Perdagangan

Perdagangan atau dagang ialah penukaran barang-barang, perkhidmatan-perkhidmatan, atau kedua-dua ini secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan perdagangan dipanggil pasaran. Bentuk perdagangan yang asal ialah barter, iaitu penukaran barang dan perkhidmatan secara langsung. Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh itu, pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) amat memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.

Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka pada suatu aspek pengeluaran yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain. Perdagangan wujud antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditi yang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan.

Commerce-alimentation-generale-paris
Gerai buah-buahan.

Pautan luar

15 Muharam

15 Muharam merupakan hari kelima belas dalam kalendar Hijriah.

23 Ogos

23 Ogos merupakan hari ke-235 (hari ke-2 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 130 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari ini juga merupakan:

Hari Antarabangsa Peringatan Perdagangan Hamba dan Penghapusannya;

Hari Bendera di Ukraine.

Ekonomi

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.

ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peranan pemerintah).Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Ekonomi Selangor

Ekonomi Selangor ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur iaitu sekitar 37,851 Ringgit Malaysia pada tahun 2016. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Kegunaan wajar

Untuk dasar kegunaan wajar Wikipedia, sila lihat Wikipedia: Kegunaan wajar.Kegunaan wajar atau penggunaan wajar ialah sebuah doktrin undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang membenarkan setakat kegunaan bahan-bahan hak cipta tanpa memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta, umpamanya untuk kesarjanaan atau ulasan. Doktrin ini memperuntukan kesahan untuk membuat petikan tanpa lesen serta penggabungan bahan-bahan hak cipta daripada karya pengarang lain di bawah ujian pengimbangan empat faktor:

Apakah tujuan dan sifat kegunaan anda, termasuk adakah kegunaan itu bertujuan untuk perdagangan pada dasarnya?

Apakah sifat karya asli yang ingin anda gunakan?

Apakah kepentingan bahagian itu dalam karya asli, dan setakat manakah karya asli itu yang ingin anda gunakan?

Apakah kesan kegunaan ini pada pasaran karya asli atau kebenarannya jika karya anda digunakan secara seluas?Kegunaan wajar berdasarkan hak pertuturan bebas yang diperuntukkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat.

Istilah "kegunaan wajar" adalah unik bagi Amerika Syarikat; pengolahan adil, sebuah prinsip yang serupa, wujud dalam sesetengah bidang kuasa common law yang lain. Undang-undang hak cipta Filipina, sebuah negara yang pernah merupakan tanah jajahan Amerika Syarikat, mempunyai doktrin kegunaan wajar yang didasarkan sebahagian besar, jika bukan keseluruhannya, pada doktrin yang diterimaguna oleh Amerika Syarikat.

Undang-undang tanda dagangan Amerika Syarikat juga mengandungi pembelaan "kegunaan wajar". Sedangkan namanya adalah sama, doktrin-doktrin agak berbeza. Bagaimanapun, bidang kuasa undang-undang sivil mempunyai pengehadan dan kekecualian hak cipta yang lain.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرداڬڠن انتارابڠسا دان ايندوستري) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.

Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Kementerian ini kini diketuai oleh Darell Leiking.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرداڬڠن دالم نڬري دان حال إيهول ڤڠڬونا; singkatan: KPDNHEP) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNHEP yang terkini ialah Saifuddin Nasution Ismail. Dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Laut Mediterranean

Laut Mediterranean atau Laut Tengah adalah laut antara-benua terletak antara Eropah di utara, Afrika di selatan dan Asia di timur, mencakupi wilayah seluas 2.5 juta km².

Laut ini dahulunya merupakan laluan laut yang sibuk lalu membolehkan perdagangan dan pertukaran budaya di antara masyarakat-masyarakat Mesir Purba, Yunani Purba, Rom Purba dan Timur Tengah. Pengkajian dan pendalaman mengenai laut ini untuk memahami asal-usul dan perkembangan Peradaban Barat.

Lembah Klang

Lembah Klang adalah sebuah kawasan di Malaysia yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, dan meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Satu rujukan alternatif kepada ini akan menjadi kawasan metropolitan Kuala Lumpur atau Metropolitan Lembah Klang. Kedudukan geografinya juga ditentukan oleh Banjaran Titiwangsa ke utara dan timur Selat Melaka ke barat. Bandar gabungan merupakan kawasan tengah industri Malaysia dan perdagangan. Pada tahun 2012, Lembah Klang didiami oleh kira-kira 7.5 juta orang. Lembah Klang kebanyakannya didiami oleh sebilangan besar pendatang dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia dan kebanyakan pekerja asing dari Indonesia, India dan Nepal.

Maghribi

Maghribi (المغرب), (Bahasa Arab: المملكة المغربية‎ ; bahasa Berber: Tageldit n Lmeghrib ) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang terkini ialah Darell Leiking sejak 2 Julai 2018.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang terkini ialah Saifuddin Nasution Ismail sejak 2 Julai 2018.

