Ombak Rindu

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari diterbitkan pada 2002 oleh Alaf 21. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Novel ini telah diadaptasi sebanyak dua kali, iaitu dalam sebuah filem cetera pada 2011 dan satu lagi dalam bentuk pementasan teater pada 2016.

Ombak Rindu
Ombak Rindu
Kulit novel Ombak Rindu, cetakan pertama pada 2002.
PengarangFauziah Ashari
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreDrama
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
2002
Jenis mediaCetakan (kulit lembut)
Halaman576 ms
ISBNISBN 983-124-029-9 Invalid ISBN
Diikuti oleh'Cinta Tiada Akhirnya
Rindu Cintaku'

Latar belakang

Novel Ombak Rindu merupakan novel sulung yang ditulis oleh Fauziah Ashari dan diterbitkan oleh Alaf 21, anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf pada tahun 2002. Novel ini sudah dicetak sebanyak 23 kali dan Fauziah sudah pun mendapat royalti yang berjumlah RM219,000 sejak cetakan pertama novel ini diterbitkan pada tahun 2002. Dan nampaknya strategi penerbitan filem untuk melariskan kembali penjualan novel Ombak Rindu sememangnya berjaya apabila cetakan ke 24 sudah pun terjual 20 ribu daripada 40 ribu yang dicetak.[1]

Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian kedua-dua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Adaptasi

Filem

Ombak Rindu diadaptasikan ke filem oleh Tarantella Pictures dan Astro Shaw dan diarahkan oleh Osman Ali pada 2011 dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial, menerima enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke-25 dan enam anugerah di Anugerah Skrin 2012. Ia menjadi filem Malaysia kedua dengan kutipan tertinggi selepas filem KL Gangster.[2]

Teater

Filem Ombak Rindu telah dipentaskan pula dalam versi teater di Istana Budaya (IB), mulai 22 April hingga 1 Mei 2016. Diterbitkan oleh CTRA Production, teater Ombak Rindu bagaimanapun berbeza dengan versi filem arahan Osman Ali, lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz. Penerbitnya, Siti Rohaya Attan, berkata bagi persembahan pentas, mereka akan menggabungkan ketiga-tiga novel daripada siri berkenaan dalam sebuah cerita.[3][4][5]

Begitu juga dengan watak Izzah yang kali ini sangat berat berbanding filem.[3] Teater ini akan menggunakan dua watak Izzah yang berbeza, seperti tertulis di dalam novel berkenaan apabila seorang lagi muncul dengan menggunakan nama Suri. Begitupun, buat ketika ini Rohaya belum mampu mengumumkan nama pelakon wanita yang akan memegang watak utamanya walaupun tarikh pementasan hanya tinggal beberapa minggu lagi. Watak Hariz dalam versi teater terbabit akan dilakonkan oleh Keith Foo bagi menggantikan Aaron menolak tawaran kerana belum bersedia untuk membawa watak Hariz semula.[3] Antara pelakon lain yang terbabit dalam teater hasil skrip tulisan Rosminah Mohd Tahir itu ialah Zarina Zainoordin, Karl Shafek, Izzue Islam, Zaidi Omar, Aris Lufias dan Ameer (Forteen).[3]

Kesinambungan

Cinta Tiada Akhirnya

Cinta tiada Akhirnya adalah sambungan dari Ombak Rindu. Selepas perkahwinan rahsia diantara Hariz dan Izzah diketahui oleh umum, mereka hidup bahagia. Namun takdir sekali lagi menduga mereka berdua apabila kehadiran pakcik Izzah, Pak Taha mengugat kebahagian mereka. Izzah sekali lagi ditipu oleh Pak Taha sehingga akhirnya dia terpisah dari Hariz. Kehilanggan Izzah membuatkan Hariz hidup dalam terumbang-ambing. Setelah Hariz bertemu semula dengan Izzah, kekuatan cinta mereka sekali lagi teruji apabila Izzah hilang ingatan ketika cuba melepaskan diri dari gengaman Pak Taha. Walaupun Izzah sudah kembali kepangkuan Hariz, namun ingatannya terhadap Hariz dan masa silamnya masih lagi kabur. Hariz sabar menghadapi situasi ini, malah berusaha untuk memulihkan semula ingatan Izzah. Akhirnya Izzah kembali mengingati masa silamnya bersama Hariz. Disini juga Izzah mendapat tahu dia mempunyai saudara kembar bernama Suri.

