Parti politik

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu, parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat perkembangan parti pembangkang.

Siri Politik
  • Politik mengikut negara
  • Sains politik
  • Sejarah politik
  • Ahli sains politik
  • Perbandingan kerajaan
  • Hubungan antarabangsa
  • Politik ekonomi
  • Falsafah politik
  • Psikologi politik
  • Bentuk kerajaan
  • Kedaulatan
  • Pentadbiran awam
  • Persetujuan oleh rakyat
  • Teori tingkah laku politik
Subsiri Politik

Senarai parti politik

Mengikut negara

Angkatan Keadilan Insan Malaysia

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah bekas sebuah parti politik di Malaysia. AKIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan pada 1995, berikutan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli. AKIM kini telah diambil alih dan dijenamakan sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) .

Bebas (ahli politik)

Dalam politik, calon Bebas adalah seseorang yang bukan ahli mana-mana parti politik. Calon bebas boleh mempunyai pendapat sentrisme kepada apa yang mereka mahu lakukan apabila mereka dipilih, atau mereka mungkin mempunyai pandangan yang ekstrem yang sangat berbeza daripada apa yang pihak lain ada. Terdapat juga beberapa ahli politik yang memilih untuk bertanding pada pilihan raya oleh diri mereka sendiri sebagai calon bebas walaupun mereka pernah menjadi ahli parti politik, kerana mereka tidak mahu mengikut ideologi politik parti mereka. Beberapa calon Bebas mungkin mewujudkan parti politik mereka sendiri hanya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Gagasan Sejahtera

Gagasan Sejahtera (GAGASAN) merupakan sebuah gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya dikenali sebagai Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut diumumkan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera..8

Gagasan Sejahtera dianggotai oleh parti-parti politik iaitu PAS, IKATAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA); pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, dan individu perseorangan seperti mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Persefahaman Politik (political understanding) ini menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

Harakah Keadilan Rakyat

Harakah Keadilan Rakyat (HAK), merupakan pakatan gabungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)) dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di dalam pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1986.

Kongres India Malaysia

Kongres India Se-Malaysia (MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Vigneswaran Sanasee. MIC merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pembangkang bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, dan Sarawak.

Parti Amanah Negara

Parti Amanah Negara (Amanah) ialah sebuah parti politik di Malaysia. Parti Amanah diasaskan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu. Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16 September 2015.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei ) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

Parti Cinta Malaysia

Parti Cinta Malaysia (Love Malaysia Party) ditubuhkan pada tahun 2009. Objektif Parti ini ditubuhkan adalah demi untuk Kesejahteraan, Kemakmuran, dan Keamanan. Parti Cinta Malaysia adalah sebuah Parti yang berbilang kaum. Semua warganegara Malaysia yang selaras dengan objektif ini digalakkan untuk menyertai Parti Cinta Malaysia. Pada mulanya, Parti Cinta Malaysia adalah sebuah Parti Bebas. Pada 23 April 2019, Parti Cinta Malaysia telah diterima menjadi Ahli Bergabung Barisan Nasional.

Parti Cinta Malaysia Facebook

Sijil Pendaftaran ROS PCM

Penubuhan Parti Cinta Malaysia 11 Dec 2009

Pooling for Sarawak 10th pooling.

Parti Cinta Malaysia, PCM appeals to EC over logo use in Sarawak election, BERNAMA.

Parti Demokrat Sosial Jerman

Parti Demokrat Sosial Jerman (Bahasa Jerman: Die Sozialdemokratische Partei Deutschlands, SPD) adalah satu sebuah parti politik yang mengamalkan fahaman Marxisme dan mewakili kelas pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja di Jerman. Parti ini merupakan parti paling lama di Jerman dan yang paling banyak mempunyai keahlian. Program parti ini pada hari ini menuntut pemodenan ekonomi negara bagi memenuhi tuntutan dan cabaran globalisasi. Namun, mereka turut menekankan peri pentingnya kehendak sosial golongan pekerja dan golongan kurang upaya.SPD ketika ini diketuai oleh Kurt Beck yang juga merupakan Ketua Menteri negeri Rheinland-Pfal. SPD turut menyertai kerajaan campuran yang memerintah Jerman pada hari ini. Parti ini turut bersekutu di peringkat Kesatuan Eropah dengan Parti Sosialis Eropah (SPE) dan juga merupakan ahli Sosialis Antarabangsa (SI) yang beribu pejabat di Zurich.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian People's Movement Party; singkatan: GERAKAN) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Mah Siew Keong. GERAKAN merupakan parti serpihan Persatuan Cina Malaysia (MCA). GERAKAN merupakan komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pembangkang di peringkat Persekutuan, Barisan Nasional merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Pahang dan Perlis. GERAKAN tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak. Pada 23 Jun 2018 mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) GERAKAN telah mengumumkan untuk keluar dari Barisan Nasional dan kekal sebagai Parti Bebas di dalam Blok Pembangkang.

