Peluh

Peluh atau keringat adalah cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia.[1] Terdapat dua jenis kelenjar peluh ini yang terdapat pada manusia iaitu kelenjar ekrin dan apokrin,[2] di mana jenis kelenjar yang pertama ini dijumpai di hampir seluruh bahagian badan manusia.

Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Seorang dewasa boleh menghasilkan peluh sebanyak 2–4 liter sejam atau 10–14 liter sejam (10–15 g/min·m²), kanak-kanak sebelum mencapai akil baligh pula jauh kurang penghasilan peluhnya.[3][4][5] Penyejatan peluh daripada permukaan kulit memberi kesan penyejukan disebabkan penyejukan sejat. Oleh itu, lebih banyak peluh akan dihasilkan dalam persekitaran yang bersuhu panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga. Haiwan yang mempunyai kelenjar peluh yang sedikit, misalnya anjing, berfungsi dengan cara yang sama dengan mencungap di mana air yang terkandung dalam rongga mulut dan farinksnya yang lembap akan tersejat.

Peluh
Pengelasan dan sumber luaran
Amanda Françozo At The Runner Sports Fragment
Titisan peluh pada kulit
MedlinePlus003218
MeSHD013546
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Komposisi

Peluh terdiri banyak daripada air. Kandungan berjumlah surih zat galian, asid laktik and urea didapti dalam larutan peluh ini dalam ketumpatan yang berbeda-beda iaitu natrium (0.9 gram/liter), kalium (0.2 g/l), kalsium (0.015 g/l) dan magnesium (0.0013 g/l).[6]

Kelebihan

  • Membuang racun dari dalam tubuh.[7]
  • Membantu menyejukkan tubuh saat kepanasan.
  • Membakar kalori.[7]
  • Mengurangkan stres.[7]
  • Melancarkan peredaran darah.[7]
  • Mencantikkan kulit.[7]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Mosher HH (1933). "Simultaneous Study of Constituents of Urine and Perspiration" (PDF). The Journal of Biological Chemistry. 99 (3): 781–790.
  2. ^ Hanukoglu I, Boggula VR, Vaknine H, Sharma S, Kleyman T, Hanukoglu A (January 2017). "Expression of epithelial sodium channel (ENaC) and CFTR in the human epidermis and epidermal appendages". Histochemistry and Cell Biology. 147 (6): 733–748. doi:10.1007/s00418-016-1535-3. PMID 28130590.
  3. ^ Jessen, C. (2000). Temperature Regulation in Humans and Other Mammals. Berlin: Springer. ISBN 3-540-41234-4.
  4. ^ Mack, G. W.; Nadel, E. R. (1996). "Body fluid balance during heat stress in humans". dalam Fregly, M. J.; Blatteis, C. M. Handbook of Physiology. Section 4: Environmental Physiology. New York: Oxford University Press. m/s. 187–214. ISBN 0-19-507492-0.
  5. ^ Sawka, M. L.; Wenger, C. B.; Pandolf, K. B. (1996). "Thermoregulatory responses to acute exercise-heat stress and heat acclimation". dalam Fregly, M. J.; Blatteis, C. M. Handbook of Physiology. Section 4: Environmental Physiology. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-507492-0.
  6. ^ Montain, S. J.; Cheuvront, S. N.; Lukaski, H. C. (2007). "Sweat mineral-element responses during 7 h of exercise-heat stress". International journal of sport nutrition and exercise metabolism. 17 (6): 574–582. PMID 18156662.
  7. ^ a b c d e Manfaat keringat Bagi Kesehatan

Bacaan lanjut

Anjing pencarian dan penyelamatan

Penggunaan anjing dalam pencarian dan penyelamatan (SAR) ialah komponen bernilai dalam penjejakan di hutan, bencana semula jadi, kejadian korban besar, dan dalam mengesan orang hilang. Pengendali khusus dan anjing terlatih dengan baik diperlukan untuk penggunaan anjing dalam usaha pencarian dengan berkesan. Anjing pencarian dan penyelamatan biasanya bekerja dalam pasukan kecil berjalan kaki, tetapi boleh bekerja dari belakang kuda.

Anjing pencarian dan penyelamatan mengesan bau manusia. Sungguhpun proses tepat masih diselidik, prosesnya mungkin termasuk rakit kulit (sel kulit yang membawa bau yang tanggal daripada manusia hidup pada kadar kira-kira 40,000 sel seminit), peluh tersejat, gas pernafasan, atau gas penguraian dikeluarkan oleh tindakan bakteria terhadap kulit atau tisu manusia.

