Order of the Bath

Darjah The Most Honourable Order of the Bath (sebelum ini Most Honourable Military Order of the Bath) ("Darjah Bath yang Amat Dihormati")[1] ialah sebuah darjah kesateriaan British yang diasakan Raja George I pada 18 Mei 1725.[2] Nama darjah ini datang daripada upacara penganugerahan kesateriaan yang diamalkan dalam Zaman Pertengahan yang melibatkan upacara memandi (sebagai lambang penyucian) sebagai satu daripada unsurnya. Kesateria yang mendapat gelaran ini dipanggil Knights of the Bath (harfiah, "Kesateria Mandi").[3]

Order of the Bath DSC05151
Lencana Companion Order of the Bath
Order of the Bath UK ribbon
Bar reben Order of the Bath

Rujukan

  1. ^ The word "Military" was removed from the name by Queen Victoria in 1847. Letters Patent dated 14 April 1847, quoted in Statutes 1847.
  2. ^ Statutes 1725, although Risk says 11 May
  3. ^ Anstis, Observations, p4

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Archibald Wavell, Earl Wavell Pertama

Fil Marsyal Archibald Percival Wavell, Earl Wavell Pertama (5 Mei 1883 – 24 Mei 1950) ialah seorang komander kanan Tentera Darat British. Beliau berkhidmat dalam Perang Boer Kedua, dan Kempen Lembah Bazar. Beliau tercedera dalam pertempuran Ypres dalam Perang Dunia Pertama. Beliau juga berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua, pada awalnya sebagai Panglima Tertinggi Timur Tengah (Commander-in-Chief, C-in-C). Sebagai C-in-C, beliau memimpin angkatan British menewaskan angkatan Itali dalam kempen di wilayah timur Libya dan barat Mesir dalam Operasi Compass dalam bulan Disember 1940. Malangnya beliau ditewaskan tentera Jerman di Gurun Barat dalam bulan April 1940. Beliau berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi India (Commander-in-Chief, C-in-C India]], dari Julai 1941 hingga Jun 1943 (selain daripada perkhidmatan singkat sebagai Komander ABDACOM) dan kemudian berkhidmat sebagai Wizurai India sehinggalah persaraan beliau dalam bulan Februari 1947.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Bernard Montgomery

Fil Marsyal Sir Bernard Law Montgomery, 1st Viscount Montgomery of Alamein, KG, GCB, DSO, PC (; 17 November 1887 – 24 Mac 1976), digelar "Monty" dan "Spartan General", ialah seorang pegawai tertinggi Tentera Darat British. Beliau beraksi dalam Perang Dunia I dan mendapat kecederaan parah. Sewaktu Perang Dunia II beliau memerintah Tentera Darat Ke-8 dari Ogos 1942 di Gurun Barat hingga kemenangan terakhir Bersekutu di Tunisia. Pemerintahan ini termasuklah Pertempuran El Alamein, yang menjadi satu titik perubahan dalam Kempen Gurun Barat. Beliau kemudian memerintah Eighth Army di Sicily dan Itali.

Fil Marsyal Montgomery merupakan tokoh tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan Bersekutu di Afrika Utara, Sicily, dan Itali, dan di bawah pimpinan Jeneral Besar Eisenhower beliau merancang operasi Overlord. Pada D-Day Montgomery merupakan panglima pasukan darat bagi tentera Bersekutu di bawah Pemerintah Tertinggi Eisenhower dan memimpin unit tentera Bersekutu sehingga akhir perang.

Beliau diberi memerintah semua pasukan tentera darat Bersekutu semasa Operasi Overlord dari pendaratan awal hingga selepas Pertempuran Normandy. Beliau kemudian diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-21 bagi keseluruhan kempen di Barat Laut Eropah. Dengan itu beliau menjadi panglima perang utama bagi percubaan gagal airborne keatas jambatan Rhine di Arnhem dan penyeberangan Sungai Rhine. Pada 4 Mei 1945 beliau menerima Penyerahan kalah Jerman di Lüneburg Heath di utara Jerman. Selepas perang beliau menjadi Panglima Tertinggi Tentera Darat British Rhine (BAOR) di Jerman dan kemudian Ketua Turus Am Imperial.