Parti Hizbul Muslimin Malaysia

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982. HAMIM kini merupakan salah sebuah parti politik yang tidak aktif, tetapi tidak dibubarkan.

Parti Kebangsaan Sabah

Parti Kebangsaan Sabah (atau dikenali sebagai PKS) merupakan salah satu parti di Malaysia yang berpangkalan dan beroperasi di negeri Sabah, Malaysia.

Parti ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2013 bersama lain-lain parti di Sabah dan juga Semenanjung Malaysia. Pelancaran parti ini telah dilaksanakan di Ballroom Hotel Siang Garden, Sandakan pada 18 April 2015 di mana ianya telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Presidennya iaitu Thomas Anggan. Parti ini telah menggariskan dasar perjuangannya di mana matlamat perjuangannya adalah untuk kepentingan masyarakat bumiputera Sabah dan anak-anak Sabah. Parti ini telah mengadakan konsesus dan kerjasama dengan lain-lain parti tempatan Sabah dan Sarawak serta wakil parti dari Semenanjung Malaysia untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA). Walau bagaimanapun, SAKSAMA sehingga kini masih dalam proses pembentukan.

Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandasakan komsep parti milik semua kaum dan perjuangan untuk semua kaum bumiputera di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.

Setakat ini, parti ini telah mempunyai 24 bahagian di seluruh Sabah dan keanggotan dalam 30 ribu orang. Bagaimanapun, angka ini meningkat dan semakin meningkat arim masa ke semasa. Dijangkakan juga bahawa parti ini akan menyertai pentas politik dan pertandingan dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018. PKS ketika ini sedang rancak dan berusaha keras menambahkan keahlian dikalangan masyarakat dana anak-anak tempatan negeri Sabah bagi mendukung perjuangannya untuk sebuah negeri yang berdaya maju, aman, makmur dan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Parti Komunis China

Parti Komunis China (CPC, Communist Party of China atau CCP, Chinese Communist Party) adalah parti politik yang memerintah Republik Rakyat China, seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara tersebut. Parti Komunis China ditubuhkan pada tahun 1921, dan melawan Kerajaan Kebangsaan China (Republik China) pimpinan Kuomintang (KMT) ketika Perang Saudara China, yang berakhir dengan kemenangan Parti Komunis China dalam Revolusi China. Dengan lebih 70 juta orang ahli, CPC merupakan parti politik terbesar di dunia, dengan perangkaan hampir 5% daripada jumlah populasi China.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan salah satu parti politik Malaysia tempatan di Sarawak. PBB ditubuhkan pada 30 April 1973 daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak. Walau bagaimana pun, pada 12 Jun 2018, SUPP mengumumkan secara sah bahawa mereka keluar daripada Barisan Nasional,dan membentuk parti baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama bekas parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak.

Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.

Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi.

Parti Republikan (Amerika Syarikat)

Parti Republikan merupakan satu daripada dua parti politik kontemporari utama di Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Parti Demokrat. Ia sering dirujuk sebagai Grand Old Party atau GOP. Diasaskan pada tahun 1854 oleh aktivis-aktivis penyebaran anti-perhambaan dan pemodenan, Parti Republikan dengan cepatnya melangkaui Parti Whig sebagai penentang utama kepada Parti Demokrat. Parti ini pertama kali berkuasa pada tahun 1860 dengan pemilihan Abraham Lincoln selaku presiden yang menyaksikan berlakunya Perang Saudara Amerika dan pembangunan semula. Dewasa ini, parti ini menyokong platform konservatif dan neokonservatif, dengan asas-asas di dalam polisi fiskal bahagian pembekalan dan konservatisme sosial.

Presiden terkini Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mewakili parti ini bersama timbalannya Mike Pence sejak memenangi pilihan raya negara tersebut. Malah, ia pernah memegang kuasa ke atas kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat sehingga majoritinya dalam Dewan Perwakilan disingkirkan selepas keputusan pilihan raya separuh penggal tahun 2018.

Pemuda Radikal Melayu

Pemuda Radikal Melayu (singkatan: PERAM) ditubuhkan pada Januari 1948 oleh M. Mustaza. Pemuda Radikal Melayu ini berhaluan Sosialis. Namun Pemuda Radikal Melayu ini telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Persatuan Cina Malaysia

Persatuan Cina Malaysia MCA

adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dibawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pembangkang dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis dan Pahang.

Setiausaha Agung MCA ialah Datuk Chong Sin Woon.Ketua Pemuda MCA ialah Nicole Wong Siaw Ting manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Datuk Heng Seai Kie.

Senarai parti politik Malaysia

Berikut merupakan senarai parti-parti politik Malaysia yang terdapat di Malaysia. Senarai parti yang berdaftar boleh didapati di Senarai parti berdaftar di SPR.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.