Ogos 2010

Ogos 2010 ialah bulan kelapan untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 31 hari pada hari Selasa.

Portal:Hal semasa

Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.

Gunung Sinabung
Asap di Moscow akibat kebakaran
Asahan

Kabupaten Asahan ialah sebuah kabupaten yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Ibu kota kabupaten ialah Kisaran dan mempunyai wilayah seluas 3,675 km². Jumlah penduduknya sebanyak 712.684 orang (Tahun 2016).

Bad Guy (siri TV)

Bad Guy (Hangul: 나쁜 남자; RR: Nappeun namja) ialah sebuah siri televisyen Korea Selatan tahun 2010 dibintangi oleh Kim Nam-gil, Han Ga-in, Kim Jae-wook, Oh Yeon-soo dan Jung So-min. Ia disiarkan menerusi saluran SBS bermula 26 Mei sehingga 5 Ogos 2010 pada hari Rabu dan Khamis pukul 9:55 malam sebanyak 17 episod.

Balingian

Daerah kecil Balingian adalah salah satu kawasan dalam bahagian Mukah. Balingian mendapat namanya dari sebatang sungai yang merentasi kawasan tersebut. Sungai tersebut pernah digunakan oleh penduduk Balingian untuk turun ke sawah kering (huma). Daerah kecil Balingian juga terkenal dengan udang sungainya dan menjadi tarikan kaki pemancing.

Enjin permainan

Sebuah enjin permainan atau enjin permainan video (bahasa Inggeris: game engine) merupakan sebuah sistem perisian yang direka khas untuk pembangunan dan penciptaan permainan video. Terdapat pelbagai jenis enjin permainan video yang direka untuk konsol permainan video dan sistem pengendalian seperti Microsoft Windows, Linux dan Mac OS X. Fungsi asas pada sesebuah enjin permainan video selalunya melibatkan sebuah enjin penjanaan ("penjana") untuk grafik komputer 2D atau 3D, sebuah enjin fizik atau pengesanan perlanggaran (dan tindak balas perlanggaran), bunyi, skrip, animasi, artificial intelligence, perangkaian, penstriman, pengurusan memori, proses pembebenangan, sokongan tempatan, dan graf pemandangan. Proses pembangunan permainan seringkali dikurangkan kos dengan menggunakan semula enjin yang sama untuk mencipta judul permainan video yang berlainan.

Faizal Tahir

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir juga dikenali sebagai Faizal Tahir merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music.

Francesco Cossiga

Francesco Cossiga (26 Julai 1928 - 17 Ogos 2010) adalah seorang ahli politik Itali, ahli Demokrasi Kristian. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri ke-42 Itali dari 1979 hingga 1980 dan Senarai Presiden Republik Itali ke-8 Presiden Itali dari 1985 hingga 1992. Cossiga dianggap sebagai salah satu ahli politik yang paling terkenal dan berpengaruh dalam apa yang dipanggil Republik Pertama. Beliau sering digambarkan sebagai orang kuat dan dituduh sebagai "menteri besi", yang menindas protes awam dengan kejam.

Grand Prix Belgium 2010

Grand Prix Belgium 2010 ialah pusingan ke-13 Formula Satu musim 2010, yang diadakan di Circuit de Spa-Francorchamps di Spa, Belgium pada 29 Ogos 2010. Pemandu Williams Rubens Barrichello menyambut Grand Prix yang ke-300 dalam kerjayanya. Perlumbaan dimenangi oleh Lewis Hamilton yang sekaligus merampas teraju kejohanan dari Mark Webber yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Grand Prix Hungary 2010

Grand Prix Hungary 2010 (nama rasmi: XXV Eni Magyar Nagydíj) ialah pusingan ke-12 Formula Satu musim 2010 yang diadakan di Hungaroring, Hungary pada 1 Ogos 2010. Pemandu Red Bull Mark Webber merangkul kemenangan keempatnya pada musim ini, sekaligus merampas teraju kejohanan setelah Lewis Hamilton menarik diri dari perlumbaan.