Chester Nimitz

Chester William Nimitz (24 Februari 1885 - 20 Februari 1966) adalah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Beliau memainkan satu peranan besar dalam sejarah tentera laut Perang Dunia II selaku Panglima Tertinggi, Armada Pasifik Amerika Syarikat (CinCPac), bagi angkatan tentera laut A.S. dan Panglima Tertinggi, Wilayah Lautan Pasifik (CinCPOA), bagi tentera A.S. dan angkatan udara, laut dan darat pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II. Beliau memimpin Armada Pasifik Amerika sejurus selepas Pearl Harbor sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1942 beliau mengambil alih kepimpinan Medan Pasifik Tengah dan memimpin usaha loncatan pulau melalui Gilberts, Marshalls, dan Marianas ke arah pulau asal Jepun.

Nimitz ialah pakar utama kapal selam dalam Tentera Laut A.S. serta merupakan Ketua Biro Navigasi Tentera Laut pada tahun 1939. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) dari tahun 1945 hingga 1947. Beliau merupakan Laksamana Armada terakhir Amerika Syarikat yang tinggal.

Dwight D. Eisenhower

Dwight David Eisenhower atau dikenali juga dengan nama panggilan Ike ialah Presiden Amerika Syarikat ke-34 yang berkhidmat dari tahun 1953 hingga 1961.

Pada Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersekutu di Eropah dengan pangkat General of the Army (Jeneral Tentera Darat). Pada 3 Januari 1959, beliau merasmikan penetapan Alaska sebagai negeri yang ke-49 yang merupakan wilayah terluas di Amerika. Eisenhower adalah satu-satunya presiden yang pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I mahupun Perang Dunia II.

George Marshall

George Catlett Marshall, Jr (31 Disember 1880-16 Oktober 1959) adalah seorang Jeneral Tentera Darat Amerika dan negarawan terkenal untuk peranan beliau semasa Perang Dunia II dan Perang Dingin. Beliau merupakan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Setiausaha Negara, dan Setiausaha Pertahanan yang ketiga. Beliau telah dinobatkan sebagai "penganjur kemenangan" oleh Winston Churchill untuk kepimpinan beliau yang memenangkan Pihak Bersekutu dalam Perang Dunia II, Marshall berkhidmat sebagai Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat semasa perang dan sebagai ketua penasihat tentera kepada Presiden Franklin D. Roosevelt. Selaku Ketua Turus, Marshall mempengerusikan penciptaan Tentera Darat Amerika Syarikat, yang pada tahun 1939 memiliki kurang dari 200,000 anggota. Beliau merupakan penasihat tentera yang paling dipercayai oleh FDR.

Nama Marshall telah diberikan kepada Rancangan Marshall, selepas menyampaikan ucapan permulaan beliau selaku Setiausaha Negara di Universiti Harvard dalam bulan Jun 1947. Ucapan itu mengesyorkan bahawa orang Eropah secara kolektif membuat rancangan mereka sendiri untuk pembinaan semula Eropah selepas Perang Dunia II menyatakan, "Ia adalah logik bahawa Amerika Syarikat harus melakukan apa sahaja yang ia mampu lakukan untuk membantu dalam pengembalian kesihatan ekonomi biasa di dunia." Jabatan Negara membuat kebanyakan rancangan itu, dan Truman cukup licik untuk membiarkan nama Marshall dilampirkan sekali. Tidak seperti Truman, Marshall secara meluas dikagumi oleh ahli kedua-dua parti politik. Marshall menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1953 untuk rancangan itu, yang bertujuan untuk pemulihan ekonomi di Eropah Barat selepas Perang Dunia II.

Giffard Le Quesne Martel

Lieutenan-Jeneral]] Sir Giffard Le Quesne Martel, Order of the Bath (KCB), Order of the British Empire (KBE), Distinguished Service Order (DSO), Military Cross (MC), Institution of Mechanical Engineers (M I Mech E) (10 Oktober 1889 – 3 September 1958) merupakan seorang Tentera British yang berkhidmat dalam kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Dia merupakan anak Brigadier Jeneral Charles Philip Martel, Order of the Bath (C.B.), Ketua Superintendent bagi Kilang Peluru. Dia berkahwin dengan Maud Mackenzie pada 29 Julai 1922 dan mereka memiliki dua orang anak, Major Peter Martel, MC, lahir 1938 dan Gillian, lahir 1941. Biasanya dikenali sebagai "Q Martel" atau sekadar "Q", dia merupakan perintis kejuruteraan tentera British dan pakar strategi kereta kebal.

