terkenal kerana imej yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble. Yang terletak dalam Serpens Caput ialah Sekstet Seyfert, salah sebuah gugusan galaksi paling padat yang diketahui, dan Arp 220, galaksi inframerah ultraberkilau. Sebagai tambahan, buruj ini juga mengandungi Tembok Besar Herkules–Mahkota Utara, objek terbesar di alam semesta.

88 buruj moden
Sejarah buruj
Zodiak
Astronomi | Jenis-jenis buruj
Aries Taurus Gemini Cancer Leo Virgo Libra Scorpius Ophiuchus Sagittarius Capricornus Aquarius Pisces
Astrologi | Tanda-tanda astrologi
Aries Taurus Gemini Cancer Leo Virgo Libra Scorpio Serpentarius Sagittarius Capricorn Aquarius Pisces
Aries.svg Taurus.svg Gemini.svg Cancer.svg Leo.svg Virgo.svg Libra.svg Scorpio.svg Ophiuchus zodiac.svg Sagittarius.svg Capricorn.svg Aquarius.svg Pisces.svg

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.