NASDAQ

NASDAQ ialah sebuah bursa saham Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah National Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.

Parit Bakar

Parit Bakar terletak di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia lebih kurang 8 km dari Bandar Muar. Parit Bakar terbahagi kepada Parit Bakar Darat dan Parit Bakar Laut. Parit Bakar Laut bersebelahan dengan laut manakala Parit Bakar Darat pula menghala ke darat melalui sepanjang parit.

Di pekan Parit Bakar terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina "Chi Sin", sebuah tokong cina, sebuah sekolah kebangsaan, sekolah agama, masjid, surau dan balai raya. Terdapat juga 2 sekolah rendah di parit bakar iaitu sekolah kebangsaan parit bakar darat dan sekolah kebangsaan parit bakar tengah.

Industri Perabot memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Parit Bakar pada tahun 90-an. Sebelum itu, penduduk kebanyakan terlibat dalam bidang pertanian. Pada 90-an terdapat sebuah kedai perabot bernama Sistem Elektrik dan Perabot terkenal dalam penjualan barangan perabot. Kini, ia telah berpindah ke Parit Amal Darat. Baru-baru ini, terdapat pembangunan perdagangan di pekan Parit Bakar Darat. bangunan perdagangan ini menggantikan bangunan-bangunan perniagaan lama. terdapat 5 blok bangunan yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan dan menjadi tempat perniagaan tumpuan bagi penduduk sekitar.

Pendapatan bersih

Pendapatan bersih adalah baki pendapatan bagi satu firma setelah ditambah jumlah keuntungan dan laba serta ditolak semua perbelanjaan dan kerugian bagi tempoh laporan. Pendapatan bersih boleh diagihkan di kalangan pemegang saham sebagai sebuah dividen atau dipegang oleh firma sebagai satu penambahan kepada perolehan tertahan. Oleh kerana untung dan perolehan digunakan secara sinonim bagi pendapatan (juga bergantung kepada penggunaan UK dan AS), perolehan bersih dan untung bersih biasanya dijumpai sebagai sinonim bagi pendapatan bersih. Selalunya, istilah pendapatan digantikan bagi pendapatan bersih, ianya belum lagi disukai kerana kekeliruan yang mungkin timbul. Pendapatan bersih secara tidak rasminya dipanggil sebagai garis bawah kerana jenis ini dijumpai pada garis terbawah bagi sebuah penyata pendapatan satu syarikat (satu istilah berkaitan adalah garis atas, bermakna hasil, yang membentuk garis pertama bagi penyata akaun).

Hal-hal yang ditolak secara tipikal termasuklah perbelanjaan cukai, perbelanjaan kewangan (belanja faedah), dan faedah minoriti. Begitu juga, dividen-dividen saham keutamaan akan ditolak juga, walaupun mereka bukannya satu perbelanjaan. Bagi syarikat perdagangan , penolakan kos-kos mungkin kos barang dijual, diskaun jualan, dan pemulangan jualan dan elaun-elaun. Bagi sebuah syarikat produk pengiklanan, pengilangan, dan kos-kos rekabentuk dan pembangunan dimasukkan.

Perisian

Perisian komputer (juga di Singapura: sofwe) terdiri daripada program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan atau parameter "setting" yang membolehkan perisian tersebut beroperasi supaya komputer dapat melakukan sesuatu tugas yang diarahkan pengguna atau ditentukan oleh pembangun perisian tersebut.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsهل

يوروومچ

زنلث

لتغاتسa atau International Air Transport Association atau singkatannya IATA adalah satu organisasi perdagangan antarabangsa yang beribu pejabat di Montreal, Quebec, Kanada.

IATA menentukan Kod untuk lapangan terbang (3-huruf, seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: KUL) dan penerbangan-penerbangan (2-huruf, seperti Penerbangan Malaysia: MH). ICAO juga menentukan kod-kod ini.

Syarikat

Syarikat (daripada bahasa Arab: شركة syarikah) (juga dipanggil firma atau perusahaan) ialah badan atau institusi perusahaan atau perniagaan sah yang ditubuhkan untuk menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengguna. Syarikat paling berpengaruh dalam ekonomi kapitalis, kebanyakannya dimiliki orang perseorangan atau kumpulan dan orang tidak penting

Tambun

Tambun terletak berdekatan dengan bandar Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta perlancongan yang penting di Perak. Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan , Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, Jaya Jusco dan pasar hiper Tesco. Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terletaknya Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang (STAR), Institut Penyelidikan Haiwan yang terbesar di Asia Tenggara, Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit Ayam ASEAN, Mes Pegawai Kanan Polis dan Lain-lain.

Antara lokasi yang menarik di sini ialah Muzium Geologi, Gua Tambun dan pusat rekreasi Lost World of Tambun. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.