Cap jari

Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari . Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari .

Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar bagi mengenal pasti individual secara unik, tetapi ia lebih kepada seni berbanding sains: kebanyakan makmal negeri dan kebangsaan tidak akan melapurkan padanan cap jari sehingga dua pakar merumuskan sedemikian secara bebas.Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan tidak bertukar. Secara pratikal, parut dan ketuat mampu mengubah sedikit cap jari. Secara popular, tiada dua individual, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama. Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia (2006) 6.5 bilion individual (dan dengan itu 65 bilion cap jari), ia mustahil bagi kesemuanya berbeza. Secara pratikal, bagaimanapun, pengenalan biasanya dilakukan berdasarkan 8 hingga 12 minutiae. Menggunakan hanya satu perlima minutae akan mengurangkan potensi jumlah cap jari yang berbeza.

Cap jari biasa terdiri dari peluh, sebum, kekotoran, dan kulit tercemar yang dikenali sebagai cap jari latent, bagi membezakannya dengan cap bandingan yang sengaja diambil dengan jari berdakwat pada "kad cap jari".Hujung jari bukannya satu-satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). Ia juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan kaki dan ia turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik.

Gilderoy Lockhart

Gilderoy Lockhart (Darjah Kebesaran Merlin, Kelas Ketiga, Ahli Kehormat Liga Pasukan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, dan pemenang Anugerah Senyuman Paling Menawan di majalah Mingguan Ahli Sihir, lima kali berturut-turut) merupakan salah satu watak dalam novel rekaan iaitu siri Harry Potter. Dalam siri tersebut, beliau ialah seorang selebriti yang terkenal dengan buku tulisan beliau tentang makhluk jahat dan cara menanganinya. Beliau mempunyai rambut kuning pudar yang beralun dan mempunyai gigi yang bersinar. Beliau sangat suka membanggakan diri sendiri. Wallau bagaimanapun, peminat beliau hanya terdiri dari perempuan remaja hinggalah ke pertengahan umur.

Gilderoy Lockhart menjadi Profesor Gilderoy Lockhart pada tahun persekolahan 1992-1993. Beliau telah menjawat sebagai pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Beliau tidaklah sangat popular di kalangan staf Hogwarts malah dibenci oleh Severus Snape sendiri yang amat mengharapakan jawatan Gilderoy itu. Harry juga meluat dengan tindak-tanduk Gilderoy yang sering menganggap Harry ingin menjadi popular sepertinya.

Watak ini dilakonkan oleh Kenneth Branagh dalam filem.

Hiperhidrosis

Hiperhidrosis ialah keadaan yang dicirikan oleh peluh yang luar biasa banyak, lebih daripada yang diperlukan untuk pengawalan suhu badan. Ia dikaitkan dengan beban kualiti kehidupan penting daripada pandangan psikologi, emosi dan sosial. Oleh itu, ia juga dirujuk sebagai 'kecacatan senyap'.

Hiperhidrosis boleh jadi secara umum atau terhad ke bahagian badan tertentu.

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka.

Ada segelintir pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.

Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Kebiasaanya pesakit hyperhidrosis ini mengalami perpeluhan akibat emosi yang tidak stabil atau gemuruh. Keadaan pada ketika normal menjadi abnormal apabila disergah atau tempat perpeluhan menjadikan titik perhatian orang sekeliling menyebabkan pesakit menjadi gemuruh dan malu serta merendah diri serta merta. Kondisi peluh pada ketika itu menjadi sangat banyak dan berterusan dan amatlah sukar itu ia kembali kering. Perpeluhan di kedua tapak tangan dan kedua tapak kaki akan kembali kembali bila emosi pesakit tenang atau pesakit dalam keadaan tidur.

Homeostasis

Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.

Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.

Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma.

Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma.

Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu

Sistem tertutup - Keseimbangan statik

Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup.

Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik

Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:

Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objek-objek yang bukan hidupan(abiosis).

Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan.Contoh komponen biosis ialah:

Manusia

Tumbuhan

HaiwanAbiosis ialah komponen bukan hidupan seperti:

Suhu

Nilai pH

Keamatan cahaya

Kelembapan

Topografi

Iklim

Ikonografi manga

Manga Jepun telah membangunkan bahasa visualnya sendiri atau ikonografi untuk menyatakan emosi dan lain-lain keadaan watak dalaman. Gaya lukisan ini juga telah digunakan ke dalam anime, kerana banyak cerita-cerita yang disesuaikan ke dalam rancangan televisyen dan filem. Walaupun rencana ini menangani gaya dari kedua-dua jenis output, penekanan di sini ialah mengenai asal-usul manga untuk gaya ini.