Giffard Le Quesne Martel memasuki Akademi Tentera DiRaja, Woolwich pada tahun 1908 dan dikomisen sebagai Lieutenan Kedua dalam Jurutera DiRaja pada 23 Julai 1909. An enthusiastic amateur boxer, Martel merupakan orang penting dalam penubuhan Persatuan Tinju Tentera Laut DiRaja dan Tentera pada tahun 1911.

Golongan kesatriaan

Golongan kesatriaan merupakan persatuan dan persahabatan para kesatria (pahlawan berkuda) yang ditubuhkan sempena mencontohi golongan tentera Kristian dalam Perang Salib. Selepas peperangan itu, memori golongan tentera perang salib ini menjadi bersifat idealis dan bersifat romantik.

Pensejarahan moden cenderung menyatakan bahawa kejatuhan Acre pada tahun 1291 sebagai zaman terakhir perang salib. Dalam pemahaman kontemporari, banyak perang salib tambahan terhadap orang Turki telah dirancang dan sebahagiannya dilaksanakan sepanjang abad ke-14 dan berterusan hingga abad ke-15.

Golongan kesatriaan pada akhir zaman pertengahan memahami diri mereka sebagai pantulan usaha tentera yang sedang menentang Islam, namun usaha tersebut, dengan kebangkitan Empayar Uthmaniyah dan Kejatuhan Constantinople pada tahun 1450an, berlaku tanpa harapan realistik untuk berjaya.

Semasa abad ke-15, golongan kesatriaan hanya menjadi gaya hidup yang penuh tertib yang boleh dijadikan ad-hoc, sebahagian daripada mereka betul-betul mengandungi kata hormat, tiada mengandungi apa-apa melainkan lencana. Institusi ini sebaliknya menghidupkan darjah kebaktian di zaman moden.

Horatio Nelson

Horatio Nelson, 1st Viscount Nelson Panglima tentera laut British yang agung, Nelson (Lahir tahun 1758-Mati tahun 1805,umurnya 47 tahun)

Laksamana Madya (Vice Admiral) Horatio Nelson, Viscount Pertama Nelson, KB (29 September 1758 – 21 Oktober 1805) merupakan laksamana British yang terkenal dengan pembabitannya dalam Perperangan Napoleon, terutamanya dalam Pertempuran Trafalgar, kemenangan mutlak British dalam perperangan di mana dia terbunuh. Nelson dikenali kerana keupayaannya bagi memberi semangat dan menghasilkan yang terbaik bagi orang-orangnya, sehingga pada tahap ia diberi nama: "Sentuhan Nelson". Tindakannya semasa perperangan Laut ini bererti dia dihormati sebelum dan selepas kematiannya sebagaimana sebilangan tokoh tentera sepanjang sejarah British.

Ivan Konev

Ivan Stepanovich Konev (Bahasa Rusia: Ива́н Степа́нович Ко́нев; 28 Disember [G.L.: 16 December] 1897 – 21 Mei 1973), adalah seorang panglima tentera Soviet, yang memimpin angkatan Tentera Merah di Barisan Timur semasa Perang Dunia II, merampas semula kebanyakkan wilayah-wilayah Eropah Timur daripada penjajahan Kuasa Paksi, dan membantu menawan ibu negara Jerman, iaitu Berlin.

Pada tahun 1956, selaku Panglima bala tentera Pakatan Warsaw, Konev mengetuai tindakan menumpaskan Revolusi Hungary dengan divisyen armor Soviet.

Josip Broz Tito

Josip Broz (abjad Cyril: Јосип Броз, disebut [jǒsip brôːz]; 7 Mei 1892 – 4 Mei 1980), juga dikenali dengan nama Tito, abjad Cyril: Тито, disebut [tîto]), merupakan seorang revolusioner komunis Yugoslav yang berkedudukan penting dalam politik Yugoslavia dari tahun 1943 sehingga kematiannya pada 1980.Beliau lebih dikenali dalam peringkat antarabangsa sebagai ketua Pergerakan Negara-Negara Berkecuali bersama-sama Jawaharlal Nehru, Gamal Abdel Nasser, Sukarno dan Kwame Nkrumah.