KTM ETS

sunting

ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Penang Sentral, Butterworth dan Kuala Lumpur yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010. Terdapat 10 stesen yang berkhidmat sepanjang laluan ini iaitu tiga di Perak, dua di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan dua lagi di Negeri Sembilan.

Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.

Kementerian Luar Negeri Malaysia

Kementerian Luar Negeri (Tulisan Jawi: كمنترين لوار نڬري; singkatan KLN) ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Saifuddin Abdullah.

Lojing

Lojing merupakan kawasan pedalaman dan juga jajahan kecil yang terletak di negeri Kelantan. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui Gua Musang, Kelantan dan dari Cameron Highlands, Pahang. Pada 5 Ogos 2010, Pemangku Raja Kelantan telah merasmikan 'Jajahan Kecil Lojing' di Kampung Penangau, Lojing.Nama Lojing dipercayai dari perkataan 'logging' yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah Pos Brooke. Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan era Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaacob telah meluluskan 4,978.98 hektar tanah dengan tempoh pajakan selama 99 tahun mulai 18 Disember 1985. Antara pemaju yang menerima tanah anugerah ini ialah YAKIN, PKINK, KADA, Multi System dan Jasa Benar .Dari tahun 1990 hingga tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS Kelantan telah memberi lesen pembalakan dan pertanian kepada 22 buah syarikat swasta untuk memajukan Tanah Tinggi Lojing. Pembalakan dan pertanian merupakan sumber kewangan utama kerajaan negeri PAS Kelantan sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diberikan projek membaikpulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan bernilai RM950 juta. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merupakan anak syarikat kerajaan negeri PAS Kelantan. Infrastruktur bekalan air ini melibatkan Tanah Tinggi Lojing. Pengurusan bekalan air tertakluk di bawah pentadbiran negeri sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.

Metacritic

Metacritic merupakan sebuah laman web yang menyusun semula ulasan-ulasan untuk album muzik, permainan video, filem, rancangan televisyen dan DVD. Untuk setiap produk, sebuah nombor kadaran untuk setiap ulasan diterima dan jumlahnya dipuratakan. Sebuah salinan setiap ulasan disertakan bersama-sama hiperrangkai kepada sumbernya. Perakuan cadangan pengkritik dirumuskan dengan tiga jenis warna iaitu Hijau, Kuning dan Merah. Ini memberikan idea umum tentang produk tersebut dikalangan pengulas dan untuk sebahagian orang awam.

Laman web ini adalah hampir serupa kepada Rotten Tomatoes, akan tetapi keputusannya kadang-kala berbeza dengan kadar yang drastik, disebabkan oleh kaedah Metacritic yang mengubah setiap ulasan menjadi suatu peratus sebelum mengambil kadaran pirata dan menyenaraikan nombor-nombor ulasan yang berbeza.

Kebanyakan daripada laman-laman web ulasan memberi sesebuah ulasan daripada kadaran berjumlah lima, sepuluh, seratus dan kadang-kala juga menggunakan huruf. Mteacritic menukar gred tersebut kepada sebuah peratus tertentu. Untuk ulasan yang tidak memiliki sebarang kadaran (misalnya, ulasan oleh Amazon), Metacritic secara manualnya menilai ulasan tersebut sebelum memberikan gred yang bersesuaian. Meskipun Metacritic sebelum ini pernah mengulas judul-judul buku, disebabkan keluaran Harry Potter and the Deathly Hallows, ulasan mereka secara tetap terhadap judul-judul buku yang baru dipasarkan telah berkurang, kecuali jika judul-judul tersebut adalah keluaran yang terkenal di pasaran.

Pada tahun 2008, Microsoft telah mula menggunakan kadaran purata Metacritic untuk mengeluarkan daripada senarai beberapa judul permainan video Xbox Live Arcade yang kurang menonjolkan prestasi. Namun hal ini gagal dilaksanakan di atas keluaran Xbox Experience.[petikan diperlukan]

Penembak diri-pertama

Penembak diri pertama (bahasa Inggeris: first-person shooter, singkatan FPS) merupakan permainan video yang memaparkan dunia permainan dari perspektif pandangan watak pemain dan menguji kemahiran pemain dalam mengacu senjata api atau senjata peluncur lain.

