Pasir

Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus.

Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau 116 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu, dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piwaian). Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm.[1] Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan, berasa seperti tepung).

ISO 14688 menggred pasir sebagai halus, sederhana, dan kasar dengan julat 0.063 mm hingga 0.2 mm hingga 0.63 mm hingga 2.0 mm. Di Amerika Syarikat, pasir biasanya dibahagi antara lima kategori kecil berdasarkan saiz: pasir amat halus (116 - 18 mm diameter), pasir halus (18 mm - 14 mm), pasir sederhana (14 mm - 12 mm), pasir kasar (12 mm - 1 mm), dan pasir amat kasar (1 mm - 2 mm). Saiz ini berdasarkan pada saiz zarah skala fi Krumbein, di mana saiz dalam Φ = -log base 2 bagi saiz dalam mm. Pada skala ini, untuk pasir nilai Φ berbeza antara -1 hingga +4, dengan pembahagian antara kategori kecil sebagai nombor bulat.

Third beach sand
Pasir dari pantai di Vancouver, menunjukkan luas permukaan (anggaran) antara 1-2 cm persegi.
HeavyMineralsBeachSand
Galian berat (gelap) dalam pasir pantai kuarza (Chennai, India).
Rheinsand, Kieswerk Krieger, bei Rheinhausen
Pasir

Kandungan

PismoBeachSand
Pasir dari Pantar Pismo Beach, California. Kandungan utamanya terdiri daripada kuartz, chert, bagi igneous dan serpihan cengkerag. Skala bar ialah 1.0 mm.
Volcanic sand (Perissa, Santorini, Greece)
Gambar dekat pasir guung berapi dari Perissa, di Santorini, Greece

Kandungan biasa pasir, bertempat di daratan benua dan persisiran pantai bukan tropika , adalah silika (silikon teroksida, atau SiO2), biasanya dalam bentuk kuartz, yang, disebabkan pengun secara kimia dan kekerasannya, merupakan galian paling biasa kalis kepada peluluhawa.

Kandungan pasir amat pelbagai, bergantung kepada sumber batu tempatan dan keadaan. Psir putih cerah yang terdapat di persisiran pantai tropika dan semi-tropika adalah batu kapur terhakis dan mungkin mengandungi batu karang dan serpihan kerangka tambahan kepada bahan hasilan organik atau organik lain.[2] Gubuk pasir gipsum di White Sands National Monument di New Mexico adalah terkenal bagi warna pasir putih berkilauan. Arkose adalah pasir batu pasir dengan sejumlah besar kandungan feldspar, terhasil dari luluhhawa dan hakisan biasanya dari unjuran batu granit berhampiran. Sesetengah pasir mengandungi magnetite, chlorite, glauconite atau gipsum. Pasir kaya dengan magnetite bewarna gelap hingga ke hitam, sama seperti pasir terhasil dari basalt gunung berapi dan obsidian. Pasir mengandungi chlorite-glauconite biasanya bewarna hijau, sebagaimana pasir terhasil dari lava basalt deng kanudngan olivine tinggi. Kebanyakan pasir terutama yang terdapat di Eropah Selatan memiliki cemaran besi dalam kristal kuartz pasir, memberikan warna kuning gelap. Mendakan pasir di sesetengah kawasan mengandungi garnet dan galian tahan lain, termasuk sejumlah kecil batu permata.

Persekitaran

CoralPinkSandDunesSand
Pasir dari Taman Negeri Coral Pink Sand Dunes, Utah. Ini adalah bijirin kuart dengan salutan hematit memberikan warna kuning bata. Skala bar adalah 1.0 mm.

Pasir dipindahkan oleh angin dan air dan dimendakkan dalam bentuk pantai, gumuk, benteng pasir dan ciri-ciri berkait. Dalam persekitaran seperti sungai tapak anak batu dan moraine glasiar ia sering kali wujud sebagai perwakilan bijiran pelbagai saiz. Sungai bedasar pasir, seperti Sungai Platte di Nebraska, USA, memiliki dasar berpasir disebabkan tidak terdapat sebarang sumber besar lain yang boleh dipindahkan. Gumuk, sebaliknya, adalah berpasir disebabkan bahan lebih besar biasanya tidak bergerak oleh angin, dan merupakan ciri geografi jelas dalam persekitaran gurun.