Konstantin Rokossovsky

Konstantin Rokossovsky (Bahasa Poland: Konstanty Ksawerowicz Rokossowski, Bahasa Rusia: Константин Константинович Рокоссовский; 21 Disember [G.L.: 9 Disember] 1896 – 3 Ogos 1968) ialah seorang pegawai tertinggi Soviet berketurunan Poland yang menjadi Marsyal Kesatuan Soviet, Marsyal Poland dan berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Poland. Beliau adalah diantara panglima Tentera Merah yang paling menonjol semasa Perang Dunia II, terutamanya terkenal dalam merancang dan melaksanakan Operasi Bagration, iaitu salah satu kejayaan Tentera Merah yang paling muktamad dalam peperangan.

Louis Mountbatten

Laksamana Armada Louis Francis Albert Victor Nicholas Mountbatten, Earl Mountbatten Pertama Burma, (lahir Putera Louis dari Battenberg; 25 Jun 1900 – 27 Ogos 1979) adalah seorang pegawai tentera laut British dan negarawan, pak cik kepada Putera Philip, Duke Edinburgh, dan sepupu kedua Elizabeth II. Semasa Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Markas Asia Tenggara (1943–46). Beliau merupakan Wizurai India (1947) yang terakhir dan Gabenor Jeneral pertama India merdeka (1947–48).

Dari tahun 1954 hingga 1959 beliau menjadi First Sea Lord, iaitu jawatan yang telah disandang oleh bapanya, Putera Louis Battenberg, empat puluh tahun yang lalu. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Pertahanan sehingga tahun 1965, menjadikannya ketua profesional paling lama berkhidmat dalam Angkatan Tentera British setakat ini. Semasa tempoh itu Mountbatten juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO selama setahun.

Pada tahun 1979, Mountbatten dan cucunya Nicholas, serta dua yang lain telah dibunuh oleh Tentera Republikan Sementara Ireland (IRA), yang telah meletakkan bom didalam bot memancingnya, Shadow V, di Mullaghmore, County Sligo, Ireland.

Omar Bradley

Omar Nelson Bradley (12 Februari 1893 – 8 April 1981) ialah panglima perang Tentera Darat Amerika Syarikat di Afrika Utara dan Eropah semasa Perang Dunia II, dan merupakan seorang Jeneral Tentera Darat. Dari pendaratan Normandy sehinggalah perang berakhir di Eropah, Bradley telah memerintah seluruh angkatan tentera darat A.S. yang menceroboh Jerman dari arah barat; kesudahannya beliau memerintah 43 divisyen dan 1.3 juta anggota, iaitu kumpulan terbesar askar Amerika yang pernah berkhidmat dibawah seorang panglima perang AS. Selepas perang, Bradley memimpin Pentadbiran Veteran dan menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Pada tahun 1949, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama yang pertama, dan pada tahun berikutnya menyelia pembuatan polisi untuk Perang Korea, sebelum bersara dari tentera pada tahun 1953.

Jeneral Bradley merupakan orang terakhir daripada sembilan pegawai tertinggi yang menyandang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat.

Order of the Golden Kite

Darjah Golden Kite (金鵄勲章, Kinshi Kunsho, secara harfiahnya Darjah Burung Helang Kembara Emas) ialah darjah kebesaran Empayar Jepun, dizahirkan pada 12 Februari 1890 oleh Maharaja Meiji "untuk memperingati Jimmu Tennō, Romulus Jepun." Ia secara rasminya dimansuhkan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu di Taklukan Jepun pada tahun 1947 selepas Perang Dunia II.

Putera Henry, Duke Gloucester

Yang Teramat Mulia Putera Henry, Duke Gloucester, (Henry William Frederick Albert; 31 Mac 1900 – 10 Jun 1974) merupakan paduka putera ketiga kepada Raja George V dan Permaisuri Mary.

Baginda, permaisurinya dan puteranya berkenan mencemar duli berangkat tiba di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 sebagai wakil Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu Elizabeth II. Baginda berkenan menyerahkan surat perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman.

Puteri Alice, Duchess Gloucester

Puteri Alice, Duchess Gloucester, (Alice Christabel; Templat:Nee; 25 December 1901 – 29 October 2004) merupakan suri kepada Putera Henry, Duke Gloucester, putera ketiga kepada Raja George V dan Permaisuri Mary. Baginda merupakan bonda kepada Putera William dari Gloucester dan Putera Richard, Duke Gloucester.

Diputerakan sebagai puteri kepada Duke ke-7 Buccleuch, pemilik tanah terbesar Scotland, baginda melalui perkahwinan menjadi seorang puteri United Kingdom, dan adinda ipar kepada Raja Edward VIII dan Raja George VI. Baginda kemudian melalui perkahwinan bonda saudara kepada Ratu Elizabeth II.

