Pemberontakan Ionia

Pemberontakan Ionia dan pemberontakan berkaitan di Aiolis , Doris , Cyprus , dan Karia , adalah pemberontakan tentera oleh beberapa kawasan di Asia Kecil terhadap kekuasaan Parsi , dan berlangsung dari tahun 499 SM sampai 493 SM . Penyebab pemberontakan ialah ketidakpuasan bandar - bandar Yunani di Asia Kecil terhadap para tiran yang dilantik oleh Parsi untuk memimpin mereka , juga kemarahan terhadap tindakan individu oleh dua tiran Miletos , iaitu Histiaios dan Aristagoras . Bandar - bandar Ionia sendiri ditawan oleh Parsi sekitar tahun 540 SM , dan sejak itu diperintah oleh diktator , yang dicadangkan oleh satrap Parsi di Sardis . Pada tahun 499 SM , zalim Miletos , Aristagoras , melancarkan ekspedisi gabungan bersama satrap Parsi , Artaphernes , untuk menakluk Naxos , dengan tujuan menaikkan kedudukannya . Misi tersebut gagal , dan merasa bahawa dia akan dipecat , Aristagoras memilih untuk menghasut seluruh Ionia untuk memberontak menentang maharaja Parsi , Darius yang Agung .

Pada tahun 498 SM , dibantu oleh pasukan dari Athens dan Eretria , pasukan Ionia bergerak , menangkap , dan membakar kota Sardis . Namun dalam perjalanan pulangnya , mereka diikuti oleh pasukan Parsi , dan secara telak dikalahkan pada Pertempuran Ephesos . Kempen ini adalah satu - satunya tindakan serangan dari pihak Ionia , yang untuk selanjutnya malah menjadi tindakan defensif . Parsi respons pada tahun 497 SM dengan serangan bercabang tiga yang diarahkan untuk menangkap kawasan di sekitar wilayah para pemberontak , tapi tersebarnya pemberontakan ke Karia membuat pasukan terbesar Parsi , dipimpin oleh Darius , harus dipindahkan ke sana . Walaupun pada walnya meraih keberhaslan di Karia , pasukan Parsi dikalahkan dalam suatu serangan hendap pada Pertempuan Pedasos . Ini mengakibatkan kebuntuan untuk sisa tahun 496 dan 489 SM .

Pada tahun 494 SM , angkatan darat dan angkatan laut Parsi berkumpul kembali , dan mereka menuju tepat ke pusat pemberontakan di Miletos . Angatan laut Ionia berusaha mempertahankan Miletos di laut , tapi secara telak dikalahkan pada Pertempuran Lade , setelah bangsa Samos khianat dan balik menyokong Parsi . Miletos dikepung dan dikuasai oleh Parsi . Peristiwa di Miletos membuat pemberontakan berhenti , dan orang - orang Karia pun menyerah kepada Parsi . Parsi menghabiskan tahun 493 SM untuk menumpaskan sisa - sisa pemberontakan di bandar - bandar lain , sebelum akhirnya menetapkan perjanjian damai di Ionia .

Pemberontakan Ionia merupakan konflik besar pertama antara Yunani melawan Empayar Parsi , dan menjadi fasa pertama dalam Perang Yunani - Parsi . Walaupun Asia Kecil berjaya dikuasai kembali oleh Parsi , namun Darius bersumpah untuk menghukum Athens dan Eretria atas tindakan mereka yang membantu para pemberontak . Selain itu , Darius juga melihat bahawa bandar - bandar di Greece boleh mengancam kestabilan empayarnya . Maka dari itu , Darius pun berniat melakukan pencerobohan ke Yunani .

490-an SM

Dekad 490-an SM merupakan tahun-tahun dari 499 SM hingga 490 SM.

500-an SM

Dekad 500-an SM merupakan tahun-tahun dari 509 SM hingga 500 SM.

Abad ke-5 SM

Abad ke-5 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 500 SM hingga 31 Disember 401 SM dalam kalendar Gregory.

Abad ke-6 SM

Abad ke-6 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 600 SM hingga 31 Disember 501 SM dalam kalendar Gregory.

Cappadocia

Cappadocia (; juga Capadócia; Bahasa Yunani: Καππαδοκία, Kappadokía, dari Parsi Purba: Katpatuka, Bahasa Bahasa Turki: Kapadokya ) merupakan rantau bersejarah diAnatolia tengah, sebahagian besarnya di Nevşehir, Kayseri, Kırşehir, Aksaray, dan Niğde di Turki.