Kajian

Sand under electron microscope
Mikrograf elektron menunjukkan biji pasir.
LvMS-Lvm
Fotomikrograf bagi biji pasir gunung berapi; gambar atas adalah cahaya kutub-satah, gambar bawah adalah cahaya kutub-bersilang, kotak skala pada kiri tengah adalah 0.25 milimeter.

Kajian mengenai setiap biji mampu mendedahkan banyak maklumat sejarah berkaitan dengan asal dan jenis pasir. Pasir kuartz yang baru luluhhawa dari granite atau kristal kuartz gneiss adalah bersudut. Ia dikenali sebagai grus dalam geografi atau pasir bersegi dalam bidang pembinaan di mana didigemari berbanding konkrit, dan dalam perkebunan di mana ia digunakan sebagi pembaiki tanah bagi melonggarkan tanah berselut. Pasir yang diangkut jarak jauh oleh air dan angin adalah bulat, dengan ciri-ciri pola lelasan pada permukaan pasir. Pasir gurun biasanya bulat.

Mereka yang mengumpulkan pasir sebagai hobi biasanya dikenali sebagai arenophile atau psammophiles.

Kegunaan

Sanden ICE3
Pada 300 km/h, ICE 3 (DB class 403) melepaskan pasir daripada beberapa bogies ke landasan.
Sand sorting tower
Menara penyisih pasir di lbuang pengambilan anak batu.
  • Pertanian: Tanah pasir adalah sesuai bagi tanaman seperti pokok Tembikai, Pokok Peach, dan Kacang dan ciri pengairan yang baik menjadikan ia sesuai bagi penternakan tenusu.
  • Akuarium: Pasir merupakan bahas dasar akuarium yang dipercayai lebih baik berbanding anak batu bagi kegunaan di rumah.
  • Batu karang buatan: Pasir dalam beg geotextile boleh digunakan sebagai asas bagi batu karang baru.
  • Pemulihan pantai: Kerajaan memindahkan pasir ke pantai di mana arus pasang-surut, ribut atau pembangunan menyebabkan perubahan pada persisiran dan penghakisan pada pasir asal.[3]
  • Batu-bata: Kilang batu-bata mencampurkan pasir pada campuran selut dan bahan lain bagi penghasilan batu-bata.
  • Cob: Coarse sand makes up as much as 75% of cob.
  • Konkrit: Pasir sering kali merupakan komponen utama bagi bahan penting bagi pembinaan ini.
  • Kaca: Pasir merupakan komponen utama bagi kaca biasa.
  • Hiasan laman: Pasir dijadikan bukit kecil dan cerun (sebagai contoh, di lapangan golf).
  • Cat: Mencampurkan pasir dengan cat menghasilkan tekstur akhir bagi dinding dan permukaan lantai tidak gelincir.
  • Pengangkutan landasan: Pengendali kereta api menggunakan pasir bagi meningkatkan cengkaman tayar pada landasan.
  • Jalan: Pasir meningkatkan cengkaman (dan dengan itu keselamatan tarfik) di keadaan jalan berair batu dan bersalji.
  • Sand animation: Performance artists draw images in sand. Makers of animated films use the same term to describe their use of sand on frontlit or backlit glass.
  • Acuan pasir: Pasir acuan dibasahkan dengan kaster atau minyak molding sand, juga dikenali sebagai pasir relau dan kemudian dibentuk menjadi acuan di mana bahan cair dituang dalamnya. Pasir jenis ini perlu bertahan suhu dan tekanan tinggi, membenarkan gas keluar, memiliki bijiran saiz kecil, sekata dan tidak bertindak balas dengan logam.
  • Sand castles: Shaping sand into castles or other miniature buildings is a popular beach activity.
  • Bagpasir: Ini merupakan perlindungan terhadap banjir dan tembakan senjata api. Bag adalah murah dan mudah dibawa apabila kosong,dan sukarelawan tidak terlatih mampu memenuhinya dengan pasir tempatan ketika kecermasan.
  • Sandblasting: Graded sand serves as an abrasive in cleaning, preparing, and polishing.
  • Penapis air: Media penapis menggunakan pasir bagi penapisan air.
  • Zoanthid "skeletons": Animals in this order of marine benthic cnidarians related to corals and sea anemones, incorporate sand into their mesoglea for structural strength, which they need because they lack a true skeleton.