Kakanda baginda Walter dan William dan putera saudara baginda John kesemuanya MP Parti Konservatif. Sepupu baginda, Marian Montagu Douglas Scott, merupakan nenda sebelah ayahanda kepada Sarah, Duchess York, bekas suri kepada cucunda saudara Alice, Putera Andrew, Duke York.

Puteri Alice banyak mengembara, sebelum dan selepas perkahwinan baginda.

Willem I dari Belanda

Willem I (Willem Frederik, 24 Ogos 1772 – 12 Disember 1843) merupakan Raja Belanda pertama dan juga menjawat jawatan Duke Besar Luxembourg serta Putera Oranye.

Di Jerman, baginda menjadi pemerintah Nassau-Oranye-Fulda dari tahun 1803 sehingga 1806 dan menjadi Putera Oranye-Nassau dari 1806 sehingga 1815. Pada 16 Mac 1815, beliau mengisytiharkan diri sebagai Raja Belanda dan Erherzog Luxembourg. Pada 9 Jun tahun yang sama, baginda juga menjadi Duke Besar Luxembourg. Selepas tahun 1839, baginda menjadi Duke Limburg. Pada era pemerintahannya, kerajaan baginda kehilangan negeri-negeri selatan yang kini membentuk Belgium negara moden.

William IV dari United Kingdom

William IV (William Henry; 21 Ogos 1765 – 20 Jun 1837) ialah raja United Kingdom Great Britain dan Ireland dan raja Hanover berikutan kemangkatan kakandanya, Raja George IV, pada 26 Jun 1830 sehingga kemangkatannya sendiri hampir tujuh tahun kemudian. Baginda merupakan anakanda lelaki ketiga Raja George III.

Di masa mudanya, William berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja British di Amerika Utara dan Caribbean, oleh itu baginda dipanggil "Sailor King" ("Raja Pelaut") semasa dan selepas pemerintahannya. Pada tahun 1789, baginda diberikan gelaran Duke Clarence dan St Andrews. Oleh sebab kedua-dua kakandanya mangkat tanpa meninggalkan waris, baginda menaiki takhta ketika berusia 64 tahun dan merupakan orang yang tertua menaiki takhta British. Pemerintahannya bertepatan dengan pembaharuan kebajikan golongan miskin, pengetatan buruh kanak-kanak, penghapusan sistem perhambaan di hampir seluruh Empayar British dan pembaharuan sistem pengundian British di bawah Akta Pembaharuan 1832. Walaupun baginda tidak bermain peranan yang aktif dalam politik semacam ayahanda dan kakandanya, baginda merupakan raja British terakhir yang melantik seorang Perdana Menteri bercanggah dengan kehendak Parlimen. Adindanya Putera Adolphus yang mewakili baginda sebagai pemangku raja di Hanover menggubalkan sebuah perlembagaan yang liberal bagi Hanover, meskipun perlembagaan itu tidak bertahan lama.

Semua anakanda-anakanda William IV dengan isterinya Adelaide dari Saxe-Meiningen mati awal, tetapi baginda mempunyai sepuluh orang anak tidak sah taraf dengan seniwati Dorothea Jordan yang merupakan perempuan simpanannya selama 20 tahun. Selepas baginda mangkat pada tahun 1837, baginda digantikan oleh anakanda saudaranya Victoria sebagai Ratu United Kingdom dan adindanya Ernest Augustus sebagai Raja Hanover.

William Slim, Viscount Slim Pertama

Fil Marsyal William Joseph "Bill" Slim, Viscount Slim Pertama (6 Ogos 1891 – 14 Disember 1970) ialah seorang panglima tentera British dan juga Gabenor Jeneral Australia ke-13.

Slim bertempur dalam kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Kedua dan mengalami kecederaan ekoran pertempuran sebanyak tiga kali. Semasa Perang Dunia II, beliau mengetuai Tentera Darat Ke-14 (Inggeris: 14th Army), ketumbukan yang mendapat jolokan "the forgotten army" ("tentera yang dilupakan") dalam Kempen Burma. Dari tahun 1953 sehingga 1959, beliau menjawat jawatan Gabenor Jeneral Australia. Beliau dianggap sebagai wira perang tulen oleh ramai rakyat Australia yang bersama-sama dengan pasukan Anzac bertempur di Gallipoli.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.