Rindu Cintaku

Setelah Hariz bertemu semula dengan Izzah, kekuatan cinta mereka sekali lagi teruji apabila Izzah hilang ingatan ketika cuba melepaskan diri dari gengaman Pak Taha. Hariz pula terpaksa keluar dari Sufiah Holdings yang kini diterajui oleh adiknya Hazirah. Kemunculan Kelvin juga adalah kerana ingin membalas dendam kepada Hariz. Izzah sekali lagi terluka apabila Elin, adik kepada Mila menyintai Hariz dalam diam. Elin sanggup memfitnah Hariz kerana tidak mahu orang lain tahu yang dia sebenarnya telah dirogol ketika bercuti diluar negara. Izzah akhirnya membawa diri ke London untuk tinggal bersama Suri disana. Setelah beberapa tahun disana, rindu Izzah kepada Hariz tidak dapat dibendung lagi. Rasa rindu cintanya terhadap Hariz membawanya pulang kembali ke tanahair. Setelah sekian lama menyimpan rindu dihati akhirnya sekali lagi mereka berdua dipertemuakan semula dalam keadaan yang berbeza. Hariz kini telah menjadi petani moden yang berbakti kepada tanah dan juga telah bergelar Haji Hariz Bin Abdullah. Dan Izzah masih seperti dahulu, tetapi menyintai dan merindui cintanya kepada Haji Hariz Bin Abdullah. Alhamdullilah setelah mereka bersama kembali, Allah telah mengurniakan mereka 2 orang cahayamata setelah hampir 12 tahun mereka mengharungi badai kehidupan.

Kes saman

Pada Februari 2015, penulis novel ini, Fauziah Ashari mengambil tindakan terhadap Grup Buku Karangkraf dengan mendakwa beliau adalah pemilik hak cipta karya Ombak Rindu dan Grup Buku Karangkraf telah dengan salah memberikan Tarantella Pictures kebenaran untuk mengadaptasikan karya itu kepada filem. Fauziah mendakwa Tarantella Pictures telah mengubahsuai jalan cerita Ombak Rindu tanpa kebenarannya. Sehubungan itu beliau menuntut beberapa perintah mahkamah, termasuk deklarasi mahkamah bahawa Karya Ombak Rindu adalah milik mutlak beliau seorang, selain keuntungan dan ganti rugi untuk ditaksirkan oleh mahkamah.[6][7]

Pada 18 Oktober 2016, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak kes saman yang dikemukakan oleh Fauziah terhadap Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures tahun lepas. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak saman Fauziah selaku plaintif atas alasan plaintif telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Grup Buku Karangkraf yang ketika itu dikenali sebagai Alaf 21 Sdn Bhd.[6] Dalam penghakimannya, Amelia memutuskan melalui perjanjian yang ditandatangani oleh Fauziah dengan Alaf 21 pada 2002, Fauziah telah menyerahkan hak cipta karya Ombak Rindu kepada Alaf 21.[6]

Mahkamah juga memutuskan berdasarkan perjanjian tersebut, Alaf 21 mempunyai hak mutlak untuk mengedit, menerbitkan dan menjual karya tersebut dalam apa juga bentuk, termasuk memberikan kebenaran kepada Tarantella Pictures untuk mengadaptasikan karya Ombak Rindu kepada filem. Amelia turut memerintahkan Fauziah membayar kos RM40,000 kepada Grup Buku Karangkraf dan Tarantella Pictures Sdn Bhd masing-masing selaku defendan pertama dan kedua.[6]

Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd diwakili peguam Zuwita Kamaruzaman, manakala Tarantella Pictures (M) Sdn Bhd diwakili peguam Vasanthi Rasathurai. Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 2002 Fauziah menandatangani perjanjian dengan Alaf 21 berkenaan karya Ombak Rindu.[6]

Rujukan

  1. ^ Wahba (13 Januari 2013). Penghargaan pada novel cinta Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2013.
  2. ^ Ombak Rindu Adaptasi dari Novel ke Filem Ruby.my (5 November 2011).
  3. ^ a b c d Rodzan Mazalan (28 Februari 2016). Teater Ombak Rindu masih mencari Izzah BH Online. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  4. ^ Teater Ombak Rindu: Tonton Tak Jemu Tapi Keliru, Celaru My News Hub. 23 April 2016.
  5. ^ Ramlah Zainal (15 Mac 2016). Ombak Rindu dipentaskan di IB Harian Metro. Diperoleh pada 19 Mac 2016.
  6. ^ a b c d e Siti Azielah Wahi (19 Oktober 2016). Saman penulis Ombak Rindu ditolak Sinar Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2016,
  7. ^ Mahkamah Tolak Saman Novelis Ombak Rindu BeautifulNara (19 Oktober 2016). Dicapai pada 20 Oktober 2016.

Pautan luar

Aaron Aziz

Dato' Aaron Mustapha bin Aziz, DIMP (lahir 23 Februari 1976) ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di televisyen di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di Singapura pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya beliau melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Adira

Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.

Adira aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid sejak sekolah lagi. Malah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008. Malah, dia mewakili daerah Ranau bagi peringkat negeri Sabah dan berjaya mendapat tempat keempat. Sebelum itu, Adira juga pernah menyertai pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang, Sabah. Dia juara dalam pertandingan itu.

Beliau mula bertudung pada Ogos 2014.

Anugerah Juara Lagu ke-27

Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2012.

AJL27 dijuarai oleh lagu "Terukir Di Bintang", lagu gubahan dan seni kata Yunalis Zarai , nyanyian Yunalis Zarai digantikan oleh Aizat Amdan . "Terukir Di Bintang" merupakan lagu pertama dan satu-satunya (setakat ini) memenangi Juara Lagu hasil daripada nyanyian oleh penyanyi gantian.

Anugerah Juara Lagu ke-31

Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2016. Tema untuk acara tahun ini ialah "Cerita Dalam Lagu" yang mana ia berkonsep apabila seni kata dan penciptaan lagu diilhamkan daripada sebuah cerita.

Lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-31 (hadiah RM50,000 + trofi). Malah, Dayang Nurfaizah juga menerima anugerah Vokal Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi) untuk 3 tahun berturut-turut. Lagu "Terimaku Seadanya" (Ajai) dan "Sudah Ku Tahu" (Razif) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Manakala lagu "Hang Pi Mana" nyanyian Kumpulan Khalifah berjaya memperoleh anugerah Persembahan Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi).

Anugerah Skrin 2012

Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia, Anugerah Skrin yang dianjurkan buat kali ke-16. Ia berlangsung pada 9 November 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Dengan tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' yang bercirikan cerita dongeng, ASK2012 mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Azizah Mahzan

Azizah Mahzan ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang mula mencipta nama pada lewat 1980-an. Dilahirkan pada 4 November 1963. Beliau pernah meraih beberapa anugerah. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Nasir Bilal Khan pada tahun 1990-an.

Beliau pernah menggemparkan negara pada tahun 2009 apabila beberapa gambarnya bersosial di Pulau Langkawi ketika menjalani penggambaran drama Spa Q disebarkan di Internet. , Pada tahun 2011, ketika berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa 2011 beliau telah mengumumkan persaraan ketika berusia 54 tahun akibat kekecewaannya kerana sering diberi watak streotaip.