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 1930

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 1930 menemukan antara finalis Sukan Olimpik 1928, Uruguay dan Argentina.

Perlawanan ini telah diadakan di Estadio Centenario pada 30 Julai. Pintu pagar stadium telah dibuka pada pukul 8 pagi, enam jam sebelum sepak mula perlawanan, dan seluruh stadium penuh menjelang tengah hari. Perselisihan berlaku mengenai siapa yang akan menyediakan bola untuk perlawanan itu. Ia telah memaksa FIFA untuk campur tangan dan memutuskan bahawa pasukan Argentina akan menyediakan bola untuk separuh masa pertama dan separuh masa kedua untuk pasukan Uruguay. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 4-2 memihak kepada pasukan Uruguay (yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama). yang menambah gelaran juara Piala Dunia selepas menjadi juara Olimpik. Presiden FIFA pada ketika itu, Jules Rimet telah menyampaikan Trofi Piala Dunia yang kemudiannya dinamakan sempena nama beliau. Pada hari yang seterusnya, diumumkan cuti umum di Uruguay manakala di ibu negara Argentina Buenos Aires, perusuh membaling batu di konsulat Uruguay.

Pemain terakhir yang hidup selepas perlawanan akhir itu ialah Francisco Varallo (yang telah menjadi penyerang untuk Argentina). Beliau telah meninggal dunia pada 30 Ogos 2010.

Permainan video berperanan

RPG dilencongkan ke sini. Untuk rencana dari pandangan yang menyeluruh, sila lihat permainan berperanan.Sebuah judul permainan video berperanan (bahasa Inggeris: Role-playing video game), seringkali disingkatkan sebagai RPG, merupakan sebuah genre dalam permainan video dan komputer yang memiliki sejarah yang berkait rapat dengan permainan berperanan pen dan kertas misalnya seperti Dungeons & Dragons, meminjam beberapa terminologi, latar, serta mekanik permainan. Para pemain dalam sesebuah RPG mengawal salah satu daripada watak sebuah parti pengembara yang bertujuan untuk memenuhi sebuah objektif atau misi. Persamaan besar dengan permainan pen dan kertas melibatkan sebuah cerita yang berkembang dan elemen penceritaan, pembangunan watak-watak serta kedalaman penceritaan. Medium elektronik mengeluarkan keperluan untuk gamemaster dan meningkatkan kelajuan resolusi kombat. RPG telah berkembang daripada sebuah permainan berdasarkan teks kepada judul-judul dengan grafik komputer 3D.

Singapura

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 mi) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus. 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing. Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco. A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu. Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index". Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia. Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.

Suara Keadilan

Suara Keadilan merupakan sebuah akhbar politik berbahasa Melayu milik parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia diterbitkan secara dwi-mingguan dan dihadkan jualan akhbar ini hanya kepada ahli PKR sahaja. Akhbar ini berharga RM2.00.

Akhbar ini mula diterbitkan mulai Jun 2005 namun beroperasi tanpa permit. Permit akhbar ini telah memperoleh permit oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) pada 21 April 2008 sehingga 2 Julai 2010. Sejak dari itu edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan Keadilan pada 12 Julai 2010, Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan. Yang terbaru edisi tidak berkala akhbar PKR adalah Utusan Keadilan dikeluarkan pada 3 Ogos 2010.

Wikipedia Bahasa Waray-Waray

Wikipedia bahasa Waray-Waray merupakan sebuah ensiklopedia versi berbahasa Waray-Waray yang dijalankan oleh Yayasan Wikimedia. Wikipedia ini mula berjalan sejak bulan Disember 2006. Pada 24 Ogos 2010 Wikipedia bahasa Waray-Waray telah mempunyai sebanyak 100,000 rencana.

Dalam bahasa lain

This page is based on a Wikipedia article written by authors (here).
Text is available under the CC BY-SA 3.0 license; additional terms may apply.
Images, videos and audio are available under their respective licenses.