Orang Yahudi Sephardi

Sephardi (Ibrani: ספרדי, Standar Səfardi Tiberias Səp̄arədî; plural ספרדים, Standar Səfaradim Tiberias Səp̄arədîm) merupakan sebuah sub-kelompok Yahudi yang berasal dari Jazirah Iberia, yang biasanya dibezakan dengan Yahudi Ashkenazi.

Yahudi Sefardim
יהדות ספרד (Yahadut Sfarad)
baris 1: Maimonides•Isaac Abrabanel•Baruch Spinoza•David Nieto•Daniel Mendoza•David Ricardo
baris 2: Moses Montefiore•Benjamin Disraeli•Sabato Morais•Emma Lazarus•Benjamin Cardozo•David de Sola Pool
baris 3: Basil Henriques•Pierre Mendès-France•Sam Costa•Jacques Derrida•Shlomo Amar•Hank Azaria
Jumlah populasi
(Yahudi Sefardim
1,5 - 2,0 juta (perkiraan)
hingga 20% dari keseluruhan populasi 'Dunia Yahudi')
Kawasan ramai penduduk
 Israel673,000-725,000
 Perancis310,000-350,000
 Amerika Syarikat50,000-80,000
 Argentina37,500-60,000
 Kanada30,000-60,000
 Brazil20,000-60,000
 Turki25,000-30,000
 Sepanyol12,000
 Greece> 8,500
 Maghribi5,500
 Bulgaria5,000
 Colombia<5,000
 Cuba3,500
 Tunisia2,000
 Guatemala1,200
 Paraguay1,000
 Belanda1,000
 Portugal500
 Bosnia dan Herzegovina500
 Mesirunknown
 Italiunknown
 Mexico40,000
 Venezuela35,375
Bahasa
Bahasa Ibrani, Ladino, Yahudi-Portugis, Catalan, Shuadit, bahasa-bahasa lokal
Agama
Yahudi
Kumpulan etnik yang berkaitan
Yahudi Ashkenazi, Yahudi Mizrahi, pembahagian etnik Yahudi lainnya, Arab, bangsa Sepanyol, Portugis.

Definisi

Sephardi merupakan bentuk plural dari "Sefard", yang bermaksud "Sepanyol". Kata ini digunakan untuk merujuk orang-orang Yahudi yang berasal dari Iberia (kini Portugal dan Sepanyol), termasuk keturunan mereka yang diperintahkan meninggalkan Sepanyol ketika penguasa Katolik Ferdinand dan Isabel I dari Castilla merebut kembali dari tangan orang Islam Arab dan Yahudi Afrika Utara yang menginvasi Sepanyol pada 711 M. (Finkelstein, hlm. 13) Perintah deportasi ini (dijadikan hukum dalam Dekrit Alhambra pada 1492), atau dari Portugal berdasarkan perintah Raja Manuel I pada 1497. Di zaman modern, istilah ini juga digunakan untuk orang-orang Yahudi yang mungkin tidak dilahirkan sebagai Sephardi (atau bahkan juga bukan Yahudi) tetapi menghadiri ibadah di sinagoga-sinagoga Sephardi dan mempraktikkan tradisi Sefardis. Kini ada sekitar 12,000 orang Yahudi di Sepanyol dan 500 di Portugal.[1]

Lihat juga

  • Ashkenazi

Rujukan

  1. ^ 2006 Jewish statistics around the world
René Cassin

René Samuel Cassin (5 Oktober 1887 - 20 Februari 1976) ialah seorang peguam Perancis, profesor undang-undang dan hakim.

Cassin dilahirkan di Bayonne, Negara Basque, Perancis. Anak seorang saudagar Perancis-Yahudi, beliau berkhidmat sebagai seorang askar dalam Perang Dunia I, dan kemudian membentuk Union Vedical, organisasi kiri, persatuan veteran. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1968 atas tugasnya dalam merangka Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, yang diadaptasi oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. Pada tahun yang sama, beliau juga dianugerahkan salah satu Hadiah Hak Asasi Manusia milik PBB. René Cassin mengasaskan Institut Sains Pentadbiran Perancis (IFSA) yang diiktiraf sebagai persatuan utiliti awam.

Yahudi Arab

Yahudi Arab (Bahasa Arab: اليهود العرب‎ [Al-Yahūd al-`Arab] , Bahasa Ibrani: יהודים ערבים‎ [Yehudim `Aravim] ) ialah istilah berkontroversi yang merujuk kepada orang Yahudi yang tinggal di Dunia Arab, atau umat Yahudi yang berbangsa Arab.Istilah ini kadangkala digunakan pada awal abad ke-20, semasa Dunia Arab mempunyai bilangan Yahudi seramai kira-kira 1 juta orang, yang cuba mendapat penerimaan di negara-negara Arab baharu di sana. Kebanyakan orang ini telah berpindah ke Israel dan Eropah Barat, dan sebahagian kecil daripadanya ke Amerika Syarikat dan Amerika Selatan. Mereka lazimnya berbahasa Arab, mempunyai salah satu jenis Bahasa Arab (lihat juga Bahasa-bahasa Judæo-Arab) sebagai bahasa utama komuniti, dengan Bahasa Ibrani disimpan sebagai sebuah bahasa liturgi.

Sejak pengasasan Negeri Israel, penggunaan istilah ini banyak berkurang dan digantikan dengan istilah Yahudi Sephard dan Yahudi Mizrah. Pada zaman kini, sesetengah cendekiawan – seperti Ella Shohat, seorang cendekiawan Timur Tengah di Universiti New York, David Shasha, Pengarah Pusat Warisan Sephradik, dan Amiel Alcalay, seorang profesor di Kolej Queen di New York – selama ini menitikberatkan kepentingan identiti mereka sebagai Yahudi Arab.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.