Bront Palarae

Nasrul Suhaimin bin Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Bront Palarae (lahir 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan pengacara televisyen Malaysia. Bront memulakan kerjaya lakonan menerusi peranan kecil dalam drama Mat Nor Kusyairi and the Velveboys (2000) dan peranan pembantu dalam Dengan Nama Cinta (2003), kemudian mendapat peranan utama dalam Cinta Tsunami (2005). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi watak sampingan dalam filem Lang Buana (2003), serta telah membintangi beberapa filem terkenal yang menerima pengiktirafan kritis termasuk Castello dan Tipah Tertipu The Movie (kedua-duanya 2006), Anak Halal (2007), Kala Malam Bulan Mengambang (2008), V3: Samseng Jalanan dan Belukar (2010), Ombak Rindu (2011), dan Terbaik dari Langit (2014).

Bront memulakan kerjaya antarabangsanya pada 2015 menerusi filem Jepun, Redemption Night, seterusnya muncul dalam filem Indonesia, Headshot (2016). Sebagai krew filem, beliau telah mengarahkan beberapa filem termasuk Kolumpo (2013) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan penerbit. Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23 pada 2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Dewi Cinta (album Adira)

Dewi Cinta ialah album studio pertama Adira. Album ini dilancarkan pada tahun 2014, iaitu empat tahun selepas keluar daripada Akademi Fantasia (musim 8) pada tahun 2010.

Fauziah Asyari

Fauziah Asyari (dieja sebagai Fauziah Ashari) merupakan seorang pengarang novel wanita yang berjaya di Malaysia. Dia telah berjaya menghasilkan sehingga 11 novel sehingga 2018 .

Karyanya Ombak Rindu telah diadaptasi bagi penghasilan filem Ombak Rindu pada penghujung 2011 oleh Tarantella Pictures, arahan Osman Ali. Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari. Filem tersebut turut dilakonan oleh tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Festival Filem Malaysia ke-25

Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) diadakan pada 27 Februari hingga acara kemuncaknya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 2 Mac 2013. Astro dan RTM menjadi penyiar rasmi FFM25.

Filem Malaysia tahun 2011

Filem Malaysia pada tahun 2011 dilihat lebih banyak daripada segi kuantiti berbanding tahun 2010 dengan 42 judul filem.

Hafiz Suip

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.

Maya Karin

Maya Karin Roelcke (lahir 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman. Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali. Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011. Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.

Normah Damanhuri

Normah Damanhuri (lahir 1 Januari 1952) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Ombak Rindu (filem)

Ombak Rindu merupakan sebuah filem genre drama dan cinta dibawah arahan Osman Ali dan mula ditayangkan pada 2011 di Malaysia.

Osman Ali

Osman Ali merupakan seorang pengarah filem Malaysia, berasal dari Langkawi, Kedah. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1999, beliau mengarahkan filem cetera pertamanya, Puaka Tebing Biru yang dikeluarkan lapan tahun kemudian. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filemnya yang diiktiraf oleh pengkritis, termasuk Anak Halal, Ombak Rindu dan Sinaran. Beliau juga merupakan pengasas syarikat penerbitan filem milik beliau, Nuansa Sdn. Bhd.

Pilot Cafe (filem)

Pilot Cafe merupakan sebuah filem romantik arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Neelofa, Izara Aishah, Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmad.Filem yang diadaptasikan daripada novel Pilot Cafe hasil nukilan Ahadiat Akashah mengisahkan

tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza (Fahrin Ahmad) yang kesepian

kerana terkenang kesalahannya terhadap Sharmilla (Noor Neelofa Mohd Noor)

seorang pramugari yang paling cantik kerana menyebabkan gadis itu

merana. Kemudian Amer bertemu Maya (Izara Aishah) seorang gadis yang

melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasih hatinya.

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015.

Uqasha Senrose

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi. Beliau kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin. Beliau juga telah muncul dalam drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan sebagai Arissa bersama sama Hisyam Hamid, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah.

Zaidi Omar

Zaidi Omar (lahir 1958) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Ombak Rindu
Novel
Filem
Lagu

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.