Gaya popular dan dikenali manga adalah sangat tersendiri. Penekanan sering diletakkan pada baris atas bentuk, dan bercerita dan penempatan panel berbeza daripada dalam komik Amerika. Latar belakang impresionistis yang sangat biasa, seperti juga urutan di mana panel menunjukkan butir-butir penetapan bukannya watak-watak. Panel dan halaman biasanya dibaca dari kanan ke kiri, selaras dengan tulisan Jepun tradisional.

Kerana manga adalah satu bentuk seni yang pelbagai, bagaimanapun, tidak semua artis manga mematuhi konvensyen (disenaraikan di bawah) yang paling dipopularkan di Barat melalui siri seperti Akira, Sailor Moon, Dragon Ball, and Ranma ½.

Jerantut

Jerantut merupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini ialah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

Karsinogen

Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Hal ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah asbestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif seperti sinar gama atau partikal alfa yang dikeluarkan juga boleh dikelaskan sebagai karsinogen.

Bahan-bahan karsinogen banyak sekali digunakan dalam bidang industri. Aflatosin B1 merupakan bahan yang keluarkan oleh kapang. Aspergillus flavus yang digunakan dalam penyimpanan bijirin, kekacang dan juga mentega kacang merupakan contoh karsinogen mikrobial yang sangat kuat yang digunakan. Terdapat juga virus seperti hepatitis B dan virus papilloma manusia diketahui juga penyebabnya kanser kepada manusia. Bagi pemakai pewarna kuku pula, bahan peluntur dalam pewarna kuku tersebut boleh menyebabkan kesan barah kepada pengguna. Di dalam peluntur tersebut terdapat suatu unsur organik yang merbahaya yang dipanggil sebatian aseton - rumusannya OC(CH3)2 - yang dapat melunturkan warna tersebut.

Setelah badan yang terdedah dengan unsur kersinogen, tubuh akan mengalami tindak balas adaptasi bahan toksik untuk menghilangkannya yang disebut proses biotransformasi. Tujuan tindak balas tersebut adalah untuk menyingkirkan unsur karsinogen melalui keterlarutannya dalam air sehingga badan boleh menyingkirkan unsur-unsur ini dalam bentuk air kencing mahupun peluh. Tindak balas biotransformasi ini juga boleh menukarkan karsinogen yang bertoksik kepada lebih bertoksik.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kelembapan

Istilah kelembapan biasanya digunakan dalam bahasa seharian untuk merujuk pada kelembapan bandingan. Kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai jumlah wap air dalam satu sampel udara yang dibandingkan dengan jumlah maksimum wap air udara yang dapat dikandungkan pada sebarang suhu tertentu. Kelembapan juga dapat diungkapkan sebagai kelembapan mutlak dan kelembapan tentu. Kelembapan bandingan adalah metrik penting yang digunakan dalam ramalan cuaca. Kelembapan menunjukkan besar kemungkinan kerpasan, embun atau kabus. Kelembapan tinggi membuatkan orang berasa lebih panas di luar pada musim panas kerana ia mengurangkan keberkesanan perpeluhan untuk menyejukkan tubuh badan dengan mencegah penyejatan peluh daripada kulit. Kesan ini dihitung dalam jadual indeks haba. Wap air yang panas mempunyai lebih tenaga haba berbanding wap air yang sejuk dan oleh itu lebih banyak wap air menyejat ke dalam udara panas berbanding udara sejuk dan suam.

Kelenjar peluh

Kelenjar peluh merupakan kelenjar kecil yang amat penting. Bilangan kelenjar ini banyak didapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak (aksila). Kelenjar ini terbina daripada tiub yang berlingkar dan ia dibekalkan dengan banyak salur darah. Dari kelenjar ini, salurnya akan naik ke atas dan menembusi lubang-lubang seni pada permukaan kulit yang dikenali sebagai liang peluh / liang roma. Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh bolah dibahagikan kepada dua jenis utama:

Kelenjar peluh ekrin (merokrin)

Kelenjar peluh apokrin

Kulit

Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.

Mamalia

Mamalia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan mamalia adalah seperti berikut :-

Mempunyai saraf tunjang.