Ancaman

Suesswasserstachelroche
Seekor ikan pari bersedia untuk menyembunyikan dirinya dalam pasir.

Sungguhpun pasir tidak-beracun, aktiviti mpenggunaan pasir seperti pasir pelelas ("sandblasting") memerlukan perlindungan. Beg pasir silika yang digunakan bagi pasir pelelas kini dilabel dengan amaran bagi menggunakan perlindungan pernafasan dan mengelak bernafas habuk silika halus yang terhasil. Helaian data keselamatan galian ("Material safety data sheet - MSDS") bagi silika menyatakan bahawa "penghiduan melampau bagi silika berkristal merupakan kebimbangan kesihatan serius".[4]

Di kawasan tekanan air poros air masin dan pasir mampu membentuk pasir jerlus, yang merupakan hidrogelcolloid yang bertindak seperti cecair. Pasir jerlus menghasilkan rintangan besar bagi haiwan yang terperangkap dalamnya, sering kali mati kerana akibat dedahan (bukan kerana lemas).

Isu persekitaran

Pelbagai kegunaan pasir memerlukan industri korek besar, menimbulkan kebimbangan persekitaran berkait dengan kehabisan ikan, tanah runtuh, hakisan pantai dan banjir. Negara seperti China, Indonesia, Malaysia dan Cambodia melarang eksport pasir, menyebut isu sebegini sebagai faktor utama.[5]

Rujukan

  1. ^ Urquhart, Leonard Church, "Civil Engineering Handbook" McGraw-Hill Book Company (1959) m/s. 8-2
  2. ^ Seaweed also plays a role in the formation of sand
  3. ^ Importing Sand, Glass May Help Restore Beaches : NPR
  4. ^ Simplot
  5. ^ "The hourglass effect". October 8, 2009. Dicapai October 14, 2009.

Pautan luar

Bandar Pasir Mas

Bandar Pasir Mas merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kelantan.

Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah).

Bukit Pasir

Bukit Pasir ialah sebuah pekan kecil di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 15km dari bandar Muar. Bukit Pasir terkenal dengan hasil dusun iaitu buah-buahan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Terdapat banyak gerai buah-buahan sepanjang jalan di pekan Bukit Pasir.

Majoriti penduduk pekan adalah berbangsa Cina. Diikuti dengan Bangsa Melayu disekitar pekan. Manakala terdapat kaum India yang ramai juga terutamanya di ladang-ladang kelapa sawit yang besar skalanya berdekatan pekan.

Asal usul nama Bukit Pasir adalah dipercayai adalah berkait rapat dengan kawasan geografinya yang terdapat banyak kawasan berpasir di sekitar pekan. Terutamanya kawasan kampong ujung pasir. Terdapat sebuah kuari batu yang terletak tidak jauh dari pekan Bukit Pasir.

Pekan Bukit Pasir adalah jalan perantaraan yang mesti dilalui untuk ke pekan kawasan utara. Misalnya pekan Panchor, Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong. Terdapat jalan susur keluar lebuhraya utara selatan melalui pekan Pagoh yang seterusnya menghala ke Bandar Muar melalui pekan Bukit Pasir.

Bukit Tuku

Bukit Tuku merupakan sebuah mukim yang terletak di selatan jajahan Pasir Mas, negeri, Kelantan.

Gong Kedak, Terengganu

Gong Kedak merupakan sebuah kampung terpencil yang terpisah dari Kampung Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan. Kampung ini yang terletak di Terengganu, Malaysia.

Gual Periok

Gual Periok merupakan sebuah pekan, daerah dan juga mukim di jajahan Pasir Mas, Kelantan.

Jajahan Pasir Mas

Pasir Mas ialah sebuah jajahan daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan-jajahan lain ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu, Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah disandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

Limbongan

Limbongan merupakan sebuah daerah yang menempatkan ibu jajahan Pasir Puteh, di Kelantan.

Di Limbongan terdapat Kampung Gong Ara, Gong Chapa, Gong Jelor, Gong Macang Manis, Gong Pauh, Gong Serai, Gong Serapat, Gong Layat, Gong Sebulan dan Gong Pak Pijat sementara di Selising terdapat Gong Jering dan Gong Sawa.