Menurut Herodotus, pada zaman Pemberontakan Ionia (499 SM), orang Cappadocia dilaporkan menduduki sebuah kawasan dari Gunung Taurus ke sekitar Euxine (Laut Hitam). Cappadocia, dalam pengertian ini, dibatasi di selatan oleh rantaian Gunung Taurus yang memisahkannya dari Cilicia, ke timur oleh Efrat atas, ke utara oleh Pontus, dan ke barat oleh Lycaonia dan Galatia timur.Nama yang secara tradisinya digunakan dalam sumber-sumber Kristian sepanjang sejarah, terus digunakan sebagai konsep pelancongan antarabangsa untuk menentukan wilayah keajaiban semula jadi luar biasa, khususnya yang dicirikan oleh cerobong dongeng dan warisan sejarah dan budaya yang unik.

Empayar Makedonia

Empayar Macedon atau Empayar Macedonia (Bahasa Yunani: Μακεδονία) adalah nama kerajaan Yunani purba di bahagian paling utara Yunani Purba, bersempadan dengan kerajaan Epirus di barat dan wilayah Thrake di timur. Selama suatu tempoh yang singkat, kerajaan ini merupakan negara terkuat di Timur Tengah, setelah Alexander Agung menakluk hampir semua wilayah dunia yang terkenal waktu itu, menandai tempoh Helenis dalam sejarah Yunani.

Pertempuran Salamis

Pertempuran Salamis (Bahasa Yunani Kuno: Ναυμαχία τῆς Σαλαμῖνος, Naumachia tēs Salaminos) berlangsung antara Perikatan negara-bandar Greek dan Empayar Parsi pada 480 BC, di selat antara tanah besar dan pulau Salamis, sebuah pulai di Teluk Saronic berhampiran Athens. Ia menandakan kemuncak penjajahan kedua Parsi ke atas Greece, yang bermula musim bunga tersebut.

Bagi menghalang kemaraan Parsi, satu pasukan kecil Yunani menghalang laluan Thermopylae, sementara tentera laut Berikat sebahagian besarnya Athens bertempur dengan armada Parsi di selat berhampiran Artemisium. Dalam Pertempuran Thermopylae yang berlaku, pasukan Yunani pengawal belakang telah dihapuskan, sementara dalam Pertempuran Artemisium pihak Yunani mengalami korban yang besar dan berundur selepas kekalahan di Thermopylae. Ini membenarkan pasukan Parsi menakluk Boeotia dan Attica. Pihak Berikat bersedia untuk mempertahankan Genting Corinth manakala armada telah diundurkan ke Pulau Salamis berdekatan.

Sungguhpun memiliki bilangan yang jauh lebih sedikit, pihak Berikat Yunani telah dipujuk oleh Themistocles, Jeneral Athens untuk bertempur dengan armada Parsi sekali lagi, dengan harapan agar kemenangan mereka akan menghalang operasi tentera laut terhadap Peloponessus. Raja Parsi Xerxes juga inginkan bagi pertempuran mutak. Hasil daripada helah di pihak Themistocles, tentera laut Parsi belayar ke Selat Salamis dan cuba untuk menghalang kedua-dua laluan masuk. Keadaan sempit di Selat menjadikan bilangan armada Parsi yang besar sebagai gangguan aktif, disebabkan kapal-kapal bergelut untuk bergerak dan menjadi tidak teratur. Melihatkan peluang yang ada, armada Yunani membentuk garis pertempuran dan meraih kemenangan mutlak.

Xerxes kemudian berundur ke Asia dengan sebahagian besar tenteranya, meninggalkan Mardonius untuk melengkapkan penaklukan Greece. Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya, baki tentera Parsi telah dikalahkan dengan teruk dalam Pertempuran Plataea dan tentera laut Parsi dalam Pertempuran Mycale. Selepas itu orang-orang Parsi tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk menakluk tanah besar Yunani. Pertempuran Salamis dan Plataea itu menandakan satu titik perubahan dalam perjalanan perang Greco-Persia secara keseluruhan; sejak itu dan seterusnya, poleis Yunani akan membuat serangan. Beberapa ahli sejarah percaya bahawa kemenangan pihak Parsi akan melumpuhkan pembangunan Greece Purba, dan seterusnya tamadun barat, dan ini telah mendorong mereka bagi mendakwa bahawa Salamis merupakan salah satu pertempuran paling penting dalam sejarah manusia.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.