Bertulang belakang.

Mempunyai jantung dengan 4 ruang.

Badan dilitupi oleh bulu.

Mempunyai cuping telinga.

Mempunyai kelenjar peluh.

Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif seperti Platypus dan sesetengah Tenggiling.

Bernafas melalui peparu.

Berdarah panas (suhu badan tetap).Contoh-contoh haiwan mamalia :-

Arnab

Gajah

Harimau

Orang Utan

Rusa Babi

Seladang

Tenuk

Ikan paus

Tikus

Manusia

Pakaian dalam

Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya. Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberik eksan berahi. Jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan. Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.

Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan seluar dalam lelaki, seluar pendek boxer, dan seluar dalam boxer. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk T-shirts, baju tanpa lengan (juga dipanggil singlet), Bikini, Thong, dan G-string.

Parti Buruh Malaya

Parti Buruh Malaya atau Labour Party of Malaya (LPM) adalah sebuah parti politik Tanah Melayu yang bergerak aktif antara 1952 hingga 1969. Pada permulaannya ianya ditubuhkan sebagai persekutuan bagi parti-parti buruh negeri yang dikenali sebagai Parti Buruh Se-Malaysia atau Pan-Malayan Labour Party (PMFP).

Penyejatan

Penyejatan merupakan suatu proses yang melibatkan perubahan fasa jirim: atom atau molekul dalam cecair mendapat tenaga yang cukup untuk bertukar kepada gas pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih bahan itu apabila bahan itu terdedah kepada atmosfera. Ia merupakan proses yang berlawanan bagi pemeluwapan.

Proses ini merupakan cara yang penting bagi air untuk diserap semula ke dalam kitaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera. Lautan, laut, tasik, dan sungai membekalkan lebih kurang 90% daripada lembapan atmosfera melalui proses sejatan, dengan 10% lagi melalui proses transpirasi tumbuhan.

Tenaga daripada matahari diperlukan untuk proses sejatan. Tenaga ini digunakan untuk memutuskan ikatan-ikatan kimia yang menyatukan molekul-molekul air. Hal ini dapat menjelaskan mengapa air dapat menyejat dengan mudah pada takat didih (212°F, 100°C), dan sejatan semakin berkurang apabila mendekati takat lebur. Apabila kelembapan relatif bagi udara ialah 100% (takat ketepuan), sejatan tidak akan berlaku.

Apabila suatu cecair menyejat, suhunya akan turun. Ini disebabkan oleh tenaga haba telah diserap semasa penyejatan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah supaya zarah-zarah cecair di permukaan dapat melepaskan diri menjadikan zarah-zarah gas. Proses sejatan dapat menghilangkan kepanasan di alam sekeliling, maka inilah sebab utama sejatan peluh daripada permukaan kulit dapat menyejukkan badan.

Pudina

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,

mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Rock indie

Rock indie adalah salah satu genre rock alternatif yang mana wujud di dalam dunia muzik indie bawah tanah. Perkataan indie adalah singkatan bagi independent, maka "rock indie" boleh bermaksud "rock merdeka" atau "rock bebas" memandangkan kebanyakan daripada mereka lebih gemar melakukan segala proses bermula dari penciptaan lagu sehingga edaran rekod rakaman dengan usaha dan titik peluh sendiri. Rock indie merupakan sebahagian dari budaya Indie yang turut merangkumi kelompok lain dalam dunia hiburan.

Teluk Kumbar

Teluk Kumbar merupakan sebuah teluk kecil yang terletak berhampiran dengan Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia. Pantainya mengadap ke Selat Melaka / Lautan Hindi. Ia merupakan sebuah daerah dengan keluasan kira-kira 20 kilometer persegi meliputi beberapa buah kampung iaitu Kampung Sungai Batu, Kampung Tengah, Kampung Nelayan, Kampung Masjid, Kampung Matahari Naik, Kampung Matahari Jatuh (Jalan Sepakat), Kampung Sulup, Pasir Belanda dan Gertak Sanggul.

Teluk Kumbar juga kaya dengan makanan laut di situ dan makanannya adalah mahal seperti di Tanjung Tokong.

Winston Churchill

Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan Perdana Menteri bagi kerajaan United Kingdom bagi dua penggal iaitu 1940 hingga 1945 serta dari 1950 hingga 1955. Beliau dianggap sebagai salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20 atas kecekapan pemerintahannya saat Britain berada dalam kegawatan ketika Perang Dunia Kedua.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.