Pantai Kemasik

Pantai Kemasik merupakan pantai yang amat indah dengan pasir keemasan yang air yang jernih. Ini disebabkan pantai Kemasik mengadap lautan lepas menyebabkan tiada lumpur mendak pada kawasan pantai ini. Terdapat tebing bukit berbatu di sebelah pantai kemasik ini.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pasir Gudang

Pasir Gudang merupakan sebuah bandar yang utamakan perindustrian di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena iaitu Pelabuhan Johor yang terletak selatan dari pusat bandar yang menghadap Selat Tebrau.

Pasir Pekan

Pasir Pekan merupakan sebuah pekan dalam jajahan Tumpat di negeri Kelantan. Ia berhampiran dengan Wakaf Bharu menjadi laluan dari Kota Bharu ke pekan Tumpat dan Pasir Mas. Pasir Pekan menempatkan pusara Tok Janggut dari Pasir Puteh yang gugur menentang kezaliman British.

Pasir Pelangi

Pasir Pelangi ialah sebuah perkampungan diraja di negeri Johor, Malaysia. Perkampungan diraja ini ditubuhkan pada awal 1900an semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Kampung ini terletak berhampiran bandar raya Johor Bahru, dan bandar Stulang.

Pasir Puteh, Kelantan

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Menjelang 2017, Pasir Puteh bakal mencapai status perbandaran penuh dan dinamakan Majlis Perbandaran Pasir Puteh.

Pasir Raja

Pasir Raja merupakan sebuah mukim dan pekan yang terletak di Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Pasir Salak

Pasir Salak merupakan sebuah mukim dan kawasan bersejarah yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak Tengah, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi Seberang Perak. Kini Pasir Salak berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Pasir Tumboh

Pasir Tumbuh merupakan sebuah bandar dan mukim di daerah Limbat, Kota Bharu, Kelantan. Pasir Tumboh terletak dalam Parlimen P 024 Kubang Kerian. Mukim-mukim lain di daerah Limbat ialah Temesu, Pulau Menseta , Salor, Parit, Seribong, dan Guntong. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Pengkalan Pasir

Pengkalan Pasir merupakan sebuah bandar kecil di Kelantan, Malaysia. Ia merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang menempatkan bandar Pasir Mas, ibu jajahan Pasir Mas

Salor

Salor merupakan sebuah Daerah dalam Jajahan Kota Bharu yang diketuai oleh seorang Penggawa lantikan suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Daerah Salor mempunyai 7 mukim penghulu dan 5 mukim Imam yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kelantan mengikut sempadan-sempadan yang ditetapkan, terletak di barat Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak dalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak dalam Parlimen Kubang Kerian

Mukim Penghulu dalam Daerah Salor adalah Mukim Telok Kandis Mukim Padang Sakar Mukim Betong Mukim Seberang Pasir Mas Mukim Aur Duri Mukim Keladang Mukim Padang Tengah Timur Manakala Mukim Masjid pula terdiri daripada Mukim Salor Mukim Padang Chenok Mukim Seberang Pasir Mas Mukim Pengkalan Kubor Mukim Padang Tengah

Pejabat Penggawa Daerah Salor terletak di Mukim Teluk Kandis yang dikenali sebagai kawasan Kedai Salor,kawasan kedai salor merupakan pekan asal dan tempat kegiatan ekonomi bagi penduduk di daerah salor pada satu ketika dahulu dimana menjadi pusat tumpuan penduduk sekitar dan dari jajahan pasir mas yang hanya perlu menyeberang sungai untuk ke kedai salor

Semerak

Semerak ialah satu daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut dalam Tok Bali. Kawasan ini amat bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu. Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawsan pantai di utara Terengganu. Nama semerak diambil dari nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra.

Di kawasan Semerak terdapat kampung Gong Chengal, Gong Chokoh, Gong Depu, Gong Guchil, Gong Kala, Gong Kedak, Gong Keding, Gong Kemudu, Gong Ketereh, Gong Kua, Gong Kubur, Gong Tok Aji, Gong Kulim, Gong Lapang, Gong Manak, Gong Pacat, Gong Pasir, Gong Sepuloh, Gong Tapang dan Gong Tengah.

Tendong

Tendong merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kubang Sepat, utara jajahan Pasir Mas, Kelantan. Setelah jambatan Tendong dibuka pada tahun 2002, aliran trafik bertambah sibuk bagi mengurangkan kesesakan di sekitar jambatan Sultan Yahya Petra untuk menuju ke Kota